Followers

Thursday, February 27, 2014

Nafsu Nafsi Perhiasan Rumah

Auntie bangun dari tidur pagi ni lebih kurang
pukul 5:50 pagi, saperti kebiasaan mandi setiap pagi
dan bersolat subuh.

Masuk dapur dan siapkan sarapan
Alhamdulillah, uncle dan abam jubah
dapatlah bersarapan nasi goreng kampung dan teh tarik
Itu jika auntie sihatlah, jika tidak, auntie hanya mampu
bancuh air dan bersarapan keringlah mereka
roti atau biskut jacob

Alhamdulillah, pagi ni badan auntie terasa ringan
setelah 2 hari azab sakit2 bisa2 badan
sampai menangis2 tak tahan

Apa nak cerita dalam n3 pagi ni?
Errrrmmmm..meh cuci mata bunga2
Bunga2 tipu yang ada dalam rumah auntie
hihihihi
Bunga2 reben, bunga dip dan bunga batu

Auntie kurang gemar bunga2 artifial sebenarnya
Tapi jika tiada lansung gubahan bunga dalam rumah
Terlalu masculine lah pulak

Ishhh, dalam kurang suka bunga articial
Auntie tak perasan yg auntie ada gubahan2 di beberapa sudut
Entah bila nak lesing 
Sebab dah tak kuasa nak bersihkan
Setiap dua bulan sekali
Leceh..
Cabut, rendam, bilas dan jemur
Bekas2 pasu pun harus dibasuh
Atau sekurang2nya di lap
Bila bunga dah kering, gubah balik
Ishhh....
Ada juga kalanya auntie tak basuh
Hanya guna hair dryer
Tala jer kat bunga2 tu, habuk2 berterbangan
Auntie buat kat porch,
Tutup hidung dan separuh muka dengan tuala
Jika tidak begitu akan bersin2 dan
jika ada alergy muka akan gatal2
Itu sebabnya auntie lebih suka kaedah merendam
Walaupun kerja lebih tapi resultnya amat bersih
Jom layan apa bunga2 yg ada

Di tingkap dining


Hujung dining table

Bilik air


Atas fridge dapur
Amboi, kotornya, sebab tinggi, auntie tak sampai
kena basuh hari ni


Living


Living
Lebihan Bunga Pahar Dip masa Pija kawin dulu

Porch

Dalam lemari 


Bunga Batu dalam lemari
comot yea, nanti2 kena rendamlah

Bunga Batu
koleksi tahun 80'an
pindah randah banyak yang dah sompek2

Bunga Batu juga
Dulu2 menggila beli bila auntie pergi ke Spore
atau sapa2 pergi ke Europe auntie kirim
banyak auntie bagi kawan2 bila mereka datang rumah dan berkenan



Bunga Dip 
hadiah daripada orang yang auntie tempah bunga pahar

Janganlah bosan baca n3 hari ni
tak ada subtance kan?
tak perlah, ringan2 buat cuci mata aja
bila auntie rajin, auntie ambil gambar koleksi
dinding auntie

Kesemua perhiasan auntie adalah amat lama
dah berkurun, dah outdated sebenarnya
yealah, rumah orang tua lah katakan
dan auntie pula sudah tidak membeli untuk koleksi2 terbaru
Memang auntie tidak mahu apa2 lagi
terasa benar, segala2nya hanyalah perhiasan dunia
yang tidak dibawa bila kita mati nanti
Jika auntie sedar dari muda dulu
alahkah elok, tak lah rasa 'berbangga'
atau 'seronok sendiri'
huhuhuhu 

Bila bercerita pasal perhiasan rumah
auntie pernah juga bernafsu nak tukar
kesemua perabot rumah bila anak2 bawa auntie berjalan
geram betul nengok imported sofa, dining table dan almari2
Anak2 pula menyokong untuk membeli yang baru
Hoiiiii...nafsu nafsi
hentikanlah..

15 comments:

  1. rumah sy ada sejambak jer bunga yg dibeli sepuluh tahun dulu sekarang berlapuk atas kabinet gantung dapur, malas nak manjat ambik bersihkan, hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal, yg paling nyampah bila kena basuh

      Delete
  2. Banyaknya bunga... rumah makchaq langsung tak dak bunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pembersihlah tu sbb tak suka bunga2 kutip habuk

      Delete
  3. banyak nyer bunga bungaan dalam rumah auntie tu...cantik cantik plak tu, pandai auntie menghiasakannya...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi adalah sikit2 kreativi menghias

      Delete
  4. Cantik2 bunga2 kak nani
    Bunga batu tu mmg kekal
    Cantik....
    Redup mata memandang keindahan bunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teima Kasih, tapi akak rasa nak lesinglah sbb malas nak jaga dah

      Delete
  5. Salam untie..semua tu kenangan yang ada nilai yg tersendiri. Rumah Aina tak ada bunga2 nih yg ada cuma ranting kayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Jun,

      Ranting kayu auntie dah bagi kat anak auntie, memang cantik buat perhisan

      Delete
  6. My aunt alway maintain that saying it with flowers is the bast way for ladies. So she fill and send and say everything flowers (fresh and artificial) for her neat and squeaky clean home to Birthdays Cards. She even asked if it was alright if she buys some for my recently departed aunt for scattering on the `Pusara'. Three of my late Mak's sibs lie N, E and S of her grave in Kiara.
    YOU do have a lovely collection BUT maybe you could try sucking the dusts with Car Vac. That way they don't fly much. My besan's hobby is collecting all varieties of Bunga Telor and the ones spiked on `pulut kuning' on the dais. Jangan Buang as they are Beutiful to watch, especially if appliques..on curtains and tebleclothes. Lacy ones on Kebaya Nyonya.
    These days young girls no longer sport them so its left to us OTAIs to keep this `Flowers Power' thriving and alive!
    Do take care of your health, alhamdulilLah you feeling yourself again. Pray the dry weather will end soon. Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diamonds and flowers are women best friends hihihihi

      Car vacuums? Oh i must try
      Hope for rainy season soon to end the prob of reserved water level


      Delete
  7. Akak tak tgok bunga2 di rumah hani lagi...lagi out of date! Bunga/perhiasan akak ni bagi hani lawa sgt..jgn buang lh, sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tengok rumah Hani cantik tersusun perhiasan.
      Hani ada bibik senang, boleh suruh2

      Entah Hani, akak dah malas hias2 sebenarnya

      Delete
  8. hihi,senyum tgk koleksi bunga auntie
    macam mentua saya,setiap ceruk ada bunga
    malu je tgk umah kami, menantunya ni nak jumpa sekuntum bunga pun susah
    huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...