Followers

Tuesday, February 25, 2014

Lawatan Ziarah Sahabat Lama

Petang Sabtu yang lalu 22/2/14
Kawan lama auntie datang menziarah
Suami isteri membawa cucu mereka yang pertama

Wahhh..seronok auntie dan uncle menumpang kasih
peluk cium tak terhingga cucu mereka
geram sangat..

Saperti biasa, auntie kalau dapat baby
air mata berjujuran gembira
cium muka, cium pipi dan cium perut baby

Haaziq adalah cucu kepada anak perempuan kedua mereka
Nina Natessa

Mereka adalah kawan auntie dan uncle masa muda
ketika dalam tentera dulu
malah pernah menjadi jiran setaman
anak2 mereka adalah kawan kepada anak2 auntie
Masa Peej kawin, Nina Natessa lah yang buatkan baju nikah
Adiknya pula juru soleknya
memang terbaik hasil kerja mereka

Sekarang mereka dah berpindah
dan rumah mereka disewakan

Ada auntie menyebut tentang harga rumah kami sekarang
jika nak dijual, terperanjat mereka
rumah yang dibeli pada tahun 1987 dengan harga
113 boleh mencapai rege 900 ribu
tapi mereka kata kita tunggu sampai 1.2M baru jual
hihihihi

Kata auntie, jika auntie jual kena balik
keMelaka buat rumah sebab tiada rumah kedua diKL
lainlah mereka memang sudah ada rumah kedua

Kan nani ada kondo di puchong, kata mereka
Alah, nani dah jual pada tahun 1996 dulu,
jika tidak ada juga rumah kedua
Sudah berlalu pun, duit tu pun dah hangus dahhh
hihihihi


Seronok 'Tok Gen' (panggilan keluarga) dapat cucu lelaki
Yealah mana tak nya, anak mereka tiga orang perempuan
Bila dapat cucu lelaki amboi, pasti gembira dan bersyukur



Tengoklah tu, Tok Gen punyalah cuddle cucunya

Uncle juga tumpang kasih cucu mereka Haaziq
cerdik sangat, tak takut orang







Uncle tak banyak ambil gambar
kami banyak berbual2 mesra
Gambar2 seterusnya auntie ceduk dari facebook Nina Natessa


Datin Marcella Musa




Kedua2 suami isteri masih lagi bekerja
Datin ada dua tahun lagi..


Major General Dato' Zukiflee Mazlan
bersara pada hujung tahun ni


Pasangan suami isteri dan anak mereka Haaziq


Bila mereka mohon untuk balik
Auntie mengucapkan ribuan terima kasih  
atas lawatan ziarah mereka membawa cucunya Haaziq
Umur panjang bolehlah kita berjumpa lagi
InSyaaAllah

Auntie selitkan gambar2
Hasil kerja tangan Nina Natessa




Memang cantik sangat kan?
Jika berminat bolehlah enquire from Tessa her email address
ninanatessa@gmail.com



10 comments:

  1. Seronok dapat cucu berbeza dari seronok dapat anak, ya Kak Nanie... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik,

      Tak silap akak, bulan depat Kakcik pula akan menimang cucu pertama kan?

      Delete
  2. Bila kawan2 datang ziarah memang seronok kan untie tambahan bawak si kecil cam tu sedap gomol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, seronok dapat main2 dgn baby

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    haaziq ada iras2 uncle ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Anyss,

      Hihihi sama tang mana tu?

      Delete
  4. Assalamualaikum auntie...skali tersinggah blog ni, seronok baca...n terus intai2 post auntie yg lepas2. x jemu baca.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Dzill,

      Welcome to my blog

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Ikatan persahabatan bagai berlian...
    Makin lama makin bernilai..
    Mudah2an nanti kak nani akan dikurniakan cucu juga. In syaa ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Rahmah, sayang pada kawan2, tambah2 lah yg rapat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...