Followers

Monday, February 24, 2014

Bersuka Ria Tiada Lagi

Badan tak tentu rasa
Susah nak kata
Sihat2, boleh jadi sakit tiba2
Memang gitulah, kesihatan auntie

Dah tiga kali undangan majlis kahwin
Tak dapat auntie pergi
Sedih sebab mereka adalah kawan2
Semasa kerja, kenal mereka berbelas tahun
Rindu pada kawan2 sebenarnya
Disitulah dapat berkumpul

Semalam ada jemputan juga
Siap gosok baju dan tudung


Cadang nak bergerak selepas solat magrib
Majlis tu di KL Tower

Ermmm...pukul 7 mlm
Auntie kata kat uncle,
Tak jadi pergi sebab badan amat2 lemah
Uncle kata, beria2 nak pergi
Jumpa kawan2, dah tak jadilah pulak
Auntie kata, memanglah
Tapi kalau merangkak bolehlah kot
Sebab tak larat nak berdiri dah pun

Yang sebenarnya kesihatan
Dah tak brapa sihat seminggu
Tapi semangat kuat, tenaga kurang

Jika blog tak berupdate
Tahu2 jerlah, memang auntie tak sihatlah tu

Pernah auntie paksa diri menghadiri majlis
Tapi bila balik, tiga hari auntie terbaring sakit
Hanya Allah saja yang mengetahui

Untuk bersuka2 dimajlis2...
Nampaknya memang payah buat auntie dgn keadaan mcm ni
Ermmm...
Moga auntie dapat kesihatan yang baik dimasa hadapan



19 comments:

  1. Semoga Allah SWT mengembalikan kesihatan yang baik buat Kak Nanie. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    semoga auntie sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan. Nikmat sihat sangat besar maknanya bagi yang menghargai...sekarang baru saya lebih mengerti.

    Jaga kesihatan ya auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Aamiin.

      Memang benar, sihat tubuh badan adalah anugerah yang amat bernilai.

      Delete
  3. Jaga diri baik2 auntie. Sekarang mungkin pula waktu untuk orang menziarahi kita. Biarlah badan kita sihat walau tak ke mana2 dari sakit2 yang akan menyusahkan orang lain. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ita, auntie memang alu2kan lawatan ziarah dari sedara mara dan kawan2 kerumah auntie. Auntie dah tak larat berjalan jauh mahupun dekat.

      Setakat ni auntie masih boleh lagi menguruskan diri dengan izinNya.

      Delete
  4. salam... auntie dah gi klinik? jumpa doktor...boleh cek. get well soon ye auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali gB,

      Auntie tak pernah pergi klinik bila sakit, sebab bekalan ubat auntie bertimbun doktor pakar
      supply.
      Pesan doktor jika sakit amat2 terus datang ke unit emergency.

      Delete
  5. bila usia bertambah
    kesihatan makin merosot
    sedang sy yg belum masuk 40 nipun
    dah rasa macam2
    tak dapat mbayangkan
    kesakitannya bila umur mcm auntie
    semoga Allah swt akn mringankan
    penderitaam auntie,

    aamiiinnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SKTJ,

      Kesihatan auntie amat membimbangkan auntie, tapi apakan daya doktor hanya memberi
      ubat vitamin untuk saraf dan tahan sakit.
      Bila mengadu pada doktor, katanya memanglah gitu sebab saraf auntie banyak yang dah rosak.

      Delete
  6. Moga bertambah sihat. Apapun jgn lupa buat exercise dlm rumah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin,

      huhuuhuhu exercise macam mana utk diri yang terhoyong hayang ni?

      Delete
  7. saya doakan kesihatan aunty akan makin bertambah sihat sama macam doa readers aunty yang lain.semoga aunty sentiasa tabah dan kuat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin kan doa Ain. Terima Kasih sudi doakan kesihatan auntie.

      Delete
  8. semoga auntie kembali sihat & ceria...

    ReplyDelete
  9. Doa saya...."dari Allah penyakit itu datang dan kepada Allah jualah ia kembali" semuga kesihatan auntie kembali pulih....insaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Roy sudi mendoakan kesihatan auntie.

      Delete
  10. banyakkan berehat auntie...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...