Followers

Thursday, January 30, 2014

Tak Kiralah, Made In London Pun Berkecai

Hari ni auntie rasa akan dilanda demam.
Selsema dah ada, pening2 lalat dari malam tadi
ni baru jer telan ubat beralaskan sekeping roti
dan air nescafe.

Dari penulisan auntie semalam
ramai yang rasa sebak dari komen2 yg ditinggalkan
disini dan sehinggalah difbook
bayangkanlah sedihnya auntie masa uncle bersuara
dengan muka yang sebek2 ketika itu

Adik uncle Amir yang terdekat
dan sepupu Aminah dan anaknya Tengku Munira
dua pupu uncle,  Bur dan isterinya Tengku Badariah
semalam membuat kunjungan mengejut lepas maghrib
menjengok uncle dan auntie, mereka bawa Nasi Arab
untuk dinner kami

Terjadilah himpunan kecil kekeluargaan malam tadi
Kami amat2 terharu dgn kunjungan mereka
nampak diwajah uncle keceriaannya bila berbual2 mesra

Amat indah perbualan kami semalam
mengimbau kenangan2 manis ketika zaman kanak2
hingga remaja dan masa kini
hihihihihi
auntie juga ada selit2kan kenangan manis
auntie dan uncle masa muda2 dulu..
Panggilan uncle dalam keluarga kami ialah Adin
Kuzzzz semangat kata auntie
Adin masa muda2 segak tau..
Ramai perempuan yang berebut2 nak dia
Makan hati nani masa tu
Dah ada anak berderet pun masih ada lagi
yang nak kan dia..
tulah bila suami duduk berasingan
dia diJohor nani di KL
huishhhh jenuhlah tak tidur malam dibuatnya..
hihihihi
percaya tak uncle masa muda hensem bangat
hahahahaha rasanya dimata auntie saja kot
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Moto besar jadi magnet utk tarikkan 
perempuan zaman auntie muda2
aaaada aja yang ingin membonceng


Uncle jenis tak pernah tunjuk perasaan cemburu
walaupun auntie juga ada 'market' hihihihi
Hebat uncle ni..amat cool orangnya
dalam situasi bila auntie cari pasal untuk pertengkaran
dengan uncle bab2 gflah
dia tak pernah meninggikan suara
dia buat derkkkk kat auntie membebel sorang2..hihihi
nak ambil perhatian uncle,
auntie hempas barang2 perhiasan yang tercapai masa tu
tak kiralah..made in london pun berkecai
tak mainlah periuk belanga..hihihihi
(Jangan ikut perangai auntie yang sewel tau)

tapi reaksi uncle, ambil kunci..terus keluar
dan balik jauh malam..
Nangislah auntie sorang2 membasahi bantal hingga subuh
hihihi pengalaman pahit mengajar kita apa itu kemanisan

Bila keadaan reda, kami berbual
Uncle mengajar auntie
kesabaran untuk handle suami
Yang dia tekankan untuk auntie faham
perbezaan Lelaki dan Perempuan
freedom lelaki yang tiada pada perempuan

Alhamdulillah
Sejak tu auntie faham dan kendurlah
cemburu dan ke'singa'an auntie
hihihihi
No worries No More 
No Cries Anymore



Perkahwinan 37 tahun terlalu banyak pengajaran
Sekarang auntie turunkan
pengertian kesabaran
kepada anak2 perempuan auntie
Value your love life, Value your marriage life
and Value your life
Rugiiiiii buang masa gaduh2
(mereka masih muda untuk hadamkan pengertian)

Ehhhh...apa lak citer dah tersasar
anyway, auntie rasa seronok bila
ada kunjungan dari sedara mara
ataupun sahabat handai
bak kata orang
"Kunjung Mengunjung Membina Kebahagian"
amat betul sekali

Terasa sejuk2 badan ni
Lengoh2 sendi dah bermula
huhuhuhu no demam please
ada wedding to attend hari sabtu ni

30 comments:

  1. sayu hati ini..auntie..smoga sihat kembali..dan semoga bahagia sentiasa sampai syurga...amin ya rabb...luv u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi Khallish, Aamiin
      luv u too dear

      Delete
  2. Mungkin orang yang panggilannya BOB ini memang cool.

    Suami saya (yang dikenali di kalangan rakan2nya dengan panggilan Bob) pun begitu. Dia malas nak ambil kisah kalau saya kaitkan dia dengan perempuan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi kebetulan yea nama panggilan serupa
      Aduhai kakcik pun pandai kait2 ker? hihihihi

      Delete
  3. so sweet of you to share this with us...
    tu uncle yang manis banyak godaan,yang cenge garang pun ada yang nak ...tapi rasanya saya tak brapa nak cemburu..sapa nak ambik...hehehe.Ambik sekali dgn panas baran dia.Tapi berkat sabar sampai la ni baik baik sja.Aman makmuq bahagia..ewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha tersentuh dgn ayat mamason
      "sapa nak ambik..Ambik sekali dgn panas baran dia."
      Alhamdulillah, moga aman makmuq hingga kejannah

      Delete
  4. Wow uncle sangat handsome.. sesuai dengan auntie yamg manis dan gojes.. alhamdulillah. 37 tahun auntie melayar bahtera bersama uncle.. betul auntie..gaduh gaduh nie rugi. Buat kepala berserabut jerk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa muda2 gaduh juga tapi tak berpanjangan, memang dah janji tak boleh bawa perasaan marah bila masuk bilik nak tidur.
      Memang berkesan perjanjian tu. Alhamdulillah

      Delete
  5. untie blh ngorat tak dngn jejaka motor besar tu?/ hehehe chill...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tifa anvar,
      nak ngorat? muda2 dulu okaylah, dah tua dah uncle.
      dah kendur sana sini hihihihi

      Delete
  6. Alhamdulillah
    Terima kaseh kak nanie bg tip yg amat
    Berharga...

    ReplyDelete
  7. Tahniah auntie...kami baru tempuh 20 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur NBK.

      Wah, 20 tahun pun dah cukup bagus tu..keep it up

      Delete
  8. Uncle and untie dua dua comel and ohsem cute.... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear for the compliments.
      Alhamdulillah, rahmat Allah

      Delete
  9. SAlam, I tercuit hati dengan lembaran sejarah rumahtangga dan harmoni adik, amat berguna kepada nagkatan muda hari ini jangan berkawan lama berkahwin sengkat. I atk ingat sjak ke pantun yang `menyebut about us insan `dari bayi' hingga berkaki 3 atau empat'' bila menua dan bongkok. Sekarang tongkat pun kaki 4 so bila tua dan sakit ttulang reput `kaki 6' kot! A friend has been comatose from Sunday stroke dari Ahad lalu Hosp. diSerdang - a former Malaysian Girls Guides Head. I tak tau pun she `heart problem' so long out of touch. Just the anak comes around once a while.
    Ginilah putaran alam dari hensem and chun melechun when we age semuanya kering dan berkedut tak boleh nak `sterika licin' just kenangan manis yang abadi. You are both cucuk dan padan macam Medlayu kata `Pinang belah dua' and you have a good teacher in your better half' Semoga allah berikan kita taufik dan hidayah dan heaps of kesabaran menghadap dugaan demi dugaan.
    BUT try to stop your caffeine intake (especially coke) it give erratic heartbeats and tea (takes away our oxygen).
    My son & I curi-curi BUT cair-cair and with lots of Omega or LF Milk. Don't take Ensure as my cardio says that's only `for people who cannot eat'. Mind our weight most important and the BMI.
    I doakan you have many good health days. Someone txt me about VitB17. Hope you will enjoy more `jemputan and kenduri' together, coz you r luckier than me, can eat nasi minyak still. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for advise on caffeine, hari ni baru nak cuba beralih ke Horlick if I like it, this will be my daily drinks.

      huhuhuhu about weight, my target is to burn 8 kilos by Aug, hope i can manage.

      Ohhh..nasi minyak, nasi tomato, nasi arab which I cant resist even though knowing it is not good for health.

      TQ for being here leaving a good lengthy comments. TQ again

      Delete
  10. Salam singgah....tq kak for sharing about your life & some of the advice & tips of happy marriage.
    Suka tengok gambar2 kak dulu2 & family.
    By the way you are a year older than my hubby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi most welcome Haliza Ghazalli,

      Auntie shares for the sake of new wed and young couples how to tackles obstacles..hihihihi

      Delete
  11. Salam kak Nanie
    Syukur dapat pasangan yang sangat penyabar & pandai berdiplomasi...

    lepas dah hempas barang mahal tu tak rasa... ala.. sayangnya...ke? He he...

    p.s
    makchaq kalau jejaka motor besar x boleh tumpang.. gayat... tu yang pilih pakwe dating naik bas... he ee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      Pasal hempas2 barang tu,..tak sayanglah ketika itu
      sebab angin puting beliung, sesudah tu rasanya tak kesal pun, sebab dapat kepuasan..hahahaha

      Ohhhh..dating naik bas yea dulu2 makchaq? hihihihi

      Delete
  12. assalam mama,suami sya pun gitu malas nak bergaduh dia keluar je
    tp suami pesan hidup kita singkat elakanlah bergaduh,kita lalui yg indah dan manis utk kenangan
    terusik hati sya bila dia kata mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kasihibu,

      Betul nasihat suami gitulah hendaknya berumah tangga.
      Gaduh2 buang masa kan?

      Moga berpanjangan rumahtangga kasihibu hingga ke jannah. Aamiin

      Delete
  13. TQ AUNTIE.MENYEDARKAN SY TTG SESUATU

    ReplyDelete
  14. Kita ni perempuan memang emosi macam tu kan..Kadang-kadang nak bergaduh isu tah hape-hape. tapi alhamdulillah punya suami penyabar (malas nak layan sebenarnya) hihihi.. Sudahnya dah rasa penat membebel diam sendiri. Diam tak diam dah masuk tahun keenam hidup berumahtangga ni. Itupun masih bertatih lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi memanglah, perempuan banyak mulut, yang diam itu adalah perempuan bisu.
      Enam tahun? Long way to go dear, InShaaAllah, if love is there for yr hubby and children, you will succeed.

      Delete
  15. mmg hensemlah uncle zaman muda2 dulu. auntie pun apa kurangnya. tp mmg mencabar klu dpt suami hensem. hehehe..tq atas nasihat auntie tu.. tgh muda darah mmg panas sikit :-p

    ReplyDelete
  16. tapikan aunty.. saya rasa uncle skang ni lagi hensem lah hehehehe... yg sebenarnya uncle and aunty ni tak makan dek usia.. masing2 maintain je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...