Followers

Thursday, January 23, 2014

Sikit Jer Lagi Sejuta

Semalam auntie bersiaran depan rumah
dengan pokok2 bunga..

Aduhai...so embrassing
senario nya..
Dua tiga orang jiran yang berkumpul berbual2
melambai2, melaung2 panggil auntie join sekali
boleh tak dengar lansung..
hati terasa nak toleh
maka barulah nampak reaksi2 kesemua mereka melambai2
auntie pun gedek2 berjalan menuju mereka sambil menyeberang 
kearah bertentangan dengan sebilah gunting ditangan
Itulah pertemuan kali pertama di halaman rumah seorang Datin
dah lama jadi jiran auntie sebenarnya

Memang auntie amat jarang berkumpul berbual2 sejak sihat dulu
apatah lagi bila sakit sekarang, memang jenis memerap
auntie bukan sombong cuma tak reti apa yang harus dibual, gituu
tapi bila dah berkumpul, pandai2lah masuk forum walaupun
antara dengar dan tidak perbualan mereka

Akibat berdiri hampir satu jam lebih atau kurang
kaki auntie hari ni berdenyut2
maka separuh hari lah berpuasa
auntie berbuka dengan sekeping roti dan air nescafe
dan terus makan ubat huhuhuhu

Alhamdulillah, bila berbual2 tu, baru auntie tahu ada jiran 
yang pandai jahit telekong, (custom made) 
so hari ni nak jumpa petang nanti
berkemungkinan besar nak tempah 2 pasang

Nih baru jer siap masak
Goreng Ikan selar
Tempe, kentang dan tahu sambal
masak lemak kobis
Dah lah, sakit kaki tak boleh nak tahan
nak solat Zohor dan bawa berbaring

Ohhh...yea semalam juga auntie nampak
jiran pakistan auntie pindah, ada lori depan rumah
malas auntie nak intai apa barang yang keluar
sebab rumah tu disewakan fully furnished
lantaklah..jangan jadi macam jiran yang
terdahulu, menjual barang2 dalam rumah tu

Pada auntie jual jer rumah tu lebih baik kot
sebab market value dah mencapai 980k (intermediate)
baru aja ada pembeli baru,  block berdekatan
hihihihi ada juga yang nak beli rumah auntie
tapi dimana pulak auntie nak beli rumah selepas menjual?

Ohhhh...tidak kot, sebab auntie suka nampak dan lihat bunga api
yang diletupkan diKLCC dari kawasan rumah auntie
pada setiap kali perayaan kemerdekaan




Nak pergi KLCC tak sampai 15 min

Eleh...poyo betul makcik ni





6 comments:

  1. waa.. bets lea nengok bunga apa time apa2 perayaan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie dah tua pun masih suka nengok bunga api

      Delete
  2. Rumah kalau kat tengah KL memanglah harga mencanak2 naik untie. Kalau duduk sayangkan nak jual, tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat menganyam bahagia...cewahhh...

    Tapi kalau Aina jadi jiran untie tu memang jual je sebab bukan duduk pun sewakan lepas tu nak kena baiki sana-sini bila org pindah. Kos semua tu... Ada duit dekat sejuta simpan dalam Amanah Saham dak pun labur dalam mana2 pelaburan yang rendah risiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jun, auntie tak kisah sangat, jual boleh buat rumah dikampung, tapi anak2 tak bagi jual, mereka nak juga jadi wargakota metropolitan..hihihi

      Jiran auntie tu orang kaya, kerabat raja jadi rumah dia banyak merata2

      Delete
  3. Hampir sejua tu!!
    rumah ida yg kat cheras nk jual 250K pun budak yg sewa u kata mahal..padahal ada org nk jual 300k..mana nk dpt rumah double story dah renovate lagi harga 150!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, orang yang nak beli rumah Ida tu memang tahu rege market value, saja jer dia nak tawar menawar dengan ida.
      Pakai agen dapat harga baik.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...