Followers

Wednesday, January 29, 2014

Sebak..Kami berpelukkan

Hari ni auntie siapkan sarapan
baked beans, telur mata dan teh tarik
Alhamdulillah
Moga senyap perut sampai tengahari nanti

Tengahari cadang nak makan luar
sebab pukul 11 nanti nak bereskan urusan bank
Auntie nak tutup account, tak mahu pegang
account dua tiga bank, satu sudah.
Nak jual saham2 yang ada.
Auntie dah tua dan sakit, dah tak larat nak
keep tract updating here and there

Uncle janji hari ni dia bawakkan
In Syaa Allah, moga auntie sihat ketika itu
badan auntie ni bukan boleh percaya
kejap okay kejap sakit
memang payah nak predict.

Dah settled kemas litterbox kucing2 auntie
selalu uncle buat tapi sejak menjak kebelakangan ni
dia dah tak ambil peduli lagi
faktor umur dan keadaan kesihatannya pun dah menurun
uncle banyak baring sekarang.
Dia berkata pada auntie dua tiga hari yang lalu..
Hanya menunggu jemputan dan panggilan dari Allah
umur dah penghujung katanya..
sebak auntie..kami berpelukkan
walaupun hakikatnya adakah auntie dulu atau uncle?
Hanya Allah sahaja yang tahu





Auntie bertanya pada diri sendiri
Sudah bersedia untuk pergi perjalanan seterusnya?
Tekad diri
untuk dunia,
langsaikanlah segala 'hutang piutang'
bukan sekadar mengumpul duit dan harta tapi lebih jauh dari itu
untuk akhirat,
bekallah apa yang patut
'Beramal dan beribadah seperti akan mati esok'


Tuhanku Yang Yang Maha Lemah Lembut
Maha Mengasihani
Maha Mengetahui
Maha Bijaksana

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya 
dan 
sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, 
dan (jadikanlah) 
sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan_Mu”








31 comments:

  1. sedihnya auntie, jgnlah ckp mcm tu. huhu.. sy harap auntie dan uncle panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedihlah, bila suami cakap macam tu.

      Aamiin. Mudah2an begitulah hendaknya.

      Delete
  2. Salam Kak Nanie

    Amin... Semoga usia kita diberkati Allah

    Makchaq pun ikut rasa sebak.. ye la.. bila kita dah lebih separuh abad rasa masa dah makin dekat.. tak tau sapa yang dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Makchaq,

      Aamiin YRA.

      Memang gitulah rasanya tambah2lah bila menghidapi sakit

      Delete
  3. Salam auntie, sebak saya baca post auntie ni..
    Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan melanjutkan usia Auntie dan Uncle, InsYaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Nurwahyu,

      Aamiin. Terima Kasih yea doakan auntie

      Delete
  4. saya pun...hari hari tgk suami tertanya tanya...sapa dulu.Mcmana hidup yang kena tinggal.
    semoga kita diberkati Allah dalam segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlulah memikirkan sapa yang ditinggalkan dan apa akan jadi pada mereka.
      Kesemua mereka adalah dalam peliharaan Allah atas rencanaNYa.
      Itu pesan dari ustaz nani.
      Aamiin

      Delete
  5. Samalah kita, di penghujung usia ini... tertanya2 entah bila akan kembali kepadaNya. Semoga kita diambil kembali dalam keadaan beriman dan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukurkan kakcik kita hidup hingga mencecah 50++ tahun. Alhamdulillah

      Aamiin YRA.

      Delete
  6. Salam Auntie Nani...
    Sebak membaca entri harini...
    Saya doakan Auntie dan Uncle panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Sue,

      Terimakasih atas doa untuk auntie dan uncle. Aamiin

      Delete
  7. moga aunty dan uncle sihat.
    saya yg muda ni pun kena harus beringat.
    mati bila2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Betul, tak kira tua atau muda, mati bila2.
      Malaikat maut menjenggok kita 70 kali sehari..

      Delete
  8. moga auntie dan uncle diberi kesihatan yg terbaik..dirahmati..dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  9. Sebak bc coretan auntie.. xperlu tunggu tue br nk ingat mati.. ajal maut di tangan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betullah jangan tunggu tua baru nak ingat.

      Moga golongan muda berfikiran seperti Nayan.

      Delete
  10. Replies
    1. Bila berbicara pasal mati memang seharusnya ada perasaan sebak

      Delete
  11. Semua itu ketentuan Allah s.w.t kadang2 yang sihat tak ada apa2 pergi dulu yang sakit elok sahaja. Saya doakan kesihatan untie dan uncle akan baik2 sahaja serta dipermudahkan segalanya buat untie dan uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kematian itu pasti, tua atau muda tak kira apa saja penyebabnya.

      Terima Kasih mendoakan kesihatan yang baik utk kami berdua.

      Delete
  12. semoga dipjgkn umur aunty n uncle :)

    ReplyDelete
  13. assalam mama
    5 perkara sblm 5 pekara
    bak kata alunan raihan
    semoga mama dan keluarga di bawah rahmat dan redha Allah di dunia dan di akhirat jua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kasihibu,

      Terima Kasih doa yang dipanjatkan utk mama dan ahli keluarga.

      Aamiin YRA.

      Delete
  14. Replies
    1. Memang sedih bila berbual pasal kematian tapi itulah hakikatnya

      Delete
  15. sedihnyer entry ni....mimie doakan auntie dan uncle panjang umur

    ReplyDelete
  16. Semoga auntie dan uncle dikurniakn kesihatan yg baik .. Kegembiraan dan kebahagiaan yg bkekalan bersama uncle dan anak2..

    ReplyDelete
  17. MGA SY JUGA SMPT LGSAIKAN HUTANG DUNIA DAN HUTANG DGN ALLAH SBLOM MENUTUP MATA.AMIN

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...