Followers

Monday, January 27, 2014

Masa Kualiti

Banyak urusan terbantut
Uncle malas keluar
Nak gunting rambut, urusan bank, nak beli kain ela,
nak ke tailor repair jubah
uhhhhh sabar jelah

Hari panas berdenting kat luar
baru ampai kain walaupun dah pukul 2 petang

Masak sambal sardin dan kobis goreng
Nak makan nanti tambah goreng telur dadar
Alhamdulillah, rezeki kudrat dan makan hari ni

Sembang2 dengan anak perempuan auntie Noy
yang baru balik dari standby dihotel
dia belikan auntie kebab, kebetulan auntie tidak berpuasa
tapi dah terbiasa berpuasa hari isnin, auntie makan tak habis
auntie makan ubat pukul 11 pagi tadi, terlalu bisa badan

Banyak topik perbincangan kami
kerjaya dia dan visi masa depan
katanya dia ikut flow, dah tak kisah
pesan auntie... jaga kesihatan dan jaga kerja
jangan lupa buat simpanan dan berzakat
dia anggok2 kepala

Auntie bertanya dia,  berdoa tak selepas solat?
katanya payah nak hafal doa2
Ishhhh...Bahasa apa pun Allah faham
Doa yang paling baik adalah terus dari hati
Nak tunggu hafal jawabnya tak berdoalah yea?
tanya auntie

Pesan auntie lagi banyak2 bersabar atas ujian
berbanyak2 bersyukur
Berserah pada Allah
Segala urusan diri kita adalah rencanaNya




Seronok rasa auntie bila Noy luangkan masa kualiti



bersembang dan luahkan perasaan pada auntie
Dianggapnya Ibu sebagai kawan tempat mengadu
perbualan yang tidak ada dinding atau penghadang




Sebagai ibu pula, nasihat yang baik dan betul
harus berpandukan hukum garisan Allah
bukan ikut nafsu kepentingan diri

Sejak dua tiga minggu
tersedik dihati auntie
arwah atok auntie, tak pernah auntie kenali
meninggal sebelum auntie lahir
Atok dari arwah abah auntie
Hassan bin ---- (tak tahu)
Choomey bin -----(tak tahu)
Tergerak untuk hadiahkan Alfatihah khusus untuk mereka
Maka setiap kali lepas solat, auntie hadiahkan Alfatihah
Moga sampai hadiah itu pada rohnya
Aamiin

Allah Maha Mengetahui



8 comments:

  1. salam my dear aunty,

    sya doakan aunty n family sntiasa dibawah rahmat Allah..ameen...smpaikan slm sya pada noy...

    -nana-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali mona,

      Terima Kasih mendoakan auntie dan keluarga.

      I will dear, Mona kenalan Noy ker?

      Delete
  2. Bila anak berkawan dgn ibu,masaalah depa kita tahu,insha Allah mereka tahu arah tuju.Taklah jadi kelabu.
    Semoga Nanie dan keluarga diberi Allah segala kemudahan dalam perjalanan hidup ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, In Shaa Allah, nasihat ibu tidak tergelincir dari landasan.

      Terima Kasih doa utk nani sekeluarga.

      Delete
  3. bagi saya bila anak2 menginjak dewasa bukan harta benda@duit yg ibubapa harapkan dr anak2 tapi masa yg diluangkan bersama yang lebih penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tifa, bila mereka umur macam tu, masa banyak mereka luang utk kerja dan kawan2

      Auntie bertuah sebab duduk diKL dan mereka semua mencari rezeki disini, maka kesemua nya anak2 bersama/berdekatan dgn auntie. Alhamdullillah

      Delete
  4. Anak2 penenang jiwa ibubapa begitu juga ibubapa penenang jiwa anak2. Memberi dan menerima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi tak semua anak jadi penenang jiwa tau JunAina.
      Maksud auntie ada ibubapa berpengalaman pahit bila anak penagih, nauzubillah
      dan ada juga anak yang stress bila ibubapa mereka bercerai berai.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...