Followers

Monday, January 6, 2014

Marilah Menafaatkannya

Keluarkan bekas alat2 menjahit
Benang, jarum, pencucuk benang peniti dan gunting
mari menjahit yang telah auntie kumpulkan
baju solat suami yang tertetas ditepi kolar
seluar sukan abam jubah yang koyak celah kangkang
uniform anak perempuan yang tertetas kat ketiak
ada dua tiga helai baju tidur auntie yang koyak tepi
kenapa tak pakai mesin?
Alahai, tetasan yang kecil2 gitu,
Emmm...sambil jelujur bolehlah 'basuh hati'
dengan kalimah2 yang tergerak ketika itu

Tugas ibu pada anak2 yang masih ada dibawah bumbung
dan ketiak auntie lagi..takkan habis..
mereka masih belum kahwin
dan yang dah berkahwin macam tak ada isteri
tak mengapa, dapat hidup macam orang bujangan
ada hikmah kata auntie
bersyukur dengan qada dan qadar
atas KetentuanNya

Seluar futsal abam jubah

Nampak tak benda yang berkilat tu
Itu pencucuk benang tanpanya
walaupun bercermin mata, auntie gagal masukkan benang sekarang..
umur dah amat lanjut sudahhhhh...hihihihi

Isteri yang bersuami
dan ibu kepada anak2
memasak, membasuh, mengemas  dan macam2 lagi sentiasa menanti
Itulah tugasan2 sebagai isteri dan ibu
selagi ada kudrat dengan izinNya..
marilah menafaatkannya

So sweet uncle bagi auntie sticker ni..
TQ my sweetheart




Moga isteri2 yang sedemikan memperolehi ganjaran
saperti sabda Rasullullah SAW
Aamiin



10 comments:

  1. Ins sha allah....
    Bukan memasak sahajakan auntie..semua kerja rumah pun..bila baca ni,walaupun penat buat kerja sambil pegang anak sebelah tangan,ins sha allah sy tidak akan mengeluh sebab bila tgk muka husband balik kerja hari2,kita rasa kesian.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah namanya kasih dan sayang terhadap suami, tgk muka husband dengan penuh kasih sayang pun diberi ganjaran utk para isteri

      Delete
  2. Replies
    1. Haah, uncle memang gitu..interaksi bersemuka dia kurang tapi kalau mengayat dlm surat atau kad, kemain lagi...dari muda gitu

      Delete
  3. wah so sweet auntie,uncle bg mcm tu.. nina ni xpandai menjahit. walaupun masa sekolah dulu ada ambil kelas ert(menjahit dan memasak).. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh belajar menjahit tapi tak tahu?
      hihihihi ni mesti kes malas nak pegang gunting, jarum dan benang.

      Delete
    2. Hehe iyelah auntie.. Tapi sekarang rasa teringin pula nak belajar buat langsir... Harap2 ada rezeki nak belajar... Lagi satu maybe sebab mama nina yang selalu tolong jahitkan atau alter baju walaupun dah kawen... Ohhh sayang mama.. Hehee :-)

      Delete
  4. kalau berpeluh pergi belikan makanan aci tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, hanya Allah SWT saja yang mengetahui kategori isteri macam gini..

      Delete
    2. Hehehe...peej betul jugak kan?peluh berpanas dan bersesak gitu (",)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...