Followers

Monday, January 13, 2014

Malu Nak Buka Mulut

Compact habis...
Pesan kat anak tolong belikan
Jika dia ke KLCC
Disana pasti ada
Di JJ takada compact refill macam tu 





Anak :  Bila beli kasing ni? Dah lusuh logo dia
Auntie : Ishhh lama dah, sebelum mama sakit, agak2 
                       7 tahun dah kot, masa mama kerja dulu
                       Tolong beli refill yea.

Anak bawa casing tu ke KLCc
Anak balik, terus bagi bag Parkson
Katanya refill utk casing tu dah tak ada production, dah obselete 
Dia belikan casing baru dan refill 
Brand sama dan refill sama
Memang auntie terkejut beruk bila tengok sticker rege
dah hampir mencecah rm400


Casing rm300 

Refill rm80

Dulu2 tak sampai rm200 casing, refill Rm 60 ++ aja
Memang tergulinglah, rege barang make up sekarang
Tapi saperti biasa anakku Pija tak mahu duit auntie
bila auntie nak bayar
Selalu dia kata 
Mama mengada ngada nak bayar balik
Alhamdulillah,
seronok auntie, berdoa
Semoga rezeki perniagaannya terus maju dan maju

Minggu sudah Pija belikan papanya hphone
Papanya tak minta pun
Dia kesian tengok papanya pakai hphone lama (htc)


Banyak jasa anak ni pada auntie dan uncle
Pernahkan auntie bercerita
Mengapa dia tak bekerja dipejabat
Sebab pengorbanannya menjaga uncle sakit bertahun2
Stroke selama 2 tahun dan 
Kronik depression selama 3 tahun
Tapi rezeki berniaga dia lumayan sekarang
Allah menyayangi orang2 yg tidak lupa 
Pada orang tuanya...

Malulah nak bukak mulut utk kirim kat dia apa2 lagi
Auntie bukan tak boleh beli kat shopping komplex
Tapi mereka malas nak bawak auntie
Sebab auntie jalan slow sangat, bertatih tatih
Hanya uncle aja yg rajin layan auntie
Tapi sekarang, mata dia pun dah tak brapa nampak
Maka dia banyak terperap dirumah
Melainkan ada sebab utk keluar

Aaaaa....aa... Macam mana ni?
Ada voucher rm 70 hinggit expiry 19/1
Nak beli stokin, lepas kan?
berapa helai dapat dengan volcher tu

21 comments:

  1. Bertuah Auntie dapat anak macam Peej..mudah2an Peej sentiasa dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalin, bukan saja Peej, kesemua anak2 auntie baik2 belaka, mereka ada sifat penyayang.

      Terima Kasih doakan rezeki peej

      Delete
  2. semoga peeja murah rezeki lagi. mmg betul kan auntie.. buat baik pada ibu bapa mmg akan murah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doakan Peeja NorMala.
      Apa saja perbuatan yang baik, pasti ada ganjaran dari Allah SWT.

      Delete
  3. bertuah auntie dpt anak2 baik mcm mereka
    semoga auntie n uncle sihat2 selalu hendaknya

    peej baca ni konfem gi belikan stokin tu
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anak2 yang baik2 semua.

      Terima kasih doakan kesihatan uncle dan auntie.

      hihihihi nak beli stokin, abam jubah nak bawakkan auntie hujung minggu ni.

      Delete
  4. Alhamdulillah aunty dapat anak2 yang baik dan mengenang jasa. saya tak sabar nak habeh belajar nak kerja, then nak berjasa balik kat mak abah saya. sekarang ni mampu berdoa je. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak2 auntie penyayang.

      Alhamdulillah, doa dari anak paling baik utk kedua ibubapa

      Delete
  5. alhamdulillah rezeki mama
    bertuah peej dpt berkongsi rezeki dgn ibu bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dia sentiasa 'menghulur' utk kami.

      Delete
  6. Alhamdulillah
    Sejuk perut kak nanie mengandungkan Peeja dulu..
    - seronok dah dapat rasa anak yg belanja apa yg kita mahu...
    Anak saya kecik lagi... Harapnya dapatlaa merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, akak tahu, anak2 Rahmah juga baik2 belaka.
      Mereka juga penyayang.

      Delete
  7. Aunty, Peeja memang anak baik... saya pon bertuah ada kawan macam Peeja... Bila baca entry Aunty yang cerita pasal Peeja, terus saya rasa terharu.. betul aunty kata, berbuat baik pada ibu bapa dan orang lain, Allah akan bukakan pintu rezeki untuk kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pada Filla kerana sudi berkawan dengan Peeja, dia tak ramai kawan sebab memilih ciri2 yang sesuai dengan dia..hihihihi

      Betul, berbuat baik dibalas dengan limpahan rezeki dari mana2.

      Delete
  8. Sya sentiasa mendoakn agar auntie dianugerahkn kesihatan yg baik...suker sya dpt baca setiap coretan auntie...Peej mmg anak yg baik zahirnya nampak ganas tp dalam hati penuh taman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu...

      Terima Kasih eyda sudi mendoakan kesihatan utk auntie.

      Betul, dia memang agak kasar tapi hati lembut macam tahu..hihihihi

      Delete
  9. Alhamdullilah. .auntie mempunyai anak yang baik..
    sesungguhnyaa bila anak-anak membuat baik pada kedua ibu bapanya..
    Allah akan melipat kali gandakan lagi rezekinyaa..

    semoga aunie dan uncle sentiasa dalam keadaan sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anugerah Allah pada auntie sifat anak yang baik terhadap ibubapanya.

      Terima Kasih atas doa untuk auntie.

      Delete
  10. Salam Auntie, Alhamdulillah syukur auntie dapat anak2 yang baik. saya pon berdoa supaya anak2 saya pon nanti akan sentiasa berbuat baik mcm anak2 auntie.
    ~salam Maulidur Rasul~

    ReplyDelete
  11. salam auntie,
    saya sebak baca entry ni, sebab saya pun selagi saya hidup saya mmg nak berbakti pad emak saya, everything saya buat semuanya utk mak saya..:) setiap pengorbanan mak saya, saya hargai, saya akan ingat sampai bila2..berkat doa mak saya, al-hamdulillah rezeki saya semakin murah..alhamdulillah :) semoga auntie & uncle sekeluarga diberikan kesihatan yg baik..amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...