Followers

Sunday, January 5, 2014

Kari ikan Warisan Keluarga

Hari Minggu (Ahad) jom makan menikmati kari ikan

Auntie berbesar hati untuk share kari ikan 
Ada pernah reader auntie request
warisan turun menurun keluarga
Ikan2 yang paling sedap dimasak utk kari warisan ni
Bawal, senangin, tenggiri dan nyonyok
Sayurannya
Bendi, terung, karot, timun dan tomato
Cili hijau atau cili padi pun boleh juga

Jom lihat bahan2nya



Rempah kari adabi 3 senduk
(Anggaran 1 1/2 peket kecil)



Bancuh ngan air sedikit


Auntie guna bekas tapisan sebab senang nak basuh dan selawat

3 tangkai daun kari
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 3 ulas (hiris)
1/2 sudu halba campur


Bawang putih auntie ketuk dgn pisau chopper dan jgn buang kulit
Sebab kulit bawang putih amat wangi bila digoreng nanti


Asam jawa segenggam


Air asam pekat 1/2 mangkok

Auntie guna santan kotak kali ni
Jika santan fresh lagilah sedap
1/2 kotak aja utk masakkan ini
Panaskan kuali
Tuang 5 senduk minyak masak
Dah panas minyak, masukkan segala bahan hirisan dalam tapisan tadi



Goreng hingga garing
Masukkan paste kari


Goreng sampai garing juga
Garam 1/2 sudu kecil
Masa ni, memang wangi satu rumah bau kari
Fuhhhh kesian jiran2, mesti kecur
Ohhh yea masakkan ni boleh makan 6 org

Masukkan air asam jawa dan santan (1/2 kotak) tadi
Masukkan air 1/2 mangkok lagi
Biarkan mendidih

Ikan senangi 2 ekor



Masukkan ikan dan sayur2 kecuali tomato
Biarkan sampai nampak mata ikan tersembul 
Padamkan api dan masukkan tomato
Siap

Sederhana pekat kuahnya
Keluarga auntie tak suka kari cair, tak umphh
Boleh cicah lempeng atau roti benggali

Auntie juga teringin makan pucuk paku hari ni


Auntie buat sambal belacan
(Lupa lak ambil gambar)

Asingkan sikit, hiris bawang putih dan merah
Dn segenggam udang basah


Sedikit minyak dan goreng sampai garing

Buh 2 sudu kicap pekat
Siap

Auntie boleh gerenti menjilat jari bila makan
Kari ikan warisan ni
Sayur pucuk paku belacan berudang
Dan sambal belacan

Selamat mencuba

26 comments:

  1. tak cium bau pun kecur air liur...mskn tu mmg feberet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh QHQ suka kari yea? Selalunya orang utara yg minat kari, orang selatan kurang

      Delete
  2. Ya Allah sedapnyerrrr...thanks for d recipe auntie ♥♥♥

    ReplyDelete
  3. As salam Puan, kari ikan tu memang nampak menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  4. Apa ni auntie... Kecur liur la nina tgk.. Dah la nina dalam pantang ni... Mesti sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nina,,
      tunggu lepas pantang, cubalah

      Delete
  5. Assalamualaikum... salam perkenalan... 1st time datang sini dan dapat banyak info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Salam perkenalan kembali.

      Delete
  6. salam auntie.
    nampak sedap.
    terliur la kite pagi2 nih.

    ReplyDelete
  7. Auntie .. this is so menggoda. Teringinnyaaa .. nak makan kat rumah auntie dgn lauk pauk yg sedap-sedap camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe Alah KC kan rajin masak, cuba lah

      huhuhuhu bilalah gamaknya auntie nak jemput KC mkn dirumah

      Delete
  8. cara kita masak kari tu mcm sama tapi sy lebih suka gunakan asam keping. Dan sy baru tahu kulit bawang putih tu lebih mewangikan masakan, akan dicuba lepas ni, tenkiu, auntie, muahhhhhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ, Ohhh..guna asam keping utk kari? auntie tak pernah pulak cuba.

      Delete
  9. meleleh air luir chek!...

    sedapnyer..kari..nextime nak cuba masak kari ,dengan bwg putih tanpa buang kulit.tak pernah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe sian sampai lelehan air liur gitu

      Cubalah

      Delete
  10. Thanks auntie...mmg ternanti2 resepi kari dr auntie....mesti cuba nie...muahhh

    ReplyDelete
  11. saya baru makan masak lemak pucuk paku untuk lunch hari ni! my favorite ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, masak lemak pucuk paku pun best, auntie suka juga

      Delete
  12. Salam auntie,minta halal yer...sy dah cuba resepi nie....erm sedap....thanks ya....share la la resepi yg lain2 jua...dan erm cite auntie bila nak sambung:) 1st komen kat sini....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, hehehehe dah cuba, Alhamdulillah

      Resipi2 lain cuba nengok kat label resipi

      TQ sudi komen.

      Delete
  13. auntie, nak tanya...halba campuran tu...boleh beli kat kedai ker? hehhehe...mintak maap la..x pernah msk kari , ngapppp je reti.... halba tu sy tahu yg warna cokelat je..sbb buh dlm nasi dagang.... yg lain tu tak tahu.... heheheh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikedai runcit mesti ada halba campur utk kari, memang ada halba, biji sawi dan segala jintan2. Tanpa halba campur kari jadi hambar, tak sedap dan tak wangi..hihihihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...