Followers

Sunday, January 19, 2014

Hanya Kaset Jadi Kenangan

Hari Sabtu hari auntie ke pasar tani
Dalam kepala dah set nak beli ketam
hihihihi padah tengok fbook kawan2 makan ketam
selera lonjak2 nak ketam

Yeah...dapat 3 ekor
besar dan berat
cari Nenas sebiji
beli ikan2 dan sayuran2
ternampak wajik durian
auntie sambar, sebab dah lama tak makan wajik


sepeket rm4

Lepas tu terus balik, malas nak singgah Giant utk bahan kering pulak
tapi uncle singgah kat 7E
auntie tak turun
sementara tu auntie geledah glove box/console
tengok  kaset2 lama..
terjumpa kaset Mayang Sari
memang auntie amat suka lagu dia
auntie pun slot dan pasang
sunyi sepi...tak dengar apa2
bila uncle masuk kereta, auntie bertanya

auntie :
Rosak ke player kete ni
tak bunyi apa2 pun
Boleh uncle tersenyum kambing kat auntie

auntie :
Alahhhhh...nani tanya ni, senyum2 buat apa? jawablahhh..

uncle :
mana pulak player I rosak, telinga you yang rosak

Huahhhhhhh....kena sebijik padan muka auntie
tapi memang hampalah..lagu kegemaran suatu ketika dulu
tak dapat dengar lansung...hanya kaset tu jadi kenangan
sapa pernah dengar lagu ni?
Readers, hayatilah sempena cuti hujung minggu..

Tiada Lagi

Anugerah Allah, Lunak betul suara Agustina Mayangsari
membuat putera bungsu Presiden RI Soeharto
Bambang Trihatmojo jatuh hati hinggalah membawa kejinjang pelamin
dah tertulis jodoh merekalah tu

Sambung citer balik
Sampai rumah, auntie simpan ikan2 dan sayur2 dalam peti sejuk
ketam auntie siang dan bersihkan


Ada tertinggal sikit2 bulu hidung nenas..hihihihi

Wahhhh...auntie masak lemak nenas ketam
Noy dan PG tak makan ketam jadi kami bertiga aja mengadap
uncle, abam jubah dan auntie
sorang sekor, heaven sedut2 sepit ketam
auntie dapat kesemua sepit2 sebab
uncle dan abah jubah takut luka bibir




Alhamdulillah
uncle makan berselera nampaknya
walaupun auntie hanya masak satu mata lauk saja hari ni
selalunya auntie alergi kulit bila makan ketam
atau udang, tapi auntie pasrah
sebab dah nak makan sangat
Alhamdulillah, tiada gatal2 dan bengkak bibir

Lepas makan auntie cadang nak keluar
hala tuju ke KLCC
nak redeem vouchers Parkson
expiry 19 Jan 2013
tak banyak pun hanya Rm70 ringgit
lepaslah beli apa2 yang patut
hihihihi

Dah siap2..tetiba gerak hati
malas nak keluar, boleh gitu pulak
entahlah..rasa berat nak keluar
jadi auntie duduk depan tv
nengok perlawanan tennis

Noy bangun tido frust nengok lauk ketam
Dia tak makan ketam, alergik juga
so dia order dominos pizza
auntie numpang sekaki sebab dah petang pun
tea time utk auntielah..hihihihi




Makan Malam pula Peeja datang belikan
makanan dari Kerisek
Baru saja selang sehari auntie makan kat situ
terbaik betul 3 rasa siakap, tempat lain tak sesedap cam gitu
penuh kedai malam tu
Pija beli tomyam ayam dan nasi goreng pattaya
Otak2 dan sup ekor untuk auntie
Auntie dah kenyang
makan otak2 aja


Noy makan tomyam ayam dan nasi pattaya
auntie tak ambil gambar


sup ekor bungkus besar

masuk dalam peti sejuk..
perangat  buat makan tengahari ni ..

Rezeki mewah betul bila anak2 bermurah hati
belikan mama dan papa makanan
Alhamdulillah..

12 comments:

  1. ALolololo siannya Auntie nak dengar lagu lama dah tak boleh... Terharu rasa.

    Masak ketam? Ohh haritu saya masak ketam tak boh apa pun. Ketam semata. Licin juga.
    Anak-anak belikan makanan, memang kenyang sampai ke malam!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, slow2 nanti auntie bw kesana, In Shaa Allah.

      Delete
  3. Alhamdulillah..murah rezeki...adoiii..dah banyak kali dengar kedai makan kerisek tu...kat belah mana ek auntie?...amboiii...sedap nyer lemak ketam nenas...slalu gak mie g pasar tani setiawangsa...dengan harapan terjumpa auntie..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerisek betul2 sebelah JJAU2, kat belah belakang ada foodcourt. Cubalah, memang tak hampa jika makan kat situ.

      Jika ingin terserempak dengan auntie, auntie gi Pasar Tani pukul 11pagi hihihihi

      Delete
  4. assalamualaikum auntie, boleh tau restoran kerisik tu dimana lokasi? nampak sup ekor tu menyelerakan sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Kerisik tu belakang JJAU2, ada foodcourt kat situ, beroperasi malam aja.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Alamak!!!!
    Ampunnnn auntie. Gara-gara kami dok hupload gambar megi ketam buatkan auntie teringin pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Tulah pasal, nengok maggie ketam anyss, tak pasal2 auntie mengidam ketam
      Alhamdulillah, geram ketam dah langsai..hihihi

      Delete
  6. Salam aunt...semoga aunt sihat selalu.. :) sedapnyeee tengok lauk ketam aunt tu...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Fara,

      Terima Kasih atas doa kesihatan auntie.

      Maafkan auntie yea Fara, publish gambar makanan kat sini membuat readers terliur...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...