Followers

Wednesday, January 15, 2014

Hancur Berkecai

Mood berkemas rumah
Ruang tamu, nak alih perabot
Sofa dan side table, lamp shade etc
Minta tolong uncle alih pasu sebab berat

Beli pada tahun 1987 dgn duit EPF
Ketika auntie dapat keluarkan 10%
Masa beli rumah ni
Wah...seronok betul masa tu menyopping sakan
Auntie beli sesuatu untuk kenangan konon
Auntie beli dua biji pasu dikedai Antique diMelaka
Pasu Dari China, besar dan tinggi aras pinggang
Memang mahal sebiji ratusan ringgit,
Pernah auntie pergi kedai yg sama tahun sudah
Regenya sekarang rm 2k sebiji

Uncle alih pasu tu
Pasu tu pecah berderai
Auntie tak nampak apa yang berlaku
Tahu2 nengok dah berkecai...
Apa perasaan auntie?
Alhamdullillah tidak ada rasa 
Sedih atau marah
Kerana segala2 nya milik Allah
Tiada rezeki lagi bersama auntie

Sebiji lagi pecah juga, dah 6/7 tahun yg lalu
Masa berkemas juga
Karpet yg digulong, disandar kedinding 
Jatuh kearah pasu, jatuh berderai juga

Habislah riwayat kedua2 pasu tu




Auntie dah lama training diri
Amat faham
Apa saja adalah pinjaman
Emas, perak, berlian
Rumah, kereta
Duit ringgit
Suami, anak, menantu, cucu
Sihat, sakit dan juga nyawa
Semua dan segalanya milikNya

Hidup kita atas rencanaNya..
Allahu Akbar



20 comments:

  1. Saya juga mendidik diri begitu. Bila ianya terjadi anggap sahaja ' masanya telah tiba'.

    InsyaAllah hati jadi tenang dan redha.

    ReplyDelete
  2. Betul tu auntie..
    Tu caranya kita 'tenangkan diri' bila ditimpa ujian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DZ,

      Betul, kena redha maka ketenangan akan menyusul

      Delete
  3. sama cam didikan Mama suya jugak. everytime lost something or someone.. tak rasa terlampau sakit, marah etc.. lebih tenang and secure begitu.. Takpe auntie.. nanti ada rezeki yang lebih baik mungkin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ibu suya telah memberi ilmu yang tinggi utk suya.

      Delete
  4. dah sampai masa hayatnya.
    sayang tp redha kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Petak Bunga, macam mana sayang pun kita pada orang, benda2 yang lain, adalah pinjaman belaka.
      Tiada apa yang kekal sebenarnya, Hanya Yang Maha Esa.

      Delete
  5. Assalamualaikum, usia muda dan masih tegang pipi dan paras, macam pasu itu juga analojinya cantek berseri menghiasi rumah kita. Samapi hayatnya bertaburan juga jatuh macam usia dan jangka hayat manusia! Tiada yg kekal. Arini kak dikejutkan Makcik masuk UM. Dia baru `stroke; pada tahun 2011. Dulu cukup `besar' tp kini dia terbaring diwad kecemasan umur 72tahun badan kurus macam nak dara.Anak2, cucu2 dan saudara silih berganti. Dah lebih 7jam masih blm boleh bergerak anggota. Tangan yg saya angkat cium longlai, suara hanya perlahan kedengaran.
    Demikian lah Allah memberi kita petunjuk `human mortality!'. Masa dikejarkan dgn ambulen pg tadi hingga kini BP masih berlegar 190 - 200+. On drip saja, nak stabilise.
    Kita reda pasu tak cuba selamatkan namum bila jiwa disayang kita ikhtiar juga - tak putus harapan!
    You take care, you already kuat mentally there - harta perhiasan hanya rege didunia bekalan akhirat juga yg kita nak timbun! Semoga Allah SWT meminjamkan makcik saya kelapangan dada dan selamat dari kesakitan yg tidak terhidap olehnya.
    As for us, tawakaltu allaLah, innallah maas sobirin! Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Syafakillah syifaanajilan, syifan la yughadiru ba'dahu sagaman untuk makcik itu.

      Lain orang lain ketentuan perjalanan untuk 'kembali' .
      Lengkapkan diri dengan bekalan untuk perjalanan seterusnya.

      ~Allah melihat pada hati dan amal kita~


      Delete
  6. As salam Puan. Betul tu, hati akan menjadi tenang bila kita redha dengan segala ketentuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kasihilmar,

      Memang itulah kunci utk segala ujian/dugaan.

      Delete
  7. Tapi kalau anak-anak jiran yang pecahkan, belum tentu lagi tidak marahnya itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM, apalah? Tak kiralah sapa saja yang memecahkannya, pecah tetap pecah.
      Kena ajar jadi redha.
      Begitu juga kematian, penyebab penyakit berbagai2..
      mati tetap mati
      ketika sakit bolehlah berbanyak redha
      bila dah mati sudah terlambat.

      Delete
  8. betul aunty... segalanya pinjaman sahaja buat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia hanya persinggahan, moga bekalan pulang adalah yang diredhai Allah swt. Aamiin

      Delete
  9. harta adalah daki dunia ..hidup adalah sementara... nyawa sekadar pinjaman di tubuh badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tahu nyawa adalah pinjaman, tapi sayang 'lalai' menguasai diri

      Delete
  10. Rahmat Allah ke atas kamu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...