Followers

Friday, January 24, 2014

Embun Pagi Dan Kabus Tiada Lagi

Assalamualaikum readers auntie
Salam Jumaat

Cuaca sejuk dah hampir seminggu
Angin dingin meniup melambai2kan
pokok2 yang ada dilorong rumah auntie
Air paip juga masih sejuk walaupun dah tengahari
Fenomena yang jarang berlaku diMsia sekarang
Apa2 pun bersyukur pada Ilahi,
ianya amatlah nyaman..Alhamdulillah

Auntie teringat zaman persekolahan rendah
Sejuknya beginilah..

Zaman auntie membesar, auntie tidak kenal apa itu paip shower
Rumah yang kami duduki, quarters Kereta Tanah Melayu (KTM)
tidak menyediakan alat tu, yang auntie kenal adalah 'kolah' dan
sebatang paip kepala tembaga yang akan memenuhi kolah tersebut
Memang air dalam kolah tu..amat sejuk

Bila nak mandi kesekolah, waktu subuh
cedukkan pertama dan siraman pertama dibadan
memang menyiksakan..aduhai,  tergigil2 auntie
pernah juga auntie menipu mak..
auntie hanya siram lantai, buat2 bunyi menyiram badan
tak mandi pun tapi konon2 macam dah mandi..
tapi gosok gigi tak pernah nipu lah..
teringat citer filem PRamlee,  lagilah teruk
dia hanya calet air di kedua belah jari
dan basuh tahi mata aja..hihihi

Auntie kesekolah berjalan kaki
sejuk pagi terasa hingga kedada
minta abah belikan baju sejuk
Made in China pun dah seronok masa tuh
warna auntie dah tak ingat tapi kalau tak
silap warna kuning telur..hihihihi
sampai berlubang auntie pakai..

Auntie juga kenal embun pagi
jika bersenam disekolah
kasut kami basah ketika berlari dipadang sekolah

Dengan cuaca begini sekarang
Auntie teringat embun

Hasil gambar Embun
Mr googles







Pagi2 tadi auntie tinjau2 pokok2 bunga auntie
kot2 ada, tapi hampa, tiada embun pagi
Ermmm...kanak2 yang duduk ditaman2
mungkin tak kenal embun pagi lagi
kanak2 dikampung2 tak tahulah pulak

Pernah juga rasa kabus pagi



kabus tebal kadang kala
menghalang pandangan sejarak 5 kaki
bila bercakap2 dengan kawan2
berwap2 keluar dari mulut sebab terlalu sejuk
Kesian kanak2 diMsia sekarang hanya mengenali jerebu

Baru kejap ni auntie kedepan,
hantar Noy kekeretanya, dia terbang hari ni
Angin masih sejuk walaupun dah pukul 10:17 pagi
Sinaran matahari dah mula menjengah baju2 sidaian

Macam manalah agaknya angin di Genting, CHighland
dan BFrazer?
mungkin lebih sejuk lagi gamaknya
Dah lama x kesitu
Terasa nak kesana dalam cuaca sejuk begini
mungkin ada kabus dan embun
rindu kedua2nya..

Sungguh manis kenangan2 dan pengalaman
ber 'embun' dan ber 'kabus'

Allah Maha Pencipta


10 comments:

  1. Sungguh kak nanie..
    Kita skrg dah tak jumpa embun.
    Dulu2 tahun 70an masih ada...
    Mandi pun gigil2....
    Rindu zaman kita dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ada dah embun, sebab sekarang jungle concrete merata2

      Delete
  2. zaman saya pun macam tu.mandi air telaga mau ketaq habis.Minyak pagi pagi dok beku dlm botol.La ni baru sekarang mai balik.Tapi belum nampak minyak beku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huishhh...dapat bayangkan kesejukkan air telaga.
      Betul, nani pun pernah tengok minyak beku dulu2.
      Sekarang dah tak ada dah..panas bahang siang dan malam.

      Delete
  3. Balik kampung mggu lepas dah pukul 12 tgh hari pun sejuk lagi. Mandi pulak air kolah. Bercinta nak masuk bilik air. Suami yang tak pernah tido berselimut jadi berebut dgn dia hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi berebut selimut juga pernah auntie rasa.

      Delete
  4. sy pun rindu dengan embun dan kabus..zaman kekecik je merasanya...skang ni nk jumpa embun pun belom tentu..klu ada pun mungkin titis hujan malam,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang hanya bekas titisan hujan malam yang tinggal

      Delete
  5. Salam auntie, nk tanya sikit boleh? Noy keje ape ek? Stewerdess ke? Sy reader baru blog auntie..salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali,

      Terima Kasih sudi baca blog auntie. Haah, dia cabin crew, dah 6 tahun dengan Airlines.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...