Followers

Thursday, November 28, 2013

Jejari Kebas2 dan Berdenyut


Semalam jari dan tangan auntie kebas2
Walaupun kebas2 masak juga
tapi yang simple2 ajer
Alhamdulillah

Masak lemak cili api ikan merah


Kobis Celur


Sambal Belacan

Petang keinginan  nak makan bubur pulut hitam
Auntie rebus setengah peket aja
Alhamdulillah..makan semangkok petang
malam semangkok
Semangkok kecil aja..hihihihi


Petang tu Noy gemparkan cerita kawannya kena rompak
ada auntie masukkan dalam wall fbook

Couple cina kawan Noy baru jap kena rompak kat Kelana Jaya depan rumah. Ambil wallet, jam tangan, handbag dan kereta. Perompak adalah 4 orang berbangsa melayu. Amat memalukan dan sedih sebab samseng sekarang ramai yang berbangsa melayu.

Pada masa yang sama jiran auntie juga bercerita tentang kejadian rompakkan dikawasan taman auntie.

Salaam. Rakan di Tiara Setiawangsa maklumkan sebelum zohor tadi sebuah rumah di Jln Tiara Setiawangsa 3 kena rompak! Penjenayah dtg naik van (security tak rekod no van pun!) - cungkil rumah while owner were inside the house- ikat owner - ambil brg-brg electronic dsb. Nampaknya kita kena lebih berhati-hati skrg. — feelingsad at Setiawangsa.

Fobialah macam ni, rata2 dirompak oleh perompak2, diluar rumah dan juga didalam rumah
tiada tempat yang selamat.

Moga diJauhi perkara buruk berlaku pada ahli keluarga dan juga kenalan2 auntie.
Aamiin.

Lepas makan malam, abam jubah nak mengeteh dengan kawan2nya.
Dia pergi tak lama lebih kurang 3 jam dia balik sambil memegang sehelai kertas
Auntie angkat mata, dongak2 dan angkat bahu
menanya tanpa suara, apa yang dipegangnya?
wajah nampak suram

Polis repot kataya
Kenapa? tanya auntie risau

Beg duit tercicir katanya

Ishhhh..macam mana boleh tercicir
sedangkan kau ada beg sandang? kata auntie

Tak mama, beg duit dikocek belakang kata abam jubah
Pasti cicir atau dicopet?

Dia pula mengangkat bahunya.

Apa yang ada dalam wallet? auntie bertanya lagi

Semualah, i/c, atm kad, kad kawin, kad kooperasi,
membership kad dan lesen memandu katanya

Duit banyak tak? auntie tanya lagi

Dia tunjuk dengan jari dia
sebelah kiri satu jari dan tapak tangan kanan
dengan jari2 terbuka

Hahhhh..enam ratus? terkejut auntie

Tak lah mama, enam puluh aja..katanya

Lega auntie, tak lah banyak mana

Borak2 dengan dia, apa yang nak buat dulu
i/c ker, bank kad ker

Kami tergelak2, sebab nak guna duit utk buat i/c
nak guna atm card nak keluar duit
Alahai, nanti mama pinjamkan kau duit dulu
pergi buat i/c, tu penting.
last2 dia tertidur dilantai depan tv sebelah auntie
yang sedang melipat kain.
Ketika dia nyenyak dan berdekur
auntie melihat dia dengan linangan air mata
berkata2 pada Allah didalam hati

"Ya Allah, permudahkanlah urusannya, kesianilah anakku,
bermacam2 ujian yang dilaluinya"

Subuh2 lagi ada taxi berhenti depan rumah
pemandunya memberi salam
Abam jubah mandi, uncle yang membuka pintu

Pemandu taxi tu kata dia jumpa
wallet diSetapak sambil menghulur pada uncle
uncle mengucapkan terima kasih
Ketika tu abam jubah sedang mandi dan auntie
masih disejadah lagi dalam bilik

Abam Jubah masuk bilik terus menunjukkan
walletnya pada auntie..
duit tak ada tapi yang lain2 semua ada

Bersyukur kerana dapat balik wallet tu
dan urusan2 membuat segala2 yang penting
tidak perlu lagi..Alhamdulillah

Hari ni belum masak lagi..
Entahlah nak makan apa tengahari ni
mungkin beli ajalah
tangan masih kebas2
tadi masa membasuh corning ware bubur
dalam sinki, auntie terlepas
nasib tak pecah..huhuhuhu
gengaman pun dah tak kuat lagi..


Wednesday, November 27, 2013

Beringat2lah Selalu



Tangan dan jari auntie kebas2 hari ni
susah nak menaip terlampau banyak error
so auntie buat n3 citer2 pendek hari ni


Kisah 1

Rumah auntie didatangi 2 lelaki
berpakaian kemas, memberi salam

Mereka tunjuk authority kad
rupa2nya anggota polis
hairan juga kenapa tak beruniform?
Mereka bertanyakan hal jiran sebelah
jiran sebelah  kiri
keluarga Pakistan.
Mereka telah membuat polis report
setelah ditipu berjumlah 6k
oleh jiran sebelum ni

Ingat tak jiran sebelum ni?
yang auntie pernah citer
dia menjual semua barang2 dalam rumah
yang dia sewa fully furnished.
Rupa2nya dia buat hal pula dengan
keluarga Pakistan ni
Ishhh..dia datang dan ambil duit deposit
bila dia menyamar pada agent sebagai
tuan rumah dan collect duit deposit.

Uncle tak jemput polis2 tu masuk
bercakap diluar aja, sekarang tak boleh
nak percaya sesiapa pun, bahaya betul
Adoiiii..tak habis2 rupanya kes perempuan tu

Kisah 2

Maghrib, door bell auntie berbunyi bertalu2
kami keluar rumah,  nengok ada beberapa orang depan gate
Mereka dengan cemas mengatakan rumah jiran auntie sebelah kanan
Tanzania terbakar..
Huishhh..rumah tu gelap saperti tiada siapa dalam rumah
Dia panik masa terbakarr dan memanggil jiran yang lain
kami tak tahu menahu tentang apa yang berlaku
walaupun betul2 jiran sebelah.
Alhamdulillah
dia dapat mengawal api  sebelum marak
Jiran auntie tu hanya 2 beradik aja, lelaki dan perempuan
parents dia dah berpindah ke Brunei.
lalai ketika memasak gamaknya.

Kisah 3

Pukul 7:30 malam
Noy balik dari Laundrette
sedang dia mengangkat bakul dari kereta
dia dirapati oleh sesaorang dari belakang
dengan berbahasa Indon menegur

Derma, minta derma
Huishhhh..panik lah anak auntie Noy, malam2 ada orang minta derma
Indon lelaki dalam umur lengkongan 30 tahun
sambil menggeleng2 kepala,  Noy tutup pintu kereta
buka gate, terus lari kedalam rumah tanpa menutup gate
bercerita pada papa
dan abam jubah yang baru selesai solat magrib

Huishhh..sedang bercerita, orang Indon tu dah depan
pintu rumah sebab Noy panic tak tutup gate tadi.
Bila dia nampak uncle dan abam jubah dia terus
keluar tanpa berkata apa2
Ada ke patut datang minta derma diwaktu macam tu?

So scary, risaunya auntie
keselamatan anak perempuan auntie
jikalah dia berpisau masa Noy membongkok
nak ambil bakul baju dari kereta?
Nauzubillah..

Sejak kejadian itu auntie dah tak berani keluar rumah
untuk menyapu laman dan siram pokok bunga
tanpa ada uncle atau anak2 teman
masa pagi2 dan petang depan rumah auntie sunyi

Kisah 4

Kawan opis auntie datang rumah
dia memang setiap bulan at least sekali
menjengok dan melawat auntie..
Alhamdulillah, prihatin dan baik laku

Dia nampak berlainan dan sugul ketika itu
auntie bertanya mengapa dia begitu?
Barulah dia bercerita

Semasa dia bersaorangan driving
di Desa Ampang (kalau tak silap)
anggaran pukul 9 malam gitu
dia terasa amat mengantuk
bila berhenti ditraffik light merah
dia tersenggok terlelap sekelip mata
tiba2 windscreen tingkap dipecahkan
oleh penunggang bermotosikal
berderai pecah berterabur
dan mereka grap handbag dia
kata dia windscreen dia dah tinted yang tebal
guarantee jika dipecah berderai begitu kalau dihentuk
ermmm...auntie hanya kesian mendengar cerita dia
Selalu dia beringat
handbag letak di bawah seat tapi kali ni dia terlupa

Auntie bertanya dia
" Dalam handbag ada barang kemas ker?"
sebab dia ni banyak cincin2 berlian yang mahal2
(orang gila cincinlah katakan)

"Tak ada nani, nasib baiklah I teragak nak punggah cincin2
dan simpan ditempat lain" katanya

"Duit banyak tak?" tanya auntie
Dia diam seketika
Auntie tanya lagi
"Banyak tak?"

"Lapan ribu nani" katanya dengan nada perlahan

"Hah? lapan ribu? Kenapa banyak sangat duit dalam handbag?"
tanya auntie

"Sebenarnya dah seminggu duit tu dalam handbag,
niat nak agih2kan berzakat pada orang2 tertentu yang susah,
mereka dah tua" katanya

Auntie pula terdiam seketika
"Niat yang baik, janganlah dilambat2kan lain kali keluar duit
dan teruskanlah beri pada sesiapa yang kau hajati tu,
kenapalah tak simpan dirumah" kata auntie

" simpan dirumah pun tak selamat, sebab sebelum ni,
rumah I pernah dimasukki perompak, 10 ribu terbang
duit daddy I" katanya lagi

"Yealah, dah tertulis nak berlaku begitu" kata auntie

Macam2 hal berlaku..
Beringat2lah sentiasa,  pesan auntie pada dia dan anak2
ketika mendengar cerita kawan auntie tu

Selalulah bermohon pada Allah swt supaya tidak didatangi
perkara2 buruk..





Tuesday, November 26, 2013

Penawar Harian Ku

Dua ekor kucing belaan auntie dalam rumah

 Lulu (Jantan)


Yoki (Betina)


Paling manja antara Lulu dan Yoki
dengan auntie ialah Yoki
kemana saja auntie disitulah di meleser

Bila auntie duduk2 disofa diruang tamu nengok tv
dia datang dan panjat peha auntie
dan duduk minta diusap2 dia lah tu
memang kegemaran Yoki duduk dipeha dan lutut auntie
ada gambar buat kenangan


Uncle snapkan gambar ni


Selepas subuh Isnin, auntie duduk menemani
abam jubah mengosok baju dan seluar utk pergi kerja
sambil2 berbual tu si Yoki panjat sofa dan terus naik atas peha auntie


Abam Jubah yang snapkan gambar ni

Memang si Yoki suka meleser
tak payah panggil pun dia datang
auntie sayang sangat kat dia
walaupun ia kucing kampung yang tiada 'darjat' berbulu panjang
Yoki amat manja
Dipeluk digomoi pun dia diam dalam pelukkan auntie
Aduhai, cair hati auntie pabila kadang kala
dia melangok dan memandang tepat muka auntie
kami bertemu mata
sampai berkata2 dalam hati
bertemukah kita disyurga nanti?

SiLulu pula suka menyondol2 kaki auntie
dimana laluan auntie berjalan disitulah dia lepak
Aduhai, dah lah kaki auntie ni tak kuat
takut terpeleot terpijak dia

Betul2 depan dapur, tempat auntie berdiri memasak

Lulu manja bila dipanggil baru dia datang
suka diusap badan dan kepala
tapi tak suka didukung
melenting2 dia nak turun
nak lepaskan diri dari pelukkan auntie

Sedang memblog si Yoki pulak meleser

Nyibuk jer nak menguis2 tetikus auntie..hihihihi

Semalam auntie tertidur selepas sarapan pukul 9:10 pagi
mengantuk sangat2..
Terkejut auntie bila bangun dari tidur dah pukul 2:10 tengahari
pertama kali auntie tidur siang sampai macam tu
memang tiada lansung diulit mimpi 
memang nyenyak senyenyaknya
agaknya efek ubat yang baru auntie dapat
Tidur siang yang amat enak

Kelam kabut auntie memasak tengahari
sebab pasti suami auntie dah lapar


Kari Sotong dan Kentang


Ikan Bawal Masak kicap
(lebihan ikan goreng semalam 3 ketul, sayang nak buang)

Sawi Bunga dan Karot

Hari ni auntie tak ngantok
Uncle pula yang ngantok
dah tertidur pun disofa sambil nengok tv
umur macam kami, perlu banyak rehat
tidak boleh bersusah hati
Alhamdulillah, kami tenang walaupun ujian2an
kehidupan masih melanda

Kucing2 ku jadi penawar harian 






Monday, November 25, 2013

Ikan Kering dari Sabah

Terima Post Laju
Pada 21/11/2013 hari Khamis yang lalu

Kawan blog dan facebook yang tak dikenali secara rapat
hanyalah kenalan yang selalu tegur menegur diwall fbook auntie
menghantar sesuatu.

Dia menghubungi auntie melalui message meminta alamat
untuk menghantar sesuatu pada auntie, dia mahu auntie rasa
ikan kering dari Sabah.

Auntie hairan juga sebab kebanyakkannya yang
memberi sesuatu bukan dari ahli keluarga auntie.
Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyanyangi auntie
Alhamdulillah

Di Sabah dipanggil ikan cerming
tapi ahli keluarganya panggil ikan kering keropok
katanya


Memang auntie tak pernah makan

Alhamdulillah, auntie goreng ikan kering tu
memang nipis dan garing macam keropok



Ni spread makan tengahari Sabtu


hihihihi sedang makan, 
auntie berhenti untuk ambil pic 

Kari Ikan kembung
Ikan kembung goreng
Sayur campur + sotong
Sambal belacan
Tempoyak untuk uncle dan auntie
dan ikan kering yang best tu.

Memang enjoy kami makan reramai, tambah2 lagi bila ada ikan kering
sebagai pengisa.

Auntie mengucapkan ribuan terima kasih, Syukran
kerana bersusah payah mengepos laju untuk auntie
Satu sikap yang bernilai tinggi yakni berbuat baik pada
orang tua.
Amat terharu.



Ummie Baidura Hassan


Ungkapan terbaik buat mu sayang dari auntie


"Jazakallah Khairan Kathira"
atau dalam bahasa malaysia,
ia bermaksud,
"Semoga Allah mengganjarkan kamu dengan kebaikan yang banyak"
Aamiin

Sunday, November 24, 2013

Tersenyum Auntie

Tersenyum auntie bila melihat list
yang uncle tulis untuk barangan rumah
yang terputus

Akhirnya, uncle ambil perhatian
hihihihi..cakap dan pesan tidak diingatinya, tak diindahinya
membaca penulisan auntie tentang minyak yang besar
lagi berat untuk auntie handle minggu sudah
diambil perhatian oleh uncle
kihkihkih

Cuba lihat item 14
sampai ditulisnya gitu
supaya tidak salah lagi membeli
Alhamdulillah..


Moga tiada masaalah berat2 ketika nak masak nanti

Friday, November 22, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pokok yang dibela hampir 8 tahun
Dah mengeluarkan bunga2 yang amat cantik berjurai2
Gambar pokok ni ada somewhere
tapi auntie tak kuasa nak cari dalam n3 lama
sebab dulu2 auntie tidak melabelkan
so payah lah nak punggah

Pokok bunga tu rendang saperti 'payung'
Bunga2 yang berwarna biji kundang berjurai2..
Setiap pagi auntie akan duduk dikerusi
bawah porch, melihat sesuatu yang amat indah
yang membawa erti yang sangat bernilai

Pokok auntie tu didatangi kupu2 kecil
dan rama2 yang besar
juga lebah2 kecil menghisap madu..
amat indah sekali..
tersedik dihati
adakah auntie diambil kira sebagai bersedekah
pada kupu2, rama2 dan lebah yang menghisap madu
dari bunga2 yang auntie tanam?
cacing dalam pasu, semut2
burung2 yang hinggap menumpang mencari makanan dipokok tu
mudah2an
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sedih auntie bila sesuatu berlaku bulan sudah
pabila didatangi angin yang kencang dan hujan yang amat lebat
serta kilat sabung menyabung..
dimana pokok yang auntie tanam tumbang
uncle nampak ianya tumbang
nyaris menghimpap kereta anak auntie Noy
sebaik hujan berhenti, uncle ajak auntie
keluar angkat pokok yang tumbang tu
Aduhai..terlupa akan tangan dan lengan auntie
kami berdua basah kuyup, cuba mengangkat
pokok yang dah besar dan berat tu..
auntie menangis ketika mengangkat
sebab fikir auntie, pasti pokok itu akan mati
kerana akar tunjangnya yang dah menjalar dalam tanah terputus

Alhamdulillah pokok dalam pasu tu berjaya kami angkat
dan alih

Dua tiga hari selepas tu
Daun2nya mula kering
auntie minta uncle tolong belikan gergaji
sebab auntie perlu buang dahan2 dan daun2 kering
auntie gergaji sampailah gondol pokok tu

Pagi ni auntie menghantar abam jubah
sampai kekeretanya sebelum pergi kerja
dan kami melambai2 tangan
sebelum dia hilang dari pandangan auntie
sampai begitu auntie sayangkan abam jubah
kerana dia seorang yang amat tabah
tabah menghadapi ujian dalam apa saja bentuk yang datang
Alhamdulillah..anak yang soleh

hihihihi nak citer pasal pokok terciter pasal abam jubah
anyway back to my tree
auntie rasa amat gembira bila dahan2 pokok tu
dan mula bercambah dan bertunaskan daun2 muda
bermakna In Shaa Allah, ia nya tidak mati
terus auntie ambil gambar

Oh yea kenapa auntie tanam tepi tiang lampu
sebab auntie menyampah nengok
orang suka tampal2 kertas advert dan kadang kala
sampai ikat papan ditiang tu
Bila pokok tu rendang dulu, memang tiada lagi
orang tampal dan gantung2, sakit mata punya pasal
pernah auntie siat2 kertas2 ditiang tu..hihihi


Dah bertunas


Dua cabang dahan yang menghasilkan pokok saperti payung



Asalnya Auntie tanam dalam pasu kecil, kemudian alih ke pasu besar



Akar tunjang yang terputus dari pasu

Bila auntie minta uncle belikan gergaji
Uncle beli macam gini kat hardware
hihihihi folded saw Rm 29.90
Aduhai..jenuh auntie gergaji pokok tu




Dahan2 yang banyak bertimbun depan rumah selepas auntie gergaji
Penat dan sakit tangan auntie, auntie tak angkat dan masukkan
dalam plastik sampah
Marah menantu auntie Ben dan Abam Jubah pada auntie
kata mereka....
kenapa tak tunggu mereka potong pokok tu pada hujung minggu?
Akhirnya merekalah kemaskan dan sapu sampai bersih
timbunan dahan dan daun2 kering
Ishhh..perangai auntie mana boleh tunggu
mesti nak langsaikan jika ada yang menyakitkan mata..hihihihi

Salam Jumaat pada readers auntie
dah dah auntie kena stop citer
time untuk berduha

Have a nice weekend everyone


Thursday, November 21, 2013

Just the 3 of Us

Auntie teringin nak makan Kenny Rogers
asyik layan KFC dan Nandos
So lets go out and get some Kenny Rogers

Gambar suasana malam
Ini dinner malam sabtu yang lalu
Just the 3 of us
yang lain2 ada hal

 Duduk bersebelahan dengan Abam Jubah yang disayangi


Auntie Punya - Black Pepper Sos


Uncle Punya - BBQ Sos


Abam Jubah Punya - Black Pepper


Muffins yang sedap


Air Uncle dan Auntie
Air Abam Jubah Choclate Blended
 waiter boleh terlupa, dapat kemudian


Bersih muka uncle sejak pakai sabun tabita


Auntie dah mula pakai Skincerity selama 2 minggu
visible lines di kening dan dahi hampir hilang,
Alhamdulillah, auntie gembira dengan result product tu
Kenapa herot muka Abam Jubah? 
ada yang kusut difikiran ke?

Selamat sudah keinginan auntie nak makan Kenny Rogers
Alhamdulillah




Wednesday, November 20, 2013

Berat Betul

Dah kata berkali2
Janganlah beli minyak botol besar
berat betul
tangan nani ni kebas2
siksa, tergigil2 nak curah dalam kuali
bila nak masak

Selalu saja uncle lupa
beli mesti botol besar
Aduhai..
Jadi satu kerja pula untuk auntie
transfer ke botol kecil
tapi tergigil2 lah
huhuhuhu




Nak minta tolong transferkan
family members ada yang tidur,
ada yang kat atas dalam bilik
nak tunggu diorang memang tak masaklah auntie
Ermmm...gigil2 pun
buat sendiri aja lah
Alhamdulillah..tidak setitik tumpah
tapi auntie buat sikit jer dulu
untuk memasak ..


Mee Goreng Sotong

Ni bukan gambar breakfast hari ni
hihihihi, terliur pulak bila nengok gambar ni

Tuesday, November 12, 2013

Makan2 Tapi Jangan Lupa

Eh3 hari ni perut auntie mengada2 pulak
Asyik melapar aja
Pagi tadi konon2 nak kurangkan makan
so berbreakfast satu mug nescafe dan
2 keping biskut cream crackers
kemas dan bersihkan dapur, settled
masuk baju dalam washing machine

Kedepan pula, (dalam porch)
membaja pokok2 dan menyiram

Dengan berhati2 auntie keluar porch sekejap
utk menyapu sambil2 tu auntie toleh kiri dan kanan
sepanjang menyapu.

Terasa takut dengan kes terbaharu diShah Alam
makcik kena rompak depan rumah sendiri
Huishhhh..banyak betul orang jahat sekarang
Auntie masuk dalam gate porch
bagi ikan makan, bagi kucing makan
spray lantai. Settled.

Masuk rumah, perut lapar lagi
check periuk,  ada nasi sejuk sikit
pecah 2 biji telur, gunting kacang buncis 3 batang
dan dah ada sambal goreng dalam peti sejuk
memang sentiasa ada senang gitu
jika nak goreng mee atau nasi.

Panaskan kuali, masukkan satu senduk sambal
masukkan buncis tadi, dah tuh telur dan akhir
nasi sejuk tadi, tak buh garam sebab nak buh kicap
hahahaha makan panas2 dua senduk dengan green tea satu mug
dan selebihnya PG perabiskan.

Buka peti sejuk
makan sebiji buah delima
dan beberapa biji buah tamar
khayal auntie makan..hihihihi

Baju diwashing machine siap,
auntie gi sidai depan porch
Tiba time berduha, auntie solat

Masuk dapur balik sebab dah pukul 11:30 pagi
auntie membasuh ikan selar dan rendam dulu
dengan air beras. Tanak nasi 2 pot

Bersihkan halia, auntie blend dengan belacan
Sambal goreng dalam peti sejuk dah ada
jadi auntie gunakan utk tumisan asam pedas.
segengam asam jawa ramas2 dan dapatkan 2 mangkok
Tumis sambal tadi, curah yang blend tadi,
pulak 2 mangkok air asam
menggelegak, auntie masukkan ikan yang dah bersih
kacang bendi, kantan dan kesum. Settled.

Goreng Ikan
Sambal belacan
Ikan kering terubuk

Suis nasi dah tendang menandakan nasi dah masak
hahahahah..cuba teka apa?
Boleh auntie senduk nasi panas2, curah kuah
asam pedas, ikan dan bendi, sambal belacan
terus makan nasi awal
pukul 12:30 tengahari
habis jer cuci pinggan
buka peti sejuk lagi
nampak pulak choklat, terus amik dan gigit2
sampai habis.
Wahhhh..hari makan sedunia utk auntie hari ni..

Otak dah berfikir dan tertanya2 nak makan apa utk petang pula
hahahahah..dahsyat, selera memuncak nak makan
tapi auntie ingatkan diri dan jangan lupa
Hari berpuasa pada 10 Muharam
banyak kelebihan yang Allah swt sediakan
jika berpuasa pada hari tu.

Moga auntie sihat dan panjang umur utk menunaikan
puasa Asyura dan Tasua esok dan lusa
atau lusa dan tulat (betul ker, ada perkataan tulat?) hihihihi

Juga ujian selera tidak kemuncak pada hari tu..huhuhuhu

Selamat Berpuasa yea readers auntie diluar sana

Rajin2lah berPuasa2 sunat




Saturday, November 9, 2013

Akan Ku Turut Ke Langit Biru Bersama Mu..

Dah larut malam
tapi mata tak ngantuk
tv di conquer oleh uncle dan anak2
fooball Liverpool vs Fulham

So lets berblog
Citer minggu sudah
Auntie keluar nak repair jam
batu tergongak sebutir
Pergi kedai emas kawan auntie
memang dia boleh buatkan
masukkan berlian
zicon sebutir dan dia tak ambil upah pun

Mata melilau nengok barang2 emas berkilauan
tapi memang dah set tidak mahu membeli lagi
kawan auntie bertanya

Akak tak mahu beli gelang design baru?

Auntie menjawab
Dahlah, yang ada pun jarang pakai
pakai pun bila ada kenduri aja
Risau sebab tak pernah berzakat emas

Kawan auntie berkata lagi
Jangan risau, berzakat emas bila
mempunyai emas melebihi 800 grams
dalam simpanan

Ohhh yea ker, kalau gitu tak payahlah
akak berzakat emas, rasanya
jika ditotalkan berat emas
tak adalah sampai 800 grams
Akak baru tahu, selama ini tak tahu pun
kata auntie

Anak auntie suruh tempahkan
rantai dan loket yang ada nama dia
Kawan auntie tunjukkan sampel
Dengan harga emas semasa dan upah anggaran 3K
Auntie tak tempah pun, nak confirm
budget anak auntie dulu.

Bila jam siap, auntie cepat2 minta diri
sebab takut terjebak..hihihi

Auntie minta uncle bawa ke Ampang Park
untuk menyopping little2 dan repair gelang2
auntie yang dah terputus

Memang dah lama tak keluar dengan uncle
kerana tak mahu terjebak dengan kesesakkan jalan raya
Uncle suggest untuk pergi ke komplex terdekat
yang tak jauh dari rumah kami ke JJAU2 saja
Auntie okay aja, ikutlah kehendak personal driver
ngeee..
sampai disitu, parking kereta dibasement,
sebab hujan renyai2, selalunya auntie dan uncle
suka parking kat open space,
uncle ambilkan trolley dan auntie
memengang trolley sebagai pautan untuk berjalan
tidaklah terhoyong hayang nanti..hihihihi

Banyak gerai2 kecil di groundfloor
auntie tengok tudung dan jubah2
quite cheap tapi auntie tak mahu beli dulu
sebab perut dan selera nak makan dulu dan menyopping kendian

Masuk Madam Lim
Pakai cermin mata dan order
minuman dan noodles aja

Sambil2 menunggu
we snap some pics

Why auntie like to take pics
is that they capture memorable moments

Uncle ambilkan masa auntie sedang menungkat kepala


Auntie pula ambil gambar uncle masa dia sedang menungkat pipi
hahahahaha
orang yang dah berumur berdating
Alhamdulillah, berdating masa muda dan berdating lagi ketika tua
Precious moments..


Used to be my handsome hero

Well...
both of us ageing and grown old gracefully over the years
as for him no longer having tight and firm muscles
as for me, voluptuous figure has gone kaput
I wish the time had not gone so fast, though
Anyway, we still keep the fire lit and we still feel the warmth of love

Makanan sampai..
terkejut auntie bila sama menu yang uncle order
padahal auntie yang nak makan mee kari
uncle nak makan mee kungfu
rupa2nya dia terselera bila nampak gambar mee kari dalam menu
jadi uncle ubah nak makan mee kari
hihihihihi



Air kami tak sama
auntie order apple+celery juice
uncle punya tembikai juice


Sudah makan kami stroll tingkat satu
auntie nak nengok bantal2 yang ada offer 50% off
sedang belek2, uncle kata Peej dah ada dirumah auntie
Alahhhhh...baru nak start menyopping
uncle dah ajak balik..
huwahhhhhhh...

Auntie minta uncle janji supaya
besok pula kita sambung menyopping

Hello...tak da maknanya
keesokkan hari badan auntie tak sihat
uncle ajak keluar, auntie nangis sebab tak larat
nak keluar...
gitulah keadaan auntie
jika tak sihat memang memerap sampai berminggu2
tak keluar rumah..

Jika sihat
akan ku turut ke langit biru bersama mu..

Friday, November 8, 2013

Kehabisan

Bila minyak masak kehabisan
dan terlupa nak beli
Apa yang nak disediakan utk makan tengahari

Auntie ada pergi ke supermarket kemarin
Ishhh..boleh lupa sebab membeli sakan
benda2 yang lain

Pening memikir apa nak masak hari ni
Ermmm...dalam peti sejuk
ada ayam, ada sotong dan ikan cencaru

Fikir punya fikir
Akhirnya jadilah sajian untuk tengahari
selepas solat jumaat nanti


Ikan bakar 4 ekor (buang kepalanya)


Air Asam

sedang celur  - Timun, bendi dan kopis


Lemak Tahu, 
terlupa pula, dah masak baru teringat ada 
tempe dan soohoon

Perut dah keriok2 ni
Dah isi dengan 2 biji buah tamar
tapi masih tak mau diam, perut ni
Uncle ngan PG belum balik lagi
Cepatlah sayang
dah tak tahan ni
makan dulu kang..hihihihi

Jap2 lagi selepas Asar nak gi
JJ AU2, beli barang2 dapur yang putus
Ucapan untuk diri sendiri
Selamat Menyopping 
jangan habiskan duit..hihihihi

Wednesday, November 6, 2013

Kejiranan

Terpanggil untuk menulis pasal kejiranan

Definasi Jiran menurut islam

Jiran tetangga yang dimaksudkan ialah keluarga yang tinggal di persekitaran kita, 
iaitu empat atau lima puluh rumah dari setiap sudut.

Dalam erti kata lain,  jiran jauh dan dekat. 
Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah 
an-Nisaa’ ayat 36 iaitu : 

Maksud-Nya : 


Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya 
dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, 
karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, 
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, 
dan hamba sahayamu. 
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang 
yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Memang besar rangkuman definasi jiran.
Aduhai, banyak yang auntie tak dapat laksana
dulu, sekarang dan akan datang
kenapa begitu?
sebab duduk ditaman tak serupa duduk macam dikampung
duduk taman2 diKL, memang tidak mengenali sesama jiran
masing2 sibuk cari saraan hidup, suami isteri bekerja dari pagi hingga kepetang
bertemu dimasjid? kenal2 gitu aja

Yang kenal?
sebaris dan baris depan rumah
baris belakang, lansung tak tahu siapa
huhuhuhu..macam mana ni? huhuhuhu

Taman auntie,  tiada aktiviti rukun tetangga dan gotong royong
Jika ada, at least suami2 bolehlah kenal mengenal
Terlepas pandang..atau buat2 tak nampak
Yealah, semuanya sibukkkk mencari duit



Jiran terdekat auntie sebelah kanan orang Tanzania
sebelah kiri orang Pakistan
Dua2 Islam

Nak kena buat macam gambar ni lah
hihihihi
bertegur sapa




Soalan cepumas untuk diri auntie..huhuhuhu









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...