Followers

Thursday, August 29, 2013

Syawal akan tinggalkan kita

Cintakan Tuhan itu ibu segala kebaikan. 
Tetapi kalau dunia yang dicintai 
maka berlakulah sebaliknya iaitu ibu segala keburukkan. 
Bila sudah salah memilih, salah meletakkan cinta dunia, 
maka akan berbuahlah segala kejahatan yang berbagai-bagai. 

Pembohong, fitnah, mencuri dan membunuh.
Akan juga datang perasaan sakit hati, sombong, megah dan rasa berdendam.

Bulan Ramadhan sudah berlalu,
sebulan untuk melatih diri dan iman (fizikal dan jiwa)
khususnya untuk imbangkan urusan dunia dan akhirat.
Tak payahlah auntie bercerita hikmah bulan Ramadhan, pasti semua sudah tahu.

Bulan Syawal pula adalah bulan keampunan.
Maaf bermaafan antara sesama insan.

Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia
supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah swt.

Masih ada yang tidak mahu maafkan orang, tidak mahu meminta maaf.
Dengan umur yang dah tua ni, auntie ada jumpa orang2 macam gini
ada yang sampai membawa keliang lahat
Anak tidak mahu maafkan ibubapa
Ibubapa tidak mahu maafkan anak
Mertua dan menantu
Suami isteri
Adik beradik
Ipar duai
Kawan2
Jiran2
Kaum ni dengan kaum tu
Negara ni dengan negara tu
Pemimpin ni dengan pemimpin tu
dan banyak lagi lah

Nauzubillah

Tinggal beberapa hari jer lagi
Syawal akan tinggalkan kita
Marilah sama2 mengambil kesempatan untuk bermaaf2an







Cintai Allah dan Rasulnya


Tuesday, August 27, 2013

Banyak Betul Citer Tertunggak

Ari ni 27 August, last n3 published 22 Aug
dah 5 hari blog terabai sebab kurang sihat adalah perkara pertama
kedua sibuk melayan tetamu tak putus2 dirumah.
Auntie tak jamu apa2 makanan berat hanya biskut2 dan kek saja.

Yang kata nak datang berHraya, sampai hujung minggu ni masih ada
Dalam tak sihat tapi hati gembira dapat berjumpa kawan2.

Ari ni mahu tak mahu, kena buat urusan peribadi
nak panjat tangga atau lift? apa2 ajalah kemuduhan yang ada nanti
dibeberapa agensi

Tak leh citer panjang2, auntie nak mandi dan bersiap utk keluar
Banyak betul citer tertunggak dan gambar2 dalam kamera..huhuhu
hingga berjumpa lagi..





Thursday, August 22, 2013

Bukan Harga Menjadi Ukuran Tapi Keperihatinan

Rosaklah pulak water dispenser auntie
Baru jer pakai 3 tahun
hehehehehe nak berapa tahun bertahan makcik oiii
memang dah cukup masa untuk meragamlah tu


Yang rosak ni dah bagi kat Pakcik Bangla


Masa sembang2 dimeja makan anak beranak
Ngadulah pelas air auntie dah buat hal
air panasnya okay lagi, masih boleh dimasak
cuma dispenser pumpnya rosak
tak boleh keluar air panas tu
jadi auntie ceduk dengan senduk
nak buat air dalam mug okaylah 3 atau 4 senduk
tapi bila nak bancuh dalam teko, kena ceduk bersenduk2..
silap2 nanti air panas boleh tumpah kekaki

Alhamdulillah,
Pija kata di nak belikan utk auntie
terus dia suami isteri kekedai elektrik dan belikan

Terima Kasih Pija

Boleh comsume 7 litre air

Ada dua dispenser
warm and hot

Rumah auntie pengemar minum air panas
Uncle, auntie, P G dan Noy
Ayol dan Pija suka icey

Bersyukur auntie
bila anak2 perihatin utk membeli keperluan rumah
bukan harga menjadi ukuran tapi keperihatinan
hehehehehe

Teringat masa mereka masih kanak2 dan remaja
Sebagai parents cuba utk memenuhi apa yang mereka hajati
handphonelah, rollerbladelah, mainan remotelah dan macam2 lagi
Jadi kata mereka, mama papa dah pencen
ini lah masa mereka nak payback time untuk membantu
Alhamdulillah..

Auntie doakan agar anak2 auntie
mendapat rahmat dariNYA
Bahagia, kesihatan yang sihat, umur yang panjang
dan rezeki yang mewah.
Aamiin

Hari ni auntie berbuka puasa pukul 11 pagi tadi.
Aduhai, perut amat2 senak dan terasa rasa nak muntah.
Tak sanggup bertahan, lalu terus berbuka
dengan sekeping roti dan makan ubat Poh Cai.
Masih lagi terasa menyengat perut auntie.
Mudah2an esok boleh berpuasa.

Hari Sabtu ni ada kenduri di PDickson.
Majlis Perkahwinan anak buah lelaki, besar kemungkinan
akan pergi kemajlis tersebut dengan izinNYA.


Tuesday, August 20, 2013

Hadiah Dari Noy

Baru selesai masak utk berbuka puasa nanti
Asam Pedas dan sambal tumis sotong
Telur rebus standby jika sotong kehabisan
dek tersedap makan nanti....hik3x
Sayur kacang, terung dan timun, semua auntie celur
Nak berbuka nanti goreng terubuk asin
dan sambal belacan

Jom berceloteh lagi..hik3x
Citer2 lama sebelum Hraya dan selepas
Anak auntie Noy di Kuwait selama sebulan
balik keMsia 2 hari sebelum ghaya
tidur aja sebab jet lagged tak dapat nak nolong
auntie menyiang2 dan menghiris daging
Nak marah pun tak boleh sebab kesianlah.

Banyak betul dia membeli hadiah
untuk keluarga
Dia memang gitu setiap kali gi oversea baik
for holiday atau kerja, ada aja dia belikan.
Apa2 pun kami amat2 berterima kasih atas
pemberiannya sebab semua adalah berkualiti
dan bersesuaian dengan taste individu family..

Jom lihat hadiah2 dari Kuwait
auntie malas nak amik gambar
citer jerlah

Abam Jubah - Kemeja lengan pendek
Abg P G - ??? auntie tak perasan pulak
Kakak Peej - Handbag
Abg Ben - Kemeja lengan pendek
Papa - Perfume
Mama - Jubah + Haruman Attar
tapi gambar2 hadiah auntie ada..hik3x




Attar untuk lelaki dan perempuan

Uncle siap nak posing dengan perfume dia



Sampai hari ni belum berbuka lagi
hik3x

Auntie ada mengidam nak beli designers handbag untuk Ghaya
Tambahan collection brand yang lain pula
tersekat dan matikan impian sebab tak berjalan dan keluar rumah ketika Ramadhan yang lalu
Lagi pun auntie sayangkan duit untuk berlebih2 membeli barang2 mewah
Ishhh..dah pencen bukan duit datang berguling berbukit tiap2 bulan,
ada pun duit pencen utk saraan bulanan..huhuhuhu

Auntie punyalah seronok, bila Noy hulurkan designers h/beg kat auntie malam ghaya



Auntie masih ingat lagi
h/bag ni 3 tahun yang lalu
Jadi auntie dapat h/bag ni adalah secondhand item punyaan dia..hahahahaha
Ada auntie kisah??
LV auntie dah 4 tahun masih elok, inikan pula burberry ni baru 3 tahun
masih saperti baru beli apa taknya,
Noy pakai baru 5/6 kali sahaja..katanya

Auntie manusia biasa mempunyai keinginan untuk bergaya juga.
Masa muda kewangan yang cukup2 untuk
membesarkan anak, menyediakan kemudahan yang segala2nya
untuk keluarga.

Apa2 pun auntie bersyukur dapat merasa
collections of designers handbag selepas auntie bersara.

Jika auntie padam atau mati nanti
bolehlah agih2kan designer h/beg2 ni 
diantara adik beradik dan menantu pompuan
yang sudi mahukannya lah



Gambar Family Ghaya Tahun ini

Monday, August 19, 2013

Biskut dan Kudapan

Tetamu tak putus2..
kepenatan melayan berbual maka blog terabai
seminggu sudah..
hahahahaha

Hari raya 2013 tahun ni lansung auntie tak membeli apa2
Biskut raya semuanya pemberian anak2 dan kawan2
dan juga kawan2 siber
Alhamdulillah dan Ribuan Terima Kasih

Hari raya yang ke 10
auntie masih dapat lagi biskut raya..
heheheehe 2 bekas


Terima Kasih yea Azlin
kirimkan auntie biskut2 ni melalui Peej.
Ada kesempatan kita dapat bertemu beraya
InsyaAllah

Abam Jubah ada juga beli
kudapan dari opisnya, sabah dan sarawak
yang tak pernah auntie jumpa atau makan sebelum ini
tapi sayang ada yang tak sempat nak ambil pic
dah habis dimakan

Layan apa yang ada aja



Bila makan
Fuhhhhh tersangatlah sedap

Tempeyek kacang tanah

Naik berjerawat seketul dua dimuka dan hidung anak2 auntie
mereka merungut kenapa naik jerawat
kata auntie
Hah, kunyahlah banyak2 tempeyek kacang tu
Itulah yang naik jerawat..
hahahhahaa terus mereka tak berani nak makan lagi
tapi gambar kat atas tu aja yang tinggal
tak sampai pun 10 keping
yang telah dimakan 3 bungkus besar
hahahaha



Putu kacang hijau

Biskut traditional
arwah mak suka makan
auntie pernah menolong membuatnya, renyah
kena jemur direct dengan matahari
tapi ditutup dengan kain kasa putih
Biskut ni pemberian ex boss auntie

Banyak lagi  biskut2 yang diberi oleh anak2 siber fbook
errmmm..nanti2lah, malas nak snap pic hari ni
biskut2 yang menjadi hidangan tahun ini
yang dah habis di ngap sorrylah
auntie cuba snap yang ada aja

Dah ramai orang beraya enam,
auntie pula baru nak mula berpuasa enam hari ni
Malam Semalam terfikir apa nak sahur
Rezeki..Peej Burhan hantar spaghetti lewat malam dah
banyak pulak tu, memang just nice untuk kami
bersahurlah sekeluarga semalam dengan hidangan itu

Berbuka nanti, auntie dah masak lemak cili api ayam+kentang
Dah hampir masa berbuka nanti, auntie nak goreng tahu dan tauge
buat sambal belacan dan ikan terubuk asin

Sekarang ni
Auntie nak rehat dan baring jap
Nanti2 auntie berceloteh lagi..
ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Tuesday, August 13, 2013

Tetamu Dari Silent Reader

Hari Raya Aidilfitri yang keempat
terima email dari silent reader auntie
dia follow dari mula auntie berblog
katanya

Sangat2 ingin bertemu dengan auntie katanya
Auntie dengan cepat dan laju membalas
email tersebut, menjemputnya beraya dirumah
sebab keesokkan harinya ia akan pulang
ke Brunei

Taxi berhenti depan rumah pada pukul 9:45 malam
Dua gadis yang sangat ayu dan cantik berdiri depan mata
Walaupun tidak pernah berjumpa dan kenal mereka
auntie terus jatuh cinta..hahahahahaha
kami berpelukkan spt dah lama kenal
ahli keluarga auntie yang ada abam jubah dan uncle
pada malam tu

Abam Jubah lah yang menyediakan
minuman panas teh tarik dan icy aerated apple juice
dan keluarkan biskut2 raya
kami berbual mesra
Mereka tunjukkan gambar2 family mereka
bercerita dan berceritalah kami

Wahhhh..sambil menaip ni
auntie terasa rindu sudah
pada dua beradik kembar ni..
auntie berpesan pada mereka
jika keKL lagi, sudilah singgah lagi

Bayangkan tiada apa hubungan darah
tapi mahu menziarah auntie dan uncle
feeling blessed..Alhamdulillah

Pesan mereka, auntie menulislah hari2
citer pasal kucing pun tak pa
mereka tetap akan baca
hahahahahaha..malu pula rasa auntie
bila mereka bertanya kenapa tak sambung
citer2 episod kisah kehidupan auntie
mereka suka akan kisah percintaan auntie dan uncle
ermmm... mereka juga faham akan
keadaan auntie yang sakit
maka terbantut citer2 episod

Auntie ada bergambar dengan mereka
tapi pesan mereka tidak mahu gambar
mereka disiarkan disini..
mereka ni low profile walaupun
berjawatan tinggi..

Mereka pesan jgn letak gambar mereka disini

Mereka juga bawakan auntie hadiah buat kenangan





 Shawl dan Evening clutch bag

Amboi, bergayalah auntie dengan clutch bag ni
jika ada jemputan makan malam nanti
Shawl pula, auntie bercadang nak pakai dengan blouse dan pants putih
Ribuan Terima Kasih auntie ucapkan 
Auntie suka sangat

Pukul 11 malam tepat taxi yang sama muncul kembali
mereka dah bookie rupanya
tak puas kami berbual rasanya
auntie berpelukkan lagi dengan mereka

Rupa2nya ada readers auntie, 
ada yang menyayangi
auntie secara senyap2..

Terima Kasih pada dua beradik ni
kerana melimpahkan kasih pada auntie
semoga berjumpa lagi
InsyaAllah

Saturday, August 10, 2013

Aidil Fitri Kedua dan Ketiga

Sakit tak terhingga badan auntie
tapi kudrat yang masih ada
auntie gunakan utk memasak
Nasi lemak
Sambal Tumis Bilis
Telur Rebus
Timum
Rendang Ayam
Lepas memasak auntie baring
depan tv

Alhamdulillah, dapatlah menjamu tetamu pada raya kedua

Anak2 kus semangat
semua keluar beraya
auntie masih boleh melayan tetamu sampai malam
auntie tak ambil pic sebab terlalu penat

Hari ni hari raya ketiga
jatuh pula pada hari sabtu
lagi lah ramai tetamu
pukul 10 pagi dah ada tamu
sepasang suami isteri
bukan orang lain
kaum kerabat auntie yg tinggal
berhampiran taman
hehehehehe auntie suruh dia datang balik pada petang hari
sebabnya auntie nak ke pasar raya
nak beli bahan2 memasak
dah jemu berendang, bersambal dan bernasi impit
auntie nak masak laksa johor
sampai dipasarraya tiada ikan tenggiri
dan bahan2 yang auntie perlu utk memasak laksa johor
akhirnya auntie beli bahan2 spaghetti



Separuh jalan menyediakan bahan2
anak auntie pija datang menolong hingga siap kuahnya
hik3x seronok tidak terhingga

Uncle pula ambil pic



Padam jer api dapur
semua ahli keluarga serbu nak makan..


Masing2 makan dua sanggul spaghetti
dah kenyang kata mereka
Alhamdulillah
anak2 dan uncle bagi auntie 2 jari thumbs up

Jap2 lagi ada tetamu yang dah call kata nak datang
pada yang tak call pun boleh datang
sebab auntie masak seperiuk besarrrr
Auntie nak mandi nak solat zohor dan pakai baju
menunggu tetamu..
sambil2 tu mungkin akan terlena keletihan..
hik3x

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
kepada semua readers auntie yang beragama Islam
diserata pelusuk negara dan negeri

Tahun ni auntie merana sakit
entahlah..masih adakah tahun hadapan?
Wallahualam

Sakit yang amat2 hingga nak mengukir senyuman
pun terasa berat, begitu juga selera amat sedikit
memaksa diri menyediakan kegemaran suami dan anak2
Alhamdulillah..

 Sambal Daging 5 kilo dihiris untuk sambal

 limpa sekilo untuk rendang
Ayam? lupa..hik3x

Serai, halia dan lengkuas
gambar bawang? lupa

Hidangan Hari Raya
Sambal Daging
Rendang Ayam
Rendang Limpa
Masak Lodeh
Nasi Impit
Lemang Pak Ali Ulu Kelang 3 batang

Sepatutnya ada kuah kacang
Dah penat sangat tidak terhingga
cancel ajalah..

Gambar masakkan tiada..
Errmmm..keletihan

Tetamu tak putus2 datang
amat terhibur bila mereka datang membawa anak2 kecil
auntie menumpang kasih, dimana auntie anggap mereka
sebagai cucu2 auntie..
Cucu sendiri? Entah kemana batang hidung tak nampak
Ucapan dari menantu untuk auntie dan uncle serta
keluarga tiada lansung..
SMS? Message box difacebook? Harammm.....
Tak mengapa..
Ramadhan telah berakhir
Datang Syawal Yang Mulia
masih lagi tiada perubahan dari mereka
Kami sekeluarga tiada dendam
Kami serahkan bulat2 pada
Allah Yang Maha Pengasih
Hari Pembalasan pasti ada

Sebahagian dari gambar2 tetamu
yang diambil oleh uncle




















Beberapa minit lagi dah masuk Dua Raya
Jadi Sempena Hari Raya Pertama Aidil Fitri
Auntie menyusun jari
mohon ampun dan maaf
Zahir dan Batin
dari semua pembaca yang kenal atau tidak auntie kenali
dari jauh, mahu pun dekat....

Kepada cucu ku Zara Sofea




kami sekeluarga amat2 merindui mu
Kamu adalah generasi ku yang ketiga
keturunan ku dari daddy mu
yang telah tergalang dan kehilangan
ahli keluarganya..
Pedih dan sedih

Got to go
Ada umur auntie bercerita lagi..
InSyaAllah




Thursday, August 1, 2013

Senyum

Tersenyum memanjang hari ini..
Tersenyum sorang2..

Tak tahu apa yang disenyumkan
pandang dinding senyum
pandang lantai senyum
Bawak baring
letak kepala dibantal
masih senyum
auntie terlelap...
adakah auntie tersenyum dalam tidur????
tak tahulah..

Solat Asar
nangis...nangis..nangis
tiada apa yang ditangisi melainkan
cinta ku terhadapNya

Yang pasti terasa 'hati' ini tenang ringan ..

Rasa Nikmat
SubhanAllah




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...