Followers

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan 20

Semalam
Pukul 3:53 petang
Cuaca berbahang..tapi dah mula rintik2
Tiba2 Hati terasa sayu..
Terfikir..
Hati dilatih dan dididik
bertahan berlapar  dan berhaus disiang hari
bersabar setiap waktu dalam apa saja ujianNya
selama 19hari sudah..

Tanya pada diri sendiri
berpuasa berturut2 30 hari dalam bulan ramadhan
Apa kesan yang tinggal pada diri?
Ada perubahan?
Ada dapat lailatulqadar?
Jika ada berlaku perubahan pada diri
yakni hati yang sentiasa kejalan Allah
maka dapatlah diri lailatulqadar..
naiklah martabat..
mudah mudahan..

Pukul 4:15 petang auntie nak ikut uncle keParam
membeli lauk pauk saperti biasa
Auntie tarik jeans dari almari
sarungkan dan zip
Weyyy..dah longgar pulak tang pinggang
malas nak salin lain, auntie pakailah juga..
hehehehehe..jangan lucut sudah..

Lauk yang auntie beli semalam..
Gerai yang sama dan lauk pauk yang sama
Ishhh...

Dari Kiri ke Kanan
Siput sedut, 
pajeri terung dan nenas, 
rendang ayam pencen, 
sambal bilis terung pipit, 
sambal tumis bilis petai dan lemak telur itik.

Cempedak Goreng


Tepung Pelita, Kasui dan Onde2

Makanan sedap2..

Auntie Terfikir lagi..
asyik2 citer makanan jasmani dibulan ramadhan ni
apa taknya, berbuka macam2 hidangan mengikut selera

Janganlah lupa pula makanan rohani
makanan rohani tiada diparam
kena cari dari kitab2 dan guru2 mursyid
Antara makanan rohani adalah zikirullah
perbanyakkanlah berzikir (ingat Allah)

Setiap malam bulan Ramadhan
diisikan penuh dengan ibadat.
Semua nak berjumpa Lailatul Qadar
terdapat juga riwayat yang kuat
menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah
pada malam sepuluh yang akhir.

Nabi Muhammad s.a.w. juga lebih memperkuatkan ibadatnya
dari malam-malam yang sebelumnya
sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur..

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar
tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat beramal

Mudah mudahan dapat menemui Lailatul Qadar, dan dapat rahmat
yang akan menjadikan bahagia di dunia mahupun di di akhirat
Aamiin.














Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 18

Semalam berbuka lauk beli lagi
Wahhh..terkumpul lemak betul auntie
di popok dibelai bulan puasa
oleh suami tercinta..tak kedapur
hik3x

tapi memang hari2 auntie kena adap
lauk pauk yang sama..
hanya tambah satu dua lauk baru
tak mengapalah..
uncle memang tahu kegemaran/selera ahli keluarga dia


 3 keping roti bom

DiParam AU2 tu ada gerai Gulai Kawah Kelantan
Memang meraka guna dua kawah besar
Auntie ulang aling beberapa hari
tapi tak tergerak hati nak beli
tapi semalam uncle beli sebekas RM 5
untuk makan dengan roti bom dia..


 berminyaknya

Auntie rasa sedikit, bolehlah..
nak kata 'ada tendang' tak berapa nak 'tendanglah'
biasa2 aja..
takut nak makan lebih2..
daging tetal dan lelemaks sesaja..

First time uncle beli urap/kerabu pada ramadhan ini
Memang auntielah yang paling gembira
masa membuka plastik menyalin lauk ni kepiring
auntie terliurrrr...perghhh
Ada taugeh, pucuk ubi, peria dan kacang panjang



Kerabu Makcik Minang AU2
Terbaikkkkkk 
(sambil geleng2 kepala masa menaip nih)



                                               Sambal bilis+petai, dan sambal sotong
sebenarnya berlainan bungkusan tapi sebab sikit
auntie satukan kedua2 sambal2 tu
(I say NO to this dish - manis)

Laksa Buyung 2 peket
Dah auntie kata kat uncle
esok2 jangan beli lagi


Laksa Buyung 

Tak sapa nak makan, jadi pukul 10++ ,  auntie makan satu
Selepas berbuka anak auntie datang untuk bermoreh dirumah auntie
Pija lah menghabiskan sebungkus lagi..Alhamdulillah

Lauk pauk kat bawah ni
adalah lauk pauk hari2 mesti ada dihidangan
kegemaran suami tercinta..
hukhukhuk...


 Sambal goreng tempe+bilis+petai
terbaik


 Siput Menyedut



 Rebung + Daging




Lemak Pucuk Manis + Ubi kayu
first time makan ada ubi kayu selalu keledek atau labu..

Kuih pula tak banyak uncle beli


Abok2, Buah Melaka dan Akok
semua sedap2
Buah Melaka/Ondeh2 
gula melakanya seketul besar 
antara cair dan masih ada ketulan gula
memang kenyal dan khayal masa memakannya
terbaikkkkkk

Semalam ada tamu datang
Kawan Pija Suami isteri
sembang sampai 12 lebih pagi, auntie masuk tidur
dia orang entahlah..

Pukul 2 pagi auntie terjaga
untuk buang air..
Ada sebekas bubur lambuk atas meja


Auntie makan perlahan2,
half way, uncle nak jugak
tinggalkan utk uncle habiskan
auntie sambung masuk tidur..

Pukul 5:15 pagi, uncle gerakkan auntie
untuk makan ubat.
mereka semua dah bersahur..

Auntie makan 3 biji kurma dan ubatan2 auntie
Alhamdulillahhh...

Saturday, July 27, 2013

Ramadhan 17

Jumaat pukul 11 pagi
Bell rumah berbunyi
tinjau disliding door ada seorang perempuan mendukung bayi
auntie keluar dan terus ke gate
Dia menghulur tangan untuk bersalaman
dan menghulur plastik berisi 2 bekas biskut

Yea, auntie disedekahkan lagi biskut raya
juga dari kawan perempuan siber difacebook.
Yang menghantar tu tukang buat, yang sedekah tu
duduk diSeremban.


Watie Shaharin
selalu menasihatkan auntie jangan bersedih sedih..

Emm...terharu betul
Ribuan terima kasih padanya

Auntie belum makan lagi,
nak tunggu raya baru nak makan




Tart nenas berlogo mitsubishi


Tak tahu apa nama biskut ni
nampak mengancam
Ohhh..yea, ada yang minta alamat auntie 
melalui email, ada yang auntie tak kenal lansung
tak pernah komen difacebook atau diblog
jadi auntie khuatir akan orang2 tak dikenali..
maaf yea..

Dua tiga hari sudah anak angkat Dr Jonet fon Pija
nak kan resepi buat Claypot Rice auntie yang pernah
auntie masakkan masa dia dirumah auntie..

Pija phone auntie..
memang kelakar, orang yang pekak bertalipon
kata uncle sebelum passing fon pada auntie

"You cakap jer macam mana nak buat Claypot Rice"
Auntie pun cakap tanpa berhenti (mcm bertih goreng)
sampailah habis cara membuatnya
auntie passing fon tu balik pada uncle..

Bayangkanlah perasaan auntie
bercakap talipon tanpa mendengar..

Semalam auntie pula teringin nak makan
w/pun tak sihat, auntie kedapur juga
sebab utk memasak ClayPot Rice amat
ringkas dan mudah..
tak guna minyak lansung
(sebab kulit ayam dah berlemak)

6 ulas bawang kecil 
4 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
1/2 cawan oyster sauce
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu kicap hitam
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu serbuk lada hitam 
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 sudu serbok ayam knorr
blend dgn  dua cawan air

Siapkan Kualli
Ayam potongan sederhana 
Simpulkan daun pandan
curahkan bahan2 yang diblend tadi

Basuh beras bersih2
Sukatan air saperti biasa
Asingkan beras dan air sukatan
dan curahkan air dalam kuali ayam tadi

Didihkan lebih kurang 15 minit




Agak2 ayam dah masak, asingkan
dengan sedikit kuahnya juga

Boleh tabur bawang goreng, 
daun sup/daun bawang bila nak makan

Air rebusan ayam tadi, masukkan dalam periuk beras
Masak nasi saperti biasa

Hasilnya..

Bahan sos pula

10 atau cili merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 cawan sos tomato
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air mineral
Blend



Timun , Tomato dan Telur Rebus




Auntie nak goreng sayur campur
tapi uncle kata tak payah
dah cukup..

Auntie eksyen kat fbook kata nak masak ClayPot
anak terbaca dan sound nak datang dengan suami berbuka
boleh saja, memang mama suka ramai2..hik3x

Ada yang nak resepi
maka kat atas tu auntie bagi siap 'resipi agak2'
siapa nak cuba2, lama2 akan jadi terbaik
ikut anak tekak masing2..
nak tambah gula, garam dan sbgnya..

Menantu datang tak reti dengan tangan kosong
kuih muih manis dan pedas dibelinya

 Cucur Udang dan Abok2

5 keping Murtabak dan 2 bekas lopez

Makan2 kuih muih..
duduk2 berihat depan tv
pija hulur sampul surat



Dah lama auntie tak terima surat
(the old fashioned way)
semua sekarang rata2 ber'email
mungkin baya2 auntie tiada email address
maka sipenulis memberi surat pada auntie

Siapa penulisnya?
Pembaca blog auntie rupanya 
Luah perasaan pada auntie
Ermmm...berat dan pedih
apa yang keluarganya lalui

Surat tiada bernama, tiada beralamat
jadi perlu dibalas atau tidak?
terfikir dibenak auntie




auntie suruh Pija tolong mintakan email address si penulis
cepat jer dia balas
Bila auntie senang dan sihat 
InSyaaAllah auntie balas...










Friday, July 26, 2013

Ramadhan 16


Dah jemu dah makananan Param AU2 kata auntie
Uncle keParam Pasar Keramat pula
Sejak Ramadhan, inilah kali pertama uncle kesitu

Auntie dah tak ikut uncle sejak dua tiga hari ni
sebab badan tak sihat, kaki pula asyik kejang2..

Harapkan pandai2 uncle membeli

Wah betul2 teruja bila auntie menyalin dari
bungkusan ke mangkok utk dihidangkan..
memang nampak sedap2 pilihan lauk pauk dan kuih2
semalam

Gerai Nasi Kandar pilihan uncle kali ni

Auntie ni....Macam tak ada modal nak citer ker?
asyik2 gambar lauk pauk
tapi ramai yang bertanya difbook auntie
Jadi auntie rajinkan diri snap pic2 kat bawah ni..
Jom layan..

 Kari Pekat Ikan Tenggiri + Terung


 Kari Pekat Daging + Kentang
(tenggelam bawah kuah..hik3x)


 Pegedil
(auntie belah dua)


 Rendang Ayam



Sambal Tempoyak

Di Param Param Pasar Keramat pun 
uncle beli lauk kegemarannya..hik3x
tak pernah tak habis sebab semua 
ahli keluarga suka benar sedut2 siput
termasuklah auntie sendiri



Siput Sedut



Goreng Sambal Tempe + Kentang

Selalunya lauk tempe ni dimakan dan dihabiskan masa sahur

Layan Kuih2 yang uncle beli semalam
auntie suka sangat..
weeeee

Yang Pedas

 Popia Basah


 Popia Goreng


Yang Manis pula



 Angkoo dan Tepung Gomak


 Aneka Bubur dan Pengat

Meh lihat dari dekat pula

 Kuih Butir nangka 
(Betul ker?)


 Pengat Pisang 
(terbaik ooooo, uncle beli 2 bekas)


 Bubur Pulut Hitam



Bubur Chacha

Uncle beli Tembikai
Auntie jadikan satu punch bowl juice
Wallahhhh...heaven

Masih belum masuk ais lagi..


Alhamdulillah..
Hari ni untuk berbuka tak tahulah nak masak atau membeli..
Rasanya membeli lagi sebab dari pagi tadi terbaring..bisa2 badan
bangun utk solat Duha dan Zohor..
lepas ni nak baring balik..

Daddyyyyy... 
Dominos...
boley tak?..
(macamlah uncle baca hik3x)


Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan 15

Bersahur pagi tadi
1 Roti bom dan 2 ketul kari ayam
Minum Air Teh O panas bermug2
Telan ubat2an
Settled

Tapi hari ni terasa pedih perutlah pula
Macam puasa time kanak2 dulu..
hik3x..
Nak layan sapu tiger balm jap..
mungkin bunyi kerok2 tu senyap
hahahaha

Petang semalam terima parcel lagi
Huishhhh..besarnya..
Excited nak buka
sebab nak tahu biskut apa yang dihantar
oleh anak siber difacebook.
Kami kerap berinteraksi baik diwall
dan di messages box.
Kawan auntie tu, namanya Chieda Ariffin

Kata Chieda, suami dia yang tolong bungkuskan..hehehehe
auntie ucapkan terima kasih pada suami Chie sebab
berkerja sama susah2 payah untuk auntie.



 Harap2 tak hancurlah

Buka tape dan plastik letup2
dan ada 2 bekas biskut kegemaran auntie


Satu cornflakes dan satu lagi chocolate chips

Auntie tak hide no fon, siapa berminat silalah order 
tapi rasanya dah tutup order..entahlah tak bertanya pula auntie

Terima Kasih yea Chieda
Moga kita dapat berjumpa dalam bulan Syawal nanti..
Tak sabar nak cium2 si hensem Ahmad Harith Mikael






Ada umur kita jumpa yea cu
Gitulah auntie tagih dan nagih kasih sayang cucu 
yang sebaya cucu auntie disana sini
Pedihhhhh...

Chieda, auntie ucapkan ribuan terima kasih atas
di atas kiriman biskut raya, auntie amat terharu..

Allah menghantar kasih sayang dari anak2 siber
melimpah ruah..

Moga Allah limpahkan rahmatNya berkali ganda
kepada insan yang menggembirakan orang tua2..
saperti auntie.






Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 14

Hari ni, Badan auntie dedar2
(ada temperature sikit)
kepala macam ada batu, berat dan denyut2
(tapi tak kuat)
Ni mesti bahana berjalan hari2 keParam
Hari ni tak mahu pegi
Auntie dah masak dah pun
Kari Ayam+kentang
Sambal Belacan
Celur Ulam2-Kobis, Timun, Kacang Panjang dan Bendi
Nak buka karang, buat telur dadar dan tenggiri asin

Uncle mesti nak gi param
biarlah dia, auntie nak rehat lepas asar
baring depan tv, berkemungkinan akan tertidur
memang tak elor tidur waktu lepas asar tapi dengan badan
auntie yang tak sihat ni..rasanya akan terlelap

Atas meja ada gift dari HBO
kawan P G bagi
Auntie tak buka lagi..
rasanya buah tamar kot..



Ishhh..alang2 dah amik gambar
bukak lah jap apa ada dalam bakul tu



Buah tamar, candy kekacang dan halwa maskat
makanan manisan orang arab



Kepala berat dan mata berat, nak rehat
sebelum asar..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...