Followers

Saturday, June 29, 2013

Macam2 Payung

Payung


Sekolah tadika/rendah

sekolah menengah

Bila hujan dan angin kencang
Husihhh...pernah berlaku pada auntie..hik3x


terbang


terbalik/terpusing kebelakang


Sejak itu auntie minta arwah abah belikan baju hujan
tak mahu lagi memalukan diri depan kawan2..hik3x








Payung Kertas
Dah tak ada orang guna lagi







Bukan aja manusia berpayung makanan juga berpayung..hik3x
Dah lama auntie tak dihidangkan dengan payung cam gini..huhuhuhu
Teringin nak gi Krabilah..




Bila tiada payung
Daun Pisang pun jadilah..hik3

Kuyup juga..hik3x

Auntie pernah nengok rata2 di Indon 
pakai payung kepala dengan tali ikat kepala elastik
creatif diorang ni


Sesuai diganti sebagai topi
untuk elakkan panas kepala

Bila jadi pengantin orang sediakan payung




Izinkan suami kawin lagi
Allah swt sediakan 'payung emas' diakhirat nanti..



Pepatah Melayu Lama
"Sediakan payung sebelum hujan"
~beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan~



Percakapan generasi sekarang..
"Kau dah senang Payung2kanlah aku"
hik3x
(sapa faham kata2 ni)





Friday, June 28, 2013

"Best Friend Forever" DiAlam Siber

Dah hampir benar bulan puasa
10 Julai 2013 akan datang ni masuklah bulan Ramadhan
bila kelihatan anak bulan nanti, bermulalah
ibadah puasa.








Berpuasa (saum) dibulan Ramadhan adalah difardhukan 
atas umat Islam, ini  merupakan salah satu dari lima Rukun Islam.

Persiapan auntie untuk bulan Ramadhan
ketika sahur pada setiap tahun

Barangan tin2
Sardin, Kari Ayam, Kambing dan Daging
(senang, buka tin dan panaskan aja)
Ikan bilis dan kentang berkilo2
Telur ayam dan telur asin puluhan butir
Bahan2 ini auntie standbykan,
bila masa auntie terlewat bangun
atau tidak sihat utk masak memasak..

Citer dua tiga hari sudah
auntie menerima parcel



Wah..happy dan excited sangat
Dah lah wrappernya comel gitu




Dari siapa dan apakah barangnya?
Tertera nama dibungkusan tu : Puan Salina Abdul Kadir 

Auntie buka perlahan2 tapi hati tak sabar
nak tahu isi parcel tu..

Alhamdulillah..
2 bungkus serunding
memang sesuai untuk bersahur dibulan Ramadhan nanti..




Ini kali kedua, auntie menerima parcel darinya.
Kali pertama n3 yang ni pada tahun sudah

Bila menerima kali kedua darinya auntie rasa amat2 terharu
ada juga pembaca auntie yang sayangkan auntie
tanpa mengenali auntie, tanpa berjumpa..


‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak
dan semoga Allah SWT membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”


Moga  juga persahabatan siber Pn Salina dan auntie
saperti tertulis di wrappernya
"Best Friend forever"


Disini auntie kabarkan betapa auntie ingin
untuk berjumpa dengannya..
mungkin dibulan yang mulia,  Syawal nanti..

Jika ada kelapangan dan dengan izinNya jua
Silalah kerumah auntie yea Pn Salina


Selamat Menyambut Ramadhan semua readers auntie
Moga dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa











Wednesday, June 26, 2013

Sup Ikan Merah

Auntie masukkan gambar Sup Ikan Merah di fbook,
Ada juga yang mintak resepi..
Aduhai..kan auntie dah kata auntie bukannya
chef bertauliah tapi dah ada anak2 siber minta resepi
auntie buh ajerlah kat sini.

Resepi yang mudah style auntielah

Bahan:

A
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(jika suka bawang merah lebih lagi sedap)
sebesar ibu jari halia

hiris semua

B
1 batang Kulit kayu manis
10 batang cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu biji lada hitam
Jika nak senang
beli 2 sup ponjot..masa nak tumis bukak kain pembalut
tapi rasa auntie dalam sup ponjut xde biji lada hitam
3 sudu besar sos ikan (optional)
air,  ikut size family yang nak makan

3 biji kentang
2 batang karot
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa

Ikan merah
kepala boleh, badan boleh dan ekor pun boleh..hik3x
kegemaran auntie kepala dan ekor

Tumis hirisan A sampai kuning
masukkan bahan B, tumis lagi
masukkan air dan sos ikan
menggelegak, masukkan kentang
bila separuh empuk, masukkan karot
dan lastly masukkan ikan dan simmer selama 10 minit
Jangan lupa garam..hik3x
Done




Semangkok ratahan auntie yang dipaparkan di facebook


Bila nak makan masukkan hirisan daun sup dan bawang..
Jika suka bawang goreng silakan.

Nih nak tanya anak2 siber auntie..
ada ker yang tak kenal herba2/rempah ratus yang auntie sebut diatas?
Yang auntie tahu, anak2 perempuan auntie pun mesti
tak tahu..hik3x

Okay auntie buh kat sini..



Kulit kayu manis



cengkih


Bunga Lawang


Buah Pelaga


Biji Lada Hitam


Sos Ikan dalam botol
Sila cari di pasaraya, tak rugi kalau beli
boleh digunakan bila masak ikan sweet sour, ikan steam dan ikan bakar
menaikkan lagi rasa masakkan

Silalah cuba..

Lupuskan Kerisauan




Orang2 yang terdahulu pernah mengalaminya
maka nasihat2 saperti ini untuk meneruskan kehidupan
dengan ketenangan..



















Wednesday, June 19, 2013

Duit mana boleh duduk diam2 kan?


Tukar Kipas dua biji,
Satu dah berbunyi bising bila berputar
Yang kedua pula, berputar tapi tak ada angin

Memang dah patut diganti..sebab
bill elektrik..kus semangat bila dua2
bilik tu pasang aircon setiap malam.
Memang sedap tidur,  bil datang hujung bulan
terkejut Rm500++??
dan bila nak bayar senak perut..



Brand KDK dah berumur 20++ tahun
Abaikan habuk2 tu..hik3x


Duit mana boleh duduk diam2 kan?



Pandai terbang..hik3x


Panggil electrician kebiasaan kami
suruh bawak 2 kipas dan pasang
Alhamdulillah..

Aircon jika perlu saja, yea anak2..






Tuesday, June 18, 2013

Pokok2 Kesayangan Ku

Mee Goreng bersotong utk sarapan
Ada yang minta resepi
bila nengok mee goreng dari n3 yang lepas

Mee Goreng Udang

katanya macam mana nak buat
mee goreng warna macam gitu
tapi alahai! malulah pula
sebab mee goreng auntie biasa2 aja

Auntie faham sebab mostly pembaca auntie
adalah golongan muda2, anak dara duduk merantau
belajar/ kerja didalam dan diluar negeri
Yang baru kawin, nak jamu suami tercinta



Mee Goreng Sotong

1. Setengah peket mee
2. Udang besar 10 ekor atau sotong 5 ekor
Auntie suka udang berkulit, sebab kemanisan
kulit udang boleh 'nyoyot' bila makan..hik3x
3. Sayur suka hati
auntie apa yang ada dalam peti sejuk
mee dalam gambar tu
sawi 2 pokok, karot 1 batang, kauliflower sikit dan kacang buncis 5 batang
auntie dan anak2 adalah penggemar sayur mayur,
uncle pula bila makan kuis2 sayur2 tu
Jika ada fish balls, fish cakes, silakan guna
4. Bawang merah 2 biji
5. Bawang besar 1 biji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Cili kering 10 biji
Telur 2 biji
Blend no 4 hingga 7

Panaskan kuali
tuang minyak dan tumis bahan yang diblend tadi
masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu tomato
garam xyah, sebab mee dan sos2 dah bergaram
tapi kalau ada yang kaki makan masin buhlah sikit. hik3x
masukkan sotong/udang dan sayur2 tadi
goreng half cook (jgn lama) masukkanlah mee
buat bulatan tengah2, pecah telur,
bila nampak telur dah setengah masak
kacau sebatikan dengan mee, goreng sekejap dan
padam api
Done

Masakkan dalam kehidupan auntie yang simple2
aja, asal boleh makan, kena dengan selera, udah.
Alhamdulillah...

Dah bersarapan jengok pokok2 kesayangan dalam pasu pula
Pilihan pokok kalau yang berbunga
adalah warna putih yang wangi2, oren dan merah
dan pokok daun2 hijau
dan daun2 basic untuk memasak
limau perut, kunyit
kaduk, pandan, kari dan selasih
daun kesum dah berkali2 cuba tanam
mati selalu..entah kenapa?
Auntie suka pokok2 kesayangan auntie
sejuk mata memandang..
Kebanyakkan nama2 pokok, auntie tak tahu, hik3x













Ada ikan kecil yang bersuai 
dengan takungan kolam yang comel lote ni..hik3x


Abaikan dinding2 tu
nak raya nanti..boleh buat project cat mengecat..huhuhuhu




Asalnya sepasu selasih dan sepasu daun kari
tapi kini selasih meumpang hidup dipasu kari
Auntie biarkan aja..




Masak nasi auntie memang ambil daun pandan sehelai
dan bila nasi mendidih..awwww..wangi seisi rumah
tu yang buat selera nak makan sebelum waktu ..hik3x


Pandan

Hirisan daun kunyit auntie buat jemput2 tepung untuk minum petang
selain digunakan untuk masakkan
Wangi dan sedappp..

Daun Kunyit

Limau perut

Kaduk dan bunga melur



Ada pokok tumpang
Heran auntie,  boleh hidup dicelah2 batu pagar
memang tiada tanah disitu..
dengan izinNya hidup sampai berbuah..
Alhamdulillah..



Pokok Mengkudu

Hukum alam
Ulat dan siput akan memakan daun2 kegemarannya..
Patutkah dibunuh?
Beli racun (pesticide)? 

Auntie googles
untuk racun yang mengguna bahan2 pokok yang terdapat
disekeliling
Daun Neem, daun tembakau dan daun bunga kekwa
payahlah auntie nak dapatkan daun2 ni..

Lagi satu
Bawang, cili padi dan air diblend
Spray pada pokok2 untuk menghapuskan ulat2 tu..

Wah! guna cili padi? 
belum pernah pula auntie buat lagi..
nanti2 bolehlah auntie cuba spray pada 
Ulat yang dah mula naik bulu..
ulat2 tu akan terkedu bila kena spray cili padi..

Terima kasih pada En googles


Monday, June 17, 2013

Cucu Ke Pusara Arwah Atok Abah & Arwah Mak Tok

Hari Sabtu hari Pasar Tani
Membeli ikan dan sayur
Kali ini auntie kesitu awal, pukul 7:30 pagi
Beli apa yang patut utk peti sejuk
dan sarapan.


Utk bertiga


Nasi Ambeng 

Auntie teringin makan nasi ambeng
mengalahkan orang jawa pulak hik3x
Last makan Nasi Ambeng bulan puasa tahun sudah
Alhamdulillah..sedap nasi ambeng ni
hanya 3 henggit saja tanpa ayam atau daging..


Pulut Kuning dan rendang daging

Pulut Kuning kegemaran uncle
Rendang pedas tapi ada juga sedikit rasa gula
me not loike
rm5 henggit saja sebekas

Selepas sarapan pukul 9:30 pagi auntie dan anak auntie 
melawat pusara arwah abah dan arwah mak auntie
ditanah perkuburan Danau Kota Setapak.
Uncle,  auntie suruh rehat dirumah, kesian nampak
dia tak berapa sihat kebelakangan ni..banyak tidur.

Menziarah kekuburan, salah satu sebab ialah untuk menginsafi diri 
dan untuk mengingatkan diri betapa satu hari nanti, kita akan ke situ juga

Ziarah pusara juga mendatangkan rahmat kepada arwah yang meninggal dunia.






Disunatkan : 

memberi salam samada dalam keadaan berdiri atau duduk.

berwudhuk dan membaca Al-Quran dan sebaik2nya dalam keadaan duduk. 

Kemudian terus berdoa kepada arwah sekalipun tidak mengangkat tangan.



Dua tempat  duduk yang tersedia ada utk membaca Yassin


Menaburkan hirisan daun pandan



Memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat.




Sesudah selesai dipusara arwah abah
kami naik kereta semula utk pergi kepusara arwah mak pula
Walaupun ditanah perkuburan yang sama tapi jauh untuk meredah
dipenghujung tanah perkuburan.

Kedua2 pusara arwah hampir dengan pintu pagar.
Jadi auntie tak perlu berjalan jauh.













Alfatihah
Semoga kedua2 arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. 
Aamiin




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...