THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, May 30, 2013

Breakfast Pilihan

Suatu pagi yang awal minggu sudah..
Tak ingat bila?

Uncle menanya nak makan apa utk breakfast
dia nak keluar beli

Auntie menanya nak beli aper?
katanya Nasi lemak

Nasi lemak dimana? tanya auntie
Depan CIMB Setiawangsa jawab uncle

Ermmm..tak mahulah, you beli utk diri you, sudahlah..

Auntie amat cerewet bab nasi lemak
cerewet tapi tidak merungut ketika makan..
pernah auntie beli nasi lemak tanpa sambal
tapi pilih rendang..

Rendang juga dibubuh gula..
Boleh percaya tak?
Rata2 orang sekarang pakai gula dalam masakkan
Heran betul..

Auntie pernah bertanya Chef katering
kenapa letak gula dalam masakkan
Boleh tahan lama, lambat basi
gula ambil aleh sebagai agen pengawet katanya

Ohhhh...gitu..kata auntie


Nasi lemak paru, 
kangkong dan timun 
telur rebus tiada dalam gambar yang dah dingapp oleh uncle

Sambal tumis yang berkilat sudah tentu manis
Minta maaf, tekak auntie tak leh terima...
Rata2 auntie makan nasi lemak, 
susunlah, di sekeling penjuru taman tempat tinggal auntie
di seberang jalan taman sebelah
kesemua sambal tumisnya buh gula..
Ishhhh....kecewa

Auntie lebih rela makan..


Heaven

Kari ikan bawal lebihan semalam cicah roti..



Wednesday, May 29, 2013

3 Work Stations

Ada 3 tempat untuk auntie menulis blog
tapi kebelakangan ni
blog auntie sunyi
seminggu 2 entry saja
kenapa?

Jom nengok pc auntie dirumah
dah boleh buka cyber cafe dah..


Dalam Bilik Auntie

Pc ni hanya utk main game dan Youtube & movie..hik3x
perlu tukar keyboard sebab dah tak umpphhh, dah keras..
nanti2lah..



Landing Area ditingkat atas


Pc ni pulak, anak auntie PG dan Ayol yang guna
dan auntie memang tak larat nak naik tangga..

Si Noy ada MacBook dalam bilik dia
tak sapa boleh sentuh..hik3x


lappy auntie kat meja makan 

Dah tu kenapa auntie tak rajin buat entry?
Sebab uncle  berkampung kat lappy auntie siang malam..


Patriotic tak uncle? 
dengan bendera Msia didada/jantung ?
.hahahaha


Uncle buat derk jerrr bila auntie lalu lalang ghendeng nak pakai lappy..hik3x
Bila auntie jengok apa uncle buat kat situ?...
Ishhhh main solitaire..

Tempat auntie memang situ ajer,
tempat lain? Jari2 kaku tak tahu apa nak tulis
Caya tak?...hehehehehehe

Citer banyak yang tertunggak..
nanti2 jika ada kelapangan dan sihat, auntie terus menulis
dan merapu2 lagi..

Salammmmm...



Wednesday, May 22, 2013

Gerak2an yang diredhaiNya..


Rumah jiran depan auntie dapat matahari pagi
basuh baju dipagi hari..mungkin subuh2 lagi bibiknya
dah basuh kain dan sidai..






Rumah auntie mengadap matahari jatuh..
auntie jadi kebiasaan basuh baju boleh selewat pukul sebelas pagi
tapi kebelakangan ni, mendung dan hujan dipetang hari..
disebabkan auntie tidak dapat mendengar bila hujan tiba
bibik depan rumahlah akan tolong mengangkat baju2 auntie bila hujan
terkejut juga pada mulanya..
ingatkan baju2 dah dicuri orang
maklumlah baju2 T anak2 mahal2..
nanti auntie akan dileteri
pernah berlaku baju mereka hilang..
auntie pulak akan menarik sidaian beroda auntie
keluar pagar, konon nak matahari direct
dahlah laluan rumah auntie tu,  laluan orang2 berjalan nak
ke station LRT, macam2 bangsa lalu..
bila dah kena leter dek anak2, auntie tidak lagi
jemur diluar, bawah porch ajer..hik3x

Bersarapan mee goreng pagi ni

Setengah peket ajer, 4 orang makan

Baju dalam washing machine dah siap agaknya
boleh dah disidai..

Auntie ni demam dah beberapa hari tapi masih lagi tak abai kerja2 rumah
Yealah selagi amanah dipegang dan dengan izinNya
berlakulah gerak2an yang diredhaiNya..


Walaupun kerdipan mata, dengan izinNya jua..



Alhamdulillah..



Wednesday, May 15, 2013

Anak2 dilindungi dari sekecil tapak tangan

Hari Ibu Sedunia
Setahun sekali
tiada bermakna jika kasih dan sayang
anak2 hanya untuk hari tersebut sahaja

Menyambut Hari Ibu Sedunia
bukan budaya orang melayu
hanya kepada generasi muda sekarang
Auntie dulu2 tak pernah menyambutnya
pada arwah mak auntie.

1.    Ciuman dipipi setiap hari 
       sebelum keluar rumah dan masuk rumah
2.    Meringankan kerja2 dirumah
3.    Berbual2 dimeja makan
4.    Selalu bertanya sihat atau tidak
5.    Ambil tahu perasaan suka duka ibu
6.    Bawa berjalan2 keluar sekali sekala
7.    Membeli makanan kegemarannya sekali sekala

Perkara2 diatas sudah cukup bagi auntie
untuk anak melahirkan kasih dan sayang
terhadap seorang ibu. Auntie bahagia begitu.

Itulah yang auntie lakukan utk arwah ibu auntie
sepanjang hayatnya bersama auntie.


Hayat berakhir pada umur 84 tahun
Alfatihah 

Noy belikan auntie hadiah pada hari tersebut
dihulurnya dengan sulaman ciuman dipipi
Ucapan ribuan terima kasih pada anak bungsu auntie..

Moga sejahtera kehidupan mu
dunia dan akhirat
Status : Single

Apa yang berisi dalam kotak ini?





2 helai blouse yang dibelinya 
di boutique FLOW, KLCC

Dia memang tahu auntie suka pakai blouses Flow
nipis, ringan dan potongan besar


mama pakai dengan tudung biru tau..katanya

corak blouse dari dekat 


Baju ni mama pakai dengan seluar dan tudung warna beige
cantik mama nanti..katanya lagi


Ada bersulaman dan berlubang2


Bertambahlah koleksi baju2 Flow lagi
Alhamdulillah

Anak auntie yang sulung pula
sedang auntie menonton tv
dia terus peluk dan cium auntie
Selamat hari ibu mama..
Ayol sayang mama dunia akhirat
Ayol akan berada bersama mama
dan jaga mama sampai akhir hayat
katanya..sambil menitis air mata

Yea..kamu anak sulung
bukan hanya pada mama saja, papa jgn lupa
jagalah adik2 kamu
jika mama dan papa tiada nanti..kata auntie


Anak yang sedang melalui ujian
yang masih belum berakhir lagi
Status : Complicated


Anak kedua pula
tak ada makna nak sambut2 hari ibu
perangai sempoi habis..pendiam
bila dia teragak, teringin nak sayang auntie
dia akan cium pipi bila2 masa
walaupun dah pukul 3 pagi..hik3x


Masih dengan aktiviti muziknya
Status : Single

Anak ketiga Peej
Baru keluar wad
kesihatan dah stable
Ucapan diberi melalui message facebook..
konon nak beli kek untuk auntie
tapi auntie tak mahu..no more cakes please kata auntie

Selalu bawa makanan untuk auntie
Status : Married


Gambar yang tersentuh hati bila melihatnya..


Anak2 dilindungi dari sekecil tapak tangan


Pesanan






Pada anak2 cyber auntie yang mengucapkan Hari Ibu pada auntie
auntie terharu..
Ribuan terima kasih





Tuesday, May 14, 2013

Hadiri Dua Majlis Kahwin Sehari


Dalam draft n3 hari ni dah
2 minggu yang sudah,
Hari Sabtu 2 undangan majlis kahwin
Auntie masak satu mata lauk
untuk yang tak pergi, kari Ayam dan Nasi

Auntie bergerak awal pukul 11:30 pagi
ke Dewan Perdana, Felda

Jemputan dari kawan uncle juga
Majlis kahwin sekali harung, double wedding
2 anak lelakinya

Disebabkan bergerak awal
gambar pengantin tiada
Entahlah rasa kecewa pun yea
gambar semuanya gegar2
Uncle dan Ayol tak boleh harap
ambil gambar ala2 kadar..

Jom kita tour..


AJK majlis tempatkan kami bertiga di meja reserved.


Gambar bergegar

Auntie korek2 lemari cari baju dan tudung lama..
memang pasang niat nak pakai baju2 lama
masih muat..Alhamdulillah


Sedap2 lauk2


Lauk pauknya
Kurma Ayam
Rendang Daging Tok
Ikan daun kantan (signature dish Felda)
Pajeri Nenas
Dalca
Papadom
Nasi Minyak


Ni gambar hasil tangan auntie yang bergegar juga


Kuih Seri Muka dan Akok


Buah Tembikai Merah, Tembikai Susu
dan Anggor


Air Laici Biru, mineral
Teh tarik belum sampai lagi


Satu meja ni ada 3 style kepala licin  
Uncle, Ayol dan Kol Ramli Bandung,
mantan Panglima Tentera Darat General (B) Tan Sri Shahrom 
(berbaju melayu)


Auntie dah suruh uncle senyum,
tapi kedekut juga


Ayol tersenyum simpul


Lt General Dato' Zulkiple Kassim 
( Panglima Medan Tentera Darat)


Kerusi utk sepasang pengantin saja, Kek kiri kanan (2 set)
entahlah macam mana atur cara majlis?
Jika dua2 pengantin datang serentak,
dimana sepasang pengantin lagi tu duduk,
Ermmm....auntie tak sempat nak nengok


Dua High Table beradap 
utk dua keluarga pengantin perempuan


Jalan laluan masuk ke Dewan Felda Perdana


Yang sudah2 majlis auntie hadiri 
ada terbentang karpet merah sepanjang laluan ni,

Disebabkan lantai ni membukit nak kedewan dan tanpa karpet merah
auntie jalan menyusur memegang railing kat tepi2 tu, takut terjatuh sebab licin

Door Gift mereka

Uncang Songket
tak pasti songket dari India, Thailand or Msia?


Cokelat 5 butir


Tak seronok pergi majlis awal dan balik awal
tak dapat jumpa kawan2 auntie yang datang kemudian
Dah tu gambar2 pula banyak yang rosak
Gambar pengantin pun tarak
Ishhhh...

Bergegas pula ke majlis di Kajang
Majlis buat dirumah
Kawan uncle ni, kawinkan puterinya yang bungsu

Redup bawah khemah tapi panas berdenting cuaca hari tu



Tema Turquoise


Kebanyakkan yang hadir auntie tak kenal


Barisan lauk pauk


Ayol tak makan dimajlis ni, 
Auntie dan uncle makan lagi..hik3x


Ada sambal sotong


Bubur kacang, cendul dan macam2 kerepek
diatas meja


Kuih Muih...
Mewahnya makanan sebab ini majlis akhir
tiada anak lagi nak kawinkan


Bapa Pengantin
peratikan butang baju melayu
besar duit 10 sen tuh..hik3x


Sempat auntie bergurau dengan kawan uncle
Boleh pinjam butang baju melayu tak selepas majlis?...hik3x


Pasal baju uncle basah tu?


Pelamin bawah porch 


Sayang gambar auntie semuanya merah cam gini
disebabkan bumbung yang berwarna tapi transparent
Ishhhh..tak tahu apa namanya, yang boleh masuk cahaya tu..








Nasib uncle sempat ambil gambar pengantin di bawah khemah


Door gift





Tuala Muka


Bila pergi dua majlis dalam sehari
Wehhhh... auntie tak sihat sampai 3 hari
sebab makan macam2 pun yea..
penat pun yea..
sampai auntie kata kat uncle
"lepas ni, tak nak lagi lah kemajlis2 makan mewah.."
hik3x..

Hujung bulan ada majlis kahwin lagi..
lagilah jauh..
diMelaka pula..
majlis nikah dan majlis lansung 
tak balik hari, dah booking Homestay utk berihat disana

Setiap kali auntie kemajlis kahwin
berkata2 disudut sanubari..

Moga datangnya ahli keluarga baru 
dalam setiap perkahwinan membawa
silaturahim yang berpanjangan..
bahagia dan mendapat zuriat 
Aamiin

Tidak saperti apa yang auntie dan uncle lalui..

Auntie rasa sungguh



Ermmm....



pentingkan taraf kedudukkan dan kepentingan diri
hingga sanggup ranapkan mahligai perkahwinan


Retak lalu Terpecah

dan apa2 alasan pun...
jangan sekali2 jadi tak jujur





Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui..
Setiap Ujian ada Hikmah disebaliknya..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...