THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, April 30, 2013

Menyengat Sedap Sebagai Pengisa

Hari Minggu, hari bersantai
Tukang masak pun masak yang simple2..


Tahu lembut + sayur campur
tak ada bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan


Ayam Kentang Lemak cili api


Kentang Ikan Bilis Berlada


Acar Limau + Bawang + Cili Api
menyengat sedap sebagai pengisa

Alhamdulillah..ahli keluarga tidak banyak sogel
Apa saja yang terhidang, habis licin kesemua lauk pauk
membuat tukang masak happy utk kedapur hari2..hik3x

Thursday, April 25, 2013

Komunikasi Melalui Text

Gmail
Surat?
Nota? 
SMS

Semua komunikasi diatas auntie guna utk meluah perasaan 
auntie suka bertext
Marah dan sedey cara begitu..
tak suka dianggap membebel



hik3x -  jadi tiada dosa meninggikan suara kalau ada pun
volume low...hahahaha
silalah percaya


Suatu ketika dulu masa muda2 bersurat atau tinggalkan nota
Sudah baca dia

.
.



text atau jawab mulut



Lately bila dah ada account fbook
auntie guna messages pula melaluinya
tapi....



Dia tetap membisu seribu bahasa
siapakah dia?

.
.
.
.
.
.
.
.

Amat Penyayang sampai tak reti marah

that is why 


tapi 
Alhamdulillah
auntie tidak pula

besar kepala...hahahahaha


Merapu petang hari..



Wednesday, April 24, 2013

Renung2an untuk Hari Rabu














Tuesday, April 23, 2013

Sebak Bila Hadiri Jemputan Perkahwinan

Hari Minggu 21/4/2013
Ada majlis kahwin di Wardieburn Kem
Dewan Dato' Othman Harun
Ayahnya ExArmy Officer, kahwinkan anak lelakinya
juga saorang pegawai tentera

Pagi tu, badan auntie tak berapa sihat
Auntie dan uncle berbual..
Auntie : Nani tak larat nak pergi, you gi sorang2 boleh tak?
Uncle : Suka you lah..kata nak jumpa kawan2 tentera
Auntie : Tulah..kalau pergi mesti ramai, dapat cium2 pipi
wifey2 diorang..
Uncle : Telan lah pain killer sekarang, kita pergi bila badan you lega sikit
Bila uncle bersungguh nak bawak
Terfikir juga dihati, sementara uncle masih hidup, adalah jemputan2
jika uncle tak ada memang akan terputus hubungan dengan kawan2..
jika auntie tak ada, ketika itu bolehlah uncle pergi sorang2..

Auntie terus kedapur telan pain killer, masak nasi dan
masak kari daging kentang sebab Ayol dan PG tak pergi
apa pulak dia orang nak makan tengahari nanti..

Dah siap masak, cari baju dibilik atas
ermmm...banyak yang dah lama tak pakai
ambil satu, turun dan gosok sebab keredut, lemari padat

Pukul 12:30 tghhari kami bergerak
badan auntie masih tak berapa baik
tapi kuatkan semangat..

Perkahwinan pasangan

Kapt Mohd Gaddafi Bin Hj Mohd Akram
 dan
Nurafidah Binti Haji Abdul Ghani

Tak banyak gambar yang uncle ambil
sebab sibuk berbual dengan kawan2nya 
diantara rakan2 akrab uncle yang ada
Panglima Angkatan Tentera
General Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin
yang menarik2 tangan uncle suruh duduk semeja

Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Major General Dato' Zulkiflee Mazlan

Yang dah bersara pula
Dato' Megat Yusoff
Dato' Azman Rosli

Mereka semua adalah kawan yang amat rapat
dengan kami, sentiasa dihati kami..
bilamana uncle jatuh sakit ketika
sudah pun bersara mereka tidak lupa menziarah

Kami sampai dah selesai
pengantin berjalan bawah pedang..
dan tiada upacara memotong kek
entahlah..mungkin auntie tak perasan




Major General Dato' Zulkiflee Mazlan
Upacara merenjis



See I told you, when my hubby was busy with his friends, 
auntie was left unattended..hik3x
orang dah start makan, pinggan auntie masih kosong..huhuhuhu
auntie tunggu sampai uncle sendukkan kemudian


Lauk pauk dimajlis
Nasi briani gam
Ayam masak merah
Kari Daging
Dalca
Acar buah
Papadom
Air Siren (sirap+oren)





Panglima Angkatan Tentera
General Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin 
Kerusi sebelah yang kosong dimana uncle malu2 kucing nak duduk bersama







Uncle ambilkan kuih serimuka, tapai, bubur dan teh tarik utk auntie, 
ambik gambar ni
dah tuh terus menghilang..huhuhuhu


Door Gifts


Cupcake dan senaskah Asmaul  husna

Dalam kereta auntie sebak sangat
tapi tak bagi tahu uncle

Sampai dirumah, auntie terburai menangis
depan Ayol..

Kenapa? tanya Ayol
Mama sedih sangat sebab papa banyak berpura2
dengan kawan2 mama..

Berpura2 apa? tanya Ayol lagi
Kata auntie...
Semua kawan2 menanyakan CUCU mama
Soalan2 mereka..
Dah berapa orang cucu?
Masih satu lagi?
Berapa umur sekarang?
Dah keletah lah yea?

Auntie menangis dan berkata lagi
Mama tak boleh nengok wajah papa
bila menjawab soalan2 mereka
Papa berlakon happy untuk menjawab
semua soalan2 tu..
tapi sudut hatinya..mama tahu dia terluka..

Ayol terus dakap dan cium pipi auntie
dan mengusap2 belakang auntie..
Auntie lihat..Ayol juga mengalirkan airmata

Ayol berkata pada Auntie
Banyak bersabar mama
Auntie juga berkata sedemikian pada Ayol..
Entahlah berapa lama lagi kami nak tunggu..

Pada auntie..
Mertua Ayol amatlah tidak bertimbang rasa
membelakangkan hak Ayol sebagai suami dan ayah..
masih tidak mahu melepaskan isteri dan anak Ayol..

Ayol hanya berkata..
Dia berserah....Total surrender pada Allah SWT
Biarlah mertua dia hanyut dengan keputusan mereka..
Kepentingan diri menguasi keputusan mereka 
Kini lapan bulan telah berlalu..
Buat masa sekarang, Ayol tetap menunggu
kepulangan isteri dan anaknya disisinya..
Ayol tidak akan lupa menghantar saraan anaknya setiap bulan
kerana itulah tanggung jawabnya..


Insan yang dianiayai tapi masih memberikan senyuman 
Moga Allah SWT memberi kekuatan pada suami dan ayah ini..



Dahhhhh...auntie tak mahu emo2 pagi ni
banyak kerja yang auntie nak buat..
nak keluarkan karpet dan jemur
nak vacuum dan mob rumah..
Aduhai..manalah weekend maids dah
lama benar uncle tak arrangekan..


Monday, April 22, 2013

Masakkan Orang Tua Lagi Sakit

Kebelakangan ni  auntie
yang tak berapa kuat tenaga
masak  2 mata lauk saja utk
setiap kali hidangan
kami bersyukur dan berselera aja
anak2 makan dan tak merungut

Set Satu
entah tak ingat hari apa (minggu sudah)

Kari Ikan + lobak putih


Goreng2an ikan selar, tahu dan tempe

Buncis goreng


Bila nengok tv sampai larut malam perut auntie terasa lapar
Huishhhhh...terasa nak supper
tak yah ajak uncle keluar,
mesti tak mau punya
auntie jengok peti sejuk
Ada bebola ayam..auntie jadikan stew chicken balls
Kami hirup2 anak beranak dan makan dengan roti
hehehehehe ada aja anak2 yang menumpang


Auntie punya bowl

Auntie dan PG demam
Rebus nasi buat bubur
makan dengan kicap sambal yang memang dah tersedia dalam peti seju

Bubur Nasi, 

Campak sotong karot, buncis entah apa2lah lagi lah
main buh jer...

Pengat keledek, auntie malas potong dadu
Tak ingat dah hari apa entah..

Pengat keledek tanpa sago

Semalam pergi kenduri kahwin
Auntie masak kari daging tapi lupa nak snap
Ishhhhh...
Masakkan yang tertera adalah masakkan
kehidupan orang2 pendapatan yang sederhana
masakkan air tangan orang tua
Dah lah tua..sakit pulak tu...

Apa2 pun Alhamdulillah..masih ada tenaga
yang dibekalkan utk diri dan keluarga...



Friday, April 19, 2013

Selamat Hari Lahir Suami ku

Sudah 41 tahun mengenali insan ini
dari umur auntie 17 tahun dan uncle 19 tahun
ketika itu
Kini sudah 37 tahun berkahwin dengannya..
Pada 16hb April yang lalu adalah hari lahirnya yang ke 60



 Amat Penyayang


Perjalanan yang penuh dengan ranjau duri2
sepanjang kehidupannya dari muda hingga lah kini
Ujian yang hebat2 belaka
Dari aspek kerjaya , kesihatan,
kewangan, kawan2 dan juga famili sendiri
Disebalik segala ujian,
kehadiran hikmah dariNya..

Alhamdulillah..uncle melalui setiap
ujian dengan kesabaran dan keredhaan
Tidak mengeluh dengan ujian2
yang dihadapinya..
malah menjadikannya seorang insan
yang lebih bertawakal

Kata kawan2 yang mengenali auntie
Auntie mempunyai sifat kesabaran yang amat tinggi
Yang sebenarnya..
uncle lah insan yang mengajar auntie apa itu kesabaran
dan kini satu2nya anak yang mewarisi
kesabaran yang tinggi adalah Ayol anak sulung
tiga anak yang lain sedang dalam process..hik3x
Alhamdulillah...

Anak belikan sebiji kek dari secret resepi
Sambutan yang simple dirumah peeja


Mencecah angka 60
(6 batang lilin)

Wajah yang terharu bila angka 60 mencecah dirinya


Auntie berasa amat terharu
sampai menangis terisak2
rasa amat bersyukur bersuamikan insan ini
yang telah menyayangi auntie seadanya
dari
muda hingga tua
dari
sihat hingga sakit
selalu auntie memikirkan siapakah yang akan 'pergi' dulu

pasrah...


uncle sedang menenangkan kesedihan auntie

Ada auntie menanyakan apa yang dihajatinya..

Uncle hanya mahu melihat anak2nya
bersedia untuk mengharungi kehidupan
kerana kehidupan adalah suatu medan perjuangan
katanya..

Manusia dicipta Allah SWT untuk menerima ujiannya
dari masa kesemasa, tanpa kita ketahui bagaimana
bentuknya dan bilamasanya.

Allah SWT menguji manusia supaya mereka sedar
bahawa segala apa yang ada didunia tidak kekal
sebaliknya ia adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan
hanya sementara sahaja. Allah SWT boleh mengambilnya
pada bila2 masa.

Moga anak2nya tenang mengharungi kehidupan
dalam kesenangan atau kesusahan, dalam sihat atau
sakit..apa saja adalah ujian kehidupan
jangan kesal, jangan sombong, mesti sentiasa bersyukur..
ber'ingat'2 lah..
pesan uncle

Happy Birthday dear..



Thursday, April 18, 2013

Happy Birthday Dear Blog


Hari ni 18 April 2013
Birthday blog auntie...hik3
Dah berumur 4 tahun genap

Apa auntie nak bagi birthday gift untuk blog nih..
Nak kejar target tinggi lagi followers
Berharap banyak lagi kenalan melalui blog
menerusi komen2 yang reader tinggalkan
Setakat hari ni 870 followers
Tunggu follower yang ke 888 dalam masa
yang terdekat..
nombor yang cantik..
Bila boleh tercapai?
Macam maner nak buat?
Siapakah orangnya?

Wahhhh....tak sabar

Wish You
Happy Birthday dear blog..





Sanggup Berkorban?

Ibu sanggup berkorban apa saja untuk familnya

Sotong hanya janggut dikunyahnya
Ketam hanya kaki dan sepit dihongesnya...
Ikan hanya kepala jadi habuannya..

Jika kulit kerang dan kulit kepah boleh dimakan
gamaknya itu pun akan di kunyahnya...

Ibu selalu mendahului kebahagian suami dan anak2nya...
untuk apa saja..

Tapi tidak lah
berkecil hati hingga mencari
Batu belah batu bertangkup..

Itu bunuh diri namanya....

Tapi hairan, ada juga ibu yang mementingkan diri
sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri
sanggup ikut adat dan resam menjadi pegangan hidup
yang bercanggah hukum syariat islam

Melihat anak makan diri..
Menentang kehendak suami..

Jangan kata tak ada..
memang ada..

Tanyalah diri..
Kemana akan kita pergi
Tinggallah segala kerana mati itu pasti..
Di Padang Mahsyarlah akhirnya nanti
terurai segala perbuatan diri

Moga ibu2 yang sebegini
mendapat taufiq dan hidayah
dari Maha Esa



Thursday, April 11, 2013

Musim Luruh

Lauk tengahari semalam


Ikan Jacket besar lengan bakar
Air Asam
Kopis dan terung celur
Ikan selar masak touchoo

Hari ni?
Entahlah..pada yg boleh makan tengahari ni
auntie mungkin masak lemak cili padi ayam kentang
sambal belacan dan sayur celur2 lagi
ikan tenggiri asin

Citer masak, masak, masak,
Nak apa dari makcik yang dah umur 57 tahun?
Makcik pun heran, macam mana boleh
pembaca2 yang muda2 masih melekat kat blog ni
cuma ramai yang kurang mahu berinteraksi
dengan makcik untuk tinggal komen

Actually, perasaan auntie pula dah mula layu utk menulis...
Tak per perasaan kan bermusim
Ketika ni perasaan auntie sedang musim daun luruh
heheheheh tunggu musim bunga..
surely banyak yang berkembang mekar..

Wednesday, April 10, 2013

Kasih dan Sayang Mereka Untuk Ku

Bakal menantu belikan untuk auntie
Terima Kasih Daun Keladi
Alhamdulillah


Nasi Arab

Semalam menantu belikan auntie utk makan malam 
Sebelum solat maghrib makan panas2..
Alhamdulillah


Tosei dan roti canai telur


Anak ku yang bagi semalam
memang kegemaran auntie..


Popcorn caramel

Reader blog anak auntie bagi
Tak tahu namanya
Hanya ingat senyumannya
ketika menghulur depan gate auntie 
Amat terharu


Jambu air madu

Bersyukur atas limpahan rezeki Mu Ya Allah
Mengutuskan kasih dan sayang mereka kpd ku
Moga mereka2 ini yang berhati mulia dalam 
Peliharaan dan Rahmat Mu
Aamiin



Tuesday, April 9, 2013

Amat Patut Dicontohi..

Hari minggu 7/4/13
Ada jemputan kesyukuran jiran auntie
Hari Sabtu, auntie bermalam dirumah anak auntie
di setapak, nak tengok2kan pokok2 bunga
yang auntie tanam dirumahnya
Dah tengahari barulah auntie bergegas balik
kerumah auntie untuk pergi ke majlis tersebut

Kami dah berjiran selama 24 tahun
Dari auntie muda sampai dah tua
Daripada anak2 auntie kecil
sampai dah besar panjang

Jiran auntie, jauh lebih muda dari auntie
Isterinya masih berkerja di LHDN
suaminya pula pilih untuk optional retirement
(bersara awal)


Puan Hajah Rohani

Majlis kesyukuran diadakan bilamana
anak sulung lelaki mereka
telah habis belajar dimenara gading (degree holder)
Anak perempuannya pula dapat 9A's  dalam keputusan SPM
Suami pula khatam Alquran dalam masa setahun
Alhamdulillah...
Allah swt telah memberi rahmatNya pada keluarga ini.


Tuan Haji Maanor

Pasangan yang bahagia dengan sepasang zuriat
Sulung lelaki dan Bungsu perempuan

Tetamu yang hadiri majlis ramai yang dah balik
tapi auntie sempat bergambar yang mana ada
ketika auntie disitu





Tuan rumah sedang bersembang dengan uncle

Masa auntie berkomunikasi dengan Puan Hjh Rohani
difacebook tentang jemputan majlis tersebut
sempat auntie bertanya apakah hidangannya pada hari tersebut
Punya lah tak sabar nak makan masakkannya
sebab dia memang rajin masak memasak
dari makanan berat sampailah pemanis
setiap majlis yang dibuat, mesti home cooking
dengan air tangannya sendiri
Kedua2 suami isteri berasal dari Kelantan,
kegemaran auntie ayam percik
akan ada dalam juadah pada hari itu...katanya
Weeeeee...sukalah auntie..hehehehehehe



Juadah2 yang terhidang
2 set jenis makanan
Nasi Arab Ayam dan Kambing
Acar special khas utk nasi arab
(entah auntie tak tahu dipanggil apa)
Timun
Dalca daging

Nasi putih
Tempoyak daun kayu
Ayam percik
Sambal bilis+kentang+kacang+tempe
Sambal belacan
Ikan kering kurau
Air putih dan sirap


Tempoyak daun kayu

Ayam Percik

Auntie makan set nasi putih dulu..hehehehe

tengah menyendok dalca

Amboi sikit jer nasi putih nampak?
padahal auntie tambah lagi nasi putih selepas tuh..hik3x


Nasi Arab Ayam


Bila dah makan nasi putih sakan
nasi arab auntie ambil sesenduk dan seketul ayam aje
'Kambing mandi' (mutton mandi) dah habis kata kawan auntie
jadi auntie tak dapat rasa, betul ker nama masakkan tu?
bukankah kambing takut mandi? hehehehehe

Pilihan auntie serba satu utk pemanis
Kacang kole, agar2 santan pandan, moist choc kek dan talam seri muka
Semua talam2 dan kek ni Hjh Rohani buat sendiri..
Nak buat tempahan pun boleh..

Terbaik kesedapannya

Auntie pilih duduk dimarble round table diruang dapurnya
bersama kawan2 dan jiran veteran, kesemuanya dah bersara hik3x
Bersembang2lah kami disitu


Yg tengah jiran auntie, yg hujung auntie tak kenal

Satu lagi pemanis, auntie tak pernah jumpa dan makan selama ni
tapi auntie rasa sesudu disuap oleh uncle
Ohhhhh...sedapnya tapi disebabkan dah makan 4 jenis kuih
dan segelas air sirap, auntie takut naik pula reading glucose
huhuhuhu maka sesudu untuk rasa sudah mencukupi
kata kawan auntie persiapan masa in total utk
pemanis ni, selama 3 jam (atas dapur api yang kecil)

Sira Labu


Kuih Muih

Kerepek dan Buah2an

Hajah Rohani tahu auntie seorang yang gemar makan..hik3x
Dia menghulur resepi LAMB CHOP & BLACK PEPPER SAUCE
resepi ni terbaik dan mudah.. katanya
Amboi, dengan kesihatan macam ni manalah
nak renyah2 berchop2 lagi..dapat masak biasa2 utk
makan harian pun dah cukup baik..kata auntie
hik3x resepi tetap auntie ambil 
tapi bila nak cuba? Nanti2lah dulu..

Lepas maghrib
Alhamdulillah
Auntie dapat nasi arab dan kuih muih 
dihantar kerumah..
Wahhhh...tak masak auntie pada malam tu

Auntie sangat kagum dengan Hjh Rohani
Seorang berkerjaya yang berjawatan tinggi
Dia amatlah rajin dengan tugasan2 seorang isteri
Rumah yang super bersih, pandai memasak
resepi2 yang berat hinggakan pemanis

Pandai juga menjahit sebagai hobby pada mulanya
hinggalah mendapat tempahan dari kawan2 
menjahit tudung..
auntie dibawa masuk bilik menjahitnya
bila auntie masuk, mak aiii....macam masuk kedai tailor, 
ada dua buah mesin disitu
mesin jahit dan mesin jahit tepi
macam2 warna benang dan kain 
Auntie juga pernah tempah tudung labuh padanya
Amat selesa bila auntie pakai..

Luar rumah, menanam pokok2 bunga juga
menjadi hobbynya..
menghijau dan gemuk2 tanamannya
kesemua kerja2 rumah tanpa bibik..

Auntie amazed with all the talents she carried.
Amat patut dicontohi..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...