THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, March 31, 2013

Syahdu DiPagi Ahad


Auntie feeling meeling 'blues' pagi2 nih
tergiang2 dua buah lagu lama..
lagu masa auntie anak dara dulu
ermmm...terus layans  diYoutube
dan jumpalah pulak...

Apa benda auntie tak dapat dengar
tapi bila auntie layan lirik lagu
terus teringat melodinya...
sedih...
sekilas kenangan ketika masih muda dan sihat
Masa telah berlalu..





Frank Sinatra -  Strangers In The Night Lyrics




Strangers in the night exchanging glances 

Wond'ring in the night what were the chances 
We'd be sharing love before the night was through 



Something in your eyes was so inviting 
Something in you smile was so exciting 
Something in my heart told me I must have you 



Strangers in the night 
Two lonely people, we were strangers in the night 
Up to the moment when we said our first hello little did we know 
Love was just a glance away, a warm embracing dance away 



and 



Ever since that night we've been together 
Lovers at first sight, in love forever 
It turned out so right for strangers in the night 



[instrumental-first three lines of chorus] 
Love was just a glance away, a warm embracing dance away 



Ever since that night we've been together 
Lovers at first sight, in love forever 
It turned out so right for strangers in the night 



[Dooby-doooby-doo and other scat to end]



Satu lagi..





                                    Roberta Flack - Killing Me Softly With His Song



Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly with his song
I heard he sang a good song
I heard he had a style
And so I came to see him
To listen for a while
And there he was this young boy
A stranger to my eyes
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly with his song
I felt all flushed with fever
Embarassed by the crowd
I felt he found my letters
And read each one out loud
I prayed that he would finish
But he just kept right on
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly with his song
He sang as if he knew me
In all my dark despair
And then he looked right through me
As if I wasn't there
And he just kept on singing
Singing clear and strong
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly with his song
[Break]
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me
He was strumming my pain
Yeah, he was singing my life
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly
With his song



Saturday, March 30, 2013

Dasar Penipu Putar Alam


Uncle bercerita..
Jiran melayu yang menyewa rumah sebelah auntie
dah cabut
Rumah tu memang fully furnished.

Macam mana tahu? tanya auntie pada uncle
Uncle hulurkan bisnes kad

Alahhhh...citer jer, malas lah nak ambik cermin mata
kata auntie

Orang yg bagi kad ni,  datang tekan bell rumah kita
dan bercerita ...

Dia dah bayar duit pada jiran sebelah utk
perabot2 rumah tu.

Siap dia kata, dia nak beli perabot baru
yang ada ni nak dijual murah2..arwah mak dia punya

Tapi hari ni dua2 kereta tak ada dalam garage.
Langsir rumah dah togel macam dah tak ada orang.

Kami tak perasan bila masa pula lori datang
kemungkinan malam kot..

Kesian owner, kawan auntie kat Kuantan
Memang rumah tuh penuh dengan
barang2 keperluan kehidupan berumah tangga
sebab masa dia duduk disitu sebelum berpindah
diKuantan, satu barang pun dia tak bawak.
Semua ada dalam rumah tu
barang2 elekrik besar2 sampai lah periuk nasi
dan toaster semua ada.
Pinggan mangkok, carpet, sehinggalah langsir

Ishhhh..penyewa masih ada kunci rumah tu
Jangan dia datang lagi malam2 angkut 4 biji aircon

Kiranya ada dua mangsa yang di tipu sekali gus
Orang yang nak beli perabut
Owner rumah

Auntie terfikir, Modus Operandi dia..hihihi
Cari dalam suratkhabar ruangan rumah utk disewa
Mesti :
- kawasan rumah sunyi (not gated)
- barang2 berkualiti tinggi
- keuntunggan penjualan barang2
  boleh melepasi duit deposit  rumah 2+1
- duduk 2 bulan, masuk tiga bulan
panggil lori, angkuttttt...caalip bottttt

Jiran tu muda
Dalam lengkongan awal tiga puluhan
Sorang anak perempuan dan sorang bibik
suami tak pernah nampak
terbayang2 auntie rupa dia,
dan kereta BMWnya
sangat bersopan setiap kali terserempak
mesti dia nak bersalam dengan auntie

Huishhhh...auntie dengar
siapa yang menyewakan utk homestay pun macam tuh
boleh hilang selimutlah, hilang bantallah,

macam2 jenis perangai manusia dalam dunia..

Kena prihatinlah siapa jiran yang menyewa
sebelah rumah kita lain kali
sekurang2nya nombor kereta mereka
selama ni kami tak pernah pun ambil tahu..


Melayan Perut

Hidangan sarapan pagi ni,



Buka petisejuk balance stok minggu sudah
ada kobis, tomato, daun bawang dan daun sop
Ada sotong, cili masak dan cili padi
Goreng bihun sekuali..

Auntie belum bersarapan lagi..
tunggu peluh kering jap..
baru nak menyudu dan bergarfu..hik3x

Semalam lepas maghrib
teringin nak makan bubur pulut hitam

Ishhhhh...mana nak cari malam2 kan?
Jadi auntie terus merebus pulut hitam seperiuk
santan, gula kabung dan daun pandan





Alhamdulillah..periuk dalam sinki pagi ni, terendam
maknanya adalah yang makan semalam selepas
auntie tidur...hik3x

Jap2 lagi selepas sarapan nak jengok pasar tani..
minggu ni tak ada jemputan kenduri kawin.
Penutup untuk bulan March,
bulan depan ada satu ajer setakat ni..


Wednesday, March 27, 2013

Things to do



Untuk Hari ini



Dah mula zip mulut utk Senin dan Khamis




Dah malas bila..




Dah mula terasa lebih baik..




Perlu




Bersusun perlu habiskan





Adios muchachos everyone..


Tuesday, March 26, 2013

Lawatan Kakak Ipar Dan Anak Buah

Petang Ahad lepas balik pada kenduri kahwin
Kakak uncle datang rumah
Dia datang KL dari Melaka sebab nak bershopping2
Berbual2 lah uncle dan kakaknya
banyak issue2 ttg familinya
tak lama lagi InsyaAllah dapatlah
cucu pertama dari anak lelakinya yang kedua
katanya

Anaknya yang ketiga Nurul Izza
juruacara Melodi akan melansungkan
majlis perkahwinan pada bulan Mei nanti
banyaklah perkara2 yang dibualkan ttg
persiapan majlis nanti

Tentunya berdebar2 untuk melepaskan
satu2nya anak perempuan..hik3x


Sepupu sepapat yang selalu bersama dikampung 
masa mereka kecik2 dulu bila cuti sekolah
sekarang ni mereka lepak2 diKL, makan2 sebulan sekali


Perbezaan umur 2 tahun sahaja



Uncle rasa terharu bila kakak dan anak buahnya datang melawat dia
Selalu juga dia melawat kami kebelakangan ni
sebab kami dah tidak balik keMelaka selama 7 bulan sudah

Setakat ini uncle dan auntie sebagai Warga Tua
kesihatan kurang sihat, membuat kami tak larat nak travel jauh

Walaubagaimana pun dengan izinNya kami akan keMelaka pada
bulan Mei nanti.

Homestay dah Kak Ngah bookingkan untuk kami  sekeluarga di Ayer Keroh
untuk 2 malam

Wahhhh..macam2 plan nak makan ini dan itu diMelaka nanti..
Kita merancang, Allah menentukan..


Majlis Perkahwinan di Dewan Sekolah

Hari Minggu 24/3/2013 jemputan kahwin lagi
dari kawan auntie, kenalan rapat masa auntie kerja
tahun 90'an di syarikat perumahan.

Kawan auntie berhenti dan bekerja di syarikat lain
Setelah berkawan selama 7 tahun,
tapi auntie di syarikat tu selama 17 tahun hingga lah
auntie boarded out kerana stroke pada tahun 2008.

Persahabatan kami tidak terputus, uncle masih simpan
no taliponnya dan bila hari raya kawan auntie
berkunjung melawat auntie..Alhamdulillah

Uncle, auntie dan Ayol bersiap awal tapi hujan
lebat selebatnya ketika itu
Jadi kami menunggu di ruang tamu selama lebih kurang
satu jam..


Baju auntie yang dihadiah oleh Zeity (menantu) utk Hraya tahun pertama
perkahwinan Ayol tiga tahun yang lalu


Kasut yang dah berumur 4 tahun


Bila auntie tegur lulu, jangan main dengan kasut auntie
terus dia datang dan tergolek2 manja

Majlis Kahwin di Dewan Wawasan SMK Tinggi Setapak, KL
Suami kawan auntie ialah guru disekolah itu
Sekolah yang besar,
auntie di pimpin berjalan lebih dari 300 meter dari tempat parking..
huhuhuhu
terhoyong hayang auntie berjalan
mencari dewan dari satu blok ke satu blok
ada banyak longkang2 kecil yang auntie kena langkah

"Aiyaa cik siti, lompattt lompattt"
Ayol bergurau 
(lagu PRamlee)

"Ana banyak tatut oii..
jalan perlahan-lahan
Ana jalan banyak sangkut sangkut.."
hihihihi kata auntie..
Jurugambar senyummmm bila
mengambil gambar nih..hik3x

Langkah orang sihat laju jer kan?

Kami disambut oleh suami kawan auntie
Auntie terus duduk dimeja pertama..
Suami kawan auntie terus tinggalkan kami
mencari isterinya..

Memang ramai ketika itu walaupun dah pukul
2:30 ptg sebab hujan baru saja berhenti
Terus Ayol ambilkan makanan yang dihidangkan
untuk para tetamu..


Lebih sikit yea..lapar ya amat, 
pesan auntie pada Ayol..hik3x





Hidangan majlis
Nasi Minyak
Dalca
Daging Masak Kicap
Ayam Masak Merah
Acar Buah
Papadom
Air Anggur
Manisan - Tapai dan Jeruk buah2an

Tapai Pulut




Dah kenyang..hik3x


Dewan terbuka tanpa dinding

High Table Pengantin


Ada 2 khemah diluar dewan

Uncle sedang kedekut senyum

Ditegur baru tersenyum, 
itu pun sikit ajer..hik3x

Bila dapat kad jemputan dari kawan auntie
tertera nama pengantin lelaki
Haji Mohd Arsyad Bin Hj Md Ghani
dan anak perempuan kawan auntie
Nur Farhana Binti Fadzil
Wahhhh...muda2 lah menunaikan rukun islam yang kelima
Alhamdulillah



Pengantin lelaki Lecturer Automatif

Kawan auntie menyinggah dimeja auntie beberapa kali
walaupun sedang sibuk melayan tetamu
Kami berpelukkan dan kedua2 menitis air mata


Gambar Kenangan bergesel pipi

Kawan auntie terjerit2 dan melambai2 pasangan pengantin
untuk bergambar dengan auntie dan uncle




Cik Gu Fadzil (Ayah Pengantin perempuan)


Sebelum balik, auntie dapat bergambar dengan
adik2 perempuan kawan auntie..

Auntie berpesan pada kawan auntie
jika ada kelapangan
datang lah kerumah bawa pengantin..


Door Gifts majlis




Muffin dan Kismis


Kismis dan halwa buah2

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah
baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini
Aamiin


Saturday, March 23, 2013

Penggaru Buluh


Bila terasa gatal2 belakang badan
auntie akan minta sapa saja
yang ada dekat auntie tolong garukan
Jika tak ada sesiapa...apa jadi?

Sila gunakan imaginasi
auntie akan cari dinding berbucu
ayun badan kiri kanan
kadang2 longgarkan lutut sikit
gesel badan turun naik..
hahahaha memang aksi yang kelakar

Sejak sakit
auntie kerap kali terasa gatal2 dibelakang
bila minta ahli keluarga garukan
Ishhhh...terasa hatilah pulak
bila masing2 mengelengkan kepala
sebelum menggaru belakang auntie

Emmm...auntie jumpa penggaru buluh di
pasar tani beli 2 batang..
letak satu kat bilik dan satu di ruang tamu..
hik3x
tak yah dah nak nyusahkan sapa2 lagi


Punya lah sedap pakai penggaru ni
Ohhh...terbaik ohhhh 

Kadang kala, nak marah lah jugak
bila ada ajer manusia ubah tempat yang selalu auntie letak
Wahhhh...dah ada orang yang pandai guna benda ni
anak2 bawak masuk bilik masing2..
Ishhh...menjerit2 auntie bila nak pakai tak ada
Baru2 ni, anak auntie belikan 2 batang lagi..hik3

Kawan auntie lagi lah best
Satu hari tu, sedang kami sembang2 kat
ruang tamu dirumah auntie..
dia buka handbag LV nya
dia memang isteri orang senang
hehehehehehehe..dia keluarkan penggaru
dan terus garu2 belakang dia..

Wahhhh...menarik penggaru tu kecik dan comel ajer
tapi uniknya, penggaru tu boleh dipanjangkan
memang sesuai utk dibawa dalam handbag
Auntie pun bertanya, dia beli di mana
hehehehehe
dia kata dia ada spare lagi kat rumah
nanti dia bagi auntie satu

Dan sekarang memang auntie ada penggaru
dalam handbag auntie..

About 6"


Bila ditarik, panjang sekaki


Thank You my friend
You lighten my troubles of garu2..hik3



Friday, March 22, 2013

RAHSIA YANG MANUSIA TIDAK TAHU

Salam Jumaat kepada semua readers auntie,
bahan bacaan yang auntie googles untuk di renungi..

Jika ada masa, sila baca topik lain2 di sini
banyak ilmu2 yang boleh dipelajari disitu.
Selamat membaca

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…
1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.
2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.
3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.
4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.
5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.
6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.
7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.
8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.
9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.
10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.
11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.
12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.
13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.


Thursday, March 21, 2013

Tambah Kecur2 Dengan Serbok Asam Boi

Kecur tak? bila auntie sebut
pauh dan kedondong?

Ohhhh... jiran auntie bagi kedondong
14 biji yang kecil2 ditanam depan rumahnya
Kedondong yang tak ada sabut berselirat dalam buah
Terima Kasih yea Juita Zen

Dalam peti sejuk ada 3 biji buah pauh
Auntie kupas kulit kedondong
kupas kulit pauh dan potong kecil2
ambil serbok asam boi, gaul2..


Kedondong dan pauh


Krup, krap, krup, krap
depan tv..
ranggup....sedap betul

Dalam peti sejuk memang sentiasa ada serbok asam boi
untuk di makan dengan buah2an
kegemaran auntie, epal hijau dan nenas
sekali sekala uncle beli sengkuang


Uncle pulak setiap minggu,
lepas solat jumaat
akan membeli buah2an di depan masjid setiawangsa..
kadang kala belum lagi habis buah2an dalam peti
sejuk, dah datang buah2 baru..



Tapi seisi rumah auntie ni..
semuanya..
from uncle and all my children
kalau auntie tak kupas buah2an
memang sampai berminggu2 lah dlm peti sejuk
ermmmm...alamatnya sampai lisut buah tu..


Perangai Pemalas terserlah
Bila dah cantik dikupas dalam peti sejuk
Wahhhh...laju lah pulak habis
tau2 tinggal pinggan kosong dalam peti sejuk
Orang yang last boleh tinggalkan pinggan kosong
Ishhhh...

hehehehehe yang sebenarnya
auntie dulu2 masa anak dara pun buat gitu juga


Wednesday, March 20, 2013

Blackie dan Whitey

Kesempurnaan Allah SWT
Mengurniakan sifat yang berlawanan untuk makhlukNya
Cantik - Hodoh
Tinggi - Rendah
Wangi - Busuk
Jahat - Baik
Kaya - Miskin
dan banyak lagi..

Auntie dikurniakan sepasang kucing
Hitam dan Putih baru2 ni
Auntie namakan  "blackie dan whitey

Ada kemungkinan berbulu tebal
Ekor pula,  satu panjang dan satu pendek..



Berumur sebulan sudah


 
Masih menyusu


Dah pandai keluar kotak


rasa nak geget 

Hehehehehehehe belum pernah dimandikan lagi..


Tuesday, March 19, 2013

Kain Sulaman untuk Hari Raya


Berniaga kain2 sulaman untuk Hraya





















Alhamdulillah..

Pengantin Dr dan Dr


Hari Minggu 17/3/2013 ada jemputan majlis kawin lagi
Jemputan dari kawan lama masa sama2 bertugas di ATM dulu








N3 auntie asyiklah citer majlis kawin ajer
Mungkin ada readers auntie yang dah jemu dan nyampah nak baca n3 auntie
tapi memanglah kena menulis ttg majlis yang auntie hadiri sendiri
untuk buat kenangan..hik3x

Auntie sampai majlis pukul 1:00 tghari
Pengantin belum sampai lagi



Stage yang luas


Bersalaman dengan tuan rumah majlis suami isteri
terus auntie duduk meja yang berhampiran sahaja
memang auntie tak larat nak pergi jauh2..

Uncle pula sibuk mengambil gambar2 yang ada dalam n3 ni
Banyak lagi gambar2 tapi auntie pilih yang bersesuaian ajer

Majlis ni ditemani oleh Ayol, anak auntie
memang dia rapat dengan ayah dan ibu pengantin 
dan juga pengantin lelaki
mereka sama2 membesar  semasa kami diKluang dan Seremban dulu


Auntie menoleh tengok meja buffet bila Ayol nak ambil kan makanan
Memang auntie lapar sangat ketika tu..hik3x





Sampai jer makanan terus tak menyempat
auntie ngap2, uncle suh letak sudu sbb dia nak ambil gambar

melintang sudu dan garfu auntie

Makanan yang dihidang
MasyaAllah..punya lah super sedap
Nasi beriani
Ayam Masak Merah
Daging Kerutup
Jelatah Timun dan Nenas
Dalca
Papadom
Air Anggur ikut tema purple
Air mineral
Buah2an pula ada tembikai, papaya dan epal merah

Wah manisan dah banyak kehabisan
bila nak ambil sebab sibuk berbual dengan kawan2..
Yang auntie nampak ada talam keladi ikut tema
atas purple bawah putih
ada samosa
tapai pulut dan tapai ubi

Yang auntie dapat rasa

keledek goreng yang masih panas lagi dan tapai ubi kayu

cendol

asam laksa 

Semua hidangan
Walahhh..super sedap
susunan buffet yang menarik
uniform waiter pun cantik
Auntie sampai berusaha ambil brochure sekeping
dan scan disini..



Meja auntie ramai yang datang menyinggah
mereka tahu auntie tak sihat nak berjalan mencari mereka
uncle bukan main seronok dia berjumpa kawan2
dan ayol rancak berbual dengan auntie2 dan uncle2
mereka bergelak sakan
tapi auntie duduk diam2 sebab tak tahu apa
yang mereka berbual
tapi auntie turut rasa gembira 
bila lihat suami dan anak berseronok 
melayani kawan2



semua  kawan2 dah putih2 rambut dan janggut




uncle botak licin, kalau tidak memang dah juga
putih janggut, misai dan rambut..hik3x

Ketibaan Pengantin



Bersanding, comel2 flower girls


Kedua2 mempelai berkenalan di Uni luar negeri



Dr Jazree dan Dr Mayura



Uncle bersama ayah pengantin lelaki


Auntie bersama ibu pengantin lelaki

Auntie sangkutkan diri kat tiang sementara menunggu
Ayol ambil kereta
Sementara menunggu tu, sempat bersalaman
dengan Silent Reader blog auntie
hehehehehe sukanya hati auntie bila ada
yang sudi menegur..terima kasih yea..

Muka atak simyummmm walaupun
penat rasa nak tumbang..

Door Gifts
Beg ole2 sama macam kad jemputan

Muffins yang amat sedap

Auntie doakan..
Semoga Kedua Mempelai bahagia hingga keakhir hayat..
Aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...