THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, February 28, 2013

Ajak keluar

Nak masuk dapur awal
Nak masak aper? entahlah
belum terfikir lagi
Ayam dah dalam sinki..
masak nasi dulu..
Kat rumah ada PG dan Noy..
kang mereka nak makan atau tidak
tak hal..janji dah ada lauk.

Uncle ajak auntie keluar sebelum Zohor
nak bawa auntie makan tengahari..hik3
Alhamdulillah..

Pagi tadi ada orang ambil Ephyra 2 kotak
awal pagi..
Uncle yang hulurkan dan collect duit
wah dia sedekah auntie kuih muih untuk sarapan

Cadang nak singgah Kebajikan Masyarakat
nak ambil borang OKU..
hahahaha dah empat tahun auntie OKU baru nak declare
sebab?
Nak dapat macam2 facilities
Kata kawan auntie, salah satunya
nak buat paspot pun free..
tak yah beratur2 dikaunter2 lagi..

Auntie pulak nak sticker kereta
senang nak parking kat tempat dikhaskan utk OKU


Boleh ke auntie parking kat tempat cam gini?
sebab auntie tak berkerusi roda lagi





Kecik Hati kalau ada parking lot cam gini ..
hehehehe



Wednesday, February 27, 2013

Mimpi

Lepas solat isha' memanjatkan doa
sambil nangis-nangis teresak-esak tersedu sedan
kerinduan cucu amat-amat...
tergamak manusia berhati kaudu (berdendam kesumat)
menyekat, menghalang, kepung
(mengeluarkan perintah mahkamah - EX-PARTE)
tak mengapa, itu mereka !
auntie berserah pada ketentuanNYA

Akhirnya auntie terlelap juga...
Allah SWT temukan auntie
dengan cucu yang amat-amat di rindui
dalam mimpi

cucu berlari terkedek-kedek
dan rebah atas pangkuan auntie
dapat peluk cium
dan bau keharuman rambutnya
terjaga dari tidur
bayangan cucu hilang
ternyatalah ianya hanya mimpi
tapi rasanya seolah-seolah benar-benar berlaku
dan benar-benar terjadi

Allah SWT mendengar rintihan auntie
roh bertemu roh ketika mimpi
Selepas ini
auntie tidak akan menangis 
lelehan airmata 6 bulan sudah cukup lama tempuhnya
banyak pengajaran disitu
disitulah auntie tahu siapa mereka sebenar

Mereka2 yang tergamak untuk berkata dusta
memfitnah, menganiaya, menghina , menzalimi...
adalah orang2 yang tidak kenal akan
diri empunya diri, mereka sebenarnya
telah menganiaya diri mereka sendiri...
Nauzubillah...






p/s :
Firman :
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu
dalam keadaan redha dan meredhai, Maka masuklah
kedalam hamba hamba ku! Dan maka masuklah
kedalam Syurgaku"
Al-Fajr, 27-30




Tuesday, February 26, 2013

Suka Bercermin

Dalam satu hari berapa kali kita bercermin?
dalam bilik air auntie ada cermin,
lepas buang air, gosok gigi
bercermin lah auntie ketika itu..

Dalam rumah auntie
bilik tidur, bilik air dan di ruang makan
yang selalu digilap bersih

Diruang makan cermin panjang 5 kaki
Nampak seluruh badan

Untuk apa bercermin
Bilik air nak belek muka jangan ada tahi mata tertinggal
Dalam bilik tidur pula nak pakai celak, ginju dan bersikat
Di ruang makan, nak tengok kekemasan diri
dari rambut hinggalah hujung kaki..
kemas dan bersih
amalan setiap hari
pada yang celiklah
pada yang orang buta auntie tak tahulah

Itu pandangan zahir
Yang berdiri tegak depan cermin
Yang batin pasti tak nampak
tiada cermin boleh suluh keperibadian
ego, sombong, dengki, busuk hati, penipu dan sebagainya

Tahukah mereka,  diri sebegitu keji?
mengapa mereka lakukan keji2an tersebut?
mereka tahu ada hukuman dunia dan akhirat?
terlepas didunia, pasti tidak terlepas diakhirat!

Dengan ilmu jadi panduan
Dengan suara hati jadi haluan

Ketika zaman kanak2 auntie takut hanya pada mak
kalau buli adik, mak mesti marah,
silap2 mak akan pukul
kalau ponteng pegi ngaji,
singgah rumah kawan
letak muqadam ketepi, main masak2
bila mak tahu, balik rumah kena pukul
dengan rotan..
wahhhhh...dah tahu ponteng dan buli adik
ada hukuman menanti
Hukuman dari Tuhan lansung tak ambil peduli
hanya tahu bila belajar subject ugama
di sekolah..
Berdosa mencuri, berdosa membohong
berdosa itu, berdosa ini..macam2 dosa
Pahala pula, lagi lah tak kenal lansung
pada zaman kanak2

Bila kah auntie tahu pahala dan macam mana?
tolong mak kedapur
tolong mak pergi kedai
bila barang dapur terputus, kadang kala
sampai dua tiga kali bila mak terlupa
tapi mak pandai ambil hati
dia bagi upah 20 sen..hik3x
tolong mak sapu halaman,
kemas katil dan bilik
basuh 'kolah' bilik air
lipat baju, gosok baju dan macam2 lagi
Tolong abah pula
pijak badan dia, teman dia pergi pasar besar
kendung bakul..hik3x
Itu zaman kanak2..
Alfatihah kepada kedua2 mereka

Bila berakal baligh dan dah dewasa
banyak yang auntie tahu tapi masih lagi
banyak yang patut auntie ambil tahu..

Pahala bukan imbuhan untuk kesyurga
Yang penting adalah
Ikhlas dan Redha

Erm..berbalik cerita pasal cermin
Yang berdiri depan cermin
Nampak pantulan diri dalam cermin
bersih cermin, teranglah bayangan
kusam cermin, kelamlah bayangan

Dari kecil hinggalah sekarang
Cermin diguna setiap hari
Puluhan tahun bercermin
Pernah kah ambil tahu?


Yang berdiri
Yang empunya diri


Bila mati, jasad terbujur kaku
nak cermin diri masa tu? dah terlambat?
Kaya? Darjat? Pangkat? Keluarga? Kawan?
semuanya, segala2nya tinggal


Siapakah dalam diri?
Dari mana datang diri?
Kemanakah hala diri?


Lucutkan hijap zahir diri
kenali diri yang batin

Auntie suka dan masih bercermin diri
zahir dan batin


P/s : 

Firman : 
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang
yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan terbaring dan memikirkan tentang pencipta
langit dan bumi"
Ali Imram 190-191



Monday, February 25, 2013

Episod 81- Gadis Misteri


Sambungan episod 80
Kunjungan gadis misteri

Masih auntie ingat lagi
suatu pagi..
Anak2 auntie semua ada
adik ipar pun ada tapi uncle tak ada
entahlah kemana dia?
mungkin pergi kerja, uncle jenis memanjang kerja
tak kira hari cuti atau hujung minggu
besar kemungkinan hari minggu atau sabtu
auntie dah tak ingat..

Lepas mandikan anak2 dan pakaikan baju
Auntie pula mandi dan terus turun kebawah
Ditangga lagi auntie dah terbau
keharuman minyak wangi
Auntie pasti ada tamu diruang tamu
Emm..memang betul
Adik ipar auntie yang bukakan pintu

Dia datang membawa sarapan pagi
ingat lagi auntie makanan yang dibawanya
Roti canai dan nasi lemak bungkus
untuk sekeluarga..
pemurah orangnya

Sambil makan kami bersembang

dia menanyakan samaada barang2
yang dikehendaki dah auntie order atau belum
Memang auntie bertujuan nak hantar sofa 
dia dalam masa dua tiga hari lagi.

Surprisingly dia bayar cash kat auntie
bila dia bertanya harga sofa tu dari auntie
Auntie kata boleh buat 3 kali bayar
tapi dia insist nak bayar tunai..
tak mintak discount pun..
Fulamak, untung betul dapat customer macam tu

Dia bagi alamat kat auntie

dia tinggal di Taman Setiawangsa
Penthouse Putra Apartment,
auntie tak tanya dia beli atau menyewa..
Jadi auntie arrange delivery sofa tu
during weekdays.

Beberapa kali juga dia datang rumah auntie

Pernah auntie bertanya dia
kerja apa, sebab sentiasa ada during 
weekdays..kadang kala menghilang
Dia insurance agen katanya

Katanya lagi pada auntie 

dia nak pergi keluar negeri
Nak pergi Jepun beberapa hari
Nak bercuti dengan customer

Memang dia menghilang..

tapi auntie tak kisah sebab dah tiada
apa2 hutang dengan auntie

Dia timbul lagi selepas balik dari Jepun

Deman dan bibir dia pecah2..musim sejuk katanya

Dia tunjuk check dia Rm17 ribu

Ishhh..agen insurance dapat komisyen sebegitu banyak?
Wah! akak rasa nak belajar jadi insurance agenlah..
gurau auntie padanya

Auntie bercerita tentang dia pada uncle

orangnya single, cantik, fashionable
wangi dan loaded..

Kenapa dia nak berkawan dengan you?

tanya uncle..
Entahlah..nani tak pernah tanya, kata auntie

Tanyalah..
orang loaded dan single macam tu, mesti ramai kawan
kenapa nak kawan dengan housewife macam you?..
kata uncle

Huishhh..sentap auntie


Bila dia datang auntie tanya dia

Dia kata dia tumpang kasih pada auntie sebagai kakak
dan tumpang kasih dengan anak2 auntie..
Tak ada sedara mara ker? tanya auntie
Ada.. tapi saya tak balik rumah..
dan dah lama tak berjumpa sedara mara
Aduhai..misteri sungguh

Dia jemput house warming party dia
Auntie pergi dengan uncle
Memang hairan..
kenapa tiada lansung perempuan
auntie sorang jer perempuan malam tuh
Uncle ajak auntie balik cepat
Dalam hati auntie
cemburu ker uncle nih?
(hahahaha perasan betul)

Mana kawan I yang dia kata I kenal?
tak ada pun malam nih? kata uncle

Ehhh..manalah nani tahu siapa jemputan dia

kata auntie

Dah..I tak suka, you berkawan dengan dia lagi

please..kata uncle

Auntie diam membisu..kehairanan


Dia datang lagi suatu pagi

Kali ni, dia bawa auntie dan anak2
keluar breakfast
semasa nak balik kerumah, dia tunjuk
dari dalam kereta

Tu rumah pakcik saya..katanya

tersergam besar

Abang kenal pakcik saya

xxxx katanya

Balik dari breakfast

sampai dirumah auntie
Auntie kata pada dia
Abg tak bagi lagi kita berkawan 

Dia hanya diam membisu dan menangis

Kenapa menangis nih? tanya auntie

Ermmm..saya faham mengapa abg tak bagi berkawan
dengan akak

Kenapa? abg tak cakap pun..kata auntie


Ketika tu, auntie berdebar2..

Ehhh..entah2 sweetheart uncle perempuan ni
tapi uncle pura2 buat2 tak tahu
dan dia pula berpura2 nak berkawan dengan auntie..
Huishhh..hati auntie dah gelabah..
Huawahhhhh..

Tak mengapalah akak..kalau gitu

ni lah last saya bersama akak
dia peluk auntie dan cium anak2 auntie..
dia balik lepas tu
meninggalkan keharuman wangianya
diruang tamu auntie

Siapakah dia?

mengapa uncle dan dia tak bagitahu
auntie sebab dilarang berkawan?

Memang itulah kali akhir auntie berjumpa dia..


Sunday, February 24, 2013

Bersyukur




Marilah bersyukur di pagi hari dengan menyebut
Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin
















Saturday, February 23, 2013

Sakit Sungguh

Dah masuk hari keempat
badan gigil2 seram sejuk
rasa nak deman tidak pulak
bisa2..nak kata salah makan
terjaga..sentiasa berjaga2
entahlah..auntie hanya mengadu pada
Maha Pencipta supaya memberi
kekuatan untuk meneruskan
amanahNYA dan perjanjian ku
padaNYA dialam sana dulu

Jasatku sakit tapi rohani ku
diberi kekuatan utk menyediakan sarapan
untuk family ku
Alhamdulillah

Pagi nih


Semalam
telur rebus tuh auntie teringin nak makan
malas nak rebus asing, rebus sekali dengan ubi
Alhamdulillah tak retak


tengahari semalam 
lauk satu saja yang larat disediakan

Selalunya hari ni, hari Sabtu, auntie ke pasar tani
Auntie tak dapat pergi dengan uncle
tak larat nak melangkah..
amat letih.
perlu rehat lagi..



Friday, February 22, 2013

Ujian

Petikkan hasil sumber googles
Yakin akan KetentuanNYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Islam mengajarkan untuk tidak berdendam
jika dizalimi, dilecehkan atau dihina
kenapa?
Hal itu akan merendahkan dan meletakkan posisi kita 
sama dengan orang-orang tersebut. 
Lalu… apakah kita harus diam?

Ada banyak cara untuk menyalurkan kemarahan… 

dari membalas dengan kebaikan… 
hingga melakukan marah yang ma’ruf…, 
tidak marah kepada orangnya tetapi marah pada perbuatannya. 
sehingga orang tersebut dapat sedar… 
Tergantung mana yang akan kita pilih… 

Jangan bersedih, Jika berhadapan dengan masaalah?

Kerana masaalah menjadikan kita kuat… 
Masalaah menjadikan kita dewasa… 
Masalaah menjadikan kita makin beriman… 
Masaalah akan menjadi sumber pahala 
jika kita mampu mendampingi orang yang sedang bermasaalah. 



“Dan Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah SWT. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari Rahmat Allah SWT, melainkan kaum yang kafir.” QS Yusuf (12) : 87 

Ketahuilah,bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah suatu permainan. 

(QS Al Hadiid, 57:20)

Dan bahwasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis ( QS. An Najm, 53:43)



Kita ini sesungguhnya sedang bermain dalam sebuah pentas kehidupan yang diciptakanNya. 

Dengan berbagai peranan, keadaan, dan penjiwaan.

Masya Allah, itulah Kuasa-Nya Allah SWT. 

(Subhanallah, Walhamdulilah, Walailaa ha ilallah, Wallaahu Akbar)

Duhai yang sedang dilanda duka,
La tahzan wala takhof, janganlah sedih dan janganlah takut.

Allah SWT berfirman:


Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak pula benci kepadamu. 

(QS. Ad Dhuha, 93:3)

Dekati Dia ...


Bukankah dengan Sifat Maha PenyayangNya engkau sebut Dia yang Tersayang? 

Bukankah dengan Sifat Maha PengasihNya engkau sebut Dia Sang Kekasih? 
Mengadulah pada Kekasihmu!

Dia akan menguatkan jiwamu, 

meneteramkan qalbumu.
Dia sebaik-baiknya Penolong. Sebaik-baik Pelindung. 
Percayakan semua padaNya kerana dalam cinta, harus ada kepercayaan. 
Ucapkan padaNya, 
"Yaa habibi ... wahai Kekasihku, aku ingin mengadu padaMu."

Dengan kelembutan-Nya, Ia berfirman :


Bangunlah untuk solat di malam hari. Iaitu seperduanya atau kurang dari padanya sedikit. Atau lebih atasnya. (QS. Al Muzzammil, 73:2-4)


Solat Tahajjud

Solatlah dengan penuh rasa cinta dan kerinduan. 
Itu akan membuatmu khusyu'. 
Kemudian tumpahkanlah segala yang menyesakkan dadamu. 
Curahkan segala isi hatimu, gundah gelisahmu
sampaikan semua padaNya. Dengan ungkapan pilu, ataupun diirngi tangisan yang lembut. Kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

Dan berdoalah dengan penuh harap, rendah diri, dan suara perlahan. 

Seperti doa yang diajarkan-Nya.:

Rabbi adkhilni mudkhala sidqi-wa akhrijnii mukhraja sidqin-waj 'al lii min-ladunka sulthaanan nashiraa.


Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar keluarkanlah (pula) akan secara keluar yang benar, dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong .  

(QS. Al Israa, 17:80)

Ataupun doa-doa lain yang menjadi keinginan. Hantarkan ia dengan bahasa yang mudah bagimu.


Rasullulah SAW bersabda:


Sesungguhnya Rabbmu itu pemalu lagi pemurah, merasa malu apabila tidak mengabulkan doa kepada hambaNya yang mengangkat kedua tangannya untuk berdoa lalu dikembalikan kosong. ( HR. Muslim )


Bilakah pertolongan ALLAH SWT akan tiba? Begitu banyak yang selalu menanti dan mengharap pertolongan ALLAH SWT. Ada yang sabar, ada yang tidak sabar. Ada yang yakin bahwa ALLAH SWT akan menolong, ada juga yang ragu-ragu. Ada yang menikmati saat-saat menanti pertolongan ALLAH SWT, namun tak sedikit yang sengsara.

Akan tetapi, bagi orang-orang yang telah mengetahui ilmuNya, yakin benar bahwa ALLAH SWT adalah Dzat yang sama sekali tidak pernah bohong terhadap apa yang Dia janjikan. ALLAH SWT adalah Dzat yang sekali-kali tidak pernah salah perhitungan sedikitpun juga atas segala takdir dan ketentuanNya. Pasti tidak akan meleset, pasti tidak akan mengecewakan! Hanya, perkara bentuk ataupun waktunya, 

masya ALLAH, itu sama sekali bukan urusan kita.

Bukankah untuk itu ALLAH Azza wa Jalla telah menebar janji dan jaminanNya 

dalam Al Quran Al Karim? 

Firman-Nya yang sungguh Maha Benar ini,  

‘Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul 
Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi 
(hari kiamat).” 
[Q.S. Al Mukmim (40):51]. 

“…Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman.” 
[Q.S. Ar Ruum (30):47].
Ada sebuah keluarga yang selalu di rundung ujian oleh ALLAH SWT. Kedua suami isteri ini ditakdirkan menderita suatu penyakit. Sang suami diuji dengan sakit yang berkepanjangan; sekali jatuh sakit dia harus berbaring selama dua hingga tiga tahun. Isterinya pun ternyata harus mendapat ujian sakit pula. Hal ini kerapkali menimpa keduanya semenjak awal berumah tangga. Akan tetapi, alhamdulillah keluarga ini benar-benar beriman.

Sampai suatu saat sang isteri ditakdirkan oleh ALLAH SWT mengandung, namun sayang kehamilannya ini pun merupakan satu batu ujian tersendiri: ia hamil anggur. Doktor menyarankan agar kandungannya harus segera dibersihkan. Kalau tidak akan menambah masalah baru bagi kesihatannya. Berapa pembiayaan? SubhanAllah, untuk membersihkannya saja belasan ribu. Jelas, keluarga yang memang hidup mereka tidak mampu menanggung pembelanjaan sebesar itu.

Keduanya pun hanya memohon kepada ALLAH SWT mengadukan semua ini. 

“Ya ALLAH  SWT. Sungguh Engkau Maha tahu keadaan kami. 
Engkau Maha tahu kami miskin harta. Kini Engkau uji kami dengan kejadian seperti ini. 
Hanya Engkaulah yang mampu menolong dan melapangkan kesempitan hamba-hamba Mu,” 
rintihnya.
Begitulah kerana ketidak mampuannya menyediakan pembiayaan perubatan, 

sang isteri hanya mampu berbaring lesu ditempat tidur.

Hingga akhirnya turunlah pertolongan dari ALLAH yang Maha Rahman, 

yang syariatnya ternyata berupa sakit thypus! Panas! 
Panas sekujur tubuhnya, panas kepalanya, panas perutnya! 
Akibatnya, terjadilah keguguran. Dan doktor yang memeriksanya kemudian, 
menyatakan bahawa kandungannya kini telah bersih, 
sehingga tidak perlu lagi diadakan pembersihan kandungan 
sebagaimana yang telah disarankannya tempuh hari. Allahu Akbar!

Pertolongan ALLAH SWT memang tidak mesti berbentuk dengan 

apa yang kita duga dan harapkan. 
Kita jangan terperdaya oleh syaitan yang menganggap 
ALLAH SWT tidak menolong kita, padahal pertolongan ALLAH SWT
ternyata sudah datang. Hanya kerana beza bentuk saja.

ALLAH SWT pasti sangat memperhatikan keadaan kita jauh lebih besar 

daripada perhatian kita terhadap diri sendiri. Betapa tidak! 
Kerana, Dia lah yang merancang tubuh kita dengan halus dan terperinci, 
sedangkan kita tidak tahu apa-apa tentang diri ini. 
Lantas apalagi yang perlu kita kita ragukan dalam hidup ini 
tentang jaminan dan kurniaan dari ALLAH Azza wa Jalla.

Hanya orang-orang malang yang ragu-ragu terhadap janji ALLAH SWT. 

Padahal keraguan tidak mendatangkan apapun, selain mendatangkan kesengsaraan! 
Yakin ataupun tidak yakin tetap saja ketentuan ALLAH SWT akan menimpa kita. 
Hanya dengan keyakinan yang mantap ketentuan ALLAH SWT
akan berubah menjadi ladang nikmat apapun yang terjadi.
Akan tetapi, kalau kita hadapi kejadian dalam hidup ini dengan buruk sangka 

terhadap pertolongan ALLAH SWT, maka kita sudah sengsara dulu menghadapinya, 
bahkan terhalang juga pertolongan ALLAH SWT itu kerana keburuk sangkaan kita terhadapnya.

Oleh sebab itu, ujian dari ALLAH SWT,  merupakan ketetapan dariNYA yang sudah

sedia tercatit. Sejauh kita yakin bahwa ujian merupakan 
suatu jalan bagi diangkatnya darjat keimanan kita, 
Insya ALLAH semua ini akan menjadi ladang nikmat. 
Kerana itu jangan diragukan lagi bahawa diujung segala ujian, 
kurnia pertolongan-Nya akan mendatang. 






Thursday, February 21, 2013

Rezeki Lagi..Makanan dan Pakaian

Wahhhh..hari kedua tak masak, semalam dan hari ini..hik3x
Kawan dan anak perempuannya datang rumah
ajak makan tengahari..
auntie memang jenis malas nak keluar rumah
kebelakangan ni..asyik terperap ajer
keluar ke supermarket pun dah berbulan2
uncle yang buat sorang2
auntie hanya sediakan list untuk dia..

Anaknya suggest makan segala lauk pauk
lemak cili padi di Danao Kota tapi auntie kata
tak yahlah jauh2, yang dekat2 sudah..
auntie makan
Ikan keli bakar, rebung lemak cili padi
ulam dan sambal belacan
air panas kosong

Fuhhh..berselera..kenyang
Alhamdulillah
Nani, Bob nak makan apa kat rumah tu?
bolehlah belikan bawak balik..kata kawan auntie

Ehhh.. tak yah, kat rumah ada sup ekor
Sambal tumis kosong, pandai lah dia
tambah telur mata, kalau dia lapar nanti..kata auntie

On the way balik ke rumah
kawan auntie singgah belikan auntie


Ubi kayu

Akok dan bahulu 
(gambar di ambil -  dah makan separuh) hik3x

Kawan auntie sebenarnya baru mula nak berniaga 
Jadi dia bawa baju2 dan seluar2 kerumah auntie
Cantik2..
Kebetulan memang auntie nak cari seluar warna hitam
bila dah ada depan mata dan depan lutut
memang teruslah pilih2..

Auntie ada a few wedding next month
so auntie belek2 yang sesuai
ada yang berkenan, terus auntie beli..

Kawan auntie pula bermurah hati
bagi free untuk auntie satu blouse purple
Wahhh..rezeki lagi
Terus auntie kata
Moga perniagaan maju jaya dan rezeki berlipat ganda
Aamiin.


Rantai leher dan gelang dah 20 tahun sudah

Tiba2 auntie teringat koleksi rantai2 yang auntie beli
memang tersimpan dalam laci berpuluh tahun 
tak pernah pakai dah..



Macam2 batu warna warni ada
bila2 auntie ada mood 
nanti2 auntie ambil gambar

Sedang duduk2
Anak ku Pija pula datang bawak macam2
Nasi lemak, karipap, cara berlauk
talam ubi dan talam gandum
Memang penuh meja..
So uncle seronok menjamu selera..
Alhamdulillah..

2 beradik pergi Spa
kejap ni dia orang balik bawak Mc D
penuh meja lagi..

Ayol balik dari kerja bawa balik nasi ayam
lalalalalalaaaa tak yah masak malam nih..

Ishhhh...baru doakan kawan pagi tadi 
moga rezeki dia berlipat ganda dalam perniagaan
Rezeki auntie juga berlipat ganda hari ni..
Dari makanan hinggalah pakaian
Alhamdulillah..





P/s : Surah Al Baqarah> Ayat 245

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah melipatgandakan pembayaran Kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Wednesday, February 20, 2013

Nak Tidur

Ada tamu pagi tadi
sembang dan sembang
dah balik dah

Ari ni tak masak
uncle beli soto 4 bungkus
lontong sebungkus (auntie punya)
makanlah utk tengahari ni
sebab...




Nak..

harap2 boleh lelap

Mudah2an segar bila bangun

p/s : Tidur adalah adik beradik Mati
        Mati kecil..
        tidur adalah penyerahan diri pada Allah swt
        binasa dan fana
        berwudhuklah sebelum tidur
        mungkin kita akan kembali terus
        dalam gengaman Allah swt
        Firman
        " Allah mengengam roh ketika mati dan ketika tidurmu"
          Az-Zumar : 42

 

Tuesday, February 19, 2013

Terubat Rindu

Bersedih?
Sedih perasaan yang tidak boleh dikawal
Auntie adalah seorang yang amat penyedih
Dalam apa jua keadaan, dalam gembira, dalam beramal

Perasaan ini, adalah satu anugerah yang amat tidak
ternilai bagi auntie
Setiap kali berlaku sesuatu, auntie shahdu dengan
kebesaran dan keindahan maha pencipta...Allahu Akbar..

Mungkin perkara2 yang auntie sedihkan
adalah remeh tapi bagi auntie ia nya
sesuatu yang amat indah..

Malam selepas maghrib, dah tak ingat hari apa
Auntie berjalan2 berdua bersama uncle
Tujuan nak ke rumah anak
Uncle nak makan Char Kuey Teow yang sedap
ditempat yang auntie tak pernah pergi lagi
tapi auntie pernah makan bila uncle bawa
bungkusan kerumah, bilamana setiap kali dia keluar makan2
dengan kawan2 dia, memang sedap super power

Auntie pun bersetuju nak kesitu
Parking 3 kali round, pusingan yang jauh
masih tak ada..
auntie kata InsyaaAllah ada rezeki
round yang keempat kita dapat parking
betul kata auntie..rezeki parking depan gerai
buka pintu kereta, tiga langkah
dah ada meja dan kerusi..terus duduk
Kata mata hati, ujian kecil kesabaran diakhiri dengan 
rezeki dapat parking ditempat yang terbaik dan terus bersyukur..

Ermm..budak muda datang nak ambil order
Order minuman
Auntie nescafe tarik kurang manis
Uncle nescafe ais
2 Kuey Teow Special
Budak tu geleng kepala
Orang jual Kuey Teow cuti panjang
gerai tu tutup..
Hampa? kerana tak dapat makan kuey teow?
ohhh tidak pada auntie
tak dapat makan makan kuey teow, no big
deal sebab ada orang yang tak dapat makan malam
pun ada dalam dunia....bukan gitu?
Kata mata hati auntie lagi


Nasi lemak paru, Kuey Teow Ladna, 
Nasi goreng daging masak merah

 nak mula suap pertama, uncle sibuk nak snap gambar..
Alahhhh...janganlah kata auntie..
berkerut2 dahi..hik3x

Kete auntie betul2 kat sebelah kiri..


Sebelum dapat parking, auntie nampak
seorang perempuan yang memengang tongkat putih
Berkata dalam hati, Kesian orang buta nak lintas jalan
tanpa dibantu oleh sesiapa..
Elok jer dia lintas selepas itu..
pertanyaan lagi dalam hati..
Adakah buta? nampak atau rabun samar2? 

Sedang makan2 akan auntie nampak perempuan
bertongkat putih tu pergi meja kemeja..

Kata auntie pada uncle
"Ada orang buta menuju ke meja kita,
keluarkan duit sedekah"
(dari arah belakang uncle)

Uncle hulur dan perempuan itu berlalu..

Tak bagi pun tissue?? kata uncle..
Auntie tersenyum dan faham maksud uncle
memang kebiasaan yang dilakukan
oleh peminta2 buta..
hulur duit, tissue dihulur kembali..

Yang menghulur tissue, dia bukan minta sedekah
tapi menjual tissue
jika kita tidak ambil tissue dia
maka kita niat bersedekah..
kata auntie

Ohhh..gitu ker? kata uncle
Entahlah pada fahaman nani lah..kata auntie

Janganllah di persoal orang yang meminta itu buta
bukan beragama islam, cacat atau penagih
Dia meminta, kita mampu memberi..hulurlah
Dia menipu, itu antara dia dan Allah
Yang pasti ikhlas untuk memberi..
Mereka hamba Allah yang dihantar kpd kita
untuk bersedekah..
Kata mata hati auntie



Senyumlah..kata auntie pada uncle 


Uncle sedang bersedekah senyuman pada auntie dan readers semua..hik3x

Dulu2..pantang auntie kalau makanan tak habis
Auntie di didik untuk makan sampai habis
Jika dirumah boleh dicatu bila nak makan
Dimulakan dengan satu senduk atau dua dulu,
kalau masih nak makan, boleh lah tambah..
tapi kalau di gerai2,  siap dihidang dalam pinggan
kalau tak sedap? memang lah tak habis
rasa merugikan? rasa pembaziran?
kerana akan di buang di tong sampah..

Makanan yang tak habis tu akan dimakan
oleh kucing2, anjing2 atau pun sekurang2nya..
semut2 akan mengangkat setiap butir nasi buangan
untuk rezeki mereka pula..
Kata mata hati auntie lagi..

Uncle talipon anaknya, nak makan apa
Pilihannya nasi lemak paru juga

Kami terus pergi kerumah Peej..
Auntie rindu pada ceceh..
Ceceh yang dah jadi ibu..



Asal nama Qaseh 
kini dipanggil ceceh


 Elok jer tido dalam bakul


Terus dia masuk bakul bila nampak auntie nak pegang
anak dia


Sedang menyusu


 Pandai pulak beraksi bila nak ambil gambar dia

Cepatlah namakan si kenit ni..

Gerammmm...auntie angkat dan pegang2..
Uncle tak bagi cium anak kucing tu
Takut nanti auntie ada alahan kulit dimuka
Siap suruh auntie basuh tangan selepas tu..
Ishhh...macam tu lah pulak
tapi auntie tak bantah..

Auntie menanya Peej
ada DVD baru tak..pasanglah kata auntie
Paranormal 4, mama nak nengok ker?
pija pun belum nengok lagi

Kami nengok berdua branak
uncle pula sibuk berfacebook dalam bilik
Habis nengok citer yang tak seram lansung tu
auntie ajak uncle balik...udah 12:30 pagi

Alhamdulillah...
rindu2an pada ceceh terubat..
Hujung minggu ni, dengan izinNYA
auntie nak jengok ceceh lagi..



p/s :
Allah mengasihi kita… 
DIA mengajarkan hanya bergantung padaNYA, 
mengajarkan kesabaran yang panjang atas sebuah harapan 
memerintahkan kita untuk terus berdoa… 
untuk meningkatkan keimanan kita. 




Saturday, February 16, 2013

Tetamu Membawa Rezeki

Berturut2 tetamu datang membawa rezeki
Lepas Maghrib


12/2/13

Pada 13/2/13 ada juga
kawan lama..

14/2/13

14/2/13

15/2/13

Semua balik hampir 12 malam sebab seronok berbual...
Alhamdulillah

Islam menggalakkan kita menerima tetamu. 

Apabila tetamu datang, maknanya kita disenangi orang. 
Kata Ustaz lagi, tetamu yang datang 
'MEMBAWA RAHMAT DAN 
MEMBAWA KELUAR DOSA-DOSA KECIL KITA' 
tanpa mengurangkan rahmat Allah kepada mereka, 
malah bertambah lebih lagi kerana mereka menjadi tetamu 
– HEBATnya  RAHMAT ALLAH.. 
dua-dua merasai nikmatnya!.


Pagi tadi auntie ke pasar tani
beli pulut kuning
beli satu di sedekahnya auntie satu
Alhamdulillah..


Tapi hari ni tidak ada seorang pun peminta sedekah
selalu berderet2..
Ibu dan anak kecil telepuk
Orang buta menyanyi2 dengan alat muzik
Lelaki telepuk tanpa kaki, mundar mandir merangkak
dengan memakai terompah ditangannya
Lelaki tua yang uzur berkupiah
Wakil2 anak2 yatim tersenyum sengeh2 dengan kotak
Rezeki auntie untuk menghulur tiada hari ini..

Friday, February 15, 2013

Penjaja Bakso Yang Patut DiContohi


Googles2 dapat 
Sedutan citer indon pulak...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di suatu senja sepulang kantor, saya masih berkesempatan untuk ngurus tanaman di depan rumah, sambil memperhatikan beberapa anak asuh yang sedang belajar menggambar peta, juga mewarnai. Hujan rintik rintik selalu menyertai di setiap sore di musim hujan ini.

Di kala tangan sedikit berlumuran tanah kotor,…terdengar suara tek…tekk.. .tek…suara tukang bakso dorong lewat. Sambil menyeka keringat…, ku hentikan tukang bakso itu dan memesan beberapa mangkok bakso setelah menanyakan anak – anak, siapa yang mau bakso ?

“Mauuuuuuuuu. …”, secara serempak dan kompak anak – anak asuhku menjawab.

Selesai makan bakso, lalu saya membayarnya. …

Ada satu hal yang menggelitik fikiranku selama ini ketika saya
membayarnya, si tukang bakso memisahkan uang yang diterimanya. Yang satu disimpan dilaci, yang satu ke dompet, yang lainnya ke kaleng bekas kue semacam kencleng. Lalu aku bertanya atas rasa penasaranku selama ini.

“Mang kalo boleh tahu, kenapa uang – uang itu Emang pisahkan? Barangkali ada tujuan ?” “Iya pak, Emang sudah memisahkan uang ini selama jadi tukang bakso yang sudah berlangsung hampir 17 tahun. Tujuannya sederhana saja, Emang hanya ingin memisahkan mana yang menjadi hak Emang, mana yang menjadi hak orang lain / tempat ibadah, dan mana yang menjadi hak cita-cita penyempurnaan iman “.

“Maksudnya.. …?”, saya melanjutkan bertanya.

“Iya Pak, kan agama dan Tuhan menganjurkan kita agar bisa berbagi dengan sesama. Emang membagi 3, dengan pembagian sebagai berikut :

1. Uang yang masuk ke dompet, artinya untuk memenuhi keperluan hidup sehari – hari Emang dan keluarga.

2. Uang yang masuk ke laci, artinya untuk infaq/sedekah, atau untuk melaksanakan ibadah Qurban. Dan alhamdulillah selama 17 tahun menjadi tukang bakso, Emang selalu ikut qurban seekor kambing, meskipun kambingnya yang ukuran sedang saja.

3. Uang yang masuk ke kencleng, karena emang ingin menyempurnakan agama yang Emang pegang yaitu Islam. Islam mewajibkan kepada umatnya yang mampu, untuk melaksanakan ibadah haji. Ibadah haji ini tentu butuh biaya yang besar. Maka Emang berdiskusi dengan istri dan istri menyetujui bahwa di setiap penghasilan harian hasil jualan bakso ini, Emang harus menyisihkan sebagian penghasilan sebagai tabungan haji. Dan insya Allah selama 17 tahun menabung, sekitar 2 tahun lagi Emang dan istri akan melaksanakan ibadah haji.

Hatiku sangat…… …..sangat tersentuh mendengar jawaban itu. Sungguh sebuah jawaban sederhana yang sangat mulia. Bahkan mungkin kita yang memiliki nasib sedikit lebih baik dari si emang tukang bakso tersebut, belum tentu memiliki fikiran dan rencana indah dalam hidup seperti itu. Dan seringkali berlindung di balik tidak mampu atau belum ada rejeki.

Terus saya melanjutkan sedikit pertanyaan, sebagai berikut : “Iya memang bagus…, tapi kan ibadah haji itu hanya diwajibkan bagi yang mampu, termasuk memiliki kemampuan dalam biaya….”.

Ia menjawab, ” Itulah sebabnya Pak. Emang justru malu kalau bicara soal mampu atau tidak mampu ini. Karena definisi mampu bukan hak pak RT atau pak RW, bukan hak pak Camat ataupun MUI.

Definisi “mampu” adalah sebuah definisi dimana kita diberi kebebasan untuk mendefinisikannya sendiri. Kalau kita mendefinisikan diri sendiri sebagai orang tidak mampu, maka mungkin selamanya kita akan menjadi manusia tidak mampu. Sebaliknya kalau kita mendefinisikan diri sendiri, “mampu”, maka Insya Allah dengan segala kekuasaan dan kewenangannya Allah akan memberi kemampuan pada kita”.

“Masya Allah…, sebuah jawaban elegan dari seorang tukang bakso”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Arwah nenek saudara auntie di Junjung, Kedah 
dulu2 masa auntie kecik2, pernah arwah bercerita
Dia seorang penoreh getah di kebunnya sendiri
dan juga dengan jualan daun sireh yang ditanam sendiri
dapat menunaikan Ibadah Haji dengan kapal air ketika itu..
sebulan perjalanan pergi, sebulan ibadah haji di tanah suci dan sebulan perjalanan pulang..
3 bulan lamanya mereka meninggalkan sanak saudara dan kampung halaman
Alfatihah kepada Tok Cik..



Wasiat Nabi Muhammad kepada Fatimah

Ukhti, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita sholehah. Dan "perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai sholat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami." (HR.Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

Ukhti,

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri sholehah. Wasiat tsb adalah:

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhoaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukkan. Ketika wanita merasa sakit melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.


Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia
Jadilah diri-dirimu menjadi wanita sholehah, agar negeri menjadi indah, karena dirimu adalah tiang negeri ini

Thursday, February 14, 2013

Ucapan Hari Lahir Untuk Cucuku



Ucapan Selamat Hari Lahir Yang Kedua
Khas buat Nur Zara Sofea



Cucu yang ku sayangi
Kau lah Yang pertama generasi ketiga dalam keluarga ku
Tok Papa + Tok Mama = Your Daddy
Khairul Zaire + Zeity Azila


Zara, Kau dilahirkan atas kasih dan sayang
antara Daddy yang menikahi Mummy mu
dengan sah pada 30/1/2010


Lahirlah seorang bayi perempuan pada 14/2/2011

 Nur Zara Sofea







You Are 







Bukan salah mu Zara
pabila kasih dan sayang kami disini
kasih dan sayang Daddy dan Mummy mu
Di rampas dan dikawal tanpa belas kasihan
Tak mengapa..mereka telah mengadili hukum dunia
Di akhirat nanti akan diadili oleh Yang Maha Adil

Jika Daddy mu umur panjang
Dialah yang akan mewalikan mu nanti
Bagi Tok Mama, umur Tok Mama sudah singkat
untuk menyaksikan hari bahagia mu
tapi yang pasti Tok Mama akan menemui mu
di syurga akhirat nanti..Itu doa Tok Mama
tiada siapa dapat menghalang ketika itu


Zara cucuku,
Tiada hadiah yang dapat Tok Mama berikan
untuk mu hanya Doa pada Allah s.w.t


Ya Allah..
Peliharalah..
Solehahlah hendaknya Cucu ku
bimbinglah ia kejalan yang lurus
Celikkan mata hati nya 
tidak beku dan hitam 
dengan keadaan persekitaran yang dilalui nya
permudahkanlah perjalanan hidupnya
Aamiin

Daddy mu dan kami merintih disini
Hanya gambar kegembiraan dalam kesedihan
dari Daddy mu..

Daddy mu membeli hadiah yang termampu
untuk mummy mu yang amat2 disayanginya
sempena hari perkahwinannya




dan untuk hari jadi mu
seekor beruang yang menaiki basikal..
hanya melalui pos laju..

Metaphora
Daddy yang bersusah payah mengayuh basikal
untuk merasai kehidupan bahagia keluargaan
tapi di galang selama 5 bulan sudahhh..
mengapa dan kenapa?
sampai kini daddy mu masih kebinggungan
hanya berserah dan berdoa pada Allah s.w.t
untuk membuka pintu taufiq dan hidayah
pada 'mereka' yang hanyut dan tenggelam
membuka pintu hati mereka untuk
menyambung kasih dan sayang bersama mu..




Hati Tok Mama sebak cucuku Zara,
Diluar sana hujan renyai2..
bagaikan air mata Tok Mama masa ni...
Sesudah ucapan di N3 ni..


Tok Mama akan bersolat dhuha bermohon
dan bermohon...
sayang ku..
Nur Zara Sofea..





Untuk cucuku mungkin tahun depan Tok Mama 
tak kesampaian untuk mengucap hari lahir mu lagi..



P/s : Catitan ini untuk Cucuku
di suatu hari nanti..bila sudah cukup
masa dan cukup dewasa kau akan memahami..
bahawa kami disini amat2 merindui dan menyayangi mu..


Monday, February 11, 2013

Double Wedding Di Kelang

Hari Jumaat pukul 1:30 tengahari
Buka pintu peti sejuk, nak simpan barang
masa tunduk2 dan membongkok sambil berdiri
tiba2..
tusssss..urat pinggang meletoppp
punya lah sakit, tangkap pinggang
auntie terus telepok jatuh terbaring depan peti sejuk
menangis..meraung..lama kat situ
lebih kurang 10 minit, tak boleh bergerak
tapi sapah pun tak ada nak tolong..

Gagahkan diri, cuba bangun
berpaut di kabinet..
berjaya bangun tapi nak berjalan pun
amat sakit..pegang2 dinding auntie berjalan

Kebetulan kawan sepejabat auntie datang
dia cuti katanya..
Dia gosok2 pinggang auntie dengan minyak panas
Ya Allah..hambamu berterima kasih dan bersyukur
menghantar sesaorang untuk menolong
dalam waktu kecemasan..
lama kawan auntie temankan
sampai kul 11 malam


Tanda merah tulah kawasan yang sakit
Duduk disofa pun sakit
Baring nyereng, tidur pun nyereng
bila terlentang, adussss..sakittt
tampal plaster jepun (koyok),
telan panadol baru rasa lega ..
auntie tak reti duduk saja2..
masak, basuh kain, jemur kain
still on..walaupun belum baik betul..
I'm not complaining here but just to to say
that auntie always enjoyed my chores..
honest no joke..
Alhamdulillah..

Hari Sabtu..ada wedding, anak kawan uncle
tapi disebabkan masih keadaan sakit pinggang
auntie tak dapat nak pergi
bimbang perjalanan jauh ke Kelang
akan jadi lebih sakit
Uncle pergi dengan Ayol menggantikan auntie
Double wedding..

Sedih sangat
sebab mereka adalah kawan rapat

Sebelum mereka bergerak auntie sempat snap gambar ..


Uncle pakai baju T sebagai singlet


 Abang supir utk daddynya

 pengantin lelaki, maner pengantin perempuan?



Rumah Banglo  Luas lah kawasan halaman nya


 Sepasang Pengantin lagi..baju kuning

 Ayol makan sorang2..nasib badan

Baju linen berkanji berdobi..hik3x

 Sempat bergambar dengan bapa pengantin

Harapkan uncle snap gambar
Ibu pengantin tak ada
pelamin pun dapat sipi2 ajer..
pengantin pun dari jauh..
Adusss..tak puas auntie nengok

Ibu pengantin kirim salam kat auntie
dan bagi lebih door gift, 4 biji mug

Mug ni besar, 
bancuh nescafe memang puaslah..

dalam mug berisi kuih bahulu berbentuk ikan
dah habis di ngappp..hik3x

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...