THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, January 31, 2013

Duit Boleh Duduk Diam2 Tak??


Sarapan yang simple sorang2 semalam
Yea, ni n3 citer semalam..


mushroom soup + garlic bread

Uncle bungkang tidur balik lepas subuh..
bila dia buat perangai macam tu
auntie kesunyian..
tapi tak kan lah nak mengadap muka auntie hari2? 
dah 37 tahun kawin, udah2lah menagih berkepit..hik3x
Gitulah kelaku lelaki tua yang baik, yang dah bersara..
kenapa auntie kata baik? sebab uncle tak reti duduk
saja2 buang masa di kedai2 mamak.. 
memang ramai kawan2 dia gitu..
biarlah dia tidur dan berihat, umur pun dah 60++ tahun



Sesudah sarapan auntie masukkan baju2 kotor ke washing machine
Keluarkan sotong dan rendam dalam sinki

Dah tu kedepan untuk siram pokok bunga.
Bukan saja siram pokok bunga, siram daun2 kering yang berterabur
dilantai, tak patut, tak patut, orang lain tak ada air, auntie saja2
membazir air...tapi dengan berbuat begitu lantai auntie bersih dari bekas2
kencing kucing liar diluar..
Suka hati kau lah labu, asalkan bahagia..hik3x (cakap pd diri sendiri)

Sedang main2 pancut air, jiran depan rumah datang menuju kearah auntie..

Auntie : Tak kerja ke hari ni? 

Jiran : Saya nak uruskan hal anak2 di sekolah 

Dlm hati auntie, ni mesti ambil peruntukkan 'Rm' utk anak2 dari pemerintah
Sorang dapat rm100, dia ada 3 anak..

Jiran : Mak cik nak baju kelawar tak?
saya ada balik kelantan minggu sudah dan ada sikit stok utk dijual

Auntie : Boleh juga nengok, memang makcik pun ingat nak tambah.
makcik suka pakai sebab nipis dan ringan. Selesa.

Dia terus ke kereta dan ambil satu beg plastik..


Ada lengan panjang dan pendek

Jiran : Mak cik pegang dulu dan pilihlah
sambil dia menghulur plastik beg tu.

Terus auntie bawa masuk dalam rumah.
belek2 dan ambil 4 helai, bukan baju kelawar
tapi berlengan panjang, macam jubah..

Teringat nak check bills bulan ni
masih belum berbayar..
bila check, aduhhhhhhhh...
banyak yang tertunggak belum settle
cukai tanah, cukai pintu, pembentung, 
ada reminder saman kereta
api, air, astro, internet, kad kredit (bulanan)

Bila total jadi large amout.
tak boleh jadi ni..
Auntie jenis tak suka nak pending2 bayar bills..
Memang uncle lah yang mengurus tiap2 bulan tapi bila dah
tak terurus..kena lah auntie bertindak..

Auntie terus ke dapur, masak awal
tanak nasi, sambal tumis sotong dan lemak kacang panjang.

Gerak uncle dan terus tanya uncle

Auntie : Kenapa bills banyak tertunggak?

Uncle : Ohhh..bills tu semua tak perlu risau
boleh bayar kemudian..nanti2lah

Auntie : Rimas nya, nani tak sukalah..
Jom kita ke bank, nani nak keluarkan duit dividen dan bonus ASB,
nani bantu settle kan bills tu..

Tersengeh uncle..suka gamaknya.

hehehehehe setelah genap sebulan, PNB declare bonus
akhirnya..auntie keluarkan jugak
Gigil2 tangan auntie bila disuruh cop ibu jari kiri..hik3x
Alhamdulillah..disebab kami berdua dah tua, auntie tak mahu
bawa duit cash..bahaya
maka auntie terus bank in dalam current account
bolehlah bayar pakai cheque nanti.
tapi dalam tangan auntie tinggalkan seribu..
nak spare utk shopping2 perkara kecil..

Wahhhh...uncle ajak gi JJ wangsa maju
nak makan, lapar katanya..

Okay, jom makan, its on me, hik3x

Masuk ke Old Town White Coffee

Pilih menu

Kami berdua tekak Asian pagi semalam

Mee Curry

Curry Laksa, minuman pula  Blended Hazel Coffee 


Jarang2 auntie ambil gambar uncle

Auntie sibuk nak makan, uncle nak ambil gambar auntie lagi
uncle cuit2 bahu auntie suruh pusing ngadap kamera..hik3x

tengoklah tu, sampai herot2 kening auntie, geram

Dah tu kami masuk ke Habib Jewel
sebab ada barang kemas yang auntie hantar cuci
dah 2 bulan terperok kat situ
resit memang ada dalam handbag..

 Rantai tangan 

Cincin dan subang

Set Bunga Tanjung
Dah lama auntie beli barang2 ni untuk Noy 
auntie beli masa kerja dulu
dia pakai untuk harian bila fly,  sampai keladak
tu lah auntie hantar cuci.
Kena Rm 235
Mata melilau tengok barang2 kemas yang dalam
display kaca..
Wahhh..916 bulan sudah Rm 195, semalam  Rm 185
Tukar barang lama 23% off dan kalau nak ambil duit 25% off
Alhamdulillah, auntie tidak terjebat.



p/s:

JANGAN AJAR ANAK MEMBENCI Maka dikiaskan saja: "Bila anak diajar membenci, dia akan jadi pembenci yang tidak rasional. Perkara baik pun dia (mungkin) akan benci. Ajarkan kepadanya kasih-sayang, supaya dia akan gunakan hikmah kebijaksanaan bila berpesan-pesan pada perkara-perkara yang dia tidak suka". 
Wallahua'lam.

Tuesday, January 29, 2013

Entah ada lagi atau tidak?

Tetiba teringat zaman masa sekolah rendah ..
Buah yang kami makan ramai2 bila jumpa
dalam semak2..

Tak tahu nama buah

mereka kata sedap, auntie ikut mereka makan
tak ada lah sedap mana pun
Sekarang dibandar2..mana nak cari semak dan belukar?
mungkin perkampungan masih ada..

Dalam semak2 juga

 buah muda

dah masak

Buah ni pun kami kutip2 dan kumpul dalam sapu tangan
Ohh yea auntie dulu2, memang pakai sapu tangan
kesekolah dan juga bila bermain diluar rumah
sapu tangan sentiasa dalam poket..untuk lap peluh


Sapu tangan perempuan

Darjah satu sampai darjah 2, arwah mak selalu simpul kat hujung
bubuh duit siling belanja sekolah, hehehehehe memang pasti tak hilang..
dah darjah 3 keatas barulah pakai beg duit..

beg duit mengkuang

Jika hujan panas, hujan renyai2,  arwah abah selalu ikat simpul empat penjuru
dan pakaikan dikepala auntie buat macam topi utk alas kepala

Sapu tangan lelaki

Orang lelaki sampai sekarang masih lagi pakai sapu tangan
tapi perempuan tidak lagi, semua dah tukar pakai tissue

Bila masuk dalam semak, kadang2 kami jumpa
binatang kelip2..tangkap masuk dalam botol kaca
cari tempat gelap masuk bawah rumah,
seronok tengok ekor ulat tu berkelip2..
passing2 botol..sampai lah ulat tu mati terkulai..
tiada udara..kesian.. kami bodoh masa tu

Beg sekolah auntie dari darjah satu sampai darjah dua..


Darjah tiga hingga darjah 5


Bila hujan ada spare plastik untuk tutup buku..hik3x
kelakar betul..auntie pakai sampai senget benget bakul 
semua gara2 ikut trend masa tuh..
boleh nangis kalau tak dapat beli macam kawan punya

Bila dah darjah enam, sampai lah tingkatan tiga

beg galas tepi

Bedak dari kecil hinggalah remaja
Arwah abah yang belikan, auntie tak pernah
minta yang jenama lain






Arwah Mak bedakkan auntie kat bahagian belakang
jika ada ruam2..
dan auntie suka pakai dikaki sebelum pakai stokin sekolah



Jerawat sesat bila datang bulan
auntie akan pakai bedak batu..
basahkan jari tunjuk, tenyeh2 kat bedak tu
buh kat jerawat sebelum tidur
dua tiga hari buat macam tu 
memang kering jerawat..
Bedak batu ada dua warna
pink dan putih


Auntie juga pandai pakai cream muka


 Darjah enam



Tingkatan 5

Ubat keti pula bermula dari tingkatan tiga

Auntie suka juga pakai B.O powder 
sebab bila berpeluh tak belengas..hahahaha


Amboi, teringat pula dah pandai pakai cologne masa
tingkatan 1 sampai 5, bila lepas sukan..
pok2 kat tengkok..




Wahhh..imbau 50 tahun yang lalu..
Bila teringat masa lalu betapa arwah abah dan arwah mak
melayan kehendak auntie..
tapi tak pernah pula mereka merungut mungkin sebab
auntie tak ramai adik beradik, kami berdua saja
perbezaan umur pula jauh, selang lima tahun dari
adik auntie...

Suka auntie bila teringat jenama2 lama
dan bila googles ada images2 diatas
Alhamdulillah..dapat auntie buat kenangan


p/s : Citer episod, auntie dah mula menulis tapi masih 
dalam draft..sabar yea
Dah seminggu auntie dalam process pemulihan kesihatan
tu yang berihat menulis, 
auntie buat rawatan islam, nampak banyak perubahan
Alhamdulillah..sujud syukur





Sunday, January 27, 2013

Makan Malam Malas

Hoiiiiiiii...turun makan lahhhhhh...jerit auntie
Semua anak2 berkumpul kat atas berbual
hingga dah pukul sepuloh malam pun tak sedar
belum lagi makan malam..

Nak harapkan si Peej dan si Noy masak?
memang kelaparan lah kami nanti..

Lewat asar tadi mereka dah alas perut dengan tandori
tu yang kenyang agaknya..

Auntie yg konon2 nak manjakan diri
terus bangun dan tanya uncle,..
nak makan ke tidak?
nakkkkkk....katanya...kesian pulak
nak masak apa? tanya uncle
entahlah..nengoklah, masuk dapur kang
keletang keluntung..makan lah apa aje yea...kata auntie
Jangan masin tau..kata uncle
Aduhai, tengahari tadi tempe goreng auntie terlebih garam
masin lah pulak..
tu yang uncle pesan tu...
"haahhhh..masuk dapur dan masak lah sendiri" kata auntie pada uncle
dia buat2 ketawa sebab dia tahu auntie dah mula merajuk..

Hidangan yang malas malam ni..
makan pukul 10:30 anak beranak




Tahu ladna dan sambal ikan sardin


Masa yg tercatit dalam kamera dah tak betul lari sejam
suruh uncle adjust..tak reti katanya
Eleh...auntie lagi lah tak reti..macam mano nak buek?

Tengahari tadi tak ambil gambar lauk yg auntie masak
Asam rebus batang keladi,
goreng ikan selar dan tempe
Telur dadar dan sambal belacan

Ehhhh...ada gambar si peej kat facebook
nanti jap auntie copy..

Ni portion dia makan tengahari tadi

Seminggu auntie berihat tak berblog
mood kelaut atau kelangit? entahlah..
Harap2 datang balik..selepas n3 ni..




Friday, January 25, 2013

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat


Email copy and paste untuk Jumaat Minggu ini..


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. 
Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia 
dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 
‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Sunday, January 20, 2013

Morning Everyone


Lazy to talk, lazy to bath, lazy to cook, lazy to eat...






so just 'Laze around' is beautiful on Sunday..

















Saturday, January 19, 2013

Khas Untuk Unknown Author

Alhamdulillah, auntie dah ada peminat baru 
yang menamakan dirinya Unknown Author
Auntie ucapkan Selamat Datang khas padanya

Rajin dia berlegar2 di blog auntie
punggah2 dan baca entry2 lama auntie..
dan tanpa segan dan silu meninggalkan komen

Thank You for the effort.

Dari tarikh dan masa yang dia tinggalkan jejak..
Auntie perasan, sanggup dia berhari2, berjam2 menelilti penulisan auntie
dan berusaha mengarang berpanjang lebar
untuk meninggalkan komen yang bersusun2..
ada komen2 yang positif dan negatif.
Dia address auntie sebagai anda
dan ada juga sebagai makcik
adakah umur pangkat anak
atau pun yang lebih lanjut pada auntie?
Wallahualam

Sayangnya... auntie tidak mengenali  penyamar ini..
Jadi pada auntie, dia seorang yang tidak tulus..
Jangan lah berani baling batu tapi sorok tangan..
Kesemua komen2 auntie baca tapi tidak auntie publish disini,

Jika nak tahu apa yang berlaku pada anak auntie
silalah hubungi auntie dan berani lah buat temu janji,
agar tidak mendengar cerita di sebelah pihak sahaja...
berhati2lah..
jangan ada niat yang jahat terhadap orang yang teraniaya,
sebesar biji zarah sekali pun..
dari komen yang ditinggalkan..
kus semangat..ada unsur marah pada auntie..kenapa?

Auntie tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan dalam n3
malah auntie masih menangis dan sehingga kini masih berdoa
dengan penuh ketundukkan dan kerendahan pada Allah s.w.t
agar jodoh mereka berpanjangan, moga Allah s.w.t
membuka 'mata hati' mereka akan hukum Allah

~~~Tempat Isteri adalah disamping suami~~~
                               Aamiin

Janganlah pertikaikan doa auntie yang tidak dimakbul selama
empat bulan ini..

Doa auntie sebagai ibu mengiringi anaknya
untuk mengecapi kedamaian, kebahagian dunia dan akhirat..

firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mu'min ayat 60 tafsirannya:


" Dan Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."


Rasullullah bersabda :

"Tentu doa seseorang akan dikabulkan Allah, selama orang itu tidak terburu-buru
(ingin dikabulkan) ia itu dengan mengatakan; "Aku telah berdoa tetapi doa itu tidak juga
dikabulkan Tuhan" (Mutafak 'Alaih)

Berkata Umar bin Al-Kathab :

"Aku tidak terlalu mementingkan terkabulnya doa tetapi yang terpenting bagi ku adalah
doa itu (adalah ibadah) sehingga kepentingan adalah berdoa maka ijabahnya akan mengikutinya"

Jadi sekali pun seseorang itu tidak terkabul doanya,
sebenarnya orang tersebut telah mendapat pahala di sisi Allah,
dan kelak doa yang belum terkabul tersebut akan menjadi syafaat bagi pemiliknya.

"Tiada seorang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkannya dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa." 
(HR. Atthabrani).

Ermmm...disebabkan peminat baru auntie ni baru mengikuti blog auntie
auntie ingin jelaskan disini..bagi readers yang lama mereka tahu..
sememangnya articles n3 auntie setiap hari jumaat 
adalah hasil pencarian auntie melalui googles, emails yang ada
dalam simpanan,  kemudian auntie copy, paste and publish.
InSyaAllah, pada masa akan datang auntie akan insertkan
sumber yang auntie rujuk.

Auntie berbuat demikian kerana ingin berpesan2 dan menambah ilmu
dan jadikan amalan buat diri sendiri dan juga readers auntie..

Sabda Rasullullah SAW

"Sebarkanlah ajaranku, walau satu ayat pun" 
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa2mu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar".

firman Allah

"Kalian tidak akan mampu memberi petunjuk kepada setiap orang yang kalian cintai; namun Allah memberi petunjuk kepada siapa pun yang Dia inginkan dan Dia Maha Tahu siapa orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (QS 28:56)




Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa beringat.



Friday, January 18, 2013

Perindu Cinta Allah

Beliau seorang Sufi lahir pada 713 Masihi dan wafat di Busra di Iraq pada 801 Masihi.
Juga dikenal sebagai Rabiah Basri.Beliau hidup sezaman
dengan Hasan al Basri, Malik bin Dinar dan Sufian as Sauri.
Hidupnya yang zuhud penuh dengan pengabdian kepada Allah

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan
menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup.

Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama
tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki sampannya
dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan.

Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa,
apabila ayahnya meninggal dunia.
Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan
dan mendendangkan lagu yang merdu.
Mendengarkan suaranya yang merdu itu
menarik hati seorang lelaki untuk membawanya
untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.

Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf
dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu
sedangkan bapanya adalah seorang guru agama.
Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak.
Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah.

Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat.
Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking
ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir.
Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja.
Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi
makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah.

Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang
munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya
kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya.
Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang
dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah
dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat 
Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit.
Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada
Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi.

Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja,
akhirnya dia dilepaskan oleh raja.
Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta
apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk
meminta apa saja sebelum dia pergi.

Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh
dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah.
Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.
Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok
Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat.
Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah
melainkan sebiji tempayan.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah.

Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah
tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh.
Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu
ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri
tetapi mengapa ingin membunuhnya.
Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat
serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan.
Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar
mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda
yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah.
Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak.
Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah
tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah
jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya.

Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah.
Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu
dan bertanya bagaimana dia mendapat harta
yang begitu banyak dalam sekelip mata.
Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu.
Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah.
Dia berasa terkejut dan menyesal kerana
tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya.

Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak.
Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Ungkapan2 Rabi’ah  bermunajat dengan Allah s.w.t seperti :
 “Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini
supaya aku berasa bahagia ataupun
Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?
Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama
Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya.
Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu,
nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga
dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak
lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku.
Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya.
Aku tidak mempunyai apa-apa pun.
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah.
Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata.
Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah.
Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya
hanya kepada akhirat semata-mata.
Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa
membelek-beleknya setiap hari Selama 30 tahun
dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu
supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

“ Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain DIA di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah.
Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu
sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.




Kelebihan Surah Yassin




Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wednesday, January 16, 2013

Suami Isteri Down With Fever

15/1/2013 hari selasa semalam
ada appointment utk peps smear pukul 2 ptg

Pukul 11 pagi auntie dah kedapur masak utk
tengahari..walaupun badan masih belum larat
rasa demam yang tak berapa demam,  dah hari
ketiga sudah..
masakkan yang simple dan mudah..

Nasi lemak..
Goreng Drumstik, celur kangkong, timun, telur rebus
sambal tumis ikan bilis

Kering ajer nasi, button off
uncle senduk nasi..panas2..
tak nyempat2, katanya tak tahan, bau semerbak
Kami suami isteri mengadap nasi lemak yang amat
stone..(lazat)
Nikmat..Alhamdulillah

Tiga perkara yang buat nasi lemak auntie amat wangi
Daun pandan, halia dan kulit kayu manis, cuba lah

Gambar diambil sesudah uncle dan auntie makan..hik3x
Auntie tak larat nak berhidang sakan, periuk nasi naik atas meja terus,
auntie juga memang tak kuasa nak kopek kulit telur
sapa nak makan, sila kopek sendiri..

Rehat sekejap, hilangkan peluh sebab makan panas2..
Kami bersiap untuk ke hospital.

Resip Nombor yang tertera di tangan 1007
no sekarang 1005, kejap jer menunggu..
dah dipanggil, masuk bilik bukan doktor tapi tapi saorang misi
sebab nak ambil sampel specimen aja pun

File auntie depan dia.tebal
ada borang utk diisi, uncle explain kat dia
auntie hilang pendengaran selepas stroke
uncle di suruh keluar selepas tu..

Misi  tu menanya soalan satu persatu
dan auntie juga jawab utk dia isi borang..


1) Anak berapa? - 4 orang

2) Pernah menjalani pembedahan? - Tidak

3) Pernah buat peps smear? -  Semasa kerja 2 tahun sekali,
kali terakhir 4 tahun yang lalu,  maka makcik minta doktor
referkan untuk buat pemeriksaan ini sebab tidak mahu ada
masaalah berkaitan dengan alat sulit..

4) Ada apa2 masaalah dan rasa gatal2? - Tidak

Auntie dipimpin baring diatas katil yang ada dalam bilik tu..

hehehehehe..sessi yang auntie amat malu setiap kali buat
peps smear... kena singkap kain dan buka panties..huhuhuhu

Terasa Perit bila alat dimasukkan..tapi sekejap saja
tak sampai 5 minit pun..selesai
Misi tu tolong auntie pakaikan panties
dan betulkan tudung auntie

Keputusannya akan diberitahu dalam masa 2 minggu lagi
Moga tiada apa2 masaalah timbul..Aamiin

Lepas sessi pemeriksaan tu
Uncle dan auntie pergi ke Wah Chan, Taman Permata
kenapa kesitu? sebab uncle hold membership kad

Ishhh..emas 916 Rm 196 segram..
bukan nak beli tapi nak repair rantai emas putih auntie
yang uncle hadiah..terputus..(yea, lasak betul)
Kena hantar kilang di P Pinang..
mak aii jauhnya..harga belum tahu, mereka akan
hubungi uncle nanti..

Auntie beli 2 kotak plastik
untuk isi pakaian umrah yang putih2
telekung, ihram, jubah2 dan seluar panjang
untuk elakkan dari bertukar warna kuning..


Beli yang paling murah, Rm 15 satu

Masuk ke sekyen bahan basah
beli buah jambu seedless dan sayur mayur

Perut uncle dah lapar,
auntie pula haus ajer
kami ke food court


 Kuey Teow share berdua..RM 4


 ABC Rm 3 semangkuk..sedap metetop
dari kecik auntie suka ABC hik3x

 Uncle dah mula bersin2
 badan tak sedap katanya


baru kebah dari demam


Masa buat n3 masih terasa seram sejuk
tak boleh nak tidur, entah lah..auntie susah hati
sebab uncle pulak down, berjangkit demam auntie

Auntie memang tak boleh nengok uncle tak sihat
kesian..dia pandai buat muka seposen
tak banyak cakap dan tak meragam
berbeza dengan auntie, minta manja
picit sini, picit sana..lengoh tulang..merengek rengek

Tu depan tv uncle dah lena, terngangga..kesian
Auntie tutup tv..biar dia rehat..
Auntie pula kena kedapur utk makan tengahari
cadang goreng bihun saja..tak larat

Ohhh yea, citer episod masih belum start..huhuhuhu
demam punya pasal tapi hati melonjak utk menulis..




Sunday, January 13, 2013

Episod 79 - Season Dua

Terlalu lama auntie abaikan cerita2
episod auntie...

Episod pertama di tulis dan published pada 19/4/2009
dan yang akhir sekali episod 78 pada 25/11 2010
Kini dah tahun 2013..Ishhhh terlalu lama
dua tahun macam2 ujian yang besar2 auntie
tempohi, suka duka..maka auntie berasa
tidak selesa ketika itu untuk mengimbau
kisah2 lampau..tapi auntie ingin menyambungnya
kembali..
Anak auntie Peeja selalu bising
menanya bila auntie nak sambung..
sharelah mama citer2 lama..katanya
sebenarnya banyak juga auntie bercerita
pada anak2 tapi mungkin kenangan2
ni dapat pula dibaca oleh cucu2 auntie nanti..

Sokongan dari anak2 untuk auntie bercerita
Ayol dah bawa printer dari atas ke bawah
Peej tolong setkan wiring dan formatkan
di lappy auntie..hik3x
auntie terpaksa trial and error untuk grab balik
cara nak scan...

Senanglah auntie nak scan gambar2 lama..

printer di letak atas console table 
sebelah meja makan
tak molek pun tak kisahlah..janji senang auntie 
tak yah turun naik tangga lagi..

Gambar2 lama dah juga uncle tolong keluarkan dari stor


Satu luggage ..hik3x



Jenuhlah auntie nak membelek2..
tapi kan auntie sememangnya dah organize segala 
gambar2 mengikut kepunyaan ahli keluarga
ada juga yang ikut event, boleh di katakan dari muda2 lagi
auntie memang hobby menyusun gambar2
hilang satu gambar dari album memang
auntie akan tahu sebab terlopong disitu..hik3x

Auntie terjumpa gambar granddaddy dan opah auntie

                                                                
                                                            Di rumahnya di Jalan Ampang



Arwah Abah sedang mendukung auntie                                                  
di sebelahnya Arwah Opah
Alfatihah kpd mereka

Ramai pembaca2 followers awal yang setia menanya2 
bila auntie nak sambung citer2 lama,
Ermmm...In sha Allah auntie akan sambung..
dalam masa yang terdekat...sebab keperluan
bahan semua dah ada depan mata
cuma nak perah otak mengimbau..

Pada followers auntie yang baru dan belum pernah
membaca episod2 yang lalu bolehlah
retrieved di label History..silakan membacanya..
rasa auntie bila dah membaca citer2 kisah auntie dari awal
sejak auntie dalam perut sampai lah auntie melahirkan
anak yang keempat..
Readers akan rasa lebih dekat mengenali auntie..
Amboi..perasan betul lah auntie nih..
Ehhh betullah..readers yang kata macam tu
bila mereka emails auntie..hik3x

Okay..lah esok auntie mula selak2 album
give me sometime, probably by next week
or maybe less than that auntie shall start
writting old memories...
In shaa Allah..

Doakan auntie sihat untuk menulis
citer2 lama..


Saturday, January 12, 2013

All Rise

Salah satu lagu yang auntie suka
nyanyi jika ke karok ngan kawan2..hik3x
Dulu2..lah
sekarang hanya terngiang2..tapi masih ingat lagi










  Lyric - Blue

Your honor please gotta believe what I sayWhat I will tell, happened just the other dayI must confess 'cause I've had about enoughI need your help, gotta make this here thing stop
Baby, I swear I'll tell the truthAbout all the things you used to doAnd if you thought you had me fooledI'm telling you now, objection overruledHere we go, oh baby
One for the money and the free ridesIt's two for the lie that you denied, all rise, all riseThree for the calls that you've, been makingIt's four all the times you've been faking, all rise, all rise(I'm gonna tell it to your face)(I rest my case)
You're on the stand with your back against the wallNowhere to run and nobody you can call, oh noI just can't wait, now the case is open wideYou'll try to pray but the jury will decide
Baby I swear I'll tell the truthAbout all the things you used to doAnd if you thought you had me fooledI'm telling you now, objection overruled, oh baby
One for the money and the free ridesIt's two for the lie that you denied, all rise, all riseThree for the calls that you've, been makingIt's four all the times you've been faking, all rise, all rise(I'm gonna tell it to your face)(I rest my case)
So step back 'cause you don't know this catI know deep down to that, you don't want me to reactI, I'll lay low, leaving all my options openThe, the decision of the jury has not been spoken
Step in my house, you find that your stuff has goneBut in reality to whom does the stuff belongI bring you into court, to, to maybe preach my orderAny you know that, you overstepped the border, ah, ah
One for the money and the free ridesIt's two for the lie that you denied, all rise, all riseThree for the calls that you've, been makingIt's four all the times you've been faking, all rise, all rise
One for the money and the free rides(What you say, games you play)It's two for the lie that you denied, all rise, all rise(What you've done)Three for the calls that you've, been making(What you say, games you play)It's four all the times you've been faking, all rise, all rise(What you've done? Where you've gone?)
One for the money and the free ridesIt's two for the lie that you denied, all rise, all riseThree for the calls that you've, been makingIt's four all the times you've been faking, I said, "All rise, all rise"(I rest my case)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...