Followers

Monday, December 9, 2013

Tak tahu nak citer lebih2

Kata orang dulu2 tak tahu bertanya
Orang sekarang tak tahu bergoogle
hihihihi

Auntie tak tahu citer lebih2 tentang berBekam
yang auntie tahu ianya adalah salah satu sunnah Rasullullah
so auntie googles lah apa kebaikkan berbekam
apa kaedah2 berbekam, bila masa sesuai utk berbekam
siapa yang sesuai berbekam dan macam2 lagi info lah
gambar dari googles



Jarum

Jarum dicucuk2 bahagian yang nak dibekam

Darah2 keluar dari kesan cucukkan jarum

Suatu malam abam jubah balik dengan keadaan yang ngeri bila dia buka baju
terkejut auntie, kenapa??? nih??
Ishhhh...auntie lihat macam alien (makhluk asing) kesan berbekam dia
entah apa mimpi dia pergi berbekam
katanya dia buat 14 tempat dibelakang badan
bayaran yang dikenakan hanya rm 200

Memang ada bekas cucukkan jarum 
dalam lingkungan bulatan2 tu

Kesan2 ni hilang dalam masa seminggu
Alhamdulillah..
Auntie tidak pulak bertanya apakah rasa perbezaan setelah berbekam

Kata abam jubah pada auntie
Apa2 pun at least dapat buat sekali dalam seumur hidup, jadilah
bila abam jubah kata begitu, teringat pula kata2 yang sama dari uncle dulu2
Uncle juga pernah berbekam pada tahun 90'an
tapi uncle punya lagilah ngeri, guna razor blade toreh2 ditempat yang nak dibekam
huishhh...macam2 cara berbekam rupanya

Nabi Muhammad saw merupakan insan pertama yang dibekam oleh para Malaikat
dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

Penjelasan dalam hadith Riwayat Ibnu Majah menerusi Katjir bin Salim

"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat
mereka selalu berkata
"Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan bekam"

Sabda Rasullullah SAW :
"Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"

Alhamdulillah..
abam jubah dan uncle pernah melalui process
berbekam

p/s :
Gambar ni auntie published dengan izin abam jubah

11 comments:

  1. Takut laaa....mesti sakit tu, tgok gambar pun ngeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...terasa perit kulit kata abam jubah

      Delete
  2. Saya bekam angin dah penah buat. Bekam darah je tak berani lagi. Tapi efek bekam angin sama je macam bekam darah. makan hari jugaklah nak hilangkan kesan lebam bekam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh...Alhamdulillah Huda dah berbekam, tak kiralah angin atau darah, janji dah pernah buat.

      Delete
  3. kat bukit beruntung RM 5/- satu cup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah tu PM, kat sini Rm 20 per cup dan ada yang Rm 15 per cup

      Delete
  4. Salam MM,
    Semoga sihat hendaknya

    Seronok juga baca N3 ni. Kak ani tak pernah tengok sendiri orang berbekam ni. Tapi rasa macam takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali KK,

      hihihihi memang ngeri nengok orang berbekam, nak buat sendiri memang takut

      Delete
  5. salam.. auntie.. saya selalu berberkam.. sy buat rm5 per cup.. sy buat dengan puan aini di bangi.. dia ada beberapa cawangan lagi... ni laman web utk maklumat lanjut.. tak sakit dan rasa best setiap kali lepas berbekam..
    http://www.bekamwanita.com.my/

    ReplyDelete
  6. Salam unty, saya kawan pada pija. Saya buat bekam suami/isteri RM5/cup. Untuk lelaki suami saya buat, yg perempuan saya buat. Blh datang rumah, saya charge duit minyak depends pada kawasan. Kalau siapa nak boleh call 011-262 83357 (Ifa). Tq unty.

    ReplyDelete
  7. Auntie mahalnye bekam kt kl...kt ipoh ni ada sorang kenalan suami dia charge 10 point hanya 47 ringgt...n boleh dtg ke rumah..klu dtg ke rumah chargenye 15 ringgit kos minyak..sgt teliti cara dia buat bekam tu..ramai org puas ati dgn khidmat dia..dia sgt arif bab2 cari point ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...