Followers

Monday, December 16, 2013

Rezeki Berbuka Puasa



Hari Isnin yang lepas auntie berpuasa sunat
Tak tahu apa yang nak dimasak untuk berbuka
penyakit tiada mood nak berdiri lama2 didapur pun yea
emmm...auntie masak yang paling simple untuk berbuka
tak sampai setengah jam siap
Yea bila nengok lauk auntie
silalah kesian



Sawi masak air


Telur mata



Sambal kentang dan tahu

Bila azan berkumandang, auntie pun ngadaplah 
berbuka dengan kurma nabi ajwa dan kismis
Air nescafe panas satu mug


Pija dan suaminya datang bawa Nasi Arab Saba Restauran
untuk auntie berbuka, memang dia tahu isnin dan khamis
hari auntie berpuasa jika tiada apa2 halangan dengan izinNya
auntie berniat berbuat demikian untuk baki sisa2 hidupan auntie

Sambil makan berkata2 dihati auntie
Yang tersedia terhidang amat simple tapi
yang datang amatlah mewah
Tersentuh...
Tak putus2 rezeki dariNya
amat2 bersyukur akan limpahan RahmanNya
Alhamdulillah

Semua Gambar2 auntie sendiri yang snap
kelang kabut nak berbuka
tak semengah gambar2nya


Peket Ayam

Peket kambing tak sempat auntie ambil gambar, semua dah masuk pinggan masing2


Ni pinggan auntie, terselit seketul kambing bertulang

Satu set lauk kambing berempah




Roti Arab


Gravies untuk nasi dan roti

Hari ni hari Isnin
Tak tahulah..apakah rezeki hari ini

Auntie bersyukur apa saja yang terhidang utk berbuka nanti...






7 comments:

  1. yg simple tu yg besttt auntie.boleh tambah banyak kali lagi.=)

    ReplyDelete
  2. terliur jew tgk sambal aunt tue...moga aunt sentiasa sihat :d

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...untung untie dapat anak2 yg sentiasa mengingati untie. Rezeki org berpuasa ye untie tapi sayur sayu tu sedap sebab Aina kalau masak sawi memang masak air kosong gitu ja.

    ReplyDelete
  4. Gravy yg ada campuran bawang dgn tomato saya suka ratah mcm tu je. Takpun makan dg roti bijan.

    ReplyDelete
  5. As salam Puan. May Allah bless you aways!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..murah rezeki auntie...sampai harini mie belum kesempatan lagi nak pergi saba restaurant...dengar cerita sedap makanan nya...

    ReplyDelete
  7. dalam byk2 gambar makanan ni, lauk yang simple tu jugalah yang sodap hihihi....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...