Followers

Wednesday, December 4, 2013

Pertama Kali KeRestaurant Sharifah - Bangi


Amboi malam Jumaat BBQ sedap makan sampai lupa darat
Sabtu hujung minggu, jemputan makan lagi
Alhamdulillah nikmat Allah dengan rezeki makan yang mewah

Wah kali ni jemputan makan dari anak buah uncle
di Restauran Sharifah Section 7 yang terkenal dikalangan warga Bangi

Pergi bertiga saperti biasa
uncle, abam jubah dan auntie
Kami parking depan restauran
tapi nampak lenggang tiada orang lagi
padahal kata jemputan pukul 8 malam

Abam jubah approached waiter dan bertanya
disinikah tempahan makan malam majlis
Rupa2nya Restauran Sharifah yang lain
tapi sederet juga bangunannya
Amboi dahsyat perniagaannya hingga empat lot kedai
sudah tentu sedap masakkan chefnya
dengar kabar owner kedahan


Kami kekereta dan terus menuju lot yang diarahkan
Ohhhh..barulah betul sebab nampak pintu gerbang pengantin
yang simple dan comel



Yea jemputan kawin dari anak buah uncle
Anak buah uncle kawin dengan orang Pakistan
Ni adalah majlis perkahwinan anak tiri lelakinya
dengan seorang gadis dari Pasir Mas, Kelantan

Pertama kali auntie hadir majlis yang amat practikal
memang terbaik jika semua majlis macam ni
Tempahan 150 pax @Rm 15 per person
dan pihak restauran bagi free 30 pax

Uncle memilih untuk duduk diluar
ikutkan jerlah..

 Kakak uncle yang sulung kanan dan kakak yang kedua dikiri


 hihihihi keluarga melayu semua duduk diluar



  Didalam restauran dipenuhi dengan keluarga Pakistan dan keluarga pengantin perempuan


 Uncle bergambar kenangan dengan kakak2nya dan isteri tercinta..hihihihi




Auntie makan bertambah
sedap betul nasi berianinya yang lembut
Kurma daging juga lembut
Ayam tomato yang super sedap juga lembut
papadom, tembikai dan buah oren
air oren dan mineral

Cucu dari anak bungsu Kaklong
mana biji mata auntie? Sepetlah pulak

 Muka auntie yang seronok dapat makan diRestauran Sharifah
first time pakai anak tudung dibeli oleh Pija 

Pukul 9:30 malam dah selesai
Uncle mohon nak bergambar dengan pengantin
sebelum balik

   Pengantin Perempuan juga mirip mukanya saperti orang Pakistan


 Sukanya abam jubah (berbaju merah dibarisan belakang) berjumpa sepupu2 lelaki 
sepermainannya bila bercuti dikampung suatu ketika dulu


Ada door gift tapi terlupa pulak auntie nak ambil gambar
Beg yang berisi uncang dipenuhi dengan dodol tiga segi, kacang tumbuk dan gula2
Every single thing from this wedding is so practical,
auntie suka sebab tak membazir duit ringgit.
Alhamdulillah


Selamat Berbahagia dialam perkahwinan


P/s :
Adik2 pengantin perempuan 
comel2 betul, rasa nak tangguk bawak balik..
ingat anak udang ker? boleh tanggok2 anak orang
hihihihihi



16 comments:

  1. yang last p/s tu sangat kelakar. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drnotts, yang last tu memang betul, cantik2 adik pengantin

      hihihihi tu yang rasa nak tangguk tu

      Delete
  2. Wahhh idea bagus untuk buat kenduri kahwin ni untie... Semoga pengantin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama padan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina, perkahwinan yang amat practikal

      Aamiin

      Delete
  3. Tangguk laaa kak nanie..
    Tak cukup tangguk.. Kak nani guna jala.... Banyak masuknya... Ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe Rahmah pulak kelakar suruh guna jala
      akak mana kuat nak tebar jala..kahkahkah

      Delete
  4. Saya pernah pi wedfing kat restoren al rawsha. .macam ni juga ko sepnya. Tetamu 200 org je.. simple tapi puas makan dan dpt beramah mesra dgn sedara mara dan pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh Al rawsha tu kat mana Zareda?

      Betul sebenarnya bila tetamu terlampau ramai, memang tak berkesempatan
      beramah mesra.

      Delete
  5. Auntie, tgk muka auntie mesti teringat dgn late seniwati saadiah. ada iras kot..

    ReplyDelete
  6. Wah auntie bakal dapat cucu 'hidung tinggi' rea punya.. tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihhihihihi

      yealah keterunan 'hidung tinggi'

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Waaaaa auntie dah sampai Bangi...kalau tau, pi tangguk auntie tang tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Tulah, auntie memang teringat kawan2 diBangi tapi memang tak sempatlah nak gather2 sebab majlis malam.

      Delete
  8. Assalammualaikum,
    Comei pengantin, tahniah, moga bertambah umat Nabi Muhammad saw. Semoga masjid yang terbina kekal hingga ke syurga. Amin.
    Aunty bagilah rahsia awet muda, bersungguh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waailaikumusalam Isna,

      Terima Kasih atas ucapan dan doa.

      Tiada rahsia awet cuma rajinlah berwudhuk dan jaga penjagaan kulit. Itu sahaja

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...