Followers

Friday, December 6, 2013

Merancang Kita, Menentukan Segala Adalah Allah

Uncle sembang2 dengan kakak2nya
pada malam sabtu dimajlis perkahwinan
Tiba2 mereka merancang hari minggu mereka nak ke Tanjung Rambutan
Ada urusan keluarga disana
harap2 banyak rambutan kat sana

Pada mulanya nak pergi berempat
Kak Long, Kak ngah, Uncle dan Abam Jubah
dah penuh kerete, jadi auntie tak leh ikutlah
Its okay not a problem,
boleh auntie rehat2 dirumah.

Wah rancangan dah berubah tiba2
suami dan anak perempuan kaklong nak ikut
mereka nak bawa kereta sendiri
jadi kerete uncle dah tiada siapa, kosong
uncle kata bolehlah auntie ikut..
hihihihi walaupun auntie tak suka travel jauh
tapi bila dapat bersama suami, auntie gembira

Hari Minggu tu
Kami bergerak pukul 8:30 pagi
Perjalanan dan driving yang relaxed
kereta banyak tapi flowing, cuti sekolah kan
Abam jubah yang drive all the way

Keadaan Auntie Alhamdulillah
tak ngantuk dan tak tidur lansung
cuma kakilah kebas dan pinggang lengoh
bila tidak tidur dapatlah berzikir sepanjang perjalanan

Dalam kereta uncle dihubungi kakaknya utk bertemu
di hentian mana tah? tak perasan pulak auntie
sebab dah lapar, walaupun baru pukul 11:30 pagi
hihihihi




Auntie makan sup daging


Masih Tak kenyang auntie minta pula Rojak Spore


Selesai makan tu kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Rambutan
Urusan tak kesampaian  sebab orang yang kami nak jumpa tak ada.
Ishhhhh..gitulah kalau main redah2

Orangnya tiada, begitulah juga rambutan sebiji pun auntie tak nampak
hihihihi

Kami terus berpatah balik ke Ipoh
singgah direstauran mamak
minum2 lagi, auntie dah kembung perut asyik minum aja

Uncle membuat panggilan pada kawannya yang tinggal di Ipoh
yang sama2 pergi umrah tahun 2009.

Dah lama pun auntie dan uncle tak berjumpa dia
memang auntie kenal dia dan isterinya, seorang mualaf
amat peramah orangnya
Alhamdulillah, kami dijemput kerumahnya, 
dan berbesar hati untuk menerima kunjungan kami
dapatlah kami bersolat dirumahnya yang amat selesa.

Terkejutlah kami sebab orang yang kami nak jumpa
di Tanjung Rambutan
dalam perjalanan kerumahnya
Alhamdulillah

Kami dijamu goreng pisang dan air teh tarik
berbual2 mesra dengan kakak2 uncle sebab 
mereka pertama kali berkenalan

Uncle pimpin auntie keluar nengok kucing
pabila kawan uncle kata, ada lima ekor anak kucing diluar rumah
sebab dia tahu auntie memang penggemar kucing hihihihi

YaAllah comel2 kesemuanya

Auntie minta uncle ambilkan gambar









Pukul 6:30 petang setelah minum petang

kami mohon berundur diri untuk balik keKLumpur

Alhamdulillah, urusan keluarga beres dirumah kawan uncle

Yakinlah
bahawa kita merancang, Allah yang menentukan segala















Hiasan lampu2 dijalan raya menyambut Christmas diIpoh

Perjalanan pulang sangat teruk
Jem sepanjang perjalanan dan hujan renyai2
kesian abam jubah, memang penat
keesokkan harinya dia ambil EL

Keadaan auntie dah tak stable masa balik
memang gitu, bila saraf auntie terganggu
dengan perjalanan jauh..
auntie telan pain killer, bila telan pain killer
auntie tidur sepanjang perjalanan

Untuk kepastian
Auntie googles distance map


Kuala Lumpur to Ipoh 205 km
Kuala Lumpur to PDickson 90 km

Auntie rasa nak sekolahkan 'sesaorang'.
yang mengatakan jarak Ipoh dan PD sama?
Ishhh..

Ermmm...kawan uncle bekalkan untuk kami



Apa2 pun, hajat kami diperkenanankan diIpoh bukan diTanjung Rambutan

Jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut adalah dari Allah
manusia hanya mampu merancang, 
namum Allah sebaik baik Maha Perancang



19 comments:

  1. abang jubah still alone ke auntie? kesian dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello NP,

      huhuhuhu silalah kemukakan soalan yang lain, berkenaan yang ni dah malas nak komen.

      Delete
  2. assalam mama...harap dah dpt rehat sepenuhnya..
    Sedapnya limau bali tu sya suka yg warna pink/merah tu rasa kelat2 sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kasihibu,

      Haah sedap betul makan sejurus keluar dari peti sejuk..

      Delete
  3. i love ipoh...my kampung halaman..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh...
      Auntie luv Tping, best part of my life in secondary school.
      Nice place.

      Delete
  4. Assalamualaikum Auntei

    sedapnya limau tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam atuk,

      memang sedap tapi auntie tak makan kesemua 5 biji limau tu, agih2kan kpd kawan2

      Delete
  5. Salam auntie.. kalau travel dengan orang kita syg ni..yang jauh pun rase dekat kan..suke tgk auntie n uncle still loving each others.. =)

    wahh..limau bali kalau cicah kicap potong cili tu sodapppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali TWMK,

      heheheheheh memang auntie makan gitu juga, power the sedapppppsss

      Delete
  6. Wahh jalan2 cari mkn ye aunty....alhamdulillah tertunai hajat uncle....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehehehehe betul2 tapi makan2 biasa2 saja,
      short trip tak sempat nak cari2, makan pun apa yang ada aja

      Delete
  7. hentian sebelah RTC auntie =) ...

    ReplyDelete
  8. Bestnyer limau bali tu...
    Jambu pun best..
    Pasal makan.. Kan?
    Muga kak nanie diberikan kesihatan yg baik utk travel bersama family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe akak memang suka buah2an dan sayur2an
      ada juga nampak kebun2 sayur sepanjang perjalanan
      tapi tak berhenti untuk membeli

      Terima Kasih doa utk akak

      Delete
  9. Wahhh... auntie datang hometown saya..Ipoh la.... If saya tahu, boleh saya jemput auntie bejalan-jalan di sekitar ipoh... tapi, saya baca, jadual auntie dah penuh pun..hehehe... tanjung rambutan memang tak ada rambutan auntie... yang glamournya tg rambutan adalah hospital bahagia tg rambutan dan tempat shopping bj murah-murah..tapi xda jenama la...hehehe... harap auntie xserik untuk datang ipoh.. walaupun kepenatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh yea ker Zai duduk di Ipoh sekarang, hehehehe entah bilalah lagi auntie nak kesana.

      Delete
    2. Yup.....xpa...ada rezki nnt...adlh kn..,,mcm tajuk entry auntie...Allah jua yg menentuknn..hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...