Followers

Tuesday, December 24, 2013

Mata Kasar, Mata Hati

Hari Khamis yang lalu 19/12/13 auntie ke Hospital Tuanku Mizan
bergerak pukul 8:30 sebab temu janji pukul 9:00 pagi
auntie ke hospital utk pemeriksaan kesihatan
dulu2 pemeriksan 3 bulan sekali, sekarang ni amboi
temu janji auntie tahun depan, bulan 6
enam bulan???
nampak sangat samaada dah terlalu ramai pesakit
atau kekurangan doktor
Mungkin juga temu janji tu khas untuk auntie saja
keadaan bacaan amat baik dan terkawal untuk
darah, kidney, kolesterol. Kencing manis auntie hanya 5.1
Alhamdulillah
cuma berat badan maintain hihihi
(percubaan meringankan gagal)

Biasalah temu janji pukul 9 pagi tapi nombor giliran
dah 20 orang terdahulu
ada manusia yang datang lebih awal kot
waktu menunggu auntie selama 2 jam,
pukul 11 lebih baru dapat berjumpa doktor

Jadi apakah auntie buat dari 2 jam yang terluang tu?
Auntie tidak gemar berbual dengan orang yang duduk
sebelah kiri atau kanan
sebab keadaan auntie yang tidak dengar ni memang susahlah
tapi jika ada yang menegur, auntie layan juga
auntie akan kata auntie pekak selepas kena stroke..
hihihihi
Dulu2 auntie bawa kitab untuk bahan membaca
tapi kali ni, auntie sengaja tak mahu bawak
auntie ingin tengok sekeliling,
nak guna mata kasar dan mata hati
Banyaklah yang auntie nampak dan belajar
Mata kasar
ibu2 yang membawa bayi mereka yang bermasaalah
ada yang telinga melekat (macam siput)
ada yang nampak sihat tapi bermasaalah darah
ada yang dahi berjahit dan banyak lagi lah
Mata hati
setiap ibu2 tu menjaga bayi2 mereka
dengan timang2an dan cium2an bertalu2
tak putus2 mencium anak mereka,
walau dalam apa saja keadaan anak tersebut
tersedik dihati auntie
memang gitulah sikap setiap ibu
mencium anaknya dimana sahaja
depan khalayak ramai
ketika anak tidur, direnungi, dipangku berjam2
diambil gambar
dan masukkan dalam blog atau facebook
kerana apa?? kerana sayang dan kasih pada anak2

Bila anak2 sudah dewasa
Adakah mereka mencium ibu sebegitu kerap?
adakah kita merenung ibu ketika ianya tidur?
adalah kita menciumnya ketika ianya lena?
adakah kita sanggup memangkunya ketika ia sakit?
adakah kita sekurang2nya mendoakannya kesejahteraannya?
apa2 pun, lakukanlah sebelum ianya meninggalkan kita..




Mata Kasar
Uncle berjumpa dengan pegawai mudanya suatu ketika dulu
dia masih in service lagi
auntie terkejut sebab dia selama ni tak pernah bermasaalah
malah demam pun jarang tapi kali ni,  dia down with lung cancer
dah buang sebelah paru2nya 6 bulan yang lalu
now sedang membuat kimo terapi
Dia nampak sihat walaupun sedikit sembab dimuka, mungkin kesan
sampingan ubat2an.
Mata Hati
Sakit dan Mati tidak kira umur
tiada siapa dapat menghalang
walaupun dalam keadaan sihat dan berjaga kesihatan
kerana segala2 dan apa saja adalah qada dan qadar
masing2 ada bahagian ujian sakit yang tersendiri
maka hadapilah dengan redha dan berdoalah
agar ianya adalah kifarah penebus dosa2 yang lalu


Ada lagi yang auntie nampak dengan mata kasar dan mata hati dipagi tu
Istidraj pada sesorang..





Disamping melihat sekeliling
auntie catit masaalah2 yang auntie hadapi sebelum jumpa doktor
Hidung - berair bila tunduk
Legan dan kaki - Kejang dan kebas2
Kepala lately asyik pening
Perlukan ubat gatal kulit dan deep heat
Uncle pesara kerajaan semuanya free, hihihihi


Bila auntie dapat berjumpa dengan doktor
bacaan tekanan darah auntie 130/49
wahhhh kenapa bacaan bawah rendah sangat?
entahlah..doktor explain kat uncle apa tah
ermmm...mungkin itu yang membuat auntie
pening2 lalat selalu hihihihi


Habis medical checked up tu pukul 11:30 pagi
hihihihi uncle bawak makan kedai minang ditaman melawati
memang auntie kepingin nak makan disitu
kedai yang telah ujud lebih dari 20 tahun yang lalu
Alhamdulillah..

p/s : 
cerita bubur 
memang auntie segan nak sambung citer tu
tapi dah ramai nak kan auntie sambung citer
auntie citer tapi auntie malu sangat2 ni..
Isteri yang kehidupan sederhana menyediakan bubur kacang
Isteri yang kaya pula menyediakan bubur jagung
dan kepada isteri yang miskin, bila ditanya
dia  menjawab dengan konfiden 
Aku hanya mampu menyediakan .......Buburrr   *it*


32 comments:

  1. As Salam Auntie... moga auntie diberi kesihatan yg baik.. InsyaAllah.. saya ni pon lom lagi buat follow up check up.. blood test.. diabetic.. high blood.. InsyaAllah bln January ni nak buat.. risau gak.. umor pon dah meningkat ni.. dan semoga kita tidak termasuk di dalam golongan orng yang Istidraj... saya sentiasa berdoa agar diberi hidayah... sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan mentaati suruhan Nya.. saya juga sentiasa mendoakan anak2 juga begitu.. InsyaAllah.. takut jadi seperti orng yg Istidraj..moga dijauhkan.. moga Allah SWT makbul kan doa kita.. InsyaAllah... yang last tu pasal bubur.. heheheeh saya lambat tangkap.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam rohayaroy,

      Buatlah yearly check up, bila umur dah meningkat kadangkala memang mudah dihinggapi penyakit.

      Yea, semoga kita tidak dri golongan istidraj. Aamiin

      Delete
  2. hahaha ..lama saya nak faham cerita bubur tu...

    ReplyDelete
  3. hahaha, still tak paham citer bubur tu...saya mmg blur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal tak faham?

      Liyana Raziff masih single ker, selalunya orang yang dah kawin cepat tangkap maksudnya..
      hihihihi

      Delete
  4. semoga kesihatan auntie sentiasa baik2 saja, ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Ann Ishak, auntie menghargai doa ini.

      Delete
  5. N3 ini membuka mata hati kakak sama. Begitu tajam mata hati auntie walau dlm beberapa jam. Tak semua org dapat membaca dari apa yg diperhatikan macam auntie ni. Sebab itu kakak salute dan hormat sangat dgn auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anugerah Allah swt,
      Alhamdulillah.

      Auntie suka share apa yang auntie nampak dengan mata kasar dan mata hati dengan readers blog ini

      Delete
  6. haha. kelakar lah penghujung cerita auntie ni . buat saya tergelak sorang2.. anyway tersentuh hati bila baca kisah seorang ibu. thanx for reminding us. Insylh will do the best for my mom and Mother in Law..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do your best for your parent whilst they are still with us.

      Delete
  7. sy antara yg minta auntie smbung cete bubur tu tapi punyerrrlah lambat pick up, hehehe.. tiga kali baca baru tahu bubur apa... kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi
      slow betul tuh, sampai tiga kali baca..

      Delete
  8. Salam~
    terima kasih atas tazkirah. Moga pahala berpanjangan. Manusia ni kena diberi peringatan selalu, tak kiralah dari ustaz/ustazah ke ...sesama bloggers ke....Kak nani punya tazkirah santai dan mudah.







    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali rozie,

      Sama2 lah kita menimba ilmu

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    tetiba teringat Mek kat kampung...nak balik! nak balik!
    Dari minggu lepas lagi dok tahan perasaan utk balik kg hu hu huhu

    PssssT: Jaga kesihatan ya auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Baliklah kampung jengok mek tu jika ada masa.

      yea auntie jagalah kesihatan ni tapi dok sakit memanjang anyss

      Delete
  10. assalamualaikum wr wb Maafkan sy meninggah. Tp I ingat setau yg dibg tau misi PtraJ di HTM takde kardio ( means all related effects stroke, thrombo dll). I pun early hrt trble tp kak( m 66t) under UMSC. Dulu DSH then pidh this area SDMC tp they made wrong diagnose I went UMSC lak.
    If I may suggest since u dh lama hrt (stroke) sy rasa you shd try IJN see kardio sana ramai. Yg ni Gomen jg. All kardio cases HTM anto ke Serdang/ Tp sana pesakit kerumun campo w aliens.
    Hope u consider coz u have air coming dwn nose and deep heat x help coz its the hrt dah sakit kaki dll kebas etc. UMSC quasi so kna bayo. Fr symptom try all forms of oats kue, bubo and use EVOO for you oils beras rebus for nasi. Hv to cut karbo ppl like us kalau nk mkn rice jg.
    Maaf ckp jela-jela pulak sbb I gi mula2 Ptrajaya. They told me to go H.Serdang for Kardio, Kalau u google ade article yg blh reverse Kardio ailments tp I blm nk try. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Wohhhhh...thank you for all the advice.

      Delete
  11. Assalamualaikum kakakku tersayang..
    rasa suka sangat baca enrty kak nanie kali ni..(sebenarnya selalu terlepas pandang nk baca sebab tk sempat heheh)
    apa yg kak nanie coretkan dari pandangan mata kasar dan mata hati adalah tepat..semua sy setuju..
    kisah mak..memang takkan mungkin seorg anak buat mcm mak2 kita buat pada kita dulu..hingga sekarang pun mak masih nak berkorban untuk anak2 (baru cerita kat KKA)
    Mudah2an kak nanie sentiasa dianugerahkan kesihatan yg baik dari Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Memang benar, tak terbalas kita jasa ibu bapa tapi semoga kita dapat membuat yang terbaik dan terdaya utk mereka.

      Terima Kasih atas doa kesihatan untuk akak. Aamiin

      Delete
  12. tq untie untuk nasihat di hari ni. moga2 kita semua dijauhkan dari golongan rersebut. take care untie :)

    ReplyDelete
  13. Thanks aunty for sharing. Saya doakan aunty sentiasa sihat

    ReplyDelete
  14. hehehe..tergelak besar saya baca sambungan cerita bubur tu.. :P
    tersentuh sgt baca kisah ibu tu..rasa bersalah n berdosa sebab tak mampu nak tunjuk kasih sayang pada mama..

    ReplyDelete
  15. hhahahahahahha....tergelak2 mimie baca sambungan cerita bubur itu..hahaha..it makes my day...thanks auntie

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum aunty nanie,

    saya punya ibu yang sakitnya lebih kurang aunty.
    she had hearing problem but caused by uncontrolled diabetic.
    ibu saya mengalami sakit yg agak kritikal sejak drpd april tahun ni.
    setelah puas keluar masuk wad atas pelbagai masalah kesihatan,
    alhamdulillah kembali normal pada sept dan october sejak melalui proses hemodialysis.
    takdir menentukan segalanya, ibu terkena blood infection melalui saluran hamedialysis.
    di jemput Ilahi pada satu per tiga malam jumaat 08 Nov 2013.
    sedih tak terkata ibu kesayangan yang dijaga rapi 24jam selama 7 bulan telah pergi.
    cardio appointment yg sepatutnya pada 08 nov juga sudah tiada guna.
    tapi saya redha dan syukur she not longer in pain.
    harapan saya semoga anak2 yg masih ada ibu, hargailah mereka.
    ibu tiada gantinya. hanya satu sahaja.

    ReplyDelete
  17. Salam auntie..
    semoga auntie sihat dan ceria selalu.
    btw, terima kasih untuk perkongsian kali ini.
    bertambah ilmu saya yang tak seberapa ni.
    ws. :)

    ReplyDelete
  18. Mama..berderai airmata sya baca en3 ni
    Sya harap mama dan uncle sihat dan kuat supaya dapat mengerjakan amalan dgn mudah
    Itu juga doa sya buat mak ayah dan mertua sya setiap hari.
    Bila sihat tunaikan amalan pun jadi mudah dan kusyuk insya'Allah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...