Followers

Friday, December 13, 2013

Kenduri Durian

Hari Ahad 8/12/13 petang
pija datang dengan suaminya
ada customer nak collect barang
kata pija tokey besar dia nak datang
(auntie dah anggap saperti anak auntie sendiri)
nak bawak durian, nak makan ramai2
Wahhhh...seronok kemain lah auntie
dapat makan durian
sebab memang auntie teringin benar2 nak makan
tapi sorang pun ahli keluarga tak nak layan
disebabkan 'penyakit' auntie kalau makan
tak reti sikit, lepas tuh nangis2 bisa2 badan.

Wahhh, Azlin bawak 7 biji besar2


Ben tukang kepak durian malam tu 
memang dulang tu dipakai untuk mengupas durian

Semua makan kecuali PG dan Noy
mereka memang anti durian
entah kenapa, dari kecils lagi
nasiblah labu, the whole house smells of durian
hahahahaha

Auntie bedal 7 ulas malam tu
Aduhai, memang terlebih sudah
ikutkan nasihat doktor 2 ulas sahaja, ada ker patut?
memang berani betul auntie
padan muka..
memang menangis keesokkan hari



Ada isi yang manis lemak dan pahit
semua auntie suka
isi tebal dan biji keseppp
Wohhhhh...terliur balik bila nengok gambar ni

Sepasang suami Isteri yang auntie sayangi

Mereka tak pernah datang tangan kosong
ada aja buah tangan, keklah, biskutlah, sataylah dan macam2 lagi
mereka suka makan ramai2 
makan berdua tak seronok kata mereka
hihihihi
Bila balik, mesti auntie dapat habuan $$$$
bayangkan kalau dia datang 3 kali sebulan
kira boleh lepas duit letrik auntie
kata Pija kenapa bila aku salam tak dapat kaup? hihihihi

Untungnya ada anak angkat cam gini
sayang pada orang tua
Bila nak datang lagi Azlin? hihihihi
ucapan auntie untuknya
"Jazakallah Khairan Kathira"
Semoga Allah mengganjarkan kamu kebaikan yang banyak


Sebabkan dah kekenyangan
ada berlebih durian malam tu
keesokkan hari auntie buat bubur kacang

Auntie dah tak berani makan banyak hihihihi
 1 ulas sahaja udah ler


Bila auntie kenang2kan mereka
sungguh berhati murni betul pasangan suami isteri ni
kerana mereka tidak lokek dan amat lurus
Allah telah memberi rezeki yang amat mewah
Berhenti kerja menjadi pilihan
apabila perniagaan mereka meletupssss
Alhamdulillah..auntie numpang gembira
melihat kejayaan mereka terus maju
dimana anak auntie Pija juga menumpang
belajar berniaga dengan mereka







7 comments:

  1. auntyyyy....meleleh2 air liur...saya antu durian...tp takot nk mkn sbb susukn bby....sobss....sabarrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..kalau susukan baby tak leh makan durian yea Wani? Tak tahu pulak auntie

      Delete
  2. Saya yakin, depa sayang Auntie sebab Auntie pun sayang depa macam anak sendiri. Lalu jadi la kasih sayang anak beranak. Ehhh kita jeles la tengok durian tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal, tengok balik gambar2 durian tu, macam nak pi cari beli lagi hihihihi

      Delete
  3. Tak rugi kasih tumpah pada mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang haruslah berkasih2 sesama saudara islam

      Delete
  4. balik keje ni harus mencari durian cmni... fuhh... meleleh... sy bf bb tp layan jk durian..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...