Followers

Tuesday, December 3, 2013

Jemputan BBQ DiMalam Jumaat

Jemputan BBQ
pada hari Khamis minggu sudah
Ikut badan memang tak mahu pergi kemana2
tapi kenangkan kawan baik dan rapat
yang mengundang, auntie laratkan juga diri
kerumahnya selepas solat maghrib
di Ukay Perdana
Family affair, anak beranak dia
cucus dan menantus
Family auntie, anak beranak
without cucu and menantu
tapi menantu auntie Ben ada
Alhamdulillah, dia sayang auntie
dan auntie juga sayang dia.
that should be the way menantu is..
toward mums in law

Auntie suruh orderkan bluebarry tart
Pija orderkan untuk auntie dari kawannya
tapi bukan auntie yang bayar ..hihihihi TQ dear Pija

2 dozen blueberry tarts


Auntie pula bawakan potato salad dua bekas
sos mayo dan thousand island

Sampai dirumah kawan auntie tu
Pija dan suaminya Ben dah sampai dulu

Auntie pula sekeluarga pergi dengan kereta Noy
dia yang memandu, abam jubah duduk sebelah
auntie dan uncle duduk belakang
PG saperti biasa tak mahu ikut kemana2
duduk rumah nengok tv

Anak perempuannya sedang membakar
dialah yang marinate dan perjanjian abang2nya
yang membakar tapi di sebabkan abang2nya
akan lewat datang (ada hal sikit) maka dia lah yang membakar
sampai habis majlis
Aduhai memang penat tu, auntie pasti



BBQ yang dijamu malam tu
Sotong, Ayam, Kambing, hotdogs, satay
dan nasi lemak..terbaik sungguh
dah terkecur bila teringat semula
huhuhuhu






Mana gambar sotong????
Sedap nak mampuih
uncle lupa lah tu sebab auntie nampak dia enjoy makan pelan2..
sedap punya pasal
pija tanya macam mana dia marinate sotong
tumbuk bawang putih, garam dan perah lemon
perap 45 minit, jangan lebih pesanan tajaan
hahahahaha kalau lebih kenapa
tak sedap katanya..
Okay nanti auntie cuba buat..



Gambar dari facebook anak kawan auntie
nasib ada





Auntie tak makan satay lansung malam tu
auntie makan malam tu
Nasi lemak sebungkus
Kepak ayam 2, Sotong 2 ekor dan sekeping kambing
Salad dan 2 senduk bihoon

Satay dibakar oleh tiga orang
Menantu kawan auntie, Ben dan abam jubah
hahahaha ketiga2 mereka tak pernah experience membakar



percubaan menyalakan api dengan arang utk satay


Alhamdulillah..Api menyala dengan eloknya


menantu dan abam jubah

Kahkahkah kelakar, lidi terbakar dan daging jatuh dalam api
sebab api marak sangat kata mereka


Ni  spread second round malam tu
dah ada kicap pedas dan air asam utk ikan bakar

second round kawan auntie bancuh Siren

curahan fruit cocktail pada karamel
auntie makan dua mangkok..ngeeee

Hampir pukul sepuluh barulah datangnya anak2 lelaki kawan auntie
Aduhai..mereka bawa marinated sotong, ikan terubuk dan ikan kembong
air asam dan kicap pedas..
mereka bakar ikan2 dan sotong untuk second round
auntie dah tak larat nak makan....kenyangan sudah

muka tak berbedak lansung dan tak edit..
hanya lipstick dan celak aja
bersih kulit muka pukulan tabita dan skincerity...miahhhhahahaha
almaklumlah umur auntie pun dah 58 tahun
kecantikkan mesti dijaga hihihihi

Alhamdulillah ada terselit gambar uncle dan abam jubah




Malam tu kawan auntie bekalkan utk auntie
nasi lemak dan ikan2 bakar masa nak balik
untuk PG katanya
tapi punyalah banyak nasi lemak, auntie simpan dalam fridge
breakfast auntie kukus dan makan
masih elok dan wangi nasi lemak berdaun pisang tu
Alhamdulillah


Tuan rumah suami isteri


Mazwan dan Mej (B) Zahir

Kesian pula auntie nengok Noy numpang kasih pada
cucu kawan auntie sedangkan anak buah sendiri NurZara Sofea terpisah
dari kasih dan sayang Noy, ibu saudaranya sendiri.
Its okay, dah tertulis gitu
Yang penting kami Redho akan ketentuanNya




Kawan auntie ada buat online sales pakaian wanita
nampak tak kat belakang tu


Sempat kami bergambar
diluar rumah..

Mereka berkawan dari kecil hinggalah sekarang
semua dah berkahwin except Noy


Salah satunya undangan malam tu
adalah kawan kami masa muda2 suatu ketika dulu
Ehhhh...dia masih muda, memang dia junior lagi
auntie yang dah tua hihihihi
terpisah kerana dia bertugas diFilipina beberapa tahun
dan suaminya masih bertugas lagi diKementah pabila
mereka pulang ketanah air




In Shaa Allah bakal Datin nanti

Dia datang dengan 2 anak perempuan
dan cucu perempuan sorang

Bihun sotong yang dibawanya

Wah sempat auntie diberi hadiah ole2 dari Filipina
Terima Kasih daun keladi hihihihi


Ibu Keronsang
anak keronsang (tersorok) lah pulak



Seronok kata kawan auntie dapat berkumpul
tapi penat lah juga nak mengemas sesudah tu
Auntie memang tak larat nak buat
Entah bila lah gamaknya auntie nak suka2 berBBQ macam ni
dirumah auntie sendiri

Kepada kawan auntie suami isteri,
kami sekeluarga mengucapkan ribuan terimakasih
atas ingatan menjemput kami sekeluarga
Moga Allah memberkati majlis tersebut malam tu
Aamiin



13 comments:

  1. aunty? 58 tahun? mcm tak percaya je.. Kulit masih tegang tak de mcm umur 58! Petua awet muda, plsssssssss, auntie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe tiada apa petua awet ain, auntie hanya bernasib baik sebab kurang kedutan dimuka

      Delete
  2. seronok tengok berkumpul ramai2 mcm ni..

    waaaa, jelesnya tengok kulit muka auntyyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ, jangan lah jeles, anugerah Allah pada auntie disamping penjagaan hihihihi

      Delete
  3. aah la kulit aunty tegang lagi..pasni boleh la aunty wat entry kekal awet muda pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha intandayani n3 awet muda? Huishhhh..malu lah

      Delete
  4. yg pasti auntie tetap sweet tanpa mekap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua2 maleh nak makeup2, hanya celak dan lipstick aja cukuplah

      Delete
  5. Sedapnyee. Tambah sedapnye semua yang tersayang bersama menikmati juadah dan sangup meluangkan masa emas masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Isna,
      makan dengan orang2 tersayang amat mengembirakan

      Delete
  6. Persahabatan yg dahlama terjalin mmg permata yg berharga....
    Saya doakan semuga kak nanie segera dpt cucu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Rahmah atas doa yang murni utk akak, terharu

      Delete
  7. seronoknya aunty. dah laa tempting semua pics makanan yg aunty letak hihihi terliur sudah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...