Followers

Tuesday, December 17, 2013

Bubur Oh Bubur

Abam Jubah bawa balik dari pejabat
3 macam bubur sempena Hari Asyura 3 minggu sudah
Auntie terlepas pandang sepatutnya n3 bulan Muharam
tapi tak mengapalah, just untuk ingatan sebab gambar dah ada

Aktivity pejabat mereka membuat dan memasak tiga macam bubur setiap tahun
pada bulan Muharam, Alhamdulillah


Manis dengan segala bijiran
memang auntie suka sangat makan bubur ni

Bubur lambok selalu dimasak ketika bulan Ramadhan

Ni auntie tak pernah makan, bubur berempah
baunya dan rasanya saperti makjun, 
memang tak kena lansung dengan selera auntie


Bila nama abam jubah naik tahun ni
maka first time lah, dia berpengalaman mengacau bubur dalam kawah 
tersangat penat katanya..

Eleh..baru bubur, jika dodol lagi lah penat, boleh terpengsan auntie kata

Jika mereka dipejabat buat aktiviti kacau dodol dan wajik
sempena nak sambut Hari Raya  best lah jugak
hahahahaha time pejabat, haruslah buat kerja, bukan nak buat dodol?
melampaulah pulak kan? kan? kan?

Wah tetiba auntie teringat lawak bubur 
tapi auntie tak boleh share disini
sebab ada unsur mencarut
pada kawan2 opis auntie dulu2, 
mungkin mereka masih ingat lagi
hihihihi memang lawak

Tak per sikit aje auntie citer
Bulan puasa, hidangan utk berbuka puasa
Keadaan dipinggir sungai
tiga surirumah sedang membasuh kain
Kata salah satu suri rumah, petang ni dia nak sediakan bubur kacang
suri rumah yang suaminya agak kaya kata dia menyediakan bubur jagung
apakah jawapan dari seorang surirumah yang miskin?
Sapa tahu citer ni? 



P/s
Kemanalah readers auntie semua lately
dah dua tiga n3 auntie sunyi sepi dari komen mengomen
Adakah n3 auntie tidak lagi umpphhh, malulah pulak rasanya
bolehlah auntie stop menulis dah
bukan apa, auntie amat terhibur bila ada yang sudi mengomel
bolehlah auntie sama2 membalas gomel2 
Komen menbuat setiap n3 lebih ceria
jangan segan tinggalkan jejak..


In Shaa Allah 
auntie akan membuat ziarah balas








69 comments:

  1. Salam auntie...

    Saya first time komen.....tp sy bc semua entry auntie..

    Bestnya bubur asyura....sy teringin nk makan tapi x jumpa pulak org buat kt swak ni..

    Auntie take care....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali izanfatin,

      Mungkin bubur asyura orang sarawak tak reti makan, maka susahlah nak dapat.
      Terima Kasih sudi datang jengok blog auntie,
      dah membuat lawatan balas tapi status izanfatin 'private' jadi auntie tak boleh nak tinggal jejak

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    Bubur lambuk kegemaran saya tu aunty..tapi belum pernah try masak lagi hehe..
    Bubur berempah tu, masak macam mana eh? Tak pakai beras kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MsFigure,

      Auntie sendiri pun tak pernah cuba masak bubur lambuk lagi
      Entahlah bubur rempah tu tak tahulah apa bahan yg mereka guna, first time auntie dapat.

      Delete
  3. aunty ada, fira hari2 refresh blog aunty, kadang-kadang curi baca di office, sampai xda masa nak comment, aunty jgn marah tau... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay dear, auntie faham dan tak marah,
      tak mengapa jika menjadi suatu kepayahan utk meninggalkan komen untuk auntie.

      Delete
  4. Salam auntie. teruskan menulis. sy tak pernah terlepas reading ur blog. bnyk kali nk comment tp malu. hihihi. semoga auntie sihat sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali nazirah,

      hihihihi janganlah malu auntie suka jika ada komen dari pembaca.
      terima kasih kali ni nazirah sudi mengomen hihihihi

      Delete
  5. auntie...merajuk la tu....hehehe...jgn stop tulis...bukannya apa auntie, time anak2 cuti sekolah ni mood mak2 pun mcm budak cuti sekolah..

    saya rasa bukan saya je kot, reader auntie yg lain pun mcm tu...baca je tp malas komen(salah kan mood cuti sekolah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak merajuk lovelygift,
      cuma kadangkala rasa on way street bila tiada komen dari pembaca.

      Delete
  6. salam....hehehe...citer pasal bubur....mie pun suke bubur asyura...yang bubur nasi tu...arwah atuk slalu buat..teringin nak tau kesudahan cerita bubur auntie yang pasal 3 orang isteri tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali shuweet,

      Tulah, auntie juga suka sangat bubur asyura, memang auntie tak reti buat, kalau pandai pasti auntie buat sendiri.

      hehehehe nanti auntie pm kat fbook citer selanjutnya..hihihihi

      Delete
  7. betullah auntie. bila takde yg mengomen, nak buat n3 pun tak semangat. lately blog dah tak meriah mcm dulu.

    lama dah tak pekena bubur asyura. kat tempat saya (terengganu) bubur asyura di atasnya dihiasi agar-agar warna-warni dan telur dadar. rindunya nak makan tp susah nak balik kg. anak sakit so takleh jalan jauh. nak kena belajar buat la...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siti, bila tak ada komen, memang sunyi rasanya.

      Ohhhh..yea ker? tak pernah makan dengan telur dadar. first time dengar.
      Tulah lebih baik belajar jika teringin dah boleh buat sendiri kan?

      Delete
  8. Salam Auntie, saya lama betul mengidam nak makan bubur yang manis tu. Di sini semua buat yang jenis rempah. Kalau ada menjual lama dah saya beli. Sedih., sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Buyuazliana,

      Betul memang susah nak cari orang menjualnya malah memang tak ada lansung, tak pernah jumpa pun

      Delete
  9. Salam Auntie. Nak komen memang tak boleh. Sbb curi2 baca di waktu pejabat. Tp tak pernah dengar pulak cerita 3 suri rumah tu. Apa jawapannya ye..
    Rie, JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rienadia,

      Hihihihihi, citer selanjutnya? Aduhai seganlah auntie nak cakap kat sini.

      Delete
  10. assalam auntie, saya tak pernah miss baca entri baru
    semua post auntie menarik. tak pernah ada satu entri pun yang tak ok bagi saya.
    auntie jgnlah berenti menulis. kisah2 auntie sangat dekat dihati saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam nino,

      Terima kasih sudi dan masih membaca n3's auntie.

      Delete
  11. barulah pertama x tengok bubu syura dan bubur yang berempah tu....sblm nih tak pernah dgr pun hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huishhhhh..tak pernah tengok dan tahu bubur Asyura?

      Roy duduk dimana? Parents orang mana? Boleh auntie tahu?

      Delete
  12. Untie bubur yg memula tu utara mari...sedap... Yang kedua tu boleh le makan jugak yg ketiga tu memang ada rempah dan daging sekali jeni pantai timur tapi yang tu penat nak ngacau sebab guna beras kacau sampai hancur...memang patut abam jubah kata penat untie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina, yang penuh bijiran tu utara mari, sebab keluarga arwah mak auntie dari sana.

      Betul, arwah mak pernah kata bubur asyura pantai timur berempah tapi nilah kali pertama auntie dapat.

      hihihihi memang penat ker, entahlah auntie tak pernah lihat lagi orang memasak bubur asyura berempah tu

      Delete
  13. ada auntie :) masih disini. kadang2 x sempat nak komen. sedapnya bubur asyura. tapi mak saya di trg mesti ada ayam dalam bubur asyura dia :) lepas tu hiris telur dadar tu tabur kat atas dan serunding ikan ..alaa sedapnya panas2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi Eliss Mie tq sudi tinggal komen.

      Yea betul, pernah juga auntie dengar bubur asyura pantai timur ada daging atau ayam.

      Delete
  14. Replies
    1. SKTJ, nak jawapan nanti auntie pm kat facebook..hihihihi

      Delete
  15. Salam~
    Bubur asyura my favorite. Tapi sekarang susah dah nak jumpa yang ada kekacang
    tu. Nak buat tak pandai.Yang bubur lambuk biasa buat dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Nami Ludba,

      Memang auntie sendiri pun tak reti nak buat, remeh juga rasanya.

      Delete
  16. Salam auntie. Segan nak tinggalkan komen. Dah lama jadi pembaca senyap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali rumah kuning,

      Aduhai, segan apalah pulak, tinggal je komen lain kali yea.

      Delete
  17. Salam auntie.. bila auntie post pasal bubur asyura nie.. tertarik minat saya nak komen. .heheheheh. saya paling suka yg rasa rempah dan majun tu.. heheh. Sbb itu bubur asyura from kelantan. Di panggil sugho. Heheh

    Semoga auntie terus mencoret di blog nie yer. Saya selalu baca.. take care auntie semoga sentiasa sihat.. kirim salam uncle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Shima,
      Terima Kasih kali ni sudi tinggalkan komen.
      Ohhh..baru auntie tahu dipanggil sugho.

      Terima kasih doa kesihatan utk auntie.

      Delete
  18. saya minat bubur yang tengah2 tu je~~he~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bujal, pernah tak makan yang dua lagi tuh?

      Delete
  19. Assalamualaikum,
    Auntie...daku rindu bubur yang last tu hu hu huhu

    PsssT: Walaupun tak komen tiap kali entri baru saya baca tau...janganlah majuk tak mo tulis entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Yea tahu, anyss orang pantai timur memang menjadi kegemaranlah bubur rempah tu

      Merajuk sikit2 jer..hihihihi

      Delete
  20. Asm.. auntie.. teruskan menulis ....setiap hari mesti sy refresh blog auntie ... seronok tengok makanan yg auntie masak.. mbaca kisah auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Laila,
      terima kasih sudi datang kebliog auntie,
      dah pun ziarah balas tapi tiada n3 utk auntie tinggalkan jejak.

      Delete
  21. salam auntie..

    fieza bukan baca blog je, kat IG pun fieza follow tau.
    salu doakan auntie sihat agar boleh update blog banyak2

    take care auntie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Fieza,

      TQ TQ TQ follow auntie dan doakan kesihatan auntie.

      Same to you, take care Fieza.

      Delete
  22. Salam aunty...tak pernag miss pun baca entry auntie...cuma tak sempat nak tinggal komen...bila lama auntie diam selalu hati tertanya apa jadi...tapi bila pergi blog peej...takder update apa2...i faham auntie tak sempat menulis...hehshe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ida,

      Aah, betul, bila auntie kurang sihat, auntie tak menulis, terbaring dari pagi hingga kepetang..huhuhu

      Delete
  23. Replies
    1. Apa dan yang mana yang sedap indexiapk?

      Delete
  24. assalam auntie...salam rindu dr bumi mesir....dil hari2 jenguk blog tapi bila nk komen je,ank pun nk komen sama..hihi..auntie...sy suka bubur asyura..teringinnyer...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam ummi khalish,

      Ohhhh dibumi mesir ya? Kena belajarlah buat bubur ni nampaknya..huhuhuhu

      Delete
  25. Betul auntie....saya orang melaka, bubur lambuk biasalah dengar dan makan tp bubur asyura dan bubur berempah tu barulah pertama x saya tengok.....kelakarkan....bila saya tanya ngan kawan2 opis saya, mereka pun semua kenal tp saya sorang yang tak kenal bubur tu, kwn2 pun cakap saya nih mengarut hihihih.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang melaka memang limited sangat tahu pasal makanan, auntie tahu sebab arwah abah memang orang melaka.
      Arwah kawin dengan arwah mak orang kedah, maka barulah mengenali banyak varieties of foods. hihihihi

      Delete
  26. auntie janganlah merajuk. saya suka baca blog auntie...sejak saya jumpa blog auntie saya mula membacanya dari mula2 sampai akhir....banyak kesah2 yang menarik yang auntie cerita kat sini....percaya tak, bila saya sampai ofis dan on pc mula2 sekali saya buka blog auntielah, sbb nak tau cerita terbaru.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai roy buat auntie rasa bersalah jika membuka pc, tiada n3 baru ..
      sori sayang, auntie kadangkala tak sihat..

      Delete
  27. Assalamualaikum aunty
    Please jan stop menulis d blog ni hihi sebab saya ari2 check tau kalau2 ada entry bru dr aunty...suka baca blog aunty sbb mengingatkan sya pada mummy saya jer...sayang aunty ketat2 yerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh ziezie,

      TQ sayang auntie ketat2. Sihat auntie nulis, tak sihat berihat sepanjang hari.
      Terima kasih ziezie.

      Delete
  28. As salam aunty..janganla berhenti menulis..i enjoy reading ur blog..bagi la jawapan tu..teruja ni..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam CikAlong,

      Jika sihat dan dgn izinNya auntie menulis. Tq yea kerana sentiasa datang dan baca blog auntie

      Delete
  29. salam aunty,

    tak senyap pon... cuma lebih suka membaca... selalu je ziarah blog aunty
    dah masuk dalam list dah pon...
    saya jadi silent reader je selama ni sebab segan nak komen2... teheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Zai,

      Alah, sapalah auntie nak disegan2..tak per lain kali nyapalah..hihihi

      Delete
  30. Auntie jangan berhenti update blog ye...saya selalu masuk blog auntie ni cuma kadang tu segan nak komen..he he...takpe takyah follow dan komen balik pun takpe asal auntie ada tiap2 hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi ZalinZalina janganlah segan nak menyapa auntie dan tinggalkan jejak.

      Delete
  31. Salam auntie,

    Sy pun kdg2 je tglkan jejak kt entry auntie,kdg2 baca tp tak sempat nk tinggalkan jejak...hihihihi,kalau auntie rajin,singgah2 la diblog saya ya..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali ly,

      In Shaa Allah auntie lawat ke blog ly nanti.

      Delete
  32. saya selalu aje baca blog aunty tapi xde tinggalkan jejak pon sebab segan jugak hihi. Teruskan menulis ya aunty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan segan Norhidayah,

      Bak kata pantun masa auntie kecik2 dulu

      Pecah kaca, pecah gelas, udah balas harap balas..hihihihi

      Delete
  33. alamak aunty, bukan taknak tinggalkan jejak. kdg2 laju baca tapi tak tau nak komen apa sebab segan. suka blog aunty sebab walaupun kdg2 cerita pasal kehidupan seharian, cerita tu rasa seperti cerita biasa. ada je isi yang kita boleh dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe jangan lah berlalu dan segan, tinggalkan jejak, auntie suka tau berinteraksi

      Delete
  34. As salam kak nannie....saya baru baca post2 kak nanie...wpun lambat nak jugak menyelit hehehe....saya ni pun kategori orang lama berblog...blog saya pun selalu bersawang dan hantu kak limah pun suka tumpang kut hahaha...tak kisah. ?.menulis si blog pun ikut suka.....anyway kak nanie sebenarnya suka baca blog akak n peej sangat2 santai dan telus. Selalu baca tapi mmg jenis tak timggalkan jejak ni pun tinggal jejak sbb nk support kak nannie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kak Zie,

      Oh yea ker, nak jalan2 ke blog Zie lah.
      hihihihi terima kasih tinggal jejak kali ni

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...