Followers

Tuesday, November 26, 2013

Penawar Harian Ku

Dua ekor kucing belaan auntie dalam rumah

 Lulu (Jantan)


Yoki (Betina)


Paling manja antara Lulu dan Yoki
dengan auntie ialah Yoki
kemana saja auntie disitulah di meleser

Bila auntie duduk2 disofa diruang tamu nengok tv
dia datang dan panjat peha auntie
dan duduk minta diusap2 dia lah tu
memang kegemaran Yoki duduk dipeha dan lutut auntie
ada gambar buat kenangan


Uncle snapkan gambar ni


Selepas subuh Isnin, auntie duduk menemani
abam jubah mengosok baju dan seluar utk pergi kerja
sambil2 berbual tu si Yoki panjat sofa dan terus naik atas peha auntie


Abam Jubah yang snapkan gambar ni

Memang si Yoki suka meleser
tak payah panggil pun dia datang
auntie sayang sangat kat dia
walaupun ia kucing kampung yang tiada 'darjat' berbulu panjang
Yoki amat manja
Dipeluk digomoi pun dia diam dalam pelukkan auntie
Aduhai, cair hati auntie pabila kadang kala
dia melangok dan memandang tepat muka auntie
kami bertemu mata
sampai berkata2 dalam hati
bertemukah kita disyurga nanti?

SiLulu pula suka menyondol2 kaki auntie
dimana laluan auntie berjalan disitulah dia lepak
Aduhai, dah lah kaki auntie ni tak kuat
takut terpeleot terpijak dia

Betul2 depan dapur, tempat auntie berdiri memasak

Lulu manja bila dipanggil baru dia datang
suka diusap badan dan kepala
tapi tak suka didukung
melenting2 dia nak turun
nak lepaskan diri dari pelukkan auntie

Sedang memblog si Yoki pulak meleser

Nyibuk jer nak menguis2 tetikus auntie..hihihihi

Semalam auntie tertidur selepas sarapan pukul 9:10 pagi
mengantuk sangat2..
Terkejut auntie bila bangun dari tidur dah pukul 2:10 tengahari
pertama kali auntie tidur siang sampai macam tu
memang tiada lansung diulit mimpi 
memang nyenyak senyenyaknya
agaknya efek ubat yang baru auntie dapat
Tidur siang yang amat enak

Kelam kabut auntie memasak tengahari
sebab pasti suami auntie dah lapar


Kari Sotong dan Kentang


Ikan Bawal Masak kicap
(lebihan ikan goreng semalam 3 ketul, sayang nak buang)

Sawi Bunga dan Karot

Hari ni auntie tak ngantok
Uncle pula yang ngantok
dah tertidur pun disofa sambil nengok tv
umur macam kami, perlu banyak rehat
tidak boleh bersusah hati
Alhamdulillah, kami tenang walaupun ujian2an
kehidupan masih melanda

Kucing2 ku jadi penawar harian 






16 comments:

  1. wah sedapnye menu hari ni.. terus lapor.. aduhaiii

    ReplyDelete
  2. sedap pulak saya tengok kari sotong auntie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari sotong tu jika dimakan dengan bihun pun sedap kan gB? hihihi

      Delete
  3. aunty, saya lapar ok!

    :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak nanie
    Kucing mmg mudah buat kita jatuh hati.. Saya dari kecik membela kucing.. Tp bila anak2 allergic dgn bulu kucing.. Saya berhenti membela kucing.
    In syaa ALLAH.. Bila mereka besar nanti bolehlaa bela semula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Rahmah,

      Betul, tak semua orang boleh membela kucing, memang ada yang allergic pada bulu kucing, hingga ada yang kena skin infection dan ada juga yang asma
      Nasib rumah akak tiada siapa yang allergic pada kucing. Alhamdulillah

      Delete
  5. Walaupun kucing biasa ja tapi gemuk betul untie...sedap buat peluk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina, hehehehehe Lulu gemok, Yoki kurus, dua2 auntie peluk dan dakap.

      Delete
  6. kucing kalau suka meleser dan sondol2 kaki kita ni kata orang cara kucing nak bagitau yang dia sayang kan kita....kucing saya pulak suka buat macam tu sebab nak makan...hhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, menyondol2 mereka kalau lapar, samalah kucing auntie dirumah ni

      Delete
  7. Salam auntie..dari dulu saya suka bila baca blog Auntie dan Pija entri pasal kucing...manja sangat kucing2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali ZZ,

      hihihihi ZZ suka baca n3 pets yea, nanti2 auntie citer lagi

      Delete
  8. boleh tak baca blog auntie malam malam ni terus lapo nak nasik makan ngan kari sotong tu..hihihi.. best kan auntie ade kucing yang manja.saya suke kucing manja datang dok meleser leser ni...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi auntie memang suka letak gambar2 masakkan auntie, tujuan nak buat kenangan masakkan sendiri.

      Haah, memang best ada pet dalam rumah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...