Followers

Friday, November 22, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pokok yang dibela hampir 8 tahun
Dah mengeluarkan bunga2 yang amat cantik berjurai2
Gambar pokok ni ada somewhere
tapi auntie tak kuasa nak cari dalam n3 lama
sebab dulu2 auntie tidak melabelkan
so payah lah nak punggah

Pokok bunga tu rendang saperti 'payung'
Bunga2 yang berwarna biji kundang berjurai2..
Setiap pagi auntie akan duduk dikerusi
bawah porch, melihat sesuatu yang amat indah
yang membawa erti yang sangat bernilai

Pokok auntie tu didatangi kupu2 kecil
dan rama2 yang besar
juga lebah2 kecil menghisap madu..
amat indah sekali..
tersedik dihati
adakah auntie diambil kira sebagai bersedekah
pada kupu2, rama2 dan lebah yang menghisap madu
dari bunga2 yang auntie tanam?
cacing dalam pasu, semut2
burung2 yang hinggap menumpang mencari makanan dipokok tu
mudah2an
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sedih auntie bila sesuatu berlaku bulan sudah
pabila didatangi angin yang kencang dan hujan yang amat lebat
serta kilat sabung menyabung..
dimana pokok yang auntie tanam tumbang
uncle nampak ianya tumbang
nyaris menghimpap kereta anak auntie Noy
sebaik hujan berhenti, uncle ajak auntie
keluar angkat pokok yang tumbang tu
Aduhai..terlupa akan tangan dan lengan auntie
kami berdua basah kuyup, cuba mengangkat
pokok yang dah besar dan berat tu..
auntie menangis ketika mengangkat
sebab fikir auntie, pasti pokok itu akan mati
kerana akar tunjangnya yang dah menjalar dalam tanah terputus

Alhamdulillah pokok dalam pasu tu berjaya kami angkat
dan alih

Dua tiga hari selepas tu
Daun2nya mula kering
auntie minta uncle tolong belikan gergaji
sebab auntie perlu buang dahan2 dan daun2 kering
auntie gergaji sampailah gondol pokok tu

Pagi ni auntie menghantar abam jubah
sampai kekeretanya sebelum pergi kerja
dan kami melambai2 tangan
sebelum dia hilang dari pandangan auntie
sampai begitu auntie sayangkan abam jubah
kerana dia seorang yang amat tabah
tabah menghadapi ujian dalam apa saja bentuk yang datang
Alhamdulillah..anak yang soleh

hihihihi nak citer pasal pokok terciter pasal abam jubah
anyway back to my tree
auntie rasa amat gembira bila dahan2 pokok tu
dan mula bercambah dan bertunaskan daun2 muda
bermakna In Shaa Allah, ia nya tidak mati
terus auntie ambil gambar

Oh yea kenapa auntie tanam tepi tiang lampu
sebab auntie menyampah nengok
orang suka tampal2 kertas advert dan kadang kala
sampai ikat papan ditiang tu
Bila pokok tu rendang dulu, memang tiada lagi
orang tampal dan gantung2, sakit mata punya pasal
pernah auntie siat2 kertas2 ditiang tu..hihihi


Dah bertunas


Dua cabang dahan yang menghasilkan pokok saperti payung



Asalnya Auntie tanam dalam pasu kecil, kemudian alih ke pasu besar



Akar tunjang yang terputus dari pasu

Bila auntie minta uncle belikan gergaji
Uncle beli macam gini kat hardware
hihihihi folded saw Rm 29.90
Aduhai..jenuh auntie gergaji pokok tu




Dahan2 yang banyak bertimbun depan rumah selepas auntie gergaji
Penat dan sakit tangan auntie, auntie tak angkat dan masukkan
dalam plastik sampah
Marah menantu auntie Ben dan Abam Jubah pada auntie
kata mereka....
kenapa tak tunggu mereka potong pokok tu pada hujung minggu?
Akhirnya merekalah kemaskan dan sapu sampai bersih
timbunan dahan dan daun2 kering
Ishhh..perangai auntie mana boleh tunggu
mesti nak langsaikan jika ada yang menyakitkan mata..hihihihi

Salam Jumaat pada readers auntie
dah dah auntie kena stop citer
time untuk berduha

Have a nice weekend everyone


17 comments:

  1. Serupalaaa dgn saya kaknanie...
    Nak buat apa2.. Bukannya nak tunggu....
    Buat jer..
    Tp...
    Dtg malassssss....
    Tgk jer ler.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi akak bila sakit tengok jer lah
      tapi aim nak buat bila sihat sikit jer mulalah bekerja keras..huhuhuhu
      sakit terbaring berhari2, padan muka sendiri..hihihi

      Delete
  2. as salam k. Nani,

    moga pokok k. nani dapat tumbuh hebat seperti sediakala, in sha Allah. i selalu jengah your blog, loves to read your entry especially your love stories.. tapi yang buat i selalu teruja, your face mirip wajah seniwati Saadiah sewaktu beliau muda dahulu, cantik. semuga Allah S.W.T kurniakan kesihatan yang baik buat k.nani dan suami selalu.aamiin ya Rahman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam zard,

      Mudah2an. Aamin.
      Terima Kasih sudi singgah blog auntie.
      hihihihi ramai yang kata gitu dari auntie muda2 lagi. Alfatihah utk arwah Saadiah.

      Terima Kasih atas doa kesihatan utk auntie dan uncle. Aamiin

      Delete
  3. Salam auntie...

    Moga auntie sihat dan cargas selalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali zairulazwana,

      Aamiin. Terima Kasih atas doa kesihatan auntie.

      Delete
  4. Salam Marina Monroe
    Tak mengapa. Mungkin dia patah, tapi dia tumbuh. Dia tak hilang, tak perlu pun diganti. Dah kering kan airmata sedih semasa mengangkatnya selepas hujan? Temuk kagumi kasih MM kpd dia & para pokok! Have a nice weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Pak Temuk,

      huhuhuhu patah pun dah sedih, jika tak tumbuh lagilah sedih. Hilang dari pandangan jika mati, maka saya perlu cari benihnya lagi..

      Saya memang sayangkan para pokok2 dan CINTA pada DIA kerana dialah maka adanya saya dan pokok2.

      Delete
  5. Salam kak nanie
    Kalau jumpa nanti letak la gambaq pokok tu berbunga.. Teringin jugak nak tengok...
    Kuat jugak kak nanie dok gergaji pokok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali makchaq,

      In Shaa Allah, berbunga nanti akak ambil gambarnya.

      Semangat kuat mengatasi badan yang tak kuat.

      Delete
  6. saya pun sama, kdg2 buat kerja tk tengok kemampuan,lpas tu demam..he he.as long as it pleases the eyes kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh...gitulah auntie. Samalah kita kalau gitu

      Delete
  7. kasih ibu...tgh type entri pasal benda lain hati ttp ingat kt anak...

    ReplyDelete
  8. kasih ibu...tgh type entri pasal benda lain hati ttp ingat kt anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi betul Wani, auntie selalu ingatkan welfare anak2 setiap hari.

      Delete
  9. seronok kan auntie bila tengok pokok2 kita bertunas baru....hanya org yg suka pokok ja boleh faham rasa keterujaan tu...nanti ada bunga auntie jgn lupa update...nak tengok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, orang yang sayang pokok2 atau sayangkan binatang2 saja yang faham.

      In Shaa Allah, ada berbunga nanti auntie ambilkan gambar tapi mungkin lama lagi nak berbunga

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...