Followers

Tuesday, November 12, 2013

Makan2 Tapi Jangan Lupa

Eh3 hari ni perut auntie mengada2 pulak
Asyik melapar aja
Pagi tadi konon2 nak kurangkan makan
so berbreakfast satu mug nescafe dan
2 keping biskut cream crackers
kemas dan bersihkan dapur, settled
masuk baju dalam washing machine

Kedepan pula, (dalam porch)
membaja pokok2 dan menyiram

Dengan berhati2 auntie keluar porch sekejap
utk menyapu sambil2 tu auntie toleh kiri dan kanan
sepanjang menyapu.

Terasa takut dengan kes terbaharu diShah Alam
makcik kena rompak depan rumah sendiri
Huishhhh..banyak betul orang jahat sekarang
Auntie masuk dalam gate porch
bagi ikan makan, bagi kucing makan
spray lantai. Settled.

Masuk rumah, perut lapar lagi
check periuk,  ada nasi sejuk sikit
pecah 2 biji telur, gunting kacang buncis 3 batang
dan dah ada sambal goreng dalam peti sejuk
memang sentiasa ada senang gitu
jika nak goreng mee atau nasi.

Panaskan kuali, masukkan satu senduk sambal
masukkan buncis tadi, dah tuh telur dan akhir
nasi sejuk tadi, tak buh garam sebab nak buh kicap
hahahaha makan panas2 dua senduk dengan green tea satu mug
dan selebihnya PG perabiskan.

Buka peti sejuk
makan sebiji buah delima
dan beberapa biji buah tamar
khayal auntie makan..hihihihi

Baju diwashing machine siap,
auntie gi sidai depan porch
Tiba time berduha, auntie solat

Masuk dapur balik sebab dah pukul 11:30 pagi
auntie membasuh ikan selar dan rendam dulu
dengan air beras. Tanak nasi 2 pot

Bersihkan halia, auntie blend dengan belacan
Sambal goreng dalam peti sejuk dah ada
jadi auntie gunakan utk tumisan asam pedas.
segengam asam jawa ramas2 dan dapatkan 2 mangkok
Tumis sambal tadi, curah yang blend tadi,
pulak 2 mangkok air asam
menggelegak, auntie masukkan ikan yang dah bersih
kacang bendi, kantan dan kesum. Settled.

Goreng Ikan
Sambal belacan
Ikan kering terubuk

Suis nasi dah tendang menandakan nasi dah masak
hahahahah..cuba teka apa?
Boleh auntie senduk nasi panas2, curah kuah
asam pedas, ikan dan bendi, sambal belacan
terus makan nasi awal
pukul 12:30 tengahari
habis jer cuci pinggan
buka peti sejuk lagi
nampak pulak choklat, terus amik dan gigit2
sampai habis.
Wahhhh..hari makan sedunia utk auntie hari ni..

Otak dah berfikir dan tertanya2 nak makan apa utk petang pula
hahahahah..dahsyat, selera memuncak nak makan
tapi auntie ingatkan diri dan jangan lupa
Hari berpuasa pada 10 Muharam
banyak kelebihan yang Allah swt sediakan
jika berpuasa pada hari tu.

Moga auntie sihat dan panjang umur utk menunaikan
puasa Asyura dan Tasua esok dan lusa
atau lusa dan tulat (betul ker, ada perkataan tulat?) hihihihi

Juga ujian selera tidak kemuncak pada hari tu..huhuhuhu

Selamat Berpuasa yea readers auntie diluar sana

Rajin2lah berPuasa2 sunat




18 comments:

  1. Hi Auntie Nani...
    Hari berselera sedunia Auntie ye arini?hihihi...
    Auntie saya nak tanya, Sambal Goreng tu nak buat macam mana?Macam senang je bila guna Sambal tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sue,

      Aah, memang senang dan cepat
      Nanti auntie buatkan n3 untuk sambal tu

      Delete
  2. Salam Auntie

    boleh tak share resepi sambal goreng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali pB,

      Boleh nanti auntie citer macam mana nak buat

      Delete
  3. Alhamdulillah nasib baik untie ingatkan. Nak kena kuatkan semangat jugak berpuasa nanti.

    Tak apalah untie hari ada selera makan jelah nanti hari tak ada selera susah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2lah ingatkan sesama kita.

      Aah, betul, bila ada selera auntie makan, jika tidak memang haru, perut berkrik kruk..hihihii

      Delete
  4. terliur pulak duk sebut makanan best2 kat entry ni..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi
      blog auntie blog makan2 dan masak2 Eliss Mie

      Delete
  5. Salam Auntie...
    Zaman sekarang ni, dalam porch sendiri pun kena tembak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali DZ,

      Betul, dahsyat betul jenayah diMsia dah semakin meningkat

      Delete
  6. Kita hidup kerana nak makan atau makan kerana nak hidup? Kalau boleh hendak dua dua lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik Hasan,

      Tubuh zahir memang perlu makanan, yang penting kena jaga makanan rohani untuk kembali

      Delete
  7. auntie, saya pun nak mintak resepi sambal goreng tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay tuty, nanti auntie blogkan sambal senang tu

      Delete
  8. blogwalking.. nice blog :)

    visiting me back
    hudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ huda for reading auntie's blog.

      Do your walking here again.

      Delete
  9. Salam kak Nanie
    Seronok mbaca aktiviti harian kak Nanie.. harap2 tak lama lagi makchaq pun boleh macam ni....
    Masak dan makan kat rumah paling best.. anak2 makchaq pun selalu kata, masak sendiri mestila lagi sedap, pasai ikut citarasa kita..dan apa yang kita teringin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      hihihihi memang masakkan sendiri, walaupun simple tetap menarik. Yang penting terjamin kebersihannya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...