Followers

Wednesday, November 6, 2013

Kejiranan

Terpanggil untuk menulis pasal kejiranan

Definasi Jiran menurut islam

Jiran tetangga yang dimaksudkan ialah keluarga yang tinggal di persekitaran kita, 
iaitu empat atau lima puluh rumah dari setiap sudut.

Dalam erti kata lain,  jiran jauh dan dekat. 
Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah 
an-Nisaa’ ayat 36 iaitu : 

Maksud-Nya : 


Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya 
dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, 
karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, 
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, 
dan hamba sahayamu. 
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang 
yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Memang besar rangkuman definasi jiran.
Aduhai, banyak yang auntie tak dapat laksana
dulu, sekarang dan akan datang
kenapa begitu?
sebab duduk ditaman tak serupa duduk macam dikampung
duduk taman2 diKL, memang tidak mengenali sesama jiran
masing2 sibuk cari saraan hidup, suami isteri bekerja dari pagi hingga kepetang
bertemu dimasjid? kenal2 gitu aja

Yang kenal?
sebaris dan baris depan rumah
baris belakang, lansung tak tahu siapa
huhuhuhu..macam mana ni? huhuhuhu

Taman auntie,  tiada aktiviti rukun tetangga dan gotong royong
Jika ada, at least suami2 bolehlah kenal mengenal
Terlepas pandang..atau buat2 tak nampak
Yealah, semuanya sibukkkk mencari duit



Jiran terdekat auntie sebelah kanan orang Tanzania
sebelah kiri orang Pakistan
Dua2 Islam

Nak kena buat macam gambar ni lah
hihihihi
bertegur sapa




Soalan cepumas untuk diri auntie..huhuhuhu









9 comments:

  1. Begitulah adatnya untie bila duduk di bandar besar ini. Aina duduk rumah bertingkat2 setakat ini masih kenal2 dan sapa menyapa sebab guna tangga yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat sapa menyapa JunAina,
      Auntie pulak jenis tak reti bersidai kat tembok petang2,
      tuh yang tak brapa nak kenal dengan jiran2

      Delete
  2. sy duduk rumah tingkat, kenal jugak few jirans tapi yang atas rumah ni sangat lah tak pandai berjiran. curah air suka hati, walaupon ade awning still kena juga baju2 sebab terpercik.. kadang2 air kuali jer dicurahkan.. sampah toksah kata la.. tengah2 masak nampak la plastik pisang goreng terbang melayang.. paling best atas awning n tingkap selalu jer ade kain baju, paling haru bila underwear n bra pon berlonggok sama. takkan nak kate org tingkat 3 sbb klu tingkat 3 konfem sangkut kat umah dia tingkat 2, sbb umah dia pon ade awning... bile tangok jiran yang lain rasa jelez jer sebab dapat jiran atas yang bertimbang rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..masalah rumah tingkat memang ada dimana2.
      Memang masaalah yang sama, membuang sampah kebawah.
      Masyarakat M'sia belum lagi prihatin terhadap pembuangan sampah.
      Membuang dengan selambanya tanpa rasa bersalah

      Delete
  3. Saya langsung tak kenal jiran saya siapa. Rumah2 dekat area saya nih jaraknya jauh2 jadi masing2 buat hal masing2 je ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika rumah sebiji sebiji (banglo) memang lagi lah tak kenal jiran sebab jarak dan dikelilingi pagar

      Delete
  4. Taman kakak masih amalkan kejiranan yg kukuh termasuk yg bukan Islam. Tempat kakak ada rukun tetangga (mixed races), ada kumpulan marhaban, ada kumpulan kendarat itu yg masih erat. Kami juga ada majlis yasin dan tahlil giliran jadi masa itulah dapat jumpa. Tapi jumpa selalu tu memang tak adalah sebab boleh katakan 99% semuanya kerja.. yg duduk rumah waktu siang semuanya pembantu rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok taman spt kakzakie. Alhamdulillah
      Saya pula tak masuk mana2 kumpulan sebab keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

      Delete
  5. saya kenal jiran2 ni sebab join fan page kejiranan saya ni. kalau tak tak kenal jugak...skang ni jadi makin kenal sebab anak saya jiran jaga. so apa2 info dia bagitau la jugak :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...