Followers

Thursday, November 28, 2013

Jejari Kebas2 dan Berdenyut


Semalam jari dan tangan auntie kebas2
Walaupun kebas2 masak juga
tapi yang simple2 ajer
Alhamdulillah

Masak lemak cili api ikan merah


Kobis Celur


Sambal Belacan

Petang keinginan  nak makan bubur pulut hitam
Auntie rebus setengah peket aja
Alhamdulillah..makan semangkok petang
malam semangkok
Semangkok kecil aja..hihihihi


Petang tu Noy gemparkan cerita kawannya kena rompak
ada auntie masukkan dalam wall fbook

Couple cina kawan Noy baru jap kena rompak kat Kelana Jaya depan rumah. Ambil wallet, jam tangan, handbag dan kereta. Perompak adalah 4 orang berbangsa melayu. Amat memalukan dan sedih sebab samseng sekarang ramai yang berbangsa melayu.

Pada masa yang sama jiran auntie juga bercerita tentang kejadian rompakkan dikawasan taman auntie.

Salaam. Rakan di Tiara Setiawangsa maklumkan sebelum zohor tadi sebuah rumah di Jln Tiara Setiawangsa 3 kena rompak! Penjenayah dtg naik van (security tak rekod no van pun!) - cungkil rumah while owner were inside the house- ikat owner - ambil brg-brg electronic dsb. Nampaknya kita kena lebih berhati-hati skrg. — feelingsad at Setiawangsa.

Fobialah macam ni, rata2 dirompak oleh perompak2, diluar rumah dan juga didalam rumah
tiada tempat yang selamat.

Moga diJauhi perkara buruk berlaku pada ahli keluarga dan juga kenalan2 auntie.
Aamiin.

Lepas makan malam, abam jubah nak mengeteh dengan kawan2nya.
Dia pergi tak lama lebih kurang 3 jam dia balik sambil memegang sehelai kertas
Auntie angkat mata, dongak2 dan angkat bahu
menanya tanpa suara, apa yang dipegangnya?
wajah nampak suram

Polis repot kataya
Kenapa? tanya auntie risau

Beg duit tercicir katanya

Ishhhh..macam mana boleh tercicir
sedangkan kau ada beg sandang? kata auntie

Tak mama, beg duit dikocek belakang kata abam jubah
Pasti cicir atau dicopet?

Dia pula mengangkat bahunya.

Apa yang ada dalam wallet? auntie bertanya lagi

Semualah, i/c, atm kad, kad kawin, kad kooperasi,
membership kad dan lesen memandu katanya

Duit banyak tak? auntie tanya lagi

Dia tunjuk dengan jari dia
sebelah kiri satu jari dan tapak tangan kanan
dengan jari2 terbuka

Hahhhh..enam ratus? terkejut auntie

Tak lah mama, enam puluh aja..katanya

Lega auntie, tak lah banyak mana

Borak2 dengan dia, apa yang nak buat dulu
i/c ker, bank kad ker

Kami tergelak2, sebab nak guna duit utk buat i/c
nak guna atm card nak keluar duit
Alahai, nanti mama pinjamkan kau duit dulu
pergi buat i/c, tu penting.
last2 dia tertidur dilantai depan tv sebelah auntie
yang sedang melipat kain.
Ketika dia nyenyak dan berdekur
auntie melihat dia dengan linangan air mata
berkata2 pada Allah didalam hati

"Ya Allah, permudahkanlah urusannya, kesianilah anakku,
bermacam2 ujian yang dilaluinya"

Subuh2 lagi ada taxi berhenti depan rumah
pemandunya memberi salam
Abam jubah mandi, uncle yang membuka pintu

Pemandu taxi tu kata dia jumpa
wallet diSetapak sambil menghulur pada uncle
uncle mengucapkan terima kasih
Ketika tu abam jubah sedang mandi dan auntie
masih disejadah lagi dalam bilik

Abam Jubah masuk bilik terus menunjukkan
walletnya pada auntie..
duit tak ada tapi yang lain2 semua ada

Bersyukur kerana dapat balik wallet tu
dan urusan2 membuat segala2 yang penting
tidak perlu lagi..Alhamdulillah

Hari ni belum masak lagi..
Entahlah nak makan apa tengahari ni
mungkin beli ajalah
tangan masih kebas2
tadi masa membasuh corning ware bubur
dalam sinki, auntie terlepas
nasib tak pecah..huhuhuhu
gengaman pun dah tak kuat lagi..


30 comments:

  1. Makbul sungguh doa seorang ibu. Tidak perlu masa lama. Allah permudahkan urusan. Duit boleh dicari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahmat dariNya. Syukur, dipermudahkan urusan
      Alhamdulillah

      Delete
  2. Alhamdulillah... sayu hati baca doa aunty.. dapat semula wallet abam jubah.. atleast lega la jugak tak payah nak turun naik buat ic baru semua.. Alhamdulillah doa ibu adalah yg terbaik untuk anak.. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea auntie berkata2 dihati dengan linangan air mata.
      Auntie tidak menadah tangan spt mendoa selepas solat
      Itulah bermakna setiap apa yang dikatakan oleh seorrang ibu terhadap anaknya
      adalah satu doa. Alhamdulillah..kata2 didengari oleh Allah

      Delete
  3. nasib baik org baik hati jmpa dompet tu plg kan..sy pn prna hilang wallet dr hbag d copet..duit ilang ckit shj..tp kos hrga wallet sy mhl ..lps tu kos membuat ic kad bank lg..buang masa kita lg ke sana cni..sakit hati..2nd tym tercicir wallet lg d kedai india jual tdg..tp tokey india tu bgs..dia simpan kn n kol sy bg tau suru g ambik d kedai ..jm 10 mlm baru sedar byk mis kol tokey tu..nasib baik ada resit dobi dlm tu..duit dlm tu 300++..if masi jd rezeki kita tetap akn di pulangkan jgk..if bkn rezeki kita..kena sabar n redho shj la...wlu hati sakit..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul QHQ, memang leceh nak naik turun buat segala benda yang hilang.
      Alhamdulilah baik hati taxi driver tu dan baik juga tokeh india tu kan?
      Alhamdulillah, ada manusia yang baik2.

      Yea memang sepatutnya beredho atas segala apa yang berrlaku

      Delete
  4. alhamdulillah..baik hati orang yang tolong hantar wallet tu...berkat doa seorang ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.
      Uncle yang sambut lepas solat subuh tapi auntie ghalat sebab uncle tak pulak memberi apa2 sumbangan atas kebaikkan orang tu.
      Isshhh..uncle ni, katanya dia tidak langsung terfikir nak hulur apa2 ketika tu.
      Yealah, Allah selanjutnya menguji pula diri orang tu, sama ada ikhlas dia berbuat baik atau mahukan ganjaran.

      Wallahualam.

      Delete
  5. Doa tulus seorang ibu, pasti diijabahi Allah. Bertuah anak-anak aunty, punya seorang ibu seperti aunty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an semua ibu2 doakan yang terbaik untuk anak2 diluar sana.

      Auntie tahu ramai ibu2 yang tidak mempunyai nurani ibu yang baik, auntie pernah jumpa,
      ibu2 yang sumpah seranah anak2 mereka.
      Nauzubillah

      Delete
  6. Alhamdulillah... Doa mak yang mustajab. Duit boleh cari tapi nak menguruskan barang2 hilang tu memang akan buang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JUnAina, Alhamdulillah, Allah telah permudahkan.

      Delete
  7. Alhamdulillah..org baik Allah syg...segala urusan pun dipermudahkan...tambah pula dgn berkat doa seorg ibu....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie Mohon doa dari Allah supaya abam jubah jadi seorang yang soleh.

      Delete
  8. Kak nanie, jari2 hani mcm tu lah, kebas dan sakit tambah2 kalau waktu malam...kita serupa.pasal dompet tu, alhamdullilah, hilang duit ok lagi kalau banding dgn hilang particulars lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, dah lama juga akak ngidap kebas2 ni, tapi bearable lagi lah, masih boleh buat kerja2 rumah, Alhamdulillah.

      Betul yang leceh nak buat segala hal2 penting, memang pakai masa dan pakai duit lagi.

      Delete
  9. amboi terliur tengok ahahha masakan mak2 neh mmg sdp wpon dah jd mak saya x pandai masak ahahha ...yer la mcm2 kes rasa mcm x selamat dimana2 huhu alhamdulillah doa seorang ibu dimakbulkan Allah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annapeja, dont worry, just cook everyday and perfections will be yours. In Shaa Allah.

      Alhamdulillah

      Delete
  10. Auntie nigigih betul la. Tapi seriyus .. masak lemak kunin tu sangat menarik dan sambal belacan?? Oh Myyyy .. bila nak jemput Ella makan kat rumah Auntie ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ella, masakkan sikit selalunya sedap

      Bila bila bila Ella nak datang, meh silakan, boleh sembang2 sambil makan2 hihihihi

      Delete
  11. Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih follow blog auntie.

      Auntie dah pun buat lawatan balas.

      Delete
  12. MM@Nanie,
    Cuba sapu losyen mustajab kalau kebas-kebas, dengan izin Allah , mungkin membantu, Kalau dah rezeki tak ke mana, memang kita punya.....MM dah cuba resep[ agar-agar roti pastel yang saya post khas untuk MM,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh dear Hjh TQ so much for the resepi and advise
      for losyen mustajab, Nanti MM cari dan beli..

      Hug and kisses....Muahhhhhhhhhhhhh

      Delete
  13. saya prnah jadi kebas2 tu, pi buat reflexology...lega.maknanya ada sgkut2 darah tk jalan elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul IndahMarya, buat reflexology boleh mengurangkan kebas2.
      tapi nanti kebas tu berulang lagi.
      Auntie dah buat dah

      Delete
  14. ala untie,masak lemak pun dicakap masak simple2,kalau cuma goreng telo dadar mcm sy ni apalah nama nya ek,hihi.

    btw sy doakan untie sentiasa sihat dan selalu dilindungiNya. seriau sy bc entry untie kat bwh ni, pasal merompak bagai. terus igt mak dekat kg. Mudah-mudahan kita semua selamat dari perkara2 cam tu, aminnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh...bila api dapur dihidupkan utk memasak apa saja, itulah dinamakan rajin, walaupun telur mata sbb ada juga perempuan yang tak mahu lansung hidupkan api dapurnya.

      Mudah2an doakan mak banyak2.

      Delete
  15. Salam auntie, harap auntie sihat- sihat adanya. Adik saya bulan lepas handbag kena ambil dekat surau RNR. Dia letakkan di hadapan ibu kepada kawannya yang tengah solat sebab dia nak pergi ambil wudhu. Tengok2 dah tak ada. Mungkin pencuri sekarang ni kan cekap , masa makcik tu sujud kot dia cepat ambil. Adik saya cuai sama masa tu saya rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Buyuiazliana,

      ohhh..pencopet, pencuri tak takut Allah, dimana saja ada peluang memang mereka ambil peluang.

      Terima kasih doakan auntie sihat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...