Followers

Monday, November 25, 2013

Ikan Kering dari Sabah

Terima Post Laju
Pada 21/11/2013 hari Khamis yang lalu

Kawan blog dan facebook yang tak dikenali secara rapat
hanyalah kenalan yang selalu tegur menegur diwall fbook auntie
menghantar sesuatu.

Dia menghubungi auntie melalui message meminta alamat
untuk menghantar sesuatu pada auntie, dia mahu auntie rasa
ikan kering dari Sabah.

Auntie hairan juga sebab kebanyakkannya yang
memberi sesuatu bukan dari ahli keluarga auntie.
Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyanyangi auntie
Alhamdulillah

Di Sabah dipanggil ikan cerming
tapi ahli keluarganya panggil ikan kering keropok
katanya


Memang auntie tak pernah makan

Alhamdulillah, auntie goreng ikan kering tu
memang nipis dan garing macam keropok



Ni spread makan tengahari Sabtu


hihihihi sedang makan, 
auntie berhenti untuk ambil pic 

Kari Ikan kembung
Ikan kembung goreng
Sayur campur + sotong
Sambal belacan
Tempoyak untuk uncle dan auntie
dan ikan kering yang best tu.

Memang enjoy kami makan reramai, tambah2 lagi bila ada ikan kering
sebagai pengisa.

Auntie mengucapkan ribuan terima kasih, Syukran
kerana bersusah payah mengepos laju untuk auntie
Satu sikap yang bernilai tinggi yakni berbuat baik pada
orang tua.
Amat terharu.



Ummie Baidura Hassan


Ungkapan terbaik buat mu sayang dari auntie


"Jazakallah Khairan Kathira"
atau dalam bahasa malaysia,
ia bermaksud,
"Semoga Allah mengganjarkan kamu dengan kebaikan yang banyak"
Aamiin

18 comments:

  1. Assalamualaikum Auntie

    Alhamdulillah
    moga dimurahkan rezeki auntie dan Ummie Baidura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Aamin.

      Delete
  2. assalammualaikum auntie.ikan kering keropok tuu memang pembuka selera paling terbaik..yummy!=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Wana,

      Auntie first time makan ikan kering ni Wana, boleh tahan sedap jugak

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    Org memberj kita merasa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Alhamdulillah,

      Moga Allah luaskan rezeki dan kasih sayang dari readers akak. Aamiin

      Delete
  4. Alhamdulillah. Ikhlas kasihnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik, tak kenal pun tapi terbuka dihatinya utk akak.
      Alhamdulillah

      Delete
  5. Budi baik dikenang jua... wpun mungkin membalasnya hanya mampu dengan doa. Tumpang gumbira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah swt yang membalasnya.
      Untuk mengenangkannya maka akak buat n3 mcm ni

      Delete
  6. aunty nani,

    meriahnya lauk! :)
    terus rasa lapar kat sini, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xuriana, hihihihihi biasa2 jer lauk tu

      Delete
  7. Salam Kak Nanie

    Alhamdulillah... murah rezeki kak Nanie....

    Lauk2 kak Nanie selalu menambat selera makchaq la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Makchaq,

      Alhamdulillah, rezeki dari Allah melalui pembaca.

      hihihihi lauk macam gini memang sedap, lebih2 lagi jika makan beradap dengan anak beranak

      Delete
  8. Alhamdulillah untie. Rezeki Allah luas dan dari mana2 juga atau sesiapa sahaja moga Allah akan sentiasa memurahkan rezeki kepada yang memberi dan yang menerima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an gitulah
      Ganjaran pada yang memberi dan yang menghulur

      Delete
  9. dh lama tak jenguk sini..baru dok khatamkan entry2 anty yg mana tetinggal.. entry hok ni takley tahan, nk kena komen..heheheh cantiknyerrr rupa kari ikan kembung anty.. sy ni tak reti sungguh masak kari.. buat sure xcantik minyak2 tu.. kena buh minyak byk ke? ada petua tak anty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Sue nanti auntie bagi resepi kari kick auntie. In Shaa Allah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...