Followers

Wednesday, October 23, 2013

Seronok Bila Anak Buah Datang

Anak buah uncle datang rumah kami lagi
Kali ni dia bawa tunangnya bersama
In Shaa Allah, tidak apa aral, mereka akan
menikah hujung tahun depan
sebab tunang dia masih lagi belajar
habis pada pertengahan tahun depan

Masa majlis bertunang mereka
auntie dan uncle tak balik Melaka
biasalah auntie tidak sihat untuk berjalan jauh lagi





Anak buah berumur 25 tahun dan tunangnya 21 tahun
Mereka dari berkampung bersebelahan saja,
Anak buah dari Tedung dan tunangnya diUmbai

Pertama kali auntie berjumpa, amatlah cantik orangnya
Memang sepadanlah mereka berdua. Alhamdulillah

Mereka sampai malam dengan buah tangan
Pizza, dan air pepsi, kami makan anak beranak
sambil berbual mesra
Auntie jadi pegawai polis..hahahaha
banyak menanya soalan2 cepumas
Bila nak kawin?
Kampung mana?
Belajar apa?
Bila habis?
dan banyak lagi, sebab apa?
Sebab sayanglah, terasa saperti anak sendiri
melihat dia dari kecil hinggalah dah jadi pegawai tentera
seronok bila anak buah datang.



Ishhh..gambar bergegar, auntie yang amik
jangan tengok lelamer sakit mata dibuatnya

Mereka tidur malam tu dirumah auntie
Keesokkan hari, mereka dah ke majlis perkahwinan
kawan anak buah auntie.





Moga umur auntie dan uncle panjang utk melihat
jodoh mereka dijinjang pelamin. In Shaa Allah


4 comments:

  1. Hensemnya dia...sama padan dengan tunang yang cantik kecil molek.

    ReplyDelete
  2. saya dtg membaca.Jom kita tukar link

    ReplyDelete
  3. Sama cantik sama padan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...