Followers

Thursday, October 3, 2013

Pokok Kantan Asal dari Setapak

Hari ini hari menamam
Tanam pokok kantan dan pokok2 bunga
cacing jadi peneman dalam pasu
moga hidup pokok2 tu..
walaupun badan tak sihat, auntie paksa juga
sebab takut benih yang ada mati pula jika tak ditanam

Auntie ambil anak pokok kantan
dirumah pusaka yang diduduki
Peej sekarang, memang banyak pokok kantan disitu
tapi tanah dah keras maka jarang benar
kantan berbunga
so lets tanam kat rumah auntie yang
tanah pula hanya sekangkang kera

Semalam Peej datang rumah
makan kari ayam auntie
bila dia nak balik, auntie nak ikut
nak nengok pokok2 bunga rumah dia
dah lama auntie tak trim2 dan bajakan

Auntie teringin nak makan goreng pisang
singgah gerai tepi jalan on the way rumah dia
Alhamdulillah..

Sampai rumah dia, guruh kilat bermula
Iseyyy..tak dapatlah auntie nak ambil
benih kantan, berkata dalam hati
tapi Alhamdulillah
hujan sekejap aja
suami dia tolong cangkulkan dan
ambil 3 batang pokok kantan tu

Selepas maghrib, suami Peej
ajak auntie keluar makan
Aduhai auntie pakai baju kelawar
dan bekal baju kelawar utk solat
maka baju berjalan memang tak bawa
huhuhuhuh
akhirnya mereka keluar dan tapau aja
pabrik untuk auntie, Alhamdulillah

Auntie tidur awal semalam
pukul 9:30 mlm dah bongkang
tak berapa sihat badan
ada tamu rumah Peej
tokey tabita datang dengan suaminya
badan auntie lesu nak bangun
maka tak jumpalah anak angkat tu..huhuhuhu

Uncle datang jemput auntie pukul 12:30 mlm
Auntie bangun pisat2 pakai tudung terus masuk kereta
Sampai rumah sebelum tidur baru nak buat solat Isya
lambat betul, solatnya..
ermmm..Allah mengetahui keadaan badan dan sakit auntie
mohon ampun Ya Allah



14 comments:

  1. aunty ni sakit pon masih berkuat lagi.. mak sy sakit sikit dah mengaduh, walhal lagi muda dr aunty.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana Miss Brenito, kerja2 rumah kenalah dilaksanakan, dah jadi routine auntie. Selagi ada kudrat, InsyaAllah auntie buat walaupun sakit dengan izinNya.

      Tahap kekuatan masing2lah, walaupun ibu Miss Brenito masih muda, mungkin sakitnya dah tidak mahu/tidak kuasa sudah utk melakukan kerja2 rumah.

      Delete
  2. Dalam tak sihat masih mampu lagi untie buat itu ini, kuat sunggu semangat untie.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nanie
    Pokok kantan makchaq pun lambat sunutty nak naik... baru 2 cabang, dah dekat 2 bulan dah tanam...
    Semoga sakit2 badan kak Nanie dah lega sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      Terasa rindu sudah pada makchaq dihati ni, gamaknya bilalah kita dapat berjumpa yea.

      Makchaq, akak sarankan bubuh baja 2 minggu sekali, jangan banyak segengam aja, InsyaAllah cepat dan subur naik nanti.

      Sakit yang di tanggung berulang2, beberapa jam Allah bagi nikmat hilang sakit, lepas tu sakit tu kembali lagi..kesudahannya akak makan pain killer jika terlalu sakit.

      Delete
  4. mak saya macam auntie.. umo 72 tahun, tapi semua nak buat walaupun dilarang buat.. urmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hebat tenaga mak SKTJ.

      Delete
  5. bunga kantan....buat laksa,asam pedas...nyummm....suka kunyah2 kalau buat menu tu.. wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wani, kantan memang sedap dibuh dalam masakan yang wani sebut diatas.

      Delete
  6. IM 'tanam' bunga kantan kat merket jer... tu pun dah lama bebenor tak jeru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ini, memang akak pun tanam kantan di pasar tani, setiap minggu akak petik jer kat situ..hahahaha

      Delete
  7. I have nothing but admiration for your strong determination to put behind what many others fail to overcome. Semoga Tuhan memberi limpahan rahmat NYA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Pakcik Hasan.

      Aamiin. Terima Kasih atas doa yang dipanjatkan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...