Followers

Saturday, October 19, 2013

Petai Jeruk

Uncle beli petai punyalah banyak minggu sudah
Sebelum layu auntie buat jeruk separuh
Ada auntie masukkan gambar petai 20 papan
difacebook





Ada yang tanya macam mana nak buat jeruk tu
Senang aja

Kopek petai sebiji2
Basuh petai2 tu, masukkan dalam bekas plastik
(bekas kuih raya)
Air suam kuku, hapuskan petai dalam bekas tu
garam auntie buh dua sudu
auntie buh cili padi sikit
tunggu sampai air suam kuku tu sejuk
baru tutup dan simpan dalam peti sejuk



Lepas 2 hari dah boleh makan

Huishhhh..bila buka penutup
menyengat bau petai
makan ngan nasi panas2
bersama apa lauk pun sedapp..hihihihi

Auntie baru sudah makan
Nampak gaya, berbau petailah nafas auntie..
dan selebihnya esok bila buang membuang
huhuhuhu

Kenapalah auntie dan ramai lagi suka benar makan petai?
Bukannya tak tahu, makanan berbau adalah makruh dimakan
jering, kerdas, petai, cencaluk, budu, belacan
dan DURIAN

Semua diatas tuh faberet tu..hihihihi


8 comments:

  1. Auntir, mak sy bagi setabung petai jeruk, da tinggal suku botol jer, sy petai jeruk lober..hihi, makan cicah budu tempoyak...yum yum...mak taruk asam keping gakk..suzi fauzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe petai jeruk lober? me too dear
      auntie makan cam gitu ajer geget cili padi tu..
      berdengong sedapnya..hihihihi

      Delete
  2. Alahaiii auntie saya dari ngandung memang ngidam nak makan petai tapi penat pusing oriental shop kat sini tak de lah plak petai, hari tu time turun London register anak dah semangat waja nak makan kat kantin pak cik kat msia Hall sekali tutup for renovation huaaaaa huaaa tengok gambar ni memang mengancam jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry mamacrocs,
      bila balik m'sia nanti makan puas2 yea.

      Delete
  3. Assalam, Marina Monroe
    Yang dijeruk lebih unik rasanya dan lebih tahan lama. Satu cara penyimpanan makanan yang baik. Setuju tak kalau Pak Temuk katakan tak mengapalah kita makan petai tu walaupun makruh, sebab bukan selalu. Yang selalu, insyaAllah kita tetap makan benda-benda yang halal dan baik. Petai yang begitu banyak tu beli kat mana MM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      hehehehe tulah pasal makruh punya pasallah kita semua makan tak hingat.

      Petai 20 papan dengan harga 10 ringgit di pasar tani setiawangsa, taman tempat tinggal disini.

      Delete
  4. Makchaq sekeluarga memang peminat petai.. kalau sikit2 memang tak cukup.. raya haji baru ni kakak ipaq bagi sebalang penuh petai jeruk.. ada la tinggai sepiring lagi kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah nani hanya bertiga aja, suami, akak dan anak bungsu.
      Anak bungsu pun ikut hari, jika tidak kerja keesokkan hari baru dia makan.

      Wah, untungnya kakak ipar bagi sebalang.
      Amboi, lajunya tinggal sepiring ajer?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...