Followers

Tuesday, October 29, 2013

Orang Yang DiSayangi

Selalunya auntie amalkan mandi
sebelum solat subuh, memang segar
rasa nikmat air
Jika tak sihat auntie skip mandi
berwudhuk saja..

Hari ni mandi, maknanya sihatlah tuuuu
Selepas solat subuh, terasa lapar
masuk dapur kesayangan untuk buat nasi goreng kampung
Alhamdulillah rezeki makan untuk sarapan pagi ni
bersama satu mug nescafe

Selepas makan, jelujur baju auntie yang tertetas
sehelai jer pun..done
Keluar jenguk pokok2, daun2 kuning diketong
sapu halaman yang sekangkang kera..hihihi
done

Masuk dalam rumah, teringin pula nak menulis
so here I am with my lappy and feeling happy
Alhamdulillah

Yesterday was tight with my sister in law and her daughter
Yes, jurusoal di Melodi..hihihi
Nurul Izza and her mother was here the whole day
auntie feeling seronok dapat menjamu makan tengahari
dan minum petang untuk mereka
Tak sabar menantikan kelahiran babynya
pada bulan February tahun depan

Banyaklah sessi berbual mesra topik pasal family
Uncle beli pau panas2 dan anak auntie Pija datang
bawa keropok lekor dan chakoi
Air teh O nipis with GULA yang dah naik rege  hihihi
Auntie tak lansung tidur petang yang biasanya
selepas zohor auntie take one hour to rest.

So auntie terus tertidur awal selepas waktu Isya
sejurus kakak ipar balik sebelum makan malam.
Auntie lupa pula ambil gambar semalam.

Sabtu pun ada visitor
Auntie terharu amat2
Kedua2 suami isteri yang sentiasa melawat auntie
bersama anaknya, paling kurang sebulan sekali
mereka tahu auntie amat sayangkan anaknya
dan mereka tahu auntie rindu cucu auntie amat2
sejak cucu tak muncul2 dirumah auntie
mereka hulurkan anak mereka untuk auntie melepas rindu
sungguh terharu..
hihihihi Fahad cucu angkat auntie
dari baby sudah diangkut kerumah auntie
hinggalah dah besar dan pandai tendang bola
dah pandai buat mimik muka
dah pandai guna dan faham banyak vocab
Alhamdulillah..sudah setahun empat bulan umurnya
bila sampai rumah auntie
auntie cium, muka dan pipi
auntie gigit2 telinga dan jari2 kakinya
gitulah auntie sayang dan lepaskan rindu auntie
Alhamdulillah Fahad mahu auntie dan
mengizinkan telinga dan jari kakinya digigit hihihi

Seperti biasa auntie menitis air mata
tambah sedih lagi bila mengetahui
mama dan papanya akan ke UK
awal tahun depan selama lebih kurang
setahun setengah untuk melanjutkan
kursus tajaan syarikat mereka bekerja.

Ohhhh..Tok mama akan rindu Fahad
Ada kemungkinan besar
Tok mama dan Tok papa pergi melawat
Fahad di UK nanti dengan izinNya
Yea sangatlah tu..

Again auntie terlupa ambil gambar
tapi auntie ciluk gambar2 difacebook mamanya
untuk share diN3 ni

Sepasang suami isteri kesayangan auntie




Disudut hati auntie berkata2
Ada insan yang kaya dengan budi bahasa
baik budi pekerti, prihatin dengan orang tua2
berkongsi kasih sayang anak mereka
mereka bukanlah darah daging auntie
malah tiada hubungan sebagai 'family'
tapiiiii
Huda dan Ice adalah salah seorang dari ribuan
manusia yang ter'pilih' memiliki
Hati yang baik..perasaan yang teliti

Moga kedua2 insan ini Huda dan Ice juga anaknya Fahad
dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Aamiin.

Kebetulan auntie ada buat kuih serimuka



Fahad suka sangat
hampir 4 potong dimakannya
Alhamdulillah..

Auntie tak boleh celoteh lama2
dah masuk time auntie berduha
nanti2 auntie citer2 lagi

Asalamualaikum





19 comments:

  1. auntie..sy suka kuih seri muka! suka sgt!! cmne nk buat autie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jojet, nanti auntie bagi resepi yang mudah dan sedap. In Shaa Allah

      Delete
  2. As Salam.. auntie.. terharu + terhibur baca entry kali ni.. semoga family auntie tabah .. sabar.. menghadapi dugaan2 ni.. InsyaAllah ada jalan penyelesaian nye nanti... InsyaAllah
    kami hanya mampu memberi sokongan moral pd family auntie dan abam jubah.. paham berat lagi bahu yg memikul.. take care auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam rohayaroy,

      Terima Kasih sudi doakan kami sekeluarga.

      Delete
  3. auntie, auntie sgt beruntung kerana ramai lagi yg masih menyanyangi auntie w/pun tak ada hubungan family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,

      Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

      Delete
  4. Bukan semua org berhati sama Allah menarik saktu nikmat tetapi Allah beri nikmat lain berkali2 ganda, untie sentiasa di kelilingi insan2 yang baik hati dan sentiasa menyanyangi untie walaupun tanpa pertalian darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie gembira dengan kehadiran insan2 yang baik disekeliling auntie. Alhamdulillah

      Tidak kurangnya bagi pembaca2 auntie juga mengembirakan auntie bila sudi meninggalkan jejak disini. Auntie happy.

      Delete
  5. Sedapnyee kuih serimuka tuuuu.....nak resepi boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isna Majid, nanti auntie publish resepinya,
      mudah dan simple. In Shaa Allah

      Delete
  6. wlkmslm..
    terharu sgt..
    mcm dpt rasa mcm mn rindu nya untie dgn cucu untie yg satu tu..
    mudah2an..untie dpt jumpa cucu untie tu dlm masa yg terdekat ni..mudah2an di buka pintu hati yg berkenaan utk menghuraikan segala kekusutan yg berlaku..dan merapatkan kembali jalinan yg semakin jauh..dunia hnya smntara..kesian kat untie..mudah2an peej dpt gud news cpt2..sebagai pngubat rindu untie..aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...hanya Allah saja yang tahu betapa dalamnya rindu auntie, tak tahu auntie macam mana nak dinukilkan.

      Mudah mudahan gitulah hendaknya, anugerah dan rahmatNya utk auntie sekeluarga dengan tambahnya ahli baru. In Shaa Allah

      Delete
  7. Salam aunty..
    Bila aunty xupdate.. rinduuuuu entry aunty tau!
    Moga sht selaloooooo...
    Mmg cumey fahad tu... ikot apak nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali kissz,

      hehehehhe kebelakangan ni, kurang auntie update kan?

      Delete
  8. Alhamdulillah kak nanie
    Kasihsayang sesama insan yg tiada pertalian darah mmg satu Anugerah dari ALLAH snw juga.. Saya pernah merasakannya dan sangat membantu dari segi emosi selepas kehilangan ibu tercinta.
    ALLAH ambil dan gantikan dgn kasihsayang dari org lain. Alhamdulillah... Sampai saat ini rasa bahagianya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Rahmah terasa bahagia.,

      Anugerah dari Allah, kasih dan sayang tidak boleh dibeli.

      Alhamdulillah

      Delete
  9. Alhamdulillah..seronok baca entry aunty bila mood aunty happy camni..InsyaAllah..ruang kasih syg yg kosong akan terisi dgn ramai lagi insan2 yg menyayangi aunty..aunty take care ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Norma NML,

      Auntie happy, auntie menulis,
      bila auntie sedih berdoa lebih
      Sakit auntie berdiam diri

      Moga Allah limpahkan kasih dan sayang di hati masing2
      kepada semua pembaca2 auntie,
      tiada hasad dengki disanubari.
      Aamiin.

      Delete
  10. Cant wait aunty upload resepi tu...

    Allah tarik 1 nikmat tp allah hantarkan nikmat lain utk aunty.. smoga kesabaran aunty sekeluarga dibalas dgn nikmat xterhingga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...