Followers

Friday, October 18, 2013

Ikhtiar Lagi

Uncle hulur lesen memandu auntie yang dah expired
beberapa hari yang lalu

Kemudian tu Uncle memakai seluar jeans

'kemana?' tanya auntie
'Nak renew roadtax kereta dan renew skali driving licence you'

Kehairanan auntie pun bersuara
'Hah' selama  5 tahun ni, you masih renew driving license ni ke?'

'Renew lah' jawab uncle

'Ehh..nani dah tak boleh drivelah, buat apa renew?'

'Manalah tau tiba2 you nak drive, dah pulih
semangat tu, nak drive pulak' kata uncle lagi

Auntie tercegat tidak bersuara
hilang dalam kenangan disuatu masa dulu2

Rupa2 uncle menyangkakan auntie hilang semangat
untuk drive..
Ehhh..yea ker atau tidak ni?
berkata dalam hati auntie
boleh kah orang pekak macam auntie drive lagi?
bahaya kan diri dan bahaya pada orang lain
sangkaan auntie selama ini

tapi memang susahlah auntie selama lima tahun ni
bila tidak memandu
macam2 hal tergalang
nak keluar rumah kena tunggu siapa yang free
untuk bawak auntie keluar
contohnya, rambut auntie dah menjalar2
panjang pendek belinkar memerlukan trimming
ada ubat2 yang dah habis
nak bershopping keperluan diri
nak melawat dan menziarahi kawan dan sedara mara
semua terbantut jika tiada siapa nak bawakan

Ahhhh...perlukah auntie beranikan diri dan bawa kereta?
Huishhhh...seriau pula bila memikirkan
Aduhai..takut
tak mungkin lagi auntie mahu drive
tak mungkin..

Uncle tetap renew licence auntie
tapi kan, lesen tu bukan dalam purse auntie
uncle simpan dalam purse dia
hahahahaha takut auntie drive lah tu

Pernah suatu ketika
auntie geram, memuncak rasa nak ke kedai
nak bawa kereta takut
konon nak jalan kaki kederetan kedai dekat rumah auntie
tapi bila memikirkan, auntie berjalan pun terhoyong hayang
nak melintas jalan jika nak sampai kekedai..
Huishhh terus matikan hajat..huhuhu
memang auntie dah tak boleh kemana2 lagi
tanpa peneman..

Uncle pulak memang jenis malas nak keluar rumah
jika ada perkara mustahak barulah dia keluar

Semalam auntie dibawa keluar oleh kawan auntie
nak jumpa dengan pakar urat saraf traditional
amboi ramainya pesakit stroke
dengar2 cerita, datang berkerosi roda
dan selepas beberapa rawatan tidak lagi memerlukan
ada yang muka herot dan pulih
ada yang tak boleh bertutur dan boleh berkata2
Alhamdulillah, dengan izinNya jua

Harap2 sipekak boleh mendengar lagi..
hihihihihi

Selepas tu dibawanya auntie makan tengahari

Makan Besar yang di taja hihihihi
Gambar dari Timeline anak kawan auntie
auntie tak bawa kamera semalam


Hati rasa terubat
dapat makan dan dapat kaunselling
ribuan terima kasih
pada kawan auntie dan anak perempuannya
yang sudi mengikhtiarkan lagi sakit yang auntie tanggung
perubatan memerlukan khidmat lanjutan
moga uncle pula sudi bawa auntie kesitu lagi..



14 comments:

  1. hihihi..romantik la uncle n aunty... takper aunty.. slow2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Romantik apa Miss Brenito dah tua dua2..hihihi

      Yealah, kata orang sakit datang pantas macam kilat, nak baik lambat macam semut.
      Tak mengapa auntie dah tahun sakit, baik atau tidak, semua auntie serahkan pada ketentuanNya.

      Delete
  2. Salam Auntie.. have you heard PUSAS..dkt ampang.. pusat rawatan saraf juga... dkt mrr2.. saya bawa anak kesana, suami. recommend kat kawan bwk mak dia yg strok bedridden dah boleh ber wheelchair dah now.
    Pusas nih ada fb.. cubalah jengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Eta,

      Yesss, PUSASlah tempat kawan auntie bawa. Wahhh..ramai pesakit masa auntie pergi tu.
      Ramai yang serasi hinggakan Sultan Selangor bagi title Datuk pada dia.
      Affordable sungguh, setiap pesakit dikenakan Rm 25 sahaja setiap rawatan.

      Delete
  3. Kat mana urut tu aunty? boleh urut lelaki tak? Moga aunty cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Effa, cuba google PUSAS, memang ada lelaki dan pompuan pesakit dia.

      Terima Kasih doakan auntie.

      Delete
  4. Salam sejahtera kak nanie...
    Kawan2 saya yg cacat pendengaran sejak lahir ada yg memandu....
    Apqtahlagi kak nanie yg pernah mendengar..
    Kuatkan semangat... Insya ALLAH kak nanie boleh...
    Mudah jika kita boleh memandu..
    Peringkat permulaan.. Memandu di sekitar kawasan taman perumahan tu...
    Then jauh sikit...
    Lama2 kak nanie biasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Kembali Rahmah,

      Komen Rahmah memberi semangat berkobar2 nak drive semula.
      Bila menceritakan pada anak2, mereka tak bagi akak drive lagi..huhuhuhu
      bahaya kata mereka.
      Orang sihat pun kena ragut, kena pecah screen, mama boleh handle ker kes2 macam tu.
      terus akak terkedu dan takut semula..huhuhuhu

      Delete
  5. InsyaAllah auntie.. Selagi Allah izinkan.. tiada apa pun yang mustahil
    -semalam ada terjumpa muka mcm muka uncle kat KLIA, tapi tak pasti.. pelanduk dua serupa kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Rokayah, semua dengan izinNya.

      Bukan tu, uncle sehari suntuk melangut depan tv. hihihihihi
      Wah..pelandok dua serupa? auntie tak pernah bertembung..hihihihi

      Delete
  6. auntie sayang,pernah cuba kaedah acupunture tak? kalau dekat kuching ni ada tempat where those stroke patients pegi berubat and alhamdulilah. fieza penah nampak ada yg dari bed ridden cuba acupunture ni in 6months dah boleh jalan. kat kl ada kot. jangan berhenti berusaha k auntie. mana tau boleh drive soon :D. take care auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Fieza,

      Auntie dah pernah buat selama 3 bulan utk sakit tenggok, bahu dan lengan. Alhamdulillah ada good result.

      Auntie dah stop dah sebab uncle malas nak bawak auntie setiap selang sehari..
      Tulah pasal, auntie rasa nak drive semula at times..huhuhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...