Followers

Wednesday, October 30, 2013

I love Bloggers Gathering

Terlupa sungguh nak buat N3 ni
Dah sebulan yang lalu
bila auntie belek2 photos file
auntie terjumpa
jom citer2 sikit buat kenangan

Entah macam mana boleh terjadi
gathering kecil2an blogger terapat
dengan auntie petang tu..
pada 28hb September 2013
Alhamdulillah
Ukhwah terjalin pada petang tu

So auntie called it as
High Tea Adhoc
bermessage2 dalam facebook
lokasi rumah auntie
kerana ada yang tak pernah sampai lagi
Tapi Kakcik dan suami pernah sampai
tapi ada yang sesat barat hingga 2 jam lebih
huhuhuhu kesian, mengharungi jem lagi

Auntie teringin nak makan sambal tumis udang
dan pulut kuning
auntie keluarkan status di facebook
Huishhhh...ada yang sanggup nak masakkan untuk auntie
Iyra Mutalib masakkan sambal udang
manisan pula puding roti



Puding Roti kegemaran uncle, memang berkali2 uncle tambah makan
Sambal udang meletoppppp sedap

Anyss Jee pula buatkan auntie pulut kuning



Pulut kuning yang sedap, cukup seimbang, lemaknya dan garamnya
auntie ulang2 makan

Auntie pula masak laksa asam dan nasi impit untuk makan dengan sambal udang




We had fun sembang2 dan makan2


 Suami Kakcik Juriah memulakan santapan petang tu



Putera Kakcik Juriah pun ada sama petang tu,
Rajin betul orangnya, habis pinggan2 dan cawan2 dibasuhnya
Bertuah kakcik Juriah ada anak lelaki yang ringan tangan


 Pencuci mulut dihidang diruang tamu


 Auntie buatkan nescafe petang tu
auntie minum bercawan2 kerana seronok berbual


 Sebahagian dari makanan dimeja makan


Purple day ker?

Ida pun ada juga petang tu
membuka bungkusan kari daging dan buah2an

Banyak gambar2 kenangan uncle ambil tapi
auntie dah berjanji untuk tidak dimasukkan dalam blog
kepada sesorang petang tu
jadi ini sajalah yang auntie masukkan
Gambar sipi tak per yea jangan marah auntie 

Wahhhh...bila lagi kita nak berHigh Tea macam ni
Rindu betul dengan kawan2 bloggers
Ramai juga yang tak boleh datang petang tu
sebab ada hal masing2..
Nanti kita set lagi hari yang elok2 tidak Ad hoc macam ni 
hihihihi

I love bloggers gathering like this




31 comments:

  1. Seronok rasanya. Lain kali kita berghatering lagi ya Kak Nanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kakcik, nanti kita gathers lagi In Shaa Allah

      Delete
  2. Bestnya dapat berkumpul berborak sambil makan2. Anak dara dua orang tu boleh buat calon menantu kalau auntie ada anak bujang yg belum kahwin ….. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh..orang sekarang manalah mak carikan jodoh, masing2 cari sendiri.
      Kami hanya berkawan saja tiada pula pasang niat nak buat menantu...hihihihi

      Delete
  3. Mesti Anyss yang tak kasi gambar dia disiarkan.

    Whatsapp kan gambar dia kat saya boleh tak? Dia ada kat Korea ni cari mamat korea …. ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, pandai betul YB meneka yea.

      Mana boleh whatsapp gambarnya, nanti akak mungkir janjilah kalau gitu.
      Eleh mamat korea mata sepet..not my cup of tea..hihihihi
      tak tahulah kalau Anyss berkenan pulak.

      Delete
  4. Assalam Marina Monroe
    Syerronoknye! InsyaAllah, silaturrahim diberkati Allah. Kuah laksa MM tu guna ikan apalah agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Pak Temuk,

      Memang seronok, sekali berjumpa nak jumpa lagi dan lagi

      Asam Laksa guna ikan kembung, Laksa Johor saya guna ikan tenggiri

      Delete
  5. seronoknyer...tak pernah g blogger gathering..and taktau sape yang slalu organize..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, seronok dear shuweet,
      Since you too a blogger, nanti jika ada gathering, auntie whatshapp2 yea..hihihihi

      Delete
    2. ok auntie..thanks. :)

      Delete
  6. Kunjungan dari blogger indonesia, untuk sahabat blogger di Malaysia. salam perkenalan.

    makan-makan sadappppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie udah kunjung balas ke Sofyan punya blog.
      Terima Kasih sampai kesini, jauh dari Indonesia ke Malaysia..hihihihi

      Delete
  7. Jalinan ukhuwah yg indah utk dikenang. Masakan pun sedap-sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang terasa dihati ukhuwah yang indah.

      Masakkan adalah potluck, memang kami buat gitu jika ada gathering.

      Delete
  8. Assalam auntie , apa khabar ?...eh bila pulak nih..sy mcm banyak terlepas je.. nak juga makan pulut kuning bersambal tu..sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam PCL,

      Alhamdulillah, dua tiga hari ni tak berapa sakit, boleh tahan.

      hehehehe tulah, tak sempat nak inform2 kawan2 bloggers lain, dengan izinNya kita buatlah lagi, auntie pun dah teringin laksa goreng istimewa yr wife..hihihihi

      Delete
  9. Hahaha Pulut Kuning by Anyss. Terselit gak gambo dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah AA tak dapat datang petang tu..

      Haippp, jgn sebut nanti auntie kena marah dari Anyss

      Delete
  10. Lawo sungguh Pulut Kuning dia. Jeles ambo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawo dan sedap AA, sampai keesokkan hari pun tak basi,
      Alhamdulillah habis auntie makan hari kedua.

      Delete
  11. Seronok dapat jumpa kawan2 kan...ceria2 nampaknya semua....
    Makanan tu yang nampak menjeleskan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Makchaq, dapat jumpa kawan amat menyeronokkan.

      Makan pun seronok bila kawan2 ada.

      Jangan jeleslah, nanti kita buat lagi makan2 cam gini

      Delete
  12. Ella pun rindu dengan bloggers gathering. Bila la kita dapat jumpa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ella, InShaaAllah kita buat lagi yea, doakan auntie panjang umur dan sihat, boleh gather2 lagi

      Delete
  13. Aunty,

    rindu la kat aunty.. hehe

    ReplyDelete
  14. salam , pulut kuning menambat selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pulut kuning dan samballah yg jadi penyedap dan penyeri pd petang tu

      Delete
  15. assalamu'alaikum....
    semoga untie dan uncle sihat....
    dah lama sya dok bc blog untie baru harini nak komen ;)

    ...smgt untie sgt kuat...sakit mcmnapun untie ttp memasak dan buat kerja rumah.
    Tiapkali untie letak gmbr mskn..rasa mcm nak terbang ke sana nak rasa..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Raihanah,

      Aamiin untuk doa diatas.

      hehehehe terbanglah kesini, auntie akan layan Raihanah dengan apa yang ada,
      In Shaa Allah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...