Followers

Wednesday, October 16, 2013

Hati Ini Yang Rapuh Sudah


Sudah berlalu Hari Raya Idul Adha
Juadah2 yang dimasak semalam
Ada balance lagi
Alhamdulillah hari ni auntie rehat dari memasak

Abam jubah silent protest the whole day semalam
tak keluar bilik dan turun lansung
maknanya tak makan dan minum
tak ambil ubat lansung
bila dia pilih hidup begitu...
itulah yang dia dapat
di biarkan melata dan merana
sakit tak dilawati
hari raya pun tak endah diziarahi
sampai bila kah keadaannya begini

Inilah diantara sekian banyak ujian yang hebat dan berat
buat anak ku

Dia cuba perbaiki keadaan
dia sudah pun menjengok
isteri, anak dan mertuanya pada akhir Syawal yang lalu
Ermm tapi sayang
ada sikap dendam tak kesudah, masih tegar dengan
keputusan, mahukan anak mereka tinggal disana
anakku redha dan menurut kehendak mereka
untung isterinya dapat suami yang penyabar sampai macam ni

Kebahagian itu lahir apabila kita berupaya membahagiakan 
orang-orang yang kita sayangi
Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah, adalah ibu bapanya.
Seorang isteri wajib menjaga hati mertua.
Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak keatas menantu mereka.

Pagi ni abam jubah turun
auntie dan dia tidak bercakap
berpunca semalam, auntie bertanya, mengapa isteri dan anaknya tidak
berusaha datang jengok bila dia sakit
dan yang menjadi tambah ketat bila Raya pun masih
berdolak dalik
nampak sangat tidak berhati perut

Pada auntie ini adalah perbuatan khianat 
terhadap abam jubah dan keluarga kami

Anak auntie tidak diberi haknya sebagai suami
Isteri yang dinikahi dengan sah dan halal dalam islam..




Ermmm...buatlah apa yang korang suka
tapi ingatlah anak ku

Hidup bukan untuk hidup
Hidup untuk yang Maha Hidup
Dahulukan Allah kemudian nafsu

Auntie kutip baju2 dalam bakul untuk basuh pagi ni
Jubah yang dia pakai semalam ada bekas darah
mungkin darah jahitannya, tidur lasak mungkin
atau jahitannya masih "raw" didalam..
esok abam jubah sudah mula bekerja
Semoga ianya kuat mental dan fisikal
Aamiin

Moga 'mereka' pulihkan keadaan sengketa ini
Semoga kita elakkan kebencian Allah
yakni memusuhi sesama islam
terutama kekeluargaan

Serangkap Pantun

Keluarga erat kerana kasih dan sayang
Silaturahim jalinan hati
Untuk kecapi hidup tenang
Ukhwahlah kita sampai mati







32 comments:

  1. Salam Aidiladha Auntie Nani....

    Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...
    Saya doakan berat bahu yang memikul itu semoga lagi bertabah, lagi bersabar....in sya ALLAH ada "sinar" yang lagi terang akan menanti....mudah-mudahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Sue,

      Terima Kasih sudi doakan.

      Mudah2an,

      Delete
  2. sedih baca kisah abam jubah... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... kisah ini menjadi kan teladan dan keinsafan bila baca... bersabar dan bertabah la.. In Sya Allah ada sinar.. In Sya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah setahun lebih dah bersedih, sebenarnya auntie dah tak sedih dah.
      mungkin. udah lali

      Delete
  3. In Sya Allah... In Sya Allah.. ada jalan .. bersabar dan bertabahlah abam jubah... sedih baca kisah ni.. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

    ReplyDelete
  4. Salam Aunty,

    Hmmmm, sayu rasa hati kan. Tak palah Aunty, yang penting redha. Allah maha pengasih lagi penyayang. Selamat hari raya aidil adha untuk aunty sekeluarga.

    Take care aunty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ummisara,

      Yes, auntie pada mula nya sedih, sedih dan sedih tapi kini sudah tiada perasaan tu.

      Delete
  5. salam aunty ..sekarang ni kan ada undang2 dimana perosak rumah tangga oarng dimana tak kira la keluarga sendiri ke atau orang luar....mereka bole disaman atau didakwa ...tak paham la manusia yang menghancurkan rumah tangga org ni..lagi2 keluarga sendiri..sedihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Eina,

      Memang auntie tahu, ada undang2 Jenayah Syariah, section 37, 38 tapi abam jubah tak mahu buat/dakwa/lapor. Nak buat macam mana?

      Delete
    2. Salam Auntie.. Saya baru di sini.. maaf jika mencelah.... ini cuma pendapat saya yg kerdil.... tidak perlulah memanjangkan dengan undang2 dunia.. yang akan lebih sakit nanti tentulah abam jubah... tentulah kesemua pekungnya akan dibuka di khalayak ramai..kan lebih sakit nanti... Percayalah Janji Allah.. Janji Allah itu pasti.. yang benar akan ttp benar.. tidak dapat balasan di dunia, pasti di bayar di syurga...kum fayakun...Jika Allah katakan jadi, maka jadilah.. sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji... maaf skali lagi.. ini cuma pandangan saya seorg yg hanya mampu membaca dan memahami menggunakan minda sy yg tidak seberapa...

      Delete
  6. salam aunty,
    sabarlah aunty dan family hadapi ujian yang sangat hebat ini. pasti ada hikmah dan rahmat dihujungnya nanti.saya pernah lalui situasi ini. perit. pedih. kecewa. marah semua bercampur aduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali nino,

      Memang gitulah perasaan, bila dilanda ujian yang hebat.

      Delete
  7. Salam~memang hati manusia tidak boleh diubah. Namun Allah yang pegang hati-hati manusia ni. Berdoalah, bangun malam merayu padaNya dilembutkan hati manusia-manusia yang kita sayang. Jadi pemaaf. Peringatan untuk diri saya sendiri juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali rozie,

      Dah tahu buah/daging dah busuk eloknya jangan disimpan lagi, buang aja ditong sampah.
      dah terlalu lama menjalar busuknya. Tapi itu barang, manusia boleh berubah dan bertaubat,

      Delete
  8. Salam kak Nanie
    hati ida sangat sebak bila baca kisah ini..teringat kak nanie cerita masa ida ke rumah kak nanie haritu..mudah2an Allah bukakan jalan dan permudahkan segala masalah yg masih bersimpul..mudah2an kak nanie diberi ketenangan dan kebahagiaan..aminn insyallah

    Sayang kak nanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Ida,

      Auntie bercerita pada Ida sebab Ida matang dan sudah mengharungi susah payah kehidupan.
      Terima Kasih atas doa2 Ida.
      Aamiin

      Delete
  9. saya doakan yang terbaik untuk auntie sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. DIA memberi dugaan dan ujian kepada orang-orang yang teguh dan kuat imannya. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan kelak. Banyak bersabar dan berdoa. Akan ada sinar di hujung jalan. Usah putus asa dan usah berhenti berdoa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih AA,

      Auntie teruskan berdoa, In Shaa Allah

      Delete
  11. Insyaallah...Innaa maal usri yusra, wainnamaaal usri yusra...Sampaiakan salam saya buat abam Jubah, beritau dia, kalau aunty hani boleh sabar dan teruskan berdoa tanpa putus harap, tentu abam jubah pun boleh..Kita sama2 doakan yg terbaik yer nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani, abam jubah masih berdoa
      dan sayangkan family dia disana,
      tapi mereka masih mempercacaikan dia dan kami

      Delete
  12. Semoga suatu hari nanti mereka akan sedar...InsyaAllah Dia maha mendengar..semoga anak auntie akan 'bersatu' dgn anak isterinya satu hari nanti...auntie tu kena jaga diri dan kesihatan ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Norma,

      Mudah mudahan, gitulah hendaknya

      Delete
  13. Ujian dari Allah datang dalam pelbagai betuk mungkin Allah sedang menaikkan darjat Abam Jubah ke tahap yg lebih tinggi dengan menduga kesabarannya sehingga sebegitu.

    Insyaallah suatu hari di penghujungnya pasti ada bahagia.

    ReplyDelete
  14. salam aunty.. sy marah yang teramat sgt ni.. cetek betol ilmu agama mereka tuh yer terutama yangvtua bangka itu.. sanggup tgk anak sendiri dihumban ke dalam neraka akibat dari perbuatan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Miss Brenito,

      Ermmm..cetek ker, dah tahu ker, Wallahualam
      yang hairannya, tak ada ker sedara mara mereka yang berani nasihatkan yang benar
      ramai diantara mereka bangka2 tapi mendiamkan diri..
      huishhh...tak takut Hukuman Allah
      Nauzubillah


      Delete
    2. tak apalah aunty, setiap perbuatan mereka akan di balas... seorang suami yang dihalang isteri dan anaknyer untuk bersama adalah teraniayai.. biar Allah jer yang balas setiap besar zarah perbuatan mereka..

      Delete
  15. Manisnya bila hati bersabar, indahnya hidup jika hati dapat melalui dugaan ini dengan bersandar pada keimanan, tenangnya hati jika dapat memahami sesungguhnya ada hikmah atas apa yg telah terjadi.
    Saya sentiasa mencuba perkara ini jika ditakdirkan Allah swt dugaan dan ujian buat diri. Memang perit menanggung tapi dah Allah memberi, barulah kita tahu di mana kita di sisi Allah swt.
    Hanya dua pilihan kita syurga atau neraka. Tentulah jalan hidup di dunia ini mengikut pilihan masing-masing.
    Abam jubah, sabar yeee.....saya doakan yang terbaik untuk Abam jubah.
    Aunty teruskan berdoa yeee doa ibu mustajab untuk anak-anak. Aunty bersama Abam jubah melalui suka dukanya, Ya Allah swt hati saya tersentuh walau isteri tiada di sisi tapi ibu yang melahirkan ada bersama. Aunty sebagai anak saya merasai tiada yang lebih bernilai dari kasih sayang cinta sejati seorang ibu. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indah kata2 Isna,

      Auntie terharu dengan doa Isna terhadap abam jubah
      terima kasih

      Delete
  16. Salam aunty,

    semoga aunty, uncle, abam jubah dan keluarga sentiasa tabah dan bersabar dengan dugaan ini. In Shaa Allah setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Allah S.W.T yang lebih mengetahui segalanya dan setiap yang berlaku adalah dengan izin dari-Nya. Berdoalah semoga suatu hari nanti jalan penyelesaian terbuka luas dan hari yang mendung akan cerah kembali, In Shaa Allah. untuk aunty dan uncle saya doakan semoga Allah memanjangkan usia dan dimurahkan rezeki selalu serta dikurniakan kesihatan yang baik bagi menempuhi hari-hari mendatang.

    Salam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...