Followers

Tuesday, October 22, 2013

Citer Ayamlah Pulak

Seingat auntie,
Sejak kecil hinggalah sekarang
mak auntie tidak pernah bela ayam
dapat suami pun tak pernah bela ayam
tapi arwah ibunya memang ada bela ayam.
mungkin ketika muda kerja uncle tidak
sesuai untuk bela ayam sebab sentiasa
tiada dirumah berbulan2.

Pasal lak tetiba jer bukak citer ayam
hahahaha terkenang
ayam jalak, ayam sabung dalam citer lama
disembelih oleh isterinya sebab nak jamu
suami makan sedap

Ohhh semua gambar2 dalam n3 auntie ni
hasil mr googles


Ayam Jantan

Tak pernah makan ayam jantan


Ayam Kampung

Pernah makan kat kampung uncle,  masa muda2 dulu
arwah mak masakkan
renyah persediaan sebelum memasak
sembelih, celur dalam air panas
cabut bulu, buang isi perut, bakar bulu2 halus atas api
Huishhh..by the time bersih, dah penat..tak sanggup huhuhuhu

Tapi sekarang mudah, dipasar2 pun ada jual

Hari ni auntie masak rendang ayam
Ayam karan ternak, beli kat giant



Rendang kegemaran menantu auntie siBen, uncle dan juga auntie
anak2 kureng suker

Satu lagi menu ikan bawal masak kicap, lebihan ikan goreng semalam 4 ketul




Tak goreng sayur
ada 4 biji timun dalam peti sejuk
auntie kupas sebiji ajer

Acar Timun mentah


Cukup untuk  makan tengahhari ni..hihihihi

Citer Ayam sikit lagilah


Ayam pencen

Ayam pencen, auntie tak pernah beli
Tapi pernah makan rumah kawan masak kicap
Mak aii, liat... dagingnya
auntie nengok dia season dengan nenes untuk lembutkan sebelum masak



 Ayam Hutan


Ayam Serama (Ayam Katik)

Kedua2 ayam ni tak pernah makan
Takutlah...sebab kata orang ayam2 ni adalah ayam makluk alam ghaib
Wallahualam



Ayam ni auntie tak perasan pernah makan ke tidak
Tapi telurnya memang kegemaran rumah auntie 
sentiasa di beli oleh uncle, berpapan2 setiap bulan

Lappy auntie hari ni buat hal
Segala n3 dan blog kawan2 semuanya 
ditranslate ke Bahasa Inggeris
Apa dan dimana auntie terklik, entahlah
kena tunggu anak auntie betulkan

Erm...tetiba teringat 
Siapa tahu???
kenapa perempuan cari duit  dipanggil AYAM
Auntie tak tahu sampai sekarang
hihihihihi


17 comments:

  1. dulu masa kecik selalu la makan ayam kampung ayah bela. yela zaman tu mana mampu nak beli ayam, anak ramai takut berebut. tapi seronok. ayah sembelih & celur. pastu nanti kitorang adik-beradik pakat kerumun cabut bulu ayam. nanti mak bakar & masak. pastu makan ramai2. kalau ingat balik seronok. tapi kalau anak dah besar mmg taknak la buat keje2 renyah tu. masa zaman kecik2 dulu entah kenapa rasa seronok nak buat benda2 gitu. cabut bulu ayam pun boleh seronok. sebab rare kot =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh jadi Huda dapatlah merasa cabut bulu ayam adik beradik.
      Pengalaman dan kenangan yang seronok dan berharga.
      Dulu dan sekarang tak sama, dulu tak ada gadgets,
      budak2 sekarang? Ermm..pasti tak mahu buat benda2 renyah lagi.

      Delete
  2. Auntie,
    Dulu kecik-kecik kalau balik kampung mesti Pakcik saya sembelih dan proses ayam sampai berekor-ekor....ngeri tapi sebab nak tau so tengok jelah sampai habis...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, pengalaman yg indah.
      Part sembelih, auntie takut, selalu ajer lari, tak nak tengok..huhuhuhu takut
      Selebihnya, memang auntie tengok arwah mak mertua siapkan ayam sampai masak utk dihidangkan sekeluarga.

      Delete
    2. Ya auntie, pengalaman indah....sekarang ni mana nak dapat tengok orang sembelih ayam lagi kan..kiranya saya ni antara yang beruntung..hehehehe.....

      Delete
  3. Soalan last tu buat saya nak tergelak besarlah untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi betul, auntie sampai sekarang tak tahu kenapa.

      Delete
  4. dulu dulu makan ayam ikut occasion..sekarang bila bila masa on saja.
    dulu dulu makan ayam kerja berat tunggu kita...sekarang tunjuk tunjuk dah tersedia.

    apa apa pun gulai ayam mak buat mmg sedap kat dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dulu2 ayam adalah makanan mewah.
      Bila arwah abah dapat gaji, arwah bawak balik ayam bersih dari pasar.
      Arwah Mak masak kari, memang terbaik, makan hingga menjilat jari.
      Alfatihah

      Delete
  5. Kak nanie
    Mak saya tokeh ayam kecil2an. Bela ayam bawah rumah jer... Musim boleh jual, panggil cina dtg rumah timbang dan beli ayam tu.
    Nak makan ayam masa dulu taklah sekerap sekarang. Sebab tu tak pernah dengar kena keracunan dek makan ayam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yea ker tokey ayam rupanya arwah mak rahmah.
      Aah, dulu2 nak makan baru sembelih dan bersihkan, tak ada pembekuan.
      Kita sekarang beli dah siap process, balik rumah,
      masak separuh dan selebihnya terbekulah dalam peti sejuk.
      Dah tak selazat mana ayam tu

      Delete
  6. Kat kampung kami bela ayam. Banyak. Petang jer berebut kutip telur sebab nak jual dapat beli jajan dan megi. Hehehehe jual telur buat belanja sekolah tu yang sedih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe auntie boleh bayangkan berubut mengutip telur, seronok tu

      Apa nak sedih AA, itupun rezeki juga.

      Delete
  7. Saya suka itik.. tapi itik tu mesti yg dibela oleh mak saya je.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, auntie suka itik nila masak rendang, dapat rasa dikampung masa Hraya.
      Auntie sendiri tak pernah masaklah pulak.

      Delete
  8. Owh.tu rupanya ayam pencen. Mak saya panggil ayam botak sebab kepalanya tak berbulu hehe..Dulu zaman kecik mak bawak balik baka dari Perak, angkut masuk dalam bas express. Elok je diam sampailah ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe ayam pandai travel duduk diam2..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...