Followers

Wednesday, October 2, 2013

Celoteh kosong

Kelantang keluntung, kang kung kang
auntie mengetuk pintu kabinet dapur tercabut dah siap dah
Dua tiga hari pintu tuh tersandar, memang sakit mata auntie
Suruh abam jubah pasangkan, tiada mood gamaknya,
dia buat tak mengerti beberapa hari
Uncle? memang mamat tu serba tak reti,
yang dia tahu hanya tukar mentol yang dah fuse, betul tau
dari muda macam gitu
Auntie memanglah minah macgyver memang dari anak dara
sampailah tua, semua cuba nak buat sendiri
tukar paip sinki dapur, paip meleleh, pelampong flush tandas
segala bendalah..
hingga jam dinding rosak pun auntie pandai bega2 sampai boleh
tik tok tik tok balik..
Ermmm...kelebihan Allah swt bagi kat auntie
Cuma kebelakangan ni sejak sakit dan tangan kebas2
dah tak mahu auntie buat benda2 macam gitu
kerja2 terlebih rajin untuk seorang isteri dan ibu
Ishhhh...
Kadang2 terfikir juga, ada ker diluar sana
perempuan/isteri/ibu yang terlebih rajin macam ni
pasti ada kan..
Ni tangan dah kebas dan denyut2..
tak leh panjang2 bercerita menaip pun kebas

Basuh dan jemur baju sudah, menyapu halaman sudah
jap lagi nak masak untuk tengahari..
Wah..dah pencen dari kerja dipejabat lega
tapi kerja rumah bila pula nak pencen?
Memang rasanya tiada berkesudahan
Hari2 pakai baju dan hari2 nak makan
Hari2 rumah berdebu, halaman perlu disapu
daun2 kering bertaburan..

Huahhhhhh... no rest at all
but then thinking positively, it is kind of exercise
aint it? I am sweating like taking a shower
while doing the house chores...

Anyway, I love my life and thankful to Allah
despite all the obstacles I've gone through
I am grateful and I conquer
Alhamdulillah






Got to go
Its my Dhuha praying time



12 comments:

  1. Itulah kebesaran Allah SWT. Setiap yang lebih, ada kurangnya. Setiap yang kurang ada lebihnya. :)

    ReplyDelete
  2. Kalu jadi mak2 ni kenalah lebih kretif ye untie.

    Semoga untie akan sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, mak tahu apa nak buat

      terima kasih doakan kesihatan auntie JunAina

      Delete
  3. sakit, peghapus dosa..moga auntie dipermudahkan segala urusan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin

      Mudah2an gitulah hendaknya Jojet

      Delete
  4. Aunty, shima akan sentiasa mendoakan agar aunty sihat sihat selalu...amin amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin 3x

      Terima Kasih norbashima sudi doakan kesihatan auntie..

      Delete
  5. auntie sama macam wife saya~~tak berenti buat kerja rumah..tapi auntie jangan terlebih sangat..nanti demam plak~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, betul Bujal, demam urat..huhuhuhu

      Wah, wifey bujal rajin yea, bertuahlah

      Delete
  6. saya kalau bab bertukang jangan kasi saya overpower mesti ada yang tercabut. kalau kemas, cuci masak saya ok je. pasal tangan kebas tu, mak saya pun macam tu jugak. doktor cakap, ada urat simpul apa tah...kena operate tapi mak tak mau operate...
    moga auntie sihat sentiasa ye. mak saya pun sama tak reti dok diam...dia cakap kalau tak buat kerja nanti badan sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe memang tak semua pandai bertukang, mengemas dan memasak memang kerja2 perempuan.

      Auntie tak pula doktor kata kena operate hanya makan vit2 saraf saja.

      Haah, serupalah kalau gitu, memang kami duduk diam, badan jadi lagi sakit, pelik betul lah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...