Followers

Friday, October 11, 2013

Bukan harga tapi ingatan

Minggu lepas Hari Lahir auntie yang ke 58
Umur yang dah masuk sebagai warga emaslah tu
Sedarlah diri, rumah kata pergi, kubur kata mari
Mahu apa lagi dalam dunia ini

Pada  auntie tiada apa2 lagi
auntie dah cukup 'ada' segala keperluan hidup
dari segi pakaian, makanan dan kasih sayang
baik dari suami dan anak2
cukuplah..Alhamdulillah

Setiap tahun anak2 selalu bawak untuk celebrate auntie diluar
makan di restauran2 porch, at times on belated date
sebenarnya auntie tidak lagi menyukai tempat2
sebegini lagi sejak sakit, maklumlah
badan tak kuat dan pendengaran pula dah tiada
jadi keseronokkan sudah pudar sebenarnya

Mereka berbincang dengan auntie untuk bawa makan dinner
dihotel ditempat favourite auntie 'Melting Pot' pada suatu masa dulu

Jadi auntie ada mengeluarkan status difacebook minggu sudah
Kata ku pada anak2 :
Mama dah ada semua, tak payah kek2, tak payah hadiah2..tak payah nak dinner2 kat Concorde, mama dah tua dan sakit, dah tak larat nak celebrate.. Tq anak2ku

Jadi tiadalah kami kemana2
kebetulan pula abam jubah jatuh sakit dan menjalani pembedahan
memang kami tiada sambutan apa2

Noy saperti biasa tak puas hati 
bila auntie kata tidak mahu apa2

Noy bertanya pada auntie
Mama ni, tak kan tak mahu apa2
mesti ada benda yang mama perlukan
dan suka sangat, cakaplah..

Ermmm...okaylah
mama nak scented candles
dah habis dah untuk toilet dan bilik mama

Alah tu murah jer, Lagi? tanya Noy

Aaaa...Body Shop Gel mandian mama dah habis

hihihihi Noy ketawa

Lagi??? dia bertanya lagi

Dah lah tu..kata auntie
Kang mama sebut yang bukan2 kang
baru kau terperanjat kang..kata auntie
hahahahaha kami berdua ketawa

Yealah, Noy nak bawa sesaorang berjalan pergi shopping ni
dia dari Kuwait bercuti disini
Dah tua macam mama umur dia, Filipino
dia kerja sebagai warden disana,
masa Noy sebulan di Kuwait, dialah jaga Noy
kesian, dia dah nak balik Kuwait besok
Jadi Noy nak bawa dia jalan2

Balik dari menyopping dia bagi auntie
bungkusan2 yang dibeli nya



      Mark & Spencer Scented Candles






Dari kiri ke kanan
Almond Shower Gel, 
Blue Berry Shower Gel dan 
Chocomania Shower Cream


Wahhh..auntie dah cuba pakai ketiga2 tu
yang paling best Chocomania macam mandian air nescafe
hihihihi

Yang selalu auntie pakai jenis ni botol besar
boleh tahan empat bulan

wangi sangat tau


Bila kakak Pija nya datang rumah auntie
ternampaklah barangan2 ni atas meja auntie
terus kutuk auntie

Kata tak nak apa2, kenapa ada hadiah dari Noy?

Mereka berdua bercakap2 dan ketawa2, 
tak dapat pula auntie menangkap apa yang mereka kutuk2..hihihihi

Dah tu Pija pulak tanya auntie
Mama, Pija pun nak beli untuk mama
Nak apa? cakap lah..

Yea ker nak beli untuk mama juga,
kalau gitu beli jer baju kelawar
baju2 mama dah lusuh ni..
dah macam bibik..kata auntie
hehehehehe..kami tergelak2

Dua tiga hari selepas tu
Pija hantar baju yang dibelinya
diJJ AU2 katanya..

2 helai kelawar dan 
1 helai berlengan macam jubah

Perasaan suka tak terhingga
bukan kerana harga tapi ingatan mereka
sementara mama masih hidup, bolehlah beli2kan
dah tiada nanti..hadiahkanlah Alfatihah setiap kali birthday mama
jika sedekah Alfatihah menjadi amalan mu setiap kali akhir solat
maka Alhamdulillah, kamu adalah anak yang baik.
In Shaa Allah

Terima Kasih pada anak2 perempuan ku
hadiah2 tanda kasih sayang dan ingatan hari kelahiran mama

Pada anak2 lelaki, tiada hadiah tidak mengapa
tapi ingat yea jika beristeri nanti mesti belikan sesuatu
pada hari lahir mereka nanti..
perempuan gembira bila dapat hadiah tau..

Pada suami ku, tak mengapa nani faham 
hadiah tahun sudah walaupun bukan hadiah harijadi, 
harganya boleh cover utk next three years
TQ dear


White Gold Chain and Jade Pendant


Ermmm...si Noy hulur kad birthday pada auntie...
terharu bila semua anak2 ada mencoretkan kata2 utk auntie






Moga umurku panjang bersama suami dan anak2 untuk tahun hadapan.
Aamiin.






29 comments:

  1. sedih je, tetiba! padahal kena happy..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halus betul perasaan Jojet sedih membaca n3 yea

      Delete
  2. happy belated day, auntie.. tak ingat ada ucap kat fesbuk ke tidak.. tapi sy ada baca status auntie tu... hihihi.. nanti sy nak cubalah rasa mandi cam mandi air nescafe tu.. kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear SKTJ,

      Beli dan cubalah..hihihihi

      Delete
  3. Sedih pulak tiba-tiba baca. Hopefully emak saya tahu saya sayang sangat dia macamana anak-anak aunty sayang aunty. Happy birthday aunty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chics pun sedih jugak ker?
      Rasa auntie, emak chics tahu bahawa chics menyayangi dia amat2.
      TQ dear for the wish

      Delete
  4. sebak pulak baca doa auntie tu. moga auntie sehat2 aje hendaknya. happy birthday

    ReplyDelete
    Replies
    1. izariza, orang ketiga sedih baca n3 ni.

      Terima kasih ucapan dan doa utk auntie.

      Delete
  5. Happy Belated Bufday untie... Anak2 penghibur hati mak dan mak pula tempat anak2 bermanja saling lengkap melengkapi. Tahniah untie sebab berjaya didik anak2 untuk ingat pada kita as parents. Saya harap suatu hari nanti anak2 saya akan layan saya sebagai anak2 untie menggembirakan untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ JunAina.
      Gitulah sepatutnya dalam kehidupan, dipenuhi dengan kasih dan sayang.
      Syukur Alhamdulillah, anak2 auntie tahu menghargai pengorbanan ayah ibu.
      Moga anak2 JunAina juga suatu hari nanti bila mereka besar dpt menggembirakan JunAina dan suami. Aamiin

      Delete
  6. Alhamdulillah...auntie di limpahkan dengan kasih sayang anak2 dan suami..happy for u...much love from me...muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. shuweet, yes I am blessed with lots of love from them. Alhamdulillah

      TQ for your love towards auntie shuweet.

      Delete
  7. Salam,

    aunty, happy belated birthday :)
    semoga panjang umur, sihat selalu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembari ummisara,

      TQ so much dear for the wishes and prayers.

      Delete
  8. Replies
    1. Memang Gitulah perasaan seorang ibu

      Delete
  9. Happy belated birthday auntie, saya doakan auntie sentiasa bahagia lagi tenang walau dlm apa keadaan pun, sentiasa dilimpahi rahmat-Nya, terus dalam kasih sayang Nya, keluarga jauh mahu pun dekat jua sesiapa shj yang mengenali auntie serta sentiasa dalam redha Nya dan dilimpahi rezeki yang baik dunia akhirat.
    Jika hidup kita memberi manfaat pada hamba Allah swt yang lain insyaalah Allah swt akan berkati usia kita sepanjang hayat di dunia dan ganjaran yg baik di akhirat nanti. Auntie, saya percaya dan imani perkara ini. Allah swt Maha Adil. Semoga kita sentiasa memperingati diri sendiri dan memohon taufik dan hidayah Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isna Majid,

      Terima Kasih atas doa dan ucapan utk auntie.

      Seharusnya memang yakinilah akan janji2Nya.

      Allah swt Maha Adil. Tiada seorang pun akan terlepas dari kebaikkan dan keburukkan yang dilakukan.

      Moga kita dari golongan orang2 yang baik2. Aamiin

      Delete
  10. Happy belated besday kak nani.

    Seriyes suka entry ni sbb anak anak yg sentoasa inhatkan mak ayah. Anak sy sorg aje tapi anak perempuan ni mg hatinya lebih sensitif.. kalau besday sy mmg awal.lg dia dh remindkan babah dia utk beli kek. Hopefully sifat ehsan anak.anak ni berkekalan dunia dan.akhirat.. siapa lg nak doakan kita kalau bukan anak.anak yg soleh dan . solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Zareda Norman,

      hehehehehe suka n3 ni? TQ

      Akak pun doakan semoga anak tunggal Zareda
      adalah seorang yang solehah, menyayayangi ibu dan ayah nya.
      Aamiin

      Delete
  11. Happy belated bday auntie! Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt. Umur auntie sama dgn mak saya. Bday mak saya 1 sept. Mak saya pun sedang diuji. Sambut bday yg je 58 dlm wad. Skrg alhamdulillah beransur pulih selepas regular haemodialysis 3 times a week. Pendengaran dgn penglihatan pun ada masalah. Mata dah 3x laser tapi masih tak ada perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih ainun ucapan dan doa.

      Oh yea ker, haemodialysis memang merumitkan keadaan dan masa tapi dah ujian mak ainun utk menempuhi kesihatannya begitu, redha ajalah.

      Ermmm..auntie walaupun nampak sihat dan masih boleh membuat kerja2 rumah, sebenarnya sakit auntie ni memang amat2. Auntie tak tahu macam mana nak explain bisa2 yang ditanggung.
      Setakat ni kedua2 mata auntie baik dari segi penglihatan. Alhamdulillah.

      Delete
  12. salam Aunty..
    happy belated birthday. semoga sihat dan ceria selalu...
    Bila tengok birthday card tu rasa macam, SOooo sweet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali fathen yaya,

      Terima Kasih atas ucapan dan doa.

      Aah, memang sweetlah, coretan kata2 dari suami dan anak2.
      Auntie suka.

      Delete
  13. Alhamdulillah, bahagia sungguh aunty di samping anak-anak dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Miss Brenito, kami bahagia anak beranak, Alhamdulillah

      Delete
  14. IM juga tak reti minta apa-apa malah selalu terlupa bila harinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh..apa ni IM, birthday sendiri pun boleh lupa ker? Ishhhh..

      Delete
  15. Whilst we are ever increasingly happy with the arrival of another birthday it is fair to look back and convince ourselves that the preceding year was better managed, and perhaps more productive, than the one before; and we all pray that the coming year would be even better managed. To HIM we owe it all.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...