Followers

Tuesday, October 8, 2013

Abam Jubah Beransur Pulih



Hari Khamis yang lalu 3 hb Oktober, 
Abam jubah tidak ke pejabat saperti biasa
demam dan kepala berdenyut2 katanya

Tidak mahu bersarapan cuma meneruskan tidur
dah tengahari auntie bertanya :  "Bila nak pergi klinik ni?
risaulah mama, kata sakit kepala dan demam"
abam jubah hanya menganggok2 dan terus pejam mata
lalu tidur lagi..
Aduhai risau auntie..
Dia bangun pukul 2 petang
Makan sekeping tahu goreng, lalu terus dia pergi ke klinik berdekatan

Balik dari klinik, katanya dia ada temperature dan bp yang tinggi
Doktor buat surat refer ke hospital
Jadi dia nak ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan
Lama betul tiada call dari abam jubah.

Maghrib baru lah abam jubah call kata kena masuk wad
Jadi auntie solat maghrib dulu, lalu kemudian
auntie siapkan segala benda2 keperluan masa berada dalam wad
Pelas air panas, mug, sudu dan garfu
Milo, gula, biskut jacob dan roti
serta pakaian2nya.

Uncle pergi bersama PG sebab nak bawa balik kereta
yang abam jubah parking di hospital
Auntie tak ikut sebab tak sihat malam tu

Uncle pulang dan menghulur kamera
dia tahu auntie mesti risau dan nak tengok
keadaan abam jubah di hospital

Uncle ambil tiga keping gambar anak kesayangan auntie
dari gambar yang auntie lihat
katilnya baru, langsir dan dinding cantik
baru reno kot wad tu, berkata dalam hati..






Kata abam jubah, mereka tebuk sana sini nak ambil darah dan masukkan drips
mereka buat pemeriksaan yang menyeluruh nak tahu mengapa Bp abam jubah
tidak turun2 malah bertambah naik dihospital hari khamis dan jumaat tu.
Dari keputusan pemeriksaan, paru2 okay, buah pinggang okay, jantung okay
jadi mengapa Bp tak turun2..

Pagi Sabtu pakar datang menjengok abam jubah
Doktor pakar..memang terbaiklah..
dia gunakan jari dia cucuk kat perut abam jubah
menjerit abam jubah ketika itu..
Haaaa...appendix kata doktor pakar depan doktor2 yang lain..
Pesakit kena puasa 8 jam at least, petang masuk Operation Theater

Adiknya Pija dan suami pergi ambil kesemua barang2 abam jubah
termasuklah handphone, purse jam dia termasuklah buah tangan
yang ada disitu.

Tak sempat dia makan buah tangan sebelum masuk OT disebabkan kena berpuasa

Lebih kurang pukul 11 malam, abam jubah talipon uncle, dia meminjam
talipon kawan sebelah katil untuk memberitahu, dia dah keluar
Bercakap lalok2 kata uncle..hihihi masih ada balance sedatif kot..hihihihi
dia nak bagi tahu yang dia ditukarkan ke wad lain. (Wad Pembedahan)
kesian, masih dia susah2 teringatkan kami utk kesenangan kami
melawatnya keesokkan hari.

Tiada siapa yang jaga dia malam tu
biarlah para doktor dan misi yang jaga
Alhamdulillah..hari Ahad tengahari auntie sempat melawat dia
dengan uncle


Selalu auntie tegur abam jubah, jangan letak tangan di dahi tapi
selalu terjadi otomatik secara tidak perasan katanya
Mengapa??? Sebab banyak memikirlah tu
Tidak auntie bertanya pun
Tak yahlah auntie tanya apa yang difikirkannya
Seorang ibu tahu...apa dilubuk hati anaknya

Abam jubah discharge maghrib pada hari Ahad
hihihihi, jalan mundar mandir dirumah macam baru bersunat gitu

Auntie bercerita kelakar2 untuk menghiburkan hati abam jubah
dia ketawa2 sambil memegang perutnya
"mama janganlah citer kelakar2, sakit perut ni bila ketawa"
hihihihihi

Semalam, lebih kurang pukul 10:30 kawan2 opisnya datang
Hanya dua orang saja yang auntie kenal
selainnya muka baru
Mereka yang lain tak dapat datang
sekarang ni memang tengah amat sibuk kata mereka



Hadiah hamper berisi biskut dan cekelat..hihihii
auntie dulu yang ngapp keropok duble decker
yang apit kiri kanan air oren tu




 

Pagi2 lagi Uncle dan Abam jubah dah keluar rumah
nak cuci dan tukar dressing luka

Ada bunyi ketukkan daun pintu
Nanti jap auntie gi jengok.....

Yeayyy...mereka dah balik
Amboi dua2 bertopi
terus auntie nak ambil gambar
dua lelaki kesayangan auntie diporch..hihihihihi





Muka yang maintain senyum selalu 

Alhamdulillah..berihatlah anakku dan cepat sembuh
dengan MC mu, yang di beri oleh doktor sampai selepas Hraya Aidul Adha.

36 comments:

  1. Auntie Nani...saya tengok Abam Jubah walaupun sakit tapi ceria je wajahnya....
    Saya doakan Abam Jubah bertambah sihat...eh, Auntie jugak...saya doakan semoga Auntie Nani selalu sihat...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear.

      Memang nengok mcm org tak sakit kan?

      Delete
  2. semoga sihat2 sentiasa abam jubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih yea Fazleyatul Aini

      Delete
  3. Salam Aunty,

    Cepat sembuh yer untuk adik jubah :)

    aunty how are you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ummisara,
      Mudah2an. Auntie mcm nilah sakit org tua..huhuhu

      Delete
  4. sebenarnya saya sedih baca entry aunty, mengenangkan abam jubah yang sakit dihospital, anak isteri tiada untuk memberi semangat.. marah jadinyer sy pada isteri abam jubah.. suami terlantar dihospital pon tak tahu, esok2 klu Allah swt jemput suaminya kembali, baru nak mengangis minta ampun..

    maaf aunty, sy emosi ketika ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa Miss Brenito,
      biarlah mereka sendiri yang fikir, kita tak yah marah2.

      Tahap sensitiviti individu tak sama,
      hati perut masing2 pun tak sama, jadi apa nak dikata?
      Auntie sekeluarga hina dimata mereka, biarlah

      Delete
    2. lebih sedih bila dengar aunty berserah... tak apa aunty, bersabarlah yer.. bgtahu pada abam jubah, bersabarlah.. sesungguhnya Allah swt mencintai insan yang sabar...

      Delete
    3. Gitulah keadaan kami sekeluarga, hanya berserah,
      In Syaa Allah kami terus bersabar, begitu jugalah abam jubah
      biarlah mereka tanggong dosa hingga keakhirat
      (bukan kata2 auntie tapi kata2 seorang ulamak)

      Delete
  5. moga abam jubah cepat sihat.
    aunty pun jaga kesihatan tau.


    .

    ReplyDelete
  6. Syafakallah for kak nani and your dearest boy. I know how u feel towards your son. I have 3 boys myself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ so much rozie yuzaila.

      Wow three boys? untunglah

      Delete
  7. Sakit2 pun still control hensem...hehheeee...

    Alhamdulillah moga cepat sembuhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe itu pasti sebab nak bergambar

      Aamiin

      Delete
  8. Walau dah dewasa tapi sebagai ibu tetap mengulek anak bagaikan anak kecil juga.
    Dlm MC pun masih control macho anak auntie ni...
    Doa dari kakak moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kakzakie, memang anak akan diulek dalam hati sampai bila2.

      Aamiin, moga dia cepat sembuh.

      Delete
  9. Semuga Abam Jubah segera sembuhnya...
    Kak nanie pun jaga kesihatan ya...
    Tak terlewat nak ucap happy birthday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Rahmah.

      ucapan birthday belated. tq

      Delete
  10. SETUJU DGN MISS BRENITO. SAYA DOAKAN YANG TERBAIK. HATI MANUSIA BOLEH BERUBAH. SEMOGA ALLAH SWT BUKAKAN HATI-HATI KITA MENJADI MANUSIA YG TERBAIK DAN MEMBAHAGIAKAN ORG-ORG YG MENYAYANGI KITA DAN ORG YG KITA SAYANG. AMIN AMIN AMIN YARABBALALAMIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Isna,

      Marah sampai tulisan pakai caplock...hihihihi

      Doa dan niat yang baik dari Isna.
      Auntie Aamiin Aamiin Aamiin kan
      Terima Kasih bebanyak

      Delete
  11. Assalamualaikum,
    Semoga abam jubah cepat sihat. Panjang MC tu boleh temankan auntie kat rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      Terima Kasih doakan abam jubah.

      Delete
  12. Assalamualaikum Auntie

    Alhamdulillah
    Syukur
    moga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Aamiin

      Delete
  13. semoga Abam Jubah cepat sembuh...
    auntie jaga kesihatan & semoga keluarga auntie ceria selalu =)

    ReplyDelete
  14. salam, dah lama tak mengomen di blog auntie
    sy dah 2 tahun lebih kawin, tak ada anak lagi, so faham macamana perasaan orang yang tak ada anak disisi, apatah lagi cucu auntie dekat, tapi tak berjaya di capai dek tangan
    semoga kesedihan hati kita ni terbang di bawa angin lalu ye auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali muis,

      Pelan2lah, In Shaa Allah, nanti adalah baby on the way tu.

      Yea, cantik bahasa puisi mu muis...
      semoga kesedihan hati kita ni terbang di bawa angin lalu
      hihihihihi
      percayalah, tiada kesedihan lagi pada auntie,
      keredhaan menguasi kuat didada buat ketika ini
      Alhamdulillah

      Delete
  15. Alhamdulillah. Kasih dari ibu dan keluarga akan tambah mempercepatkan kesembuhan Abam Jubah. InsyaAllah

    ReplyDelete
  16. Salam kak Nani. Saya lebih suka jadi silent reader tp hari ini nak tinggalkan jejak. Semoga anak kak Nani, si "abam jubah" sentiasa tabah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ujian Allah itu datang dalam berbagai cara. Hanya dengan sabar kita dpt mengatasinya. Semoga keluarga kak Nani sentiasa berada dalam rahmat Allah dan hidup dengan penuh kasih sayang. Aminn.

    Last but not least..jaga makan dan jaga kesihatan. In syaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali MMI,

      hehehehee terima kasih sebab hari ni tinggalkan jejak.

      Yea kami sekarang adalah dalam mode bersabar dan terus bersabar.

      Terima Kasih diatas doa utk keluarga auntie. Aamiin

      Delete
  17. alhamdulillah dah sihat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lily lotus, belum sepenuhnya tapi beransur pulih
      auntie nampak sujud dan rukuk abam jubah saperti biasa
      Alhamdulillah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...