Followers

Friday, September 6, 2013

Setelah Setahun, Akhirnya Doa DiMakbul

Ingin mencatitkan pengalaman yang tak pernah auntie lalui
tapi auntie tak tahu nak menulis dengan tepat mengalaman ini
bagaimana auntie 'rasa' ketika bersolat dan sesudah bersolat..

Solat Asar pada 29 Syawal 1434 (Rabu 4hb September 2013)
Solat yang auntie rasa amat berbeza dari solat2
yang pernah auntie lalui..
malah masa menaip ni pun auntie terasa
meremang bulu roma sejuk dan gementar..

Ketika solat terasa hati kosong dan badan tidak berupaya
melainkan iaNya yang memerhati Melihat, Mendengar dan Berkata2

Allahu Akbar - Allah Yang Maha Besar

Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 



Sesudah selesai solat
auntie bermohon doa dengan lelehan airmata, sedu sedan
selalu auntie menangis, menangis dan menangis, malah sampai berhingus2
(kotak tissue sentiasa ada, auntie sediakan disamping auntie sebab memang
begitulah keadaan auntie apabila bermohon)
Kali ini auntie terasa amat berbeza, ada sesuatu kelainan tapi auntie tidak tahu
apakah itu.

Subhanallah - Maha Suci Allah

Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Auntie menceritakan pada uncle tapi dia tak berkata apa2..hanya diam
Abam Jubah balik dari kerja, dimeja makan auntie bercerita pula padanya.
Auntie banyak meluahkan apa2 pada suami dan anak lelaki sulung auntie.
Abam Jubah turut menangis bila mendengar pengalaman ketika auntie bersolat dan berdoa
Kami berdua menangis lagi sambil menceritakan kisah2 apa yang berlaku
dalam tempuh setahun yang lalu..

Allah swt berfirman,

"Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut"
(Q.S. Al-A'raf:55)

Allah swt juga berfirman,

"Sesungguhnya, mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) segala
kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka adalah
orang-orang yang khusyuk kepada Kami"
(Q.S. Al-Anbiya': 90)

Seseorang yang berdoa seharusnya bersikap khusyuk, merendahkan diri di hadapan Allah, tawadhu’, dan menghadirkan diri. Kesemua ini merupakan adab-adab dalam berdoa. Seseorang yang berdoa juga seharusnya menyatakan keinginannya dengan mendalam agar permohonannya dikabulkan, dan dia hendaklah tak henti-henti meminta kepada Allah.

Setahun auntie bermohon sehinggalah permohonan solat asar auntie bersamaan 29 Syawal 1434
Sesuatu berlaku..
Alhamdulillah-Segala Pujian hanya untuk Allah
Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini Dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah kerana Dialah yang telah menetapkan segala-galanya.






p/s : auntie guna khidmat googles untuk n3 ni


15 comments:

  1. salam auntie..
    familymu penuh dengan kasih sayang..moga Allah menyatukan zara dengan semua..dengan Kasih Sayang ALLAH TIADA yang MUSTAHIL.... :)

    ReplyDelete
  2. suspen tunggu cerita aunty seterusnya ..apakah ganjaran dari Allah s.w.t kepada keluarga aunty

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    semoga ada berita baik lepas ni. doa ibu antara doa2 yg mustajab

    ReplyDelete
  4. Salam auntie,

    menitis air mata saya baca entry auntie..tak sabar nak tunggu entry seterusnya..harap2 tekaaan saya betul..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....
    Buanglah yang keruh...
    semoga kehidupan auntie semakin bermakna..insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum auntie,

    Auntie dapat jumpa Zara ke? Entah kenapa hati saya kuat merasakan auntie dapat jumpa Zara. Saya dah menangis dulu dah kat sini eventhough tak tau betul atau tak tekaan saya

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..tumpang gembira..pasti berita yg baik kan :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. Semoga auntie gembira selalu...

    ReplyDelete
  9. IM pun selalu begitu. Bila terasa seperti terperosok ke dinding dan tidak temui jalan keluar, IM akan bersembahyang dan berdoa... berdoa...

    Lepas itu tidur dengan harapan bangun nanti akan dapat kekuatan baru.

    Alhamdulillah.... Tuhan beri jalan keluar!

    ReplyDelete
  10. assalam untie, angah tak tahu cerita sebenar, tapi angah harap untie dapat apa saja yang dihajati, semoga diberi kegembiraan dan kebahagiaan...

    ReplyDelete
  11. Salam Auntie,
    Eh berdebar pula saya membaca n3 auntie ni. Apapun saya doakan yg terbaik buat auntie sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  12. salam autie
    ida baru follow blog auntie
    lambat jumpe hehehe
    comel cucu auntie zara tu
    autie jemput ye singgah blog ida
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. salam.auntie dpt jumpe zara ye nt.

    ReplyDelete
  14. salam auntie..hope something will make u happy happened...subhanallah..i love u

    ReplyDelete
  15. emm teringin nak tahu.kenape ye?
    apapun sy tmpng happy bila auntie happy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...