Followers

Wednesday, September 4, 2013

Padatkan Satu N3 Citer2 Tertunggak

Mood blogging kelaut dan kelangit lebih kurang seminggu sudah
cuma belum pasti nak dikuburkan kebumi atau tidak..
Hari ini pun gitu juga terasa malas tapi gagahkan juga
banyak betul gambar2 dalam kamera, siankan usaha uncle
snapkan untuk auntie untuk masukkan dalam blog

Jadi, Meh layan2 gambar yang dipilih ajer

Hanya dua keluarga saja kaum kerabat uncle yang datang pada hari raya
Mereka datang hari yang berlainan tapi auntie padatkan dan masukkan disini

Kakak sulung uncle, anaknya dan cucunya



 Yang ni pula anak pada arwah adik perempuan uncle
Datang bersama isteri dan anak2nya


 Auntie siap berlunjur kaki-tak sihat
Dr Jonet pun ada beraya ketika itu


Terima Kasih yang sudi datang menjengah kami
Ada anak2 buah diKL ni tapi mereka banyak hal kot..
maka tak sempat mereka datang untuk berhari raya

Tapi kami berjumpa di Port Dickson tempuh hari
sebab ada kenduri kahwin anak buah disana


Majlis ni di Masjid Teluk Kemang

Anak buah lelaki uncle bernikah dengan anak perempuan Tok Imam masjid ni.



 Yang berkupiah tu,
 Pak sedara uncle yang bungsu - Pak Man memimpin anak istimewanya





Makan beradap

Auntie minta nak dukung cucu sedara auntie 
Alhamdulillah..dia mahu dengan auntie


Ibunya yang pakai tudung pink


Geramnya... comel betul, rambut merah mcm ibunya
Cucu sedara auntie dari anak buah perempuan uncle

Yang sebenarnya auntie tak sihat nak hadirkan diri untuk majlis ni
tapi gagahkan diri kerana auntie pasti dapat berjumpa adik beradik uncle, ipar duai, biras
dan cucu2 sedara
Alhamdulillah..dengan izinNya sampai dan bertemu juga 

Memang auntie tak balik Melaka tahun ni
Kami dah tak larat untuk perjalanan yang jauh lagi..
maka siapa2 yang sudi menziarah kami
kami amat2 berterima kasih


Mereka tahu auntie rindukan cucu sulung auntie Nur Zara Sofea
maka semua anak2 buah suruh cucu2 sedara mengelilingi auntie hari tu
saperti biasa auntie tetap mengalirkan air mata sedih

Sempat auntie bergambar dengan pengantin buat kenangan
Alhamdulillah...


Gambar ni adalah sebahagian dari adik beradik, ipar, anak buah dan cucu sedara uncle

Selepas majlis kenduri diMasjid kami kerumah pengantin lelaki
Kedua2 ayah dan ibunya dah arwah
memang terasa sedih dan pilu bila kedua2 orang tua tiada lagi


Abam Jubah bersantai dgn sepupunya


Arwah ayahnya beli tanah dan membina rumah banglo ni 
pada lewat tahun 80'an kalau tak silap 



Menunaikan Zohor dan Asar dirumah ni
Kami dijamu beehoon sup dan air sirap 
Sempat mereka adakan majlis doa selamat kepada pengantin
dan tahlil untuk kedua2 arwah..
Alfatihah

Berhenti disini dulu
InsyaAllah auntie sambung citer lain pula




6 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Nanie.

    Saya pun rindu nak jumpa dengan akak, tapi belum ada kesempatan nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      InsyaAllah dengan izinNYa, kita bertemua jua nanti.

      Delete
  2. Asalamualaikum, auntie.

    Semoga auntie sihat-sihat selalu. Kalau orang N9 kahwin biasanya lauk podeh (pedas) sedap2 kan. kalau kat kampung belah bapak sy, biasanya ada keli salai masak lemak dan lain2 lauk N9.

    haha melekat nama abg jubah kat ayol :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Lauk pauk N9 terbaik, auntie suka podeh2. Puas hati, hik3x

      Terima Kasih doa kesihatan yang baik untuk auntie

      Delete
  3. seronok dpt berkumpul sedara mara kn aunty...meriah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...