Followers

Thursday, September 26, 2013

Nyawa2 Ikan

Blog auntie yang kebelakangan ni nyawa2 ikan
Jarang update,
samaada nak meneruskan atau tinggalkan gitu aja
kenapa ekk? entahlah, malas sudah nak merapu rapan kat sini

Ni berpeluh2 baru sudah masak
Sambal tumis bilis
Lemak Kobis
Peha ayam goreng
Dah lah, sapa nak makan, makanlah..






Makcik ari ni tak sihat
malam semalam menangis dan meracau2
punyalah bisa tangan kanan buat hal
berdenyut2 tak henti2

Abam Jubah bentangkan comforter di living room
suruh auntie tidur disitu
dia dan uncle juga tidur disitu
silih ganti dengan uncle memicit tangan dan lengan auntie
akhirnya lumurkan deepheat 'counterpain'

Dah nak habis
barulah auntie terlena
Uncle kejut subuh tapi auntie degil
berlawan dengan sakit
miss solat subuh..huhuhuhu

Bangun qada Solat Subuh dan buat Dhuha
pada pukul 10:30 pagi tadi
Ada yang mengatakan tiada istilah qada solat
tapi auntie rasa rindu dan bersalah pada Allah s.w.t
qada dilakukan juga

Ni menaip ni pun rasa kebas tapi tak sakit sebab auntie dah telan painkiller
masa breakfast tadi
Bila dah tak sakit, auntie basuh dan jemur kain
huhuhuhu kerja rumah tak habis2
tiap2 hari routine
Alhamdulillah,
Moga barakah kerja2 seorang isteri dan ibu
yang telah ku bereskan..
Aamiin


16 comments:

  1. Salam Auntie...lama dah saya tak sembang dengan Auntie Nani kat sini...
    Jaga kesihatan Auntie...semoga auntie sihat selalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Sue,

      Aah, lama Sue tak tinggal komen, tak per mungkin sibuk seharian dengan aktiviti2.
      Terimakasih doakan kesihatan auntie.

      Delete
  2. Assalam aunty..dalam sakit2 pon 3 lauk jugak tu..take care aunty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Wani,

      Tiga lauk yg simple aja.
      TQ dear

      Delete
  3. Assalamualaikum , Aunty jaga diri yer.

    ReplyDelete
  4. Salam kak nanie..
    Serius juga sakit kak nanie ni..
    Mujur seisi keluarga ambil berat.. Itu pun sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit kan?
    Saya doakan agar kak nanie segera sembuh dan sambung bercerita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      Aah, bila terlebih sakit, akak memang tak tahan, sampai menangis rengek2.
      Selalu terfikir juga, jika suami 'pergi' dulu, memang akak tiada tempat bermanja.
      Terima Kasih Rahmah, doakan akak sembuh, menulis pun jika badan dan fikiran sihat.

      Delete
  5. Aslmkum Aunty
    Moga Aunty cepat sihat dan sabar dg ujian sakit....

    ReplyDelete
  6. Untung untie ada anak yang taat pada kedua ibu bapa dpt suami pula yang sangat perihatin pada isteri. Dalam sakit ada bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah bahagian auntie dari Allah
      Dalam sakit ada bahagia..memang Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Cepat sihat ya auntie...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum buat auntie and family.

    Tolong lah jangan berhenti menulis. Setiap hari memang liza menanti update blog dari auntie. Rindu sgt nak baca kisah-kisah auntie. Liza doakan auntie cepat sembuh dan syg sangat dekat auntie. Dgn cerita-cerita auntie terasa dekat sangat di hati.

    Please take care and luv u auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh norliza,

      Terima Kasih sudi membaca blog auntie, penulis tua.
      Auntie ni bila sakit memang tidak dapat menulis, maaf yea.
      InsyaAllah kesihatan sihat dan dengan izinNya auntie terus menulis.

      Luv u too norliza. TQ

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...